thumbnail

Tuesday, May 03, 2016

Bercuti 1 Malam di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik

Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik


Cuti 3 hari korang pegi mana?

Sabtu lepas (30.04.2016) ade short trip office Eady. Familyday 1 malam je kat Cherengin Hills Convention & Spa Resort kat Janda Baik Pahang nun. Jalan pun okey la walaupun banyak kereta! Almaklum cuti bersambung ni kan ramai balik kampung. Perjalanan biase sejam dari KL jadi sejam setengah nak sampai ke Janda Baik tu. Jem sikit dari start tol Gombak. Kiter layan gambar je lah sebab aku tak buat apa pun kat sana. Lepak santai je.

1st time sampai Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik Pahang.

Urusan check-in semua berjalan lancar, lepas amik gift yang disediakan (dapat toto & permainan budak-budak) amik kunci bilik so terus ke bilik je la berehat. Sempat la Eady tido sejam. Sukaneka start lepas asar. 

Swimming pool yang buat Syakirah mengamuk 2 jam!

Bilik macam biase je, tilam bantal best! Cuma aircond yang panas giler! Grrr...buka aircond 4 jam pun tak sejuk langsung bilik. Angin kat luar lagi sejuk dari dalam bilik. Ape boleh buat nak pegi tukar bilik, Eady pun tak cakap ape maka aku pun redho je la..doa-doa malam tak panas. Bilik orang lain okeyyy bilik kita orang je aircond tak berapa nak sejuk..

Tapi malam tak panas pun.

Bilik 9208

Bilik dah disetkan oleh urus setia. So takde pilihan nak tukar. Dapat kat tingkat 2, okey la view pun nice. Bilik overall bersih dan wangi. Cuma lantai bilik air adalah sangat licin! Bahaya lepaskan anak mandi sendiri! Serius licin sangat. Kat kepala paip pun bahaya sebab air panas sejuk tu takde petunjuk (takde tanda kat atas) tanda nyer diletak bawah kepala paip. Mana nak nampak! Tak tau ke kiri panas ke ke kanan panas ke, kiter dewasa tau la (itupun lepas tengok-tengok ke bawah kepala paip) tapi budak-budak memang tak tahu. 

Setiap kali budak-budak masuk bilik air aku akan pesan "paip jangan usik ke kiri atau ke kanan sebab mama dah setkan air tu suam sikit jek!" Aku takut oiii kang anak melecur! Air paip kat sinki pun takde tanda panas ke sejuk. Buka air terus keluar air panas, kene biarkan lama dulu sampai air tu jadi suam/sejuk baru boleh basuh muka. Giler..sama jugak shower mandi. Bahaya, kalau buka air terus mandi sebab keluar terus air panas walaupun dah letak ke sejuk. Take time air tu nak jadi neatural.

Channel tv pun best! Ade HBO & FOX Movie siap subtittle. Bagussss~ sebab ade siaran kartun mase tu so aku boleh mandi dengan tenang biarkan budak-budak tengok tv. Ade sejadah, ade tanda kiblat, ade iron board walaupun tempat sterika kat bawah, aku ade bawak sterika travel. Tuala keras. Ha..ha..ha..yang tu aku tak kisah sebab aku bawak tuala sendiri. 

View dari bilik.

1st time sampai kat Cherengin Hills ni walaupun dah banyak kali ke Janda Baik. Cerita pun tak banyak sebab aktiviti pun singkat jek. Check-in, masuk bilik petang tu start game, malam dinner. Aktiviti ape pun aku tak join sebab sibuk layan dik mok mandi kolam!! Dari sebelum check-in la merepek menangis nak kolam nak kolam. Haisshh..sudah nyer aku je la yang duduk tepi kolam tu tunggu dia mandi sensorang. Abang kakak abah dia kat tempat aktiviti lah.

Tengok dia sorang pun takpe!

Dek kerana aku ABC so aku bawak dik mok turun ke kolam awal sikit, panas pun panas lah sebab Eady pun dah tak tahan dengar dia mengaruk nak kolam nak kolam...aaaa..panas pun tak peduli! Haishh...siap halau aku "mama duk sana!" tak bagi aku jaga dia dalam kolam. Macam dah besar sangat je kan. Geram!

Ha ni dah ramai sikit.

Kalau korang perasan dah ramai tu semua yang join aktiviti familyday tu la. Aku tetap lah setia tepi kolam. Takde nyer dia takut walaupun 2 3 kali tenggelam. Ade jugak 2 3 orang tanye "hantar anak kelas berenang ke??" aku cakap tak! Yang ade abah dia campak masuk kolam ade la..ha..ha..ha..esok aku sharekan korang video Syakirah lompat masuk kat kolam dewasa tau. Korang tengok la kalau tak caya. Habis aktiviti semua join mandi kat kolam termasuk Eady Syahmi Sufiya ;)

Bila semua dah free & easy ;)

Malam pun santai-santai je. Just datang makan-makan layan karaoke dan cabutan bertuah. Eady dapat iron steam. Okey jugak sebab memang tengah cari sterika selain dari dapur elektrik. Makan biase-biase je walaupun kuah kambing bakar masin giler..ha..ha..ha..

Ehem~

Oleh kerana anak-anak sorang pegi main, sorang nak tido, sorang sibuk lapar maka kami je lah berdua sibuk bergambar. Kekekeke~ gambar dinner pun nan hado. Kosa sangat nak bergambar dengan yang nak tido tuh. Ye lah siang dah penat mandi kolam so malam kire nak tido je la ;)

L.O.V.E

Bagi aku Cherengin Hills ni okey jugak la kalau sekali sekala nak lari dari kesibukkan KL tuh. Orang pun tak ramai sangat, suasana santai. Makanan sedap cuma tak banyak pilihan! Kecewa bab tak banyak pilihan tu sebab tak semua orang makan masak lemak ikan patin. Sobs!~ tapi Pucuk Ubi masak rendang sedap oiiii ;) 

Nak cari makan kat luar ade banyak kedai makan disepanjang jalan nak ke Cherengin Hills nie, tapi harga ikut kedai ade murah ade mahal! Almaklum atas bukit kan ;) air tin pun RM4 so pikir sendiri la.

Fasalities pun bagus ade laluan untuk stroller/kerusi roda, bangunan pun tak tinggi..2 tingkat jek boleh request duduk bilik bawah untuk yang ade kerusi roda. Cuaca panas sekarang ni so malam tak sejuk pun, siang apa tah lagiiii..he..he..he...

Alamat :

CH Resort Sdn Bhd (873380-T) 
Lot 5540 & 5936,
28750 Janda Baik, Bentong, 
Pahang Darul Makmur
Malaysia
Tel: (+60 9) 2330 999
Fax: (+60 9) 2330 899

Serius singkat je cuti nie. Rase tak puas pun ye. Hu..hu..hu..konon balik dari Cherengin Hills tu terus ke Genting Highlands sekali half way naik genting jem ya rabbi! Ko bayangkan mencanak naik bukit tu jem melekat! Huaarghh..takut nyerr..sebab main minyak tekan brek pastu kete kejap berundur mase nak tekan minyak nak naik tu..Jem nyerrrr ya Allah macam nak balik kampung! Sampai ke puncak okeyyyyy jem nyer, abang polis cakap mase aku tanye jalan nak patah balik. Last-last amik shortcut ikut tokong besar tu terus balik KL. Pukul 4.30 sampai rumah, asar dulu pastu terus ke kenduri tahlil pulak.

24 comments:

Nieyl said...

eh..gambar profil dah tukar laa....comey....
nieyl x penah lagi smpai hotel nie...
laa..nape x komplain je kak kat urusetia..
klu kteorang,akan terus komplain je..
seronoknyer dieorang mandi manda...mama nya nape x mandi lagi...
Hari ahad abg nieyl konon² nak pi la cuti kat cameron..
peh!menangis kata dia..jem teruk..

el said...

elok je uols ber5 bergambar
harap iols ngan anak2..xtaulahhh jenuh

mama tisya said...

pool beso....walaupun sehari janji dpt lena katil resort mmg syok tp bab ekon tk sejuk mmg tk best kn..nk2 skarang cuaca panasss

Kakzakie Purvit said...

Kalua dah kata adik tu adiklah..
Mana boleh tunggu lagi
Dapat apa yg dia nak tengoklah muka happy bukan main:)

Falsya said...

Besau pool tuh..puas hati..aduhaiii, part ekon tuh boleh jadik gaduh tuh..dh la panas skang nie..nasib baik satu malam jer..

Jueliza Jamani said...

syahmi boleh boria dengan abah dia dah kalo pkai baju.. hg izwa bleh dgn anak2 dara.. heheheh

Khir Khalid said...

Wahh seronoknya... tempat pun sgt menarik. Quality time bersama keluarga... alhamdulillah.

Salam ukhwah kecerian dari kami buat Idzwa sekeluarga :) :)

Cik Da said...

pandai dia berenang...mcm budak beso jerk tengok

Julia Johari said...

Jauh dari kesesakan KL..cheringin ni view dia mmg cantik...oh aircond la buat spoil sikit mujur akak sabar...kalau juju ntah2 merajuk dah hahaha...suka tgk dik mok mandi kolam teror betul dia berenang kak

Nurul Huda said...

Luas juga kawasan Cherengin Hills ni ye.. Musim panas macam ni buka aircond pun tak rasa sejuk, mujur anak-anak boleh mandi kolam.

Raihanah Ahmad said...

pertama kali dengar cheringin hills. menarik juga tu

Khairul Bariah said...

huhu seronoknya bercuti..
kami terperakat rumah jer tak ke mana pon

anak akak pun sama..kalau dapat air
jgn lah kacau...

Ena said...

kita penah juga g kursus ke sini
kalo x silap tahun 2013 camtu..
tp nama pun kursus
x de la nak menikmati mandi pool tu semua
sob2..

Lynda Che Lah said...

mcm byk tak best dr best..
bab aircond ngan bilik air tu dah potong byk tu kak..
TQ review kakak cantik..
lama plan nak pegi..
nak arrange tapi nti org marah pula karang aircond tak sejuk..

Lynn Hamzah said...

mcm syok jer...malam sejuk tak?

Fiza Rahman said...

Weekend aritu memang jammed. Nak balik somban pon makan masa sejam lebih. I is stress. Best nya gi cuti2.

Kamsiah Yusoff said...

wahh..ni dah ala2 honeymoon kali keberapa dah ni..

Bitt (double IS) said...

fuhh nasib baik tak naik genting..dah sipi2 je tuh

KiD said...

hari tu kid escapade jugak ke janda baik, tapi cheringin full. mujurlah. Nampak macam style Hotel seri Malaysia je. ada byk chalet / guesthouse situ semua sedara2. biasa nak sedap, sarapan kat Andak Place's. nyum3

Hazmin Hamudin said...

Pernah pergi sekali dekat sini. Kursus jugak. Boleh la. Tapi takda apa sangat nak buat dekat situ. Hehe

eima said...

shaort gateaway yg agak menarik kan ....
nape tak panggil mentenan m,ai check aircond ..kot2 boleh sejuk

adianiez AIDA said...

janda baik aida x pernah gi lg.
cantik view nyer.

Inani Hazwani said...

Sukanya dik mok dapat mandi kolam. Hehe. Janda baik ni memang bets kalau nak buat short vacay kan. Tapi tu lah kalau bab makan mahal sikit dekat tepi jalan tu.

Kira Sakura said...

hahahahaha tabahnya mama tunggu dia berendam dalam kolam tu tak sudah2 kihkihkih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang