thumbnail

Thursday, May 12, 2016

Lindungi Anak-Anak Melalui Salam Browser ! Apa Itu Salam Browser ?


Anak Dan Internet

Sesiapa yang ade anak sebaya anak-anak aku atau lebih besar sikit mesti alami masalah macam aku. Masalah ape? Ala anak-anak zaman sekarang ni umur 3-4 tahun pun dah pandai buka Ipad, Tab even hp kita sendiri. Jari tuuuuuu pandai sangat tekan icon Youtube atau Google tau! Dik mok tu kenal je icon Youtube tu yang mana. Kadang tu gerammmmm sangat.

Kadang tu bertambah geram kalau kita tak sempat duduk dengan dia, dia dah pandai tekan-tekan pilih sendiri cerita apa dia nak. Itu okey lagi tapi part yang paling tak okey ialah biler jari tu tertekan iklan yang ntah apa-apa ! Kadang tu ade iklan kartun game yang pakai baju seksi, ade kartun yang pakai bra dan sependa jek. Tu belum kire tertekan iklan yang err..err...kita sendiri tengok pun malu! Allah...semput nyawa nak tekan X laju-laju atau tekan skip kat iklan tu. Haishhh..

Iklan Yang Errr..Memalukan!

Kadang tu terpikir macam mana nak buat nie! Kita sendiri pun termalu bila tengok iklan tu, apa tah lagi anak-anak yang tengok mesti memberi "pandangan" dan "fikiran" yang tak elok kat dia orang. Apa nak buat? 

Selain selalu duduk sebelah masa dia orang main Ipad, aku letakkan syarat berapa lama dia orang boleh main Ipad juga setiap hari aku akan check history kat Youtube dan Google, aku sendiri terpaksa google atau cari apps nak sekat benda-benda macam nie. Tak banyak yang boleh bantu sampailah aku terbaca blog tuan Hasrul Hassan yang mana ade 1 perisian yang dinamakan SALAM BROWSER yang boleh menjadi satu alternatif untuk menyekat iklan-iklan yang tak berkenaan semasa anak layari internet! Wahhh..ini sudah bagus~

Apa Itu SALAM BROWSER ?

Salam Browser - Pelayar web dipacu teknologi Chromium yang menghormati adab Islam ! Nampak ? Bercirikan islamik yang terus mendapat perhatian aku! Serius. Ini yang aku perlukan !

Salam Browser

Salam Browser - pelayaran internet islamik yang mampu mengawal iklan-iklan yang tak berkenaan, sekaligus membantu ummah dalam mendidik anak! Okey bagus, suka sangat nieh! Salam Browser masih lagi dalam versi BETA yang diilhamkan oleh SBRO Online Safety Solutions yang berpangkalan di Malaysia! Wahh...

Salam Browser

Tapi oleh kerana ia masih di peringkat percubaan, amatlah dihargai maklumbalas dari kita-kita ni semua! Mungkin dengan bantuan kita Salam Browser dapat mempertingkatkan operasi mereka. Korang boleh juga explore Salam Browser ni dengan melayari atau men-download Salam Browser ini disini.

Lindungi Anak Kita !

Korang better download sama perisian ni untuk pantau anak-anak kita! Aku suka sangat apps ni sebab 1 memang sebab Islamik lah kan satu lagi tujuan dia adalah menghindari yang haram juga berbakti pada ummah. Ehh..macam-macam la yang bagus apps nie. Mana korang nak cari apps yang islamik?  Takde lagi kot ! So jangan lupa tau download Salam Browser ni untuk kebaikkan kita bersama ;)

SERIUS, aku suka sangat apps ni ! sebab apps ni bagus untuk kita.
Web : Salam Browser 

24 comments:

Nieyl said...

Bagus info nie kak...
kena share ngan semua orang nie...
sbb klu kita nak pantau 24jam pun x boleh kan..
kita sndr pun ada keje kena buat kat rumah.. :)

Falsya said...

ishhh same je la dik mok ngan semek kite tuh..kadang puas duk nyorok you-tube kat folder, jumpa jugakkkkkkk...kalau kat luar yg xde wifi, kadang xperasan tau2 je abis data sbb duk die galak melayan youtube..haihhh..

ehh, mcm best je apps nie...balik kang nak carik la..

SYANI said...

Harus download ni.. thanks for info

Inani Hazwani said...

Wahh menarik ni, tambah pulak sekarang macam2 benda yang tak membawa kebaikan di Internet.

el said...

baguslah mende ni..good sharing

JMR said...

saya mesti download!

Norhayati Mohd Isa said...

Baguslah Izdwa..
Akak nak download juga..
Risau dengan anak2 sekarang ni..

Qhaifa Nur said...

Blh gak tgk nnti...

Nurhidayu said...

TQ for sharing

aizamia3 said...

Info yang bagus Izwa. Boleh diaplikasi dalam tab kat rumah tu.. ;)

Kakzakie Purvit said...

Terima kasih dgn info ini Izwa
Walau kakak tak ada anak kecik tapi ia satu ilmu baik utk kakak dan keluarga juga.

Adik mok punya jari kan gebus senang aje nak tekan-tekan hihi...

Fiza Rahman said...

Thanks for sharing babe. Harus download nih.

Diana Rashid said...

kena download ni..anak2 saya pun suka tengok youtube..

Maria Firdz said...

Bagus info ni... Kena download nih...

hainom OKje said...

Ohhhh....baru tau hihi...TQ perkongsiannya Izwa. Betul setuju sangat, anak anak zaman ni mmg terlebih advance...So jangan lupa pantau

Khir Khalid said...

Bagus ni... saya baru tahu ttg Salam Browser ni. Thanks sharing.. :)

Nazlee Ismail PCL said...

Good info . Thanks sharing.

Raihanah Ahmad said...

bagus info ni

Husna Rahman said...

super great & nice info...klu syg anak2 mmg kena kawal ketat2 lg2 ntah apa2 la skrg ni..easy access la sgt tp memudaratkan lg banyak aderle..

LYAfrina said...

baru tahu psl ni..tq for sharing

Julia Johari said...

Okey juju nak download...TQ kak share :)

Hanim Hashim said...

nak cuba download nanti la. Anak-anak kita pun suka layari internet, so kena pantau access diaorang supaya tak terjumpa dengan iklan-iklan yang meragukan tu huhu ... tq for sharing! :)

aRz MoHa said...

bagus dengan adanya salam browser

Mommy Cici said...

bagusnya. bebudak zaman skrg ni pandai. tekan sana sini godek sana sini dah jumpa memacam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang