thumbnail

Tuesday, June 14, 2016

Buffet Ramadhan 2016 | "Suasana Tradisi Hidangan Variasi" Di De Palma Hotel Ampang

Buffet Ramadhan 2016 | "Suasana Tradisi Hidangan Variasi" Di De Palma Hotel Ampang


Khamis lepas aku berpeluang berbuka puasa di De Palma Hotel, Ampang. Kalau ikutkan ini kali ke-2 rase nyer aku berbuka puasa kat sini. Tahun sebelum tu mase Syakirah takde lagi. Lama dah.


"Suasana Tradisi Hidangan Variasi"
Setakat dah 3 tahun tak datang sini, buffet ramadhan De Palma Ampang ni tak pernah mengecewakan ! Rase macam masakan kat rumah. Kebanyakkan makanan dimasak kat situ jugak depan-depan kiter, lagi menambah rase macam makan kat rumah. Dengan keadaan suasana tradisional pastu makan pun santai-santai. Orang ramai tapi tak penuh so takde langgar la kalau nak amik makan. Relax je rase. Dah la pilihan makanan adalah SANGAT BANYAK ! Seriussss banyak giler-giler ! 

Selera Kampung sangat ;)

Buffet Ramadhan De Palma Ampang yang femes dengan selera kampung menghidangkan Nasi Beriani, Ayam Masak Beriani Berempah, Kurma Saffron Dagin Tetel Berkentang, Dalca Tulang Kambing, Gulai Ayam, Asam Tempoyak Patin bersama ulam-ulaman juga sambal belacan, sambal tempoyak. 
Aaaaa...menaip ni pun tertelan-telan air liur okey ! Orang berperut kampung macam aku adalah sangat syorga makan kat sini tau ! Terus lupa diet..ehh diet tu ape? Kekeke..
Tu belum masuk senarai Citarasa Sup Kawah Berempah yang ade banyak pilihan iaitu ade daging lembu, kambing, perut, isi ayam..slurrrrppp..sedapppp nyer ~ Belum kira lagi "Aneka Laksa" dan "Mee Celop Belanga" ! Laksa Johor pun ade, Mee Kari Nyonya ade..Mee Rebus ade..aaaaa telan air liur lagiiiii... Laksa paling WIN ! Pedas masam cukup rase makan sampai berpeluh punyer pedas..*tumbsup!* Ingat senang ke nak jumpe laksa sedap?

Makanan Panas pun ade

Roti canai ade, roti jalan ade, nak western pun ade ! Dont worry..ye la tekak lain-lain kan. Ha nampak tak KAK YAH tengah menggoreng pisang, cempedak, ubi keledek ? Tu la signature De Palma. Paling WIN antara semua. Warung KAK YAH adalah stall paling HOT ;) Kalah stall kambing. Pisang goreng cicah sambal cili kicap..pergghh..pergghh..cicah cicah makan..cicah cicah makan sedar-sedar dekat sepinggan..hi..hi..hi..lama dah KAK YAH bertahan.

Ni aku panggil selera opah.

Suka hati aku je letak Selera Opah. Ha..ha..ha..ye la korang tau tak bubur kat De Palma Ampang ni punyer rase macam opah-opah kita masak ! Agak-agak kalau rindu sangat kat opah datang la makan kat sini. Insya Allah hilang sikit rindu nak makan masakan kampung yang ala-ala opah masak. Pecal pun ade..fuh~ Aku makan bubur feeling abis, sesuap terus ingat kat arwah opah. T_______T *rindu!* 


Kaunter kegemaran semua

Kaunter manisan tak payah cakap lah. Pegi mana-mana pun deco kat sini paling menarik hati. Rase macam nak makan semua pencuci mulut nie! Ha..ha..ha..tapi kene sedar diri. Kang amik banyak-banyak membazir je lebih. So amik mane yang nak makan je tau. Makan buffet bukan bermakna makan tak beringat.

Air yang pelbagai jenis

Bab air ni aku puji De Palma Ampang, sebab air dia tak kedekut rase tak kedekut buah tak kedekut susu tak kedekut semua ! Setiap gelas kalau ade buah memang dia bagi buah sungguh ! Bukan seketul tapi 2 3 ketul buah. 

Aku paling suka air panas dia. Teh Tarik dan Nescafe Tarik tuh..pergghhh..minum air panas dalam keadaan sejuk santai makan pulak pisan goreng KAK YAH..syahdu weyy makan sambil pejam-pejam mata nak amik feel..ha..ha..ha..giler drama aku nak sampaikan betapa sedap nyerrrr...

Ni antara yang kami 5 beranak makan.

Ade je tu ha kambing tapi aku tak nak la cerita pasal kambing sebab rase-rase kat semua tempat pun kambing jadi tumpuan tapi kat De Palma Ampang ni makanan lain yang jadi tumpuan sangat !

Penutup malam aku

Kalau ade yang cakap aku "alahaiii pegi hotel makan goreng pisang jek?" Hah..korang tak pekena lagi so korang tak tau nikmat makan kat sana. Yang biase tu boleh jadi luar biasa tau lagipun tekak lain-lain kan ;)

Ramadhan Buffet De Palma Ampang

Sambil menikmati makanan boleh layan persembahan dari "Ghazal Sri Kencana". Selain dari persembahan, De Palma Ampang juga menyediakan "Surau Jumaat Nurul Hikmah" yang mana kita boleh berterawih kat surau disitu kerana setiap malam disediakan imam untuk berterawih bersama-sama. So takdelah orang kata makan je sampai tinggalkan terawih ! Kat sini tak. Surau ni juga memuatkan jemaah untuk bersolat jumaat bersama-sama. "Surau Jumaat Nurul Hikmah" juga dianugerahkan "Best Surau in the Hotel Industry" , bagus kan? 

Harga RM75 nett (dewasa) RM45 nett (kanak-kanak). Untuk diskaun boleh ke www.depalmahotelonline.com . Selain dari tu jangan lupa mention blog aku (nurul-izwa.blogspot.com) bagi dapatkan 12% diskaun korang cuma perlu bayar RM68 sahaja untuk dewasa & RM45 untuk kanak-kanak! 

Ramadhan Reservation Counter : 03-42707070 Ext 1515/1516. 

16 comments:

Nurzakiah Hanum said...

nyum2

ain.ya.nun. said...

Tang surau siap ada solat terawih ada imam sekali tu memang thorbaik sangat tapi tu la. Ampang kawasan jem. Bercinta nak pi sana ;p

Hanim Hashim said...

alamakkkk roti jala kegemaran kita ada ...sedapppp semuanya!

Dhiera nadhirah said...

ohoii.. puasa2 tengok makanan je dah boleh telan air liur lagi lah diceritakan detail. laksa pedas masam semua. *nangis*

tp interior deco dia awesome!

mama tisya said...

meriah air tu...abc fav

luqman zakaria said...

ya ampun..bestnye..semuanya nampak sedap..memang hancur la diet..haha

Rosmiza Ali said...

Wah! Meriahnya.. Macam2 menu ada.. Terliur kite wakk.. Hehe..
RosmizaAli.Com

Fiza Rahman said...

Telan ailio jer lah nengok gambar2 makanan ni.

JMR said...

tengok gambar je boleh sendawa ni..

Nooriah Abdullah said...

ya ALLAH meriah nya Idzwa
mewah betul macam2 ada
selera kampong memikat jiwa lah

Inani Hazwani said...

Makanan panas tu lain draipada yang lain. Syoknya makan panas panas. Dah lah banyak pilihan. Memang best !

Raihanah Ahmad said...

wah menyelerakan betul

hainom OKje said...

Wahhhh mcm terliur je tgk makanan tu ......
Sekarang ni buffet mahallah ....nak pergi mcm sayang pulak

el said...

makcik goreng pisang ubi tu bestlah mkn panas2..hihih

Khir Khalid said...

Mmg best... tak dinafikan. 2 tahun berturut2 berbuka di sini cuma tahun ni belum berkesempatan lagi... best:) :)

Cik Tie said...

Alahaaii sedapnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang