thumbnail

Monday, June 20, 2016

EPHYRA SKIN SERIES : Ephyra Skin Snow Baby Baru Dari Produk Ephyra !

EPHYRA SKIN SERIES : Ephyra Skin Snow

Oleh kerana aku ni dah jatuh cinta tergolek-golek dengan semua produk Ephyra haruslah tak lepaskan peluang untuk mencuba produk baru keluaran Ephyra & Oceanlife2u nie. EPHYRA SKIN SNOW adalah baby baru, "adik" kepada Ephyra Skin Bar (pencuci muka), Ephyra Advanced Repair Serum (serum pembaiki muka) so complete set ni diberi nama : EPHYRA SKIN SERIES.

Setakat ni dah dekat 3 minggu aku pakai Ephyra Skin Snow yang lebih dikenali sebagai krim siang dan malam yang fungsi nyer adalah melembapkan muka kita. Kalau Ephyra Serum tu membaiki kulit muka, adik dia menjadikan kulit muka tu lembab sentiasa so takde dah masalah kulit kering kontang bak pandang pasir dah. Hu..hu..hu..tapi memang betul pun, muka aku dah tak kering langsung sekarang ni  !

Kalau entry lepas aku ceritakan fungsi & kebaikan Ephyra Serum, sekarang aku nak cerita fungsi dan kebaikan Ephyra Skin Snow pulak. Almaklum benda baik, produk bagus kene la share kat korang. Takkan aku je nak cantik sensorang kan..ahaks~ Manalah tau kan korang pun ade masalah macam aku, masalah kulit kering yang kering tahap dewa punyer kering sampai tahap kadang lepas cuci kulit bersisik terkopek-kopek..apa masalah kulit aku ntah, jerawat tu takde tapi jenis tak cukup air ke hape ntah.

Jadi aku memang perlukan produk yang boleh tolong kulit aku ni dari luar, yang dari dalam aku makan Ephyra Inteemor dan minum air kolagen Ephyra. Hah nampak? Semua produk Ephyra aku tibai ! Jatuh cinta la kata kan (sebenar nyer lebih kepada percaya sangat dengan produk keluaran Ephyra nie) Okey fine..panjang plak penerangan nyer pun !

EPHYRA SKIN SERIES -semudah 1,2,3

Okey lah jom aku ceritakan 1 per satu fungsi dan kebaikan EPHYRA SKIN SERIES ni, harap korang baca kesemua nyer perlahan-lahan sebab entry ni akan jadi entry yang terpanjang ! Okey nak cantik kene la susah dan sakit kan? Hahahaha..tapi ni tak sakit pun korang, ni takat kene baca je pun~ SILA PASTIKAN ANDA BACA okey, arahan nie. Hihihi..

Ephyra Skin Bar

EPHYRA SKIN BAR, pencuci muka yang diformulasikan 100% dengan bahan semulajadi dan takde bahan kimia langsung. Ephyra Skin Bar ni antara "top produk" dalam jenama Ephyra.

Kelebihan Ephyra Skin Bar nie :
  • Merawat jerawat
  • Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
  • Menanggalkan kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Mencerahkan wajah secara semulajadi
  • Menghilangkan bintik-bintik hitam.
Okey jujur cakap, ikhlas bagitau muka aku hanya boleh pakai seminggu 3 kali je skin bar ni. Kalau pakai hari-hari muka aku bertambah kering giler. Aku sekadar pakai seminggu 3 kali hanya untuk menghilangkan jeragat & blackhead yang teruk nie je.

Alhamdulillah jeragat aku dah banyak hilang ! Betul weh tak tipu, muka aku penuh jeragat (wrinkles) tu tapi sejak dah kurang ni Eady pun dah terjebak pakai sekali..ha..ha..ha..dulu dia tak percaya, lepas dia sendiri terperasan yang kat pipi kiri kanan aku ni dah tak banyak jeragat macam dulu baru la sibuk nak pakai skin bar aku tu.

EPHYRA SKIN BAR ni sangat sesuai giler untuk orang kulit berminyak  kot ! Serius tak tipu sebab kakak aku dah pakai sejak tergoda dengan entry aku yang lepas..kekekeke..pengaruh adik sangat nie. Dia cakap muka dia berminyak dan jerawat besar-besar tapi sejak pakai Ephyra Skin Bar ni jerawat dia cepat je kecut ! Jerawat pun macam segan nak singgah muka. Dia cakap lepas ni nak pakai serum plak sebab nak hilangkan parut jerawat. See..ramai orang dah percaya dengan produk Ephyra nie. Kakak sepupu aku pun dah tergoda. Korang biler lagi?

Korang cuba dulu okey, kalau kulit kering macam aku mungkin korang boleh try selang sehari dulu. Muka kiter, kiter je tau kan jenis yang macam mana.

Selebih hari tu aku pakai kat badan je untuk hilangkan jerawat kat belakang badan. Muka takde jerawat, belakang pulak ade jerawat khenn? Alhamdulillah..nampak kurang jugak la jerawat belakang badan lepas guna Ephyra Skin Bar nie, jangan tak percaya boleh pakai keseluruhan badan tau.

PALING BEST - kalau badan ade bau atau tiak ade bau keti boleh pakai Ephyra Skin Bar nie! Ternyata mengawal pengeluaran peluh kat area keti okey..bau badan pun hilang kalau rajin pakai kat badan.

Pesanan : lepas cuci muka, jangan gosok atau lap muka laju-laju atau kuat-kuat..just tap-tapkan tuala muka tu perlahan-lahan sebab kulit muka akan rosak cepat kalu korang gosok atau tenyeh muka kuat-kuat. Lepas cuci muka kan, muka kita tengah "terbuka" so jangan la rosakkan lagi dia :) Kat video dibawah aku ade share cara-cara cuci & lap tu tau ! Jangan lupa tengok.

Ephyra Advanced Repair Serum

Ala yang ni nak ceritakan lagi ke?? Mungkin ada antara korang dah tau kot pasal Ephyra Serum nie sebab aku penah buat entry pasal nie kan, tapi takpelah alang-alang dah buat entry ni meh la nak ceritakan sekali lagi ;) mana tau kan ade pembaca baru ke? Ehh..haiii awak~

EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM (dengan Nano Technology), serum untuk kulit yang sangat berkuasa dan dipatenkan oleh SWISS NANO TECHNOLOGY yang berfungsi dalam mengembalikan kulit cantik dan berseri.

Oh ye Nano Technology tu adalah teknologi yang digunakan untuk mengecilkan saiz partikel serum. Perkara ini akan menjadikan serum tak melekit, tidak berminyak dan mudah meresap ke dalam kulit untuk membaiki struktur kulit dari luar sehingga ke lapisan kulit paling dalam.

Fungsi dan kebaikan EPHYRA ADVANCED REPAIR SERUM :
  • Menghilangkan jeragat degil dan parut jerawat
  • Memperbaiki tona kulit tidak sekata
  • Menganjalkan, menegangkan dan mengembalikan keremajaan kulit yang kendur
  • Mencerahkan kulit kusam
  • Menghilangkan lebam bawah mata serta sunburn
Macam entry lepas yang aku bagi tau, serum ni macam magic ! Korang pakai sikit je tap-tap kan kat muka (lagi-lagi part bermasalah) cepat je serum ni hilang dalam muka macam korang tak pakai ape ! Aku ni dulu mase mula-mula pakai macam tak percaya dah pakai..sapu sikit-sikit pastu ehh macam tak pakai jek pastu tap-tap kan lagi..pastu ehhh kenapa muka macam ade benda tapi rase takde..ehh korang paham tak nie? Ha..ha..ha..

Lama-lama dah biase pakai, just tap-tap kan dot-dot kat muka sapu keseluruh muka ade je la serum tu kat kulit. ;) Aku pakai serum ni sebab yang aku merahkan tu jek, yang lain aku tak peduli..hu..hu..hu..jeragat aku ni degil nak mati dari dulu. Sekarang nyah kau dari muka aku ! Nak tengok muka aku dulu sebelum dan selepas pakai serum tu boleh terjah ENTRY NI, dan sila percaya itulah muka aku okey. Sumpah jadi lain !

Kulit muka aku jadi cantik sangat sebab serum ni ade Vitamin E dan Vitamin C juga Glutathion. Nampak ? Tak payah nak cucuk-cucuk vitamin C kat muka korangggg, just tap-tap kan sapu jek siang & malam.

Kalau entry dulu aku tak sentuh bab tona tak sekata, sebab aku tak perasan sangat pasal tu..cuma tersedar biler Eady tegur dah takde belak pada muka. Tau berbelak tu ape? Buka je tudung ade 2 warna kat muka. Yang bertudung putih, muka confirm lah gelap sikit sebab aku kan jalan setiap tengahari amik anak balik sekolah.

Sekarang belak tu takde langsung ! Punyer tak sedar sebab sibuk fokus bab jeragat, wrinkles & "kawah" kat muka nie. Tu belum kire duk fokus nak hilangkan blackhead whitehead tu..

Ephyra Skin Snow baby baru dari Ephyra !

EPHYRA SKIN SNOW ADVANCED WHITE REPAIR (dengan teknologi Geno White), pelembap muka berteknologi Geno White yang digunakan selepas menggunakan Ephyra Serum. Kesan penggunaan seawal 9-14 hari. Sesuai digunakan oleh semua jenis kulit, juga sesuai untuk lelaki.

Tiada paraben, tiada hydroquinone mahupun merkuri malahan pelembab ini tak melekit, tidak bermiyak dan sangat mudah meresap. Natural arbutin dari Berry, Vitamin C, Vitamin E (esktrak dari buah) bagus untuk perlindungan kulit dari UV dan membaiki kulit rosak. Mampu melambatkan tanda penuaan serta memulihkan kulit dari sebarang parut.

Dengan 8 fungsi okey.

Nah ada 8 fungsi kebaikan Ephyra Skin Snow :
  • Melembapkan dan mengekalkan wajah
  • Mencerahkan seawal 9-14 hari
  • Menggunakan teknologi Geno White (teknologi yang mengawal pengeluaran melanin)
  • Menambah agen perlindungan kulit (sebagai UV protection)
  • Membantu mengurangkan minyak berlebihan pada kulit yang jadi punca jerawat
  • Mengurangkan kesan-kesan penuaan (garis halus & jeragat)
  • Menambahkan keserian kepada wajah bagi mengekalkan muda & bersih
Korang mesti tertanyakan ape tuh Geno White? Aku pun baru tau so meh aku sharekan sekali. Geno White adalah teknologi "SMART PEPTIDE" yang mampu mengawal pengeluaran melanin dalam kulit. Melanin ada pada kulit semua orang dan ia adalah protection kulit dari sinaran UV, tetapi kalau terlalu banyak melanin aktif akan menyebabkan kulit berjeragat, bintik hitam dan paling serius adalah kanser kulit !

Faktor melanin adalah dari : umur, sinar matahari, hormon tak stabil, ubatan. Hmm..baru tau kenapa aku banyak jeragat dan bintik hitam ! Terlebih melanin rupe nyer. Bagus jugak Ephyra Skin Snow nie kan ? Aku ni duk tibai pakai jek takde la amik kisah fungsi dia untuk ape. Yang aku tau asal kulit aku dah jadi cantik, dah jadi elok dah cukup dah. Hu..hu..hu..sekarang aku amik serius bab jaga kulit muka nie, almaklum faktor umur makin meningkat lagi susah nak baik kalau tak kawal dari sekarang.

Krim ni paling BEST sebab tak melekit langsung ! Menyerap terus ke muka. Biase kalo kita pakai krim siang malam ni muka mesti berminyak lagi-lagi kalau dah masuk ke tengahari tuh. Tapi dengan krim ni sampai malam tak berminyak ! Sampai malam kalau korang tak cuci muka sebab cuti solat la. Best best best *tumbsup*

Petua : kalau nak muka korang lagi best setiap kali bangun tido, sila pakai Ephyra Serum & Ephyra Snow ni sebelum tido ! Bangun pagi korang akan rasa muka tu lembut lembab, rase best jek muka.

Okey sekarang jom aku sharekan cara pakai dia. Gigih tiru duta Ephyra ! Ahaks..feeling Memey sangat..ha..ha..ha..

Klik gambar untuk tumbesaran ;)

Kalau korang perasan kat gambar aku ade bekas serum kecik dan bekas bulat kecik kat sebelah Ephyra Skin Snow tu kan? Ha..aku kene masukkan sikit untuk aku bawak jalan ! Ye la kalau solat kat luar, lagi-lagi kalau ade event kat luar takkan nak bawak semua tu kan? Berat la nanti handbeg, lagipun botol serum tu kaca sayang nyer kalau jatuh dan pecah..hu..hu..hu..

Nak tak nak terpaksa transfer masuk ke dalam bekas plastik kecik. Kalau Ephyra atau Oceanlife2u ada jual Ephyra Skin Series ni dalam bentuk dan bekas comel-comel kan best? Senang nak bawak merata. 

Fokus pada muka je tau !

18.06.2016 waktu OT aku tak make-up

Sorry, aku paling suka amik gambar pakai telekung sebab mase ni je muka jadi bersih giler. Bawah mata hitam tu memang tak boleh nak kawal mase bulan puasa nie..ha..ha..ha..tido lambat bangun awal nak masak pulak. Siang takde peluang nak take-nap so redho je lah korang tengok muka polos aku tuh. Nak edit pun aku malas. Hu..hu..hu...

Dan mungkin korang tak nampak sangat perbezaan nyer kan? Nah aku tepekkan sekali lagi muka aku dari awal aku pakai Ephyra Skin Series nie, jadi sila percaya tau.

06.06.2016 
Adalah gambar terbaru berkat pakai Ephyra Skin Snow selama 3 minggu.

Okey apa yang aku nak sampaikan kat sini, kalau korang tak pakai make up pun muka dah bersih, licin giler tu tak lagi la tapi lebih kepada lembap-lembap ala-ala cheese cake yang baru lepas masak tu ! Lembut-lembut gebu gituh~ Rase nak tekan-tekan pipi sendiri..ha..ha..ha..ini betul tau walaupun gelak.

Kadang pegang pipi sendiri, pegang hidung sendiri sebab lembap-lembap sejuk licin gebu arhhh canne nak cakap feel dia?? Ala-ala gigitan pertama kek sedap baru lepas keluar oven tuh. Gigitan yang sampai terpejam-pejam mata tu..hihihii..hah..itu la perasaan aku, tak tau la perasaan korang macam mana. Feel dia best sangat.

Dah jadi Ephyra Lovers sekarang nie.

Nah sekarang aku tengah rajin kan, so aku upload sekali video bergambar & video cara-cara penggunaan EPHYRA SKIN SERIES nie ;) so sila abaikan suara aku yang nerves giler tu..almaklum 1st time nak bervideo..ha..ha..ha..

Cara-cara menggunakan EPHYRA SKIN SERIES

Video bergambar


Harga EPHYRA SKIN SERIES hanya :

RM 140 (SM) dan RM 150 (SS) - ini adalah harga set. 
Sekiranya beli secara loose, harga adalah berbeza tau.

Ephyra Skin Bar : RM 39 (SM) dan RM45 (SS)
Ephyra Skin Nano : RM68 (SM) dan RM 72 (SM)
Ephyra Skin Snow : RM 48 (SM) dan RM 52 (SM)

So better beli set lagi jimat ! Ohye, sebelum aku terlupa..ada peringatan penting nak bagi tau korang. Kalau korang beli produk Ephyra ni make sure yang original tau barulah boleh dapat kesan yang lebih berkesan.

Klik gambar untuk lebih jelas.

Maklumat lebih lanjut :

IG : @ephyra2u
Website : sedang dikemaskini.

Tak sabar nak tunggu produk lain dari Ephyra & Oceanlife2u ni, mana tahu lepas ni ade BB Cream atau CC Cream ke..so korang jangan lupa untuk cantik bersama Ephyra tau ! :)


19 comments:

Mia Kassim said...

Wahhh sangat nampak perbezaannya .. ni kira wajah hari rayalah ni ye 😁

Mrs Puex said...

woww!!! kagummm!!

Nurzakiah Hanum said...

wow bagusnya

Julia Johari said...

Pori-pori di wajah akak dah mengecil...bagusnya efek ephyra ni kak izwa...terbaik review akak...tahniah kak izwa !

suka! ^_^

Qhaifa Nur said...

Bestnya klau serasi...
Berseri dipagi raya

Kakzakie Purvit said...

Itu ha.. budak yg menempek kat gambar 18-06-16 tu tak payah ephyra pun dah licin, mulus dan gebus:)

Inani Hazwani said...

Taksabaaar nak beli jugak !

Falsya said...

mmg nmpk perubahan die kan kak..ehh, yg snow tuh je kite xde..nnt nak beliiiiiii..

Dkna Abza said...

aaa kan,, kot pasni ephyra kuarkan produk baru lagi.. bestnya

Blog Akak Kembang said...

hehehe...dah beli krim snow white tu...tak sabar nak bg anak dara den try...

Nooriah Abdullah said...

sayangnya kaknoor kat Brunei
mmg teringin sngt nak guna produk ephyra ni Idzwa
tak tau kat brunei ada ke tak
tak sempat lah nak beli utk raya sbb skrg pun masih di UK huhu

Khir Khalid said...

Semakin hebat produk2 Ephyra ni... saya pun akui bagus utk wanita dan juga lelaki. Saya pun suka pakai skin bar tu... :)

Nurhidayu said...

mmg duta ephyra sungguh ni..hehe

Raihanah Ahmad said...

wah terus boleh jadi duta ni camni

Raihanah Ahmad said...

wah terus boleh jadi duta ni camni

Cik Tie said...

Wahh..

el said...

bestnye kulit dah jdi cantik uols
berseri2 lah di pagi raya uols
jeles uols
kbai

Amanda Suria said...

Yeayyy bleh jd duta ephyraaaa....

Nurul Azwa said...

Salam, saya ada jual produk ephyra. Boleh whatsapp 0132770550

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang