thumbnail

Thursday, June 09, 2016

Kau Dah Tua Biler .....


Topik yang menikam kalbu okey ! Tapi sampai biler tak nak mengaku tua oi? Aku ni sejak 2 3 hari ni macam ade tak kene jek. Kejap sakit kaki la, sakit kaki yang sakit sangat..macam lenguh tahap rase nak cabut kaki pastu letak sebelah. Masalah nyer sebelah kaki je rase..aduyaii..dan aku rasa tua sebab aku pun dah jadi degil sebabtak nak pegi klinik ! Ha..ha..ha..

Masalah lain ialah hari-hari lupa hari la..aduhhh..masalah jiwa betul. Bos aku sampai cakap aku ni mabuk todi asyik lupa hari ! Asal buat memo je jerit "kakkk hari ni hari apeee?" Yang dia dah tentu marah " kau nii..hari-hari tanye aku hari !" Petanda dah tua okey, sila terima kenyataan Izwa. 

Yang berusia feeling remaja

Korang pun mesti sama kan dengan aku? Biler satu tahap kau dah tak peduli apa orang nak cakap kau, tak peduli pun bila ade orang mengata kau kat belakang tapi kat depan bermulut manis (ini ada berbukti tau..) makna nyer kau dah matang sangat. Yup matang dalam erti kata lain kau dah makin berusia. Kau lebih relax dengan ambil keputusan maafkan dia dan doakan supaya sedikit kegembiraan kau dapat pada dia. 

Kau tahu kau makin berusia biler hari-hari kau akan fikirkan untuk keluarga sahaja, ade masa dengan kawan tapi hati tu lebih kepada keluarga dan anak-anak..betul tak? Kau tahu kau dah berusia biler semua kau rase "ringan" je walau apa pun masalah yang tiba.

Kau dah tua biler kau marah kau akan diam atau gelak je biler berurusan dengan orang yang kerja nyer nak maki je ! Ha..ha..ha..bertambah tua biler kau sentiasa ade list to do setiap hari sebab kebanyakkan benda kau akan lupa ! 

Akhir sekali, kau memang dah tua bila kau tak kisah pun bila suami lupa anniversary lalu kau pun relax tengok tv makan nasi. Ngeeee~ tu je sebenar nyer nak bagitau..hihii..

18 comments:

Inani Hazwani said...

Ahaaa bila dah makin berusia memang hal remeh temeh malas nak layan ye kak :) Umur je dah tua muka maintain muda :D

mama tisya said...

ayat last tu...suami lupa annivesary ye..hehe..tkpe bkn tua..tp matang

Norhayati Mohd Isa said...

Hahaha..
Ayat akhir tu sama dgn akak..
Laki bini lupa annivesary..

Siti Rohaida Yusof said...

ngaku kita dah tua...ahakss

che mid said...

Happy anniversary Izwa dan suami. Semoga berbahagia selalu. Lupa hari takpe, lupa anniversary tak pe gak, jangan lupa ada suami sudaaa k he he

Qhaifa Nur said...

Bukan lupa katanya x ingat...

Qhaifa Nur said...

Bukan lupa katanya x ingat...

Nurhidayu said...

adeh..mkm kismis byk2..haha..eh berkesan ke klu utk mak2 budak mcm kita ni ekk

Mazlan Othman said...

Bukan tua tapi orang lama.
Jangan tak sedar kita dh tua sudahlah.

Kakzakie Purvit said...

Tua dan matang tak sama dik oiii!
Izwa masih muda tapi dah matang dek pergaulan dan rencah kehidupan yg dilalui
Tua ni macam kakak ni hihi...

Mia Kassim said...

A'a dah tua dah ni .. 😊

JMR said...

Alhamdulillah, takde lagi simptom2 sebegini..hehee

eima said...

hahaha aku pun jenis tak kisah dah skrg ni ..klu dulu kerja n k bergaduh je ... nk menang je ...tp sekarang ni lantak kau la .. mls dah .....

Delimasari said...

hehehehehe!!!!!! kter pun camtu

Khir Khalid said...

Mmg dah tua bila mata dah start blur2, baca pun terkebil2... cuma masih nak control muda tak nak pakai spek... tngh plan nak cari contact lens warna biru dan hijau utk mata ngeh ngeh... :D

ibuayu said...
This comment has been removed by the author.
ibuayu said...

Hehehe....umur yay dire muda

aRz MoHa said...

hahah....petanda dah tua ya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang