thumbnail

Saturday, May 07, 2016

Borak Kosong : Kisah Si Gunting Dan Pisau


Borak Kosong

Lama tak borak kosong kan? Biase lah banyak benda tak boleh dikongsi kat sini sebab ade je "kawan" kat luar sana yang kadang-kadang baca kat sini. Hi u~ bacalah lagi iolls suka sebab ade tujuan nak sampaikan kat sini.

Korang tau ape itu Gunting Dalam Lipatan? atau Tikam Belakang? Confirm tau kan ;) ye yang macam tu lah.

Tapi kat sini aku bukan nak cakap pasal si gunting atau si penikam. Nope. Yang aku nak sembang pasal KAWAN. Yup sejak-sejak dah matang nie (ehemmm..matang lebih sopan dari sebut tua..hehehe..) dah boleh kenal orang itu yang macam mana orang ini yang macam mana. Tengok dari pemerhatian pun kita dah boleh tahu. Dan sejak dah matang ni kita sendiri boleh tentukan dengan sapa kita nak berkawan dan dengan siapa kita perlu berjauhan.

Berkawan

Kita lihat secara keseluruhan dari pandangan yang luas, ok? Aku anggap benda-benda macam ni bukan salah sesiapa dan aku takkan menyalahkan sesiapa. Kita pernah dengar "segala yang buruk datang dari diri sendiri" kan? Jadi yup, mungkin ia datang dari salah aku yang TAK SEDAR dan tanpa aku sedar perlakuan aku juga mungkin mengundang si gunting itu ;) sapa tahu kan? Sebab tu aku amik peluang ini untuk step back dan recall balik semula semua nyer.

Aku ni jenis kalau berkawan, aku akan percaya dan ikhlas abis berkawan dengan orang (ikhlas tak perlu bagitau kan?). Aku percaya kalau buat baik kita akan dibalas baik tapi kalau dah buat baik tapi dibalas jahat sapa nak tahu kan? ALLAH SWT je yang tahu ;)

Aku ni bukan jenis dengar orang cakap-cakap..orang tu macam ni orang tu macam ni, tak. Aku ni jenis kalau aku nak kawan aku tak peduli apa orang cakap, tapi bila dah TERkena sendiri dan sama seperti apa orang lain cakap, baru aku sedar dalam berkawan aku jadi BODOH. Bodoh kerana meletakkan 100 peratus kepercayaan dan anggap dia seperti adik-adik. Salah, salah sama sekali. Salah aku kerana tak ambil sedikit peringatan dari orang lain ;) Korang jangan tiru kebodohan aku okey?

LA TAHZAN (Dari akuislam.com)

Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan. Bersyukurlah. Beruntunglah.

Dari jutaan, engkau pilihanNya. Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya. Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.

Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik. Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya. Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.

Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana. Jalan takdir Allah tak pernah salah. 
Berbaik sangkalah dengan aturanNya. Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.

Tapi sayang, jangan sedih lama-lama. Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.

Takdir Allah is something yang unexpected. Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya. Ya, percaya.

La tahzan.

Tapi terkadang ada masa kita jatuh. Tak mampu nak bangun. Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani. Just beside you. Selalu. Allah akan ubat luka di hati kita. Perlahan. Perlahan.

Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah! InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan. Tak mudah. Siapa kata mudah? Tapi inilah kasih sayang Tuhan. Berdamailah dengan takdirNya. Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.

Dan tertulis di Luh Mahfuz. Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak. Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.  Bukalah surat cinta dariNya.

Pasti akan damai hatimu.

”Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]

 Allah ada. Allah tahu.

“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]

Dan ingatlah,

“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-

 La tahzan, jadilah wanita yang paling bahagia! :)

Aku paling suka entry ni dari akuislam.com ! Tapi aku tak sedih sekarang ni..he..he..he..cuma ade rasa ralat dan kilan sikit jek. Ye sikit sangat kalau nak bandingkan gembira aku yang melimpah ruah ni ;) 

sumber kegembiraan aku.

Aku tak ada sebab untuk bersedih sekarang nie, aku berada dalam landasan ketenangan. Tipulah hidup ni takde masalah cuma masalah ini aku anggap sebagai "jentikan" supaya aku sedar kesalahan sendiri ;) Bagi aku ini ialah wake-up call untuk sedarkan aku. Alhamdulillah, terima kasih ALLAH SWT kerana bagi aku peluang "ini". 

Move On & Bercuti

Fuh..sekarang dah boleh move on dan tak perlu sebut lagi pasal nie. Lagi kita sebut lagi kita akan ingat, ye dak? Sekarang nak pikir kat mana nak sambut anniversary! Ehemmm..asyik search kat agoda macam nak check-in kat ....... ehh lokasi tak tetap lagi! Semangat je duk ade. Hihihiii...

Tengok percutian kak Hanis Azla macam dah terkesima pulak rase nyer! Bercuti dalam KL nampak awesome gak tapi biler tengok harga lagi terkesima teruk. Ha..ha..ha..

Nak lokasi yang santai orang tak ramai sebab waktu nak bercuti tu cuti sekolah okeyyyy...hati ni macam nak pegi Hotel Bangi Putrajaya. Baca sana sini cakap pool dia awesome! Lagi pun kalau tak silap aku hotel ni ade shuttle bas free kalau nak pegi KL, IOI City Mall dengan Putrajaya! Best kan? Hati macam dah melekat kat sini jek.

Nak pegi yang dekat-dekat jek sebab tujuan pun nak lepak-lepak santai macam pegi Cherengin Hills tuh. Aku tak suka bercuti pastu penat. Penat kemas baju takpe jangan penat waktu bercuti adalah sangat tak best. Tengok lah macam mana nanti! Masih lagi dalam fikiran. Yang penting mood anniversary dah on sebulan awal! Nak buat macam mana?? Aku kan over!

Korang cuti sekolah nanti nak bercuti kat mana? Ha..ha..ha..anak tak periksa pertengahan tahun lagi mak dia orang dah sibuk nak bercuti! Penat oii anak sekolah nie~ LOL!

9 comments:

Fiza Rahman said...

Dugaan dalam berkawan. Tak rugi pon hilang kawan mcm ni.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

tak pe kita pentingkan kualiti ...kuantiti tu tak penting banyak pun tak o.k nak buat apa kan ?...huhu

Nazlee Ismail PCL said...

"Bila mereka gembira ...aku pun turut bahagia" .. kena gembira dan mengembirakan baru hati selalu bahagia, insyaAllah.

Norhayati Mohd Isa said...

Tak pe lah Izdwa..
Sekurang-kurangnya dah tahu mana kawan mana lawan kan..

Betul3
pergi holiday lagi best..
Buat apa nak fikir2 sangat..
Bila anniversari tu..
Akak ucap awal ye..
"Happy Anniversari Idzwa dan pasangan"
Semoga berkekalan ke jannah..

hainom OKje said...

Tak per Izwa....tugas kita buat baik, selebihnya serahkan pada Allah.
Tapi cuti sekolah ni anak sulung dah masuk kelas balik, kesian pulak kalau nak berjalan dia tak de...

Khir Khalid said...

Tak boleh buat kawan org mcm tu... takpelah sabar je lah kan... Allah Maha Mengasihani, pasti akan dikurniakan kebaikan kpd yg melakukan kebaikan dan juga sebaliknya... :)

el said...

iols ni kalo jumpa kawan yg mmg 1 kepala mmg suka
tp dlm berkawan ni mmg perlu berhati2

once u get heart..mmg makan dalam cewaahh cakpong cakpong
sbb iols dah terkena sadissss!!!!

Kira Sakura said...

hurm hurm payah kan nak menilai hati orang sedangkan hati sendiri pun payah nak tilik. tapi tula sekali dah terkena tu memang ingat sampai bila2.

bercuti sape la tak suka hoiiiiii memang mood on sebulan lebih awal la ceritanya hahahahaha. tapiiiii bila memikirkan duit nak bercuti kadang dua bulan lagi awal dah pening nya kihkihkih

Julia Johari said...

Yeyyyyy jom kak plan cuti2 sebelum Bulan Ramadan...nak pi mana ek hahhaha jom godek2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang