thumbnail

Wednesday, May 25, 2016

KIDZANIA : Kepada Bakal-Bakal Saintis Dan Pereka Jom Teroka Masa Depan!


Huh aku ni kalau bab Kidzania mesti teruja lebih ! Tapi "trauma"seharian duduk sana masih terasa lagik..Anak-anak kemain happy duduk dalam Kidzania dari 9 pagi sampai 9 malam ! Kesan mereput tak hilang lagi oii tapi kalau dapat pegi lagi Kidzania memang aku pegi je lagi bawak anak-anak tuh ! Ha..ha..ha.. apa yang penting? Anak-anak happy kann... ;) So next biler nak pegi Legoland ni?? 

Program KidZ & Tech di Kidzania

Okey meh sini nak bagi anak-anak korang happy sama ! Sekarang Kidzania ade Program KidZ & Tech tau. Dalam usaha untuk meningkatkan pemahaman anak-anak tentang teknologi zaman baharu nie kan. Kidzania dengan kerjasama Microsoft Malaysia, Ssbadi Holdins, Panasonic, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malysia & Universiti Multimedia merancang aktiviti-aktiviti bagi mencetuskan inspirasi bagi menarik minat kanak-kanak dalam bidang sains & teknologi. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran dalam menyelesaikan masalah dan pemikiran pengkomputeran bagi membantu mereka terus membesar ke alam dewasa.

Lebih kurang pendedahan awal dalam sains & teknologi bagi anak-anak ni la. Dalam bab komputer, sains dan teknologi la. Ini bukan takat main Ipad, Tab & Hp je tau ! Ini adalah program fun learning. Dengan suasana yang happening menyeronokkan mesti budak-budak suka compare belajar dalam kelas kan ;)

KidZ & Tech Launch (1): Act-of-launch with (from left) Tan Chee Hon (陈志汉), General Manager of Strategic B2B Development, Panasonic Malaysia Sdn Bhd; Law Yi Chian (刘怡倩), Executive Director/Head of Marketing, Sasbadi Holdings Berhad; Jasmine Begum, Director of Corporate, External and Legal Affairs, Microsoft Malaysia; Puan Eneng Faridah Iskandar, Senior Director of the Advocacy & Outreach Division, Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC); Susanah Abdul Rani, Governor of KidZania Kuala Lumpur; and Tuan Hj Sahbulah Mohd Darwi, Manager, Media Relations and Publications, Multimedia University

Program Kidz & Tech ini juga mampu meningkatkan minat anak-anak dalam mempelajari tentang dunia disekeliling dia orang dan juga mempelajari bagaimana seronok nyer sains, teknologi, kejuruteraan & matematik itu. Huh..bahasa aku..ha..ha..ha..macam buku ! Tapi apa yang aku nak sampaikan sebenar nyer program ni nak dedahkan anak-anak kita betapa syok nyer betapa seronok nyer sains, teknologi & matematik tu sebenar nyer !

KidZ & Tech Launch (2): Official launch of the KidZ & Tech Program (from left) Tan Chee Hon (陈志汉), General Manager of Strategic B2B Development, Panasonic Malaysia Sdn Bhd; Jasmine Begum, Director of Corporate, External and Legal Affairs, Microsoft Malaysia; Law Yi Chian (刘怡倩), Executive Director/Head of Marketing, Sasbadi Holdings Berhad; Susanah Abdul Rani, Governor of KidZania Kuala Lumpur; Puan Eneng Faridah Iskandar, Senior Director of the Advocacy & Outreach Division, Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC); and Tuan Hj Sahbulah Mohd Darwi, Manager, Media Relations and Publications, Multimedia University

Ada empat (4) aktivit utama yang dijalankan :

> Pengkodan : "Hour Of Code" memperkenalkan asas-asas pengekodan dan pemprograman komputer, menerusi permainan komputer terkenal Minecraft. Hah ni mesti ramai suka main game kot! Ha..ha..ha..lebih macam main PSP tu ha..best best best ~

> Robotics : Terokai asas-asas kejuruteraan robotik dan pemprograman menerusi WeDo daripada LEGO Education ! Yang ni woww..dari syarikat LEGO femes tu lah..belajar buat robot !

KidZania Congrezz member (from left) Chloe Soh Ke Er(苏可儿),  8, from SRJK Yuk Chai and Lishyen Shischir Indran, 12, from Tenby International School demonstrating about Robotics during the media launch of the KidZ & Tech Program

> Realiti Berperantara : "Dinasour Come To Life" memberikan gambaran tentang bagaimana teknologi realiti berperantara boleh merangsang pemikiran di masa hadapan

> Holografi : melangkah ke dunia unjuran holografi dan belajar menghasilkan piramid tayangan 3D - sebuah alat yang membolehkan anda menonton hologram 3D dan video-video di telefon pintar atau tablet. 

Senang kata semua aktiviti ni lebih kepada nak jadikan anak macam Bill Gates & John Lasseter tau ! Mampu buat anak berfikir secara pantas dan pintar. Sementara tu anak-anak boleh join contest di Facebook Tech Geek Of The Week yang menawarkan hadiah mingguan iaitu Gogel Realiti Maya dan Hadiah Utama ialah sebuah pen 3D Doodler.

Cuti sekolah dah dekat kan? Jadi jangan lepaskan peluang untuk bawak anak-anak ke Kidzania untuk sertai program KidZ & Tech ini. Bermula pada 28 Mei sehingga 12 Jun dan untuk masa terhad ini diskaun istimewa bagi tiket biassa turut disediakan. Boleh layari www.kidzania.com.my untuk maklumat lanjut ok !

Aku pun semangat nak bawak Syahmi Sufiya ke Kidzania lagi sebab temapt ni tak puas untuk budak-budak teroka ! Duduk dalam ni sehari semalaman pun belum tentu dia orang puas sebab Kidzania memang best! ;)

12 comments:

Mia Kassim said...

Belum sempat lg ke kidzania di kk ni .. anak2 dah beberapa kali ajak ke sana. :)

Kakzakie Purvit said...

Walau kakak tak pernah pergi tapi anak-anak kakak semua dah berkali-kali ke sana Izwa. Pergi dgn cikgu mereka.

dorsett pink said...

best ni. bagus untuk anak2. belajar sambil bermain

Nurhidayu said...

Tak sempat lg nak pi ...

Qhaifa Nur said...

Mcm2 bole belajar kat situ...seronoknya

Fiza Rahman said...

Memang best gi sini. Enjoy anak².

Babe, klo boleh setting kan blog ni jadi mobile friedly. kekadang aku baca blog through HP ☺☺

el said...

teringin sgt nk pi sini
tapi tiket dia tu menangis tengok
kalau ada tiket free pm k..kbai

Bitt (double IS) said...

pergi tak parent talk coming soon ni?

lieyalatif said...

budak2 bape kali ckp nak pergi, tapi tak bawak2 lagi hah....na pergi weekend ramai, nak pi cuti sekolah pun selalunye ramai...nak cari mase weekdays yg boleh amik cuti le gamaknyer nieh....

Inani Hazwani said...

Memang anak anaks eronoklah kalau ke sana kan :)

Nabila Syifa said...

HAPPY BUDAK2

Khir Khalid said...

Wahh semakin hebat kidzania... anak saya semua dah pergi ikut rombongan sekolah masing2.. ibu ayah dia org je yg tak sampai lagi hehee... 9 pagi smpai 9 malam tu menunggu... adehh, sabo jelah... :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang