thumbnail

Thursday, May 05, 2016

Nasi Lemak WANJO, Kampung Baru KL

Nasi Lemak WANJO, Kg. Baru KL

Sebenar nyer takde cadangan nak singgah makan kat Nasi Lemak Wanjo di Kampung Baru nie. Disebabkan jalan tutup pagi tadi kat KL (02.05.2016) ade larian ape ntah so tak boleh nak masuk awal kat office pagi tadi. Maka nyer haruslah pegi cari makan dulu!

Dah lama duk merengek kat Eady nak nasi lemak sambal sedap tapi Eady pun tak tau mana nak carikan.Ha..ha..ha..kemain macam orang mengidam teruk! Padahal mase pregnant tak mengidam ape pun ;) rupe nyer mengidam lemak ni lagi teruk penangan nyer! 

Terjah Kampung Baru selepas lama tak pegi sana, almaklum malas nak bersesak dan malas nak cari parking kekdah nyer. Bila dah sampai sana tengok ehhh kedai ni ramai nyer orangggg mesti sedap nie! Eady pun ok jek so aku lagi la triple okey. Bagi aku kalau makan sedap beratur lama pun tak kisahhhhhh ;)

Eady masuk je cepat-cepat amik gambar! Ha..ha..ha..kalau tak nanti kene marah ;)

Kalau baca sejarah dia (kat google) gerai Nasi Lemak Wanjo ni dah 42 tahun beroperasi kat Kampung Baru tuh. Dulu kedai dia kat tempat lain dan tak besar macam nie. Trademark Nasi Lemak Wanjo adalah nasi lemak kukus dan sambal "hot" yang menjadi tarikan orang. Ehemmm..ramai yang cakap Nasi Lemak Wanjo ni lagi sedap dari Nasi Lemak ****rabang**.

Kalau ikut pendapat aku, memang sedappppppppppp Nasi Lemak Wanjo ni berbanding nasi lemak kedai tu. 

Akak kerja pantas!

Nampak tak belah kanan akak yang pakai purdah tu (kat gambar atas) , ha tu barisan dia..lepas aku beratur tu lagi bertambah panjang barisan nyer sampai keluar tapi tak risau lama sebab barisan tu berjalan laju selaju akak yang ceduk nasi dan lauk! Sap sap soiiiii je dia buat keje! Laju.

Sambal dia..perrgghhhhhh! Sedapppp~

Serius tak menyesal aku TERsinggah kat kedai ni! Sambal Nasi Lemak Wanji adalah sangat menepati tekak aku yang cerewet makan sambal. Aku cukup tak suka makan nasi lemak dengan sambal manis..huwaa..cannot go makan sambal manis nie. Huhuuu...

Sambal Nasi Lemak Wanjo ni memang kene sangat dengan trademark dia! Sambal "hot" tapi bukan jenis hot yang korang akan pedih perut tu. Tak ! Yang ni jenis kalau rase sikit pastu nak lagi pastu nak lagi ;)

Cuma pilihan lauk adalah sangat terhad. Pagi tu ade lauk : rendang daging, paru goreng, tempe goreng, sambal sotong besar, telur mata.

Yang aku amik : Nasi lemak lauk paru goreng & tempe (2 set), Nasi lemak lauk rendang daging & paru goreng (1 set), air nescafe ais 2, teh tarik 1 total damage : RM26. Yang menarik nyer, setiap hidangan akan diberi telur rebus sebiji! Tak macam kedai lain telur tebus dipotong 8 kot! He..he..he..

Yang ni gambar ihsan google tau!

Lokasi dia : dalam kawasan pintu gerbang Kampung Baru tu, sederet kedai Nasi Lemak Antarabangsa. Belah kiri kalau masuk ikut pintu gerbang.

Alamat :
8, Jalan Raja Muda Musa (Kampung Baru), 50100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 
Dibuka setiap hari bermula 6.30 am – 12 pm, dan 4 pm – 1 am

Kedai Nasi Lemak Wanjo Kg. Baru ni adalah tersenarai dalam 5 top nasi lemak tersedap di Kuala Lumpur dan Selangor. Terbaek !

14 comments:

wahida said...

laki aku banyak kali dah makan kat sini bila dia OT, aku je yg tak pernah rasa lagi...huhu...

Hazmin Hamudin said...

Baru tau kewujudan nasi lemak wanjo ni. Macam boleh cuba nanti ni.

adianiez AIDA said...

lebih 8 thn tak gi kg baru ni.
last gi masa nurin baby lagi, gi berbuka kat situ merasa bubur lambuk.
huntong la kat kl byk makan sedap, idzwa.
huntong la...

Kakzakie Purvit said...

Nas lemak memang ni yg penting memang sambal dia. Kalau sambal tip-top memang sedaplah dimakan dgn lauk sampingannya.

Kakak tengok tak lokek sambal dia bagi sampai melimpah:)

Nurhidayu said...

menarik....adui..lapar plak tgk nasi lemak pagi2 ni..

Inani Hazwani said...

Kak, memang masa post dekat fb tu Nani dah teriur. Hahaha. Nanti nak terjah jugak !

Mummy Julia said...

Mummy selalu pi makan kat sini.. tapi tak pernah pulak kena beratuq panjang.. hhherhehe

Morning! Mummy mai ronda sini..

Khir Khalid said...

Pehhh... teringin nak pergi lah pulak ni... mmg kena pergi ni. Tak jauh pun hehee... thanks sharing... :) :)

Falsya said...

nak pegi nak pegi nak pegiiiiiii...

Kamsiah Yusoff said...

Akak tak suka sambal nasi lemak berbau belacan hehe

JMR said...

series JMR menyesal terjah entri ni hahaha..nak kena gi sana la weekend ni..

hainom OKje said...

Jarang sangat gi Kg Baru. Pakcik kurang suka nak makan gi jauh jauhlah Izwa....huhu..
Mak nak aje hihi...

el said...

weii mmg wajib...mmg wajib..wajib uols belanja iols nanti ni ok
im comingggggggggggggggggg

Kira Sakura said...

wallahhhhh wujud jugak nasi lemak yang sedap kat kl tu ye kak? (sarkastik :p) nanti2 kot tersesat belah sana boleh la menyinggah. tengok macam jenis yang tak kedekut lauk tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang