thumbnail

Wednesday, June 08, 2016

Mee Goreng Basah Paling Mudah Dimasak

Mee Goreng Basah Paling Mudah Dimasak


Fuhh..baru sekali masak terus jadi dan dan nak share kat sini..hihihi..ampunkan lah aku ! Semangat nak masak sendiri lagi-lagi bulan puasa ni kan..beli karang dapat yang tak sedap frust pulak. Jadi baik masak sendiri makan pun licin.

Semalam duk terpikir nak masak mee goreng basah so google la cari resepi paling mudahhhhh paling simple paling sikit bahan paling-paling semua lah ! Almaklum orang tak pandai masak haruslah bermula dengan yang paling mudah ye dak? Nah sekarang aku share kat korang cara masak Mee Goreng Basah paling mudah dimasak. Insya ALLAH jadi .

Bahan-bahan.
  • Mee kuning yang 500 gram tu.
  • Tomato sebiji (kalau tak nak pakai pun takpe)
  • Cili masak setengah batang (buat cantik mee tu jek)
  • 3 sudu kicap pekat masin
  • 3 sudu cili sos
  • 3 sudu sos tomato
  • Telur 2 biji (dah siap pukul bagi kembang)
  • Ayam/daging/udang/sotong (semalam aku pakai daging hancur dan udang dah siap kopek)
  • 2 sudu cili boh
  • Bawang putih 2-3 biji, bawang merah pun sama..ikut lah selera sendiri. Ade orang suka bawang banyak, ade orang tak suka bawang banyak. Sukahati jugak nak tumbuk ke nak potong kecik-kecik ke bawang tu.

Mee Goreng Basah paling mudah dimasak

Cara :

Rebus atau basuh mee tu dulu. Letak tepi.

Masak :

  • Tumis bawang merah bawang putih, dah naik bau masukkan cili boh 2 sudu (nak pedas letak lebih)
  • Dah naik minyak cili tu masukkan daging hancur/udang/sotong/ayam
  • Masukkan air sikit bagi berkuah.  
  • Dah masak semua bahan diatas, masukkan cili sos, sos tomato, kicap..gaul bagi rata.
  • Dah sebati, masukkan cili masak dan tomato tu (tapi jangan lama nanti tomato hancur!)
  • Masukkan mee, sampai rata
  • Last masukkan telur.
Dah siapppp ! Oh ye takde garam sebab kicap dah masin, tapi kalau nak tambah secubit pun boleh je. Sendiri makan kan ;) lupa nak bagitau..masa cili dah masak aku masukkan secubit dua gula ! Yup..gula sebab itu petua arwah opah kalau nak bagi cili masak cantik merah garing masukkan gula sikit. 

Semalam berbuka, 3 beranak tu sekali hadap jek terus licin ! Senang kerja aku basuh semua pinggan mangkuk periuk. Takde tinggal sikit pun. Kira lulus la kan? :)



26 comments:

nasibah khushairy said...

wow nampak menyelerakan.. mee goreng belengas..hahaha

ain.ya.nun. said...

sayur mana wa sayur mana? haha.

mama tisya said...

mmg mudah..kita pn suka buat mee goreng basah

Falsya said...

Kite suke mee goreng basah tp laki kite xsukeeeeee..so xleh nak masak basah2 gitu..

Qhaifa Nur said...

buat sendiri baru sedapp
kira lulus sbb licin tiada berbaki....

Mia Kassim said...

Nampak sedap 😊 Tp mee kuning tu kami sekeluarga x bpa suka sbb lepas mkn cam terasa haus sangat .. huhu

Kakzakie Purvit said...

Mudah, cepat dan sedap itu yg memuaskan hati
Anak-anak suka, org yg tidur sebelah kanan pun suka dah cukup bahagia:)

Julia Johari said...

Terliurrrrrrrrrrrrrrrrrrr sudah...juju suka mee cam ni...mmg selera nak makan...x yah penat2 buat lauk pauk kak...satu menu je semua hado siapppp

Nurzakiah Hanum said...

senangnya

luqman zakaria said...

sedapnya..kena buat lebih kak..bg sy sikit..hehehe

Inani Hazwani said...

Sedapnya mee goreng basah ni. Resepi pun senang aje :D

Emarieys said...

semalam nak buat tak jadi...harap hari ni jadi..asyik makan nasi.. better ubah selera pulakkan.

Mrs Puex said...

eyhh..menu kita samalah semalam.. mee goreng.. tapi ku mee goreng cik zubir..
pepaham la kepedasan die ..huhuhu..

cuti sekolah dh nak abis, kene balik shah alam lepas ni..huwaaaa...

Cho Zila said...

akak masak mi memang tak buh garam sebab mi tu dah masin dan kicap, sos semuatu dah masin... dan tomato memang elok ada kalau masak mi... opah akak dulu kalau masak mi pakai cili merahtu tumbuk(zamantu mana ada blender) banyak2 dan nak seimbangkan rasa bubuh gula ...

ct cheery said...

Mudah lah

eima said...

KU NI KdNG2 MAsak mee sedap kadang tak .. tatau nape ... pelik sungguh hahahaha tp klu dulu2 kompom sedap ...aku akui 15 thn dulu aku sgt pandai masak hahahha bila dah dok bujang tak reti masak ..asek mkn kedai skrg ni dok bertateh blk

Nieyl said...

semalam nieyl buka bihun sup mak nieyl buat...hihi..

HeNRieTTa JoSe said...

yummy...sedapnye mee goreng basah....

Fiza Rahman said...

Gulpppp!!

Noriza Rahman Momma Vogue said...

1st day berbuka puasa pun makan mee goreng tetapi tak basah la..hehe

Amanda Suria said...

Terus akak lapar...eh....hahahha

Muzai Samilan said...

haishh sedapnya.. leh masuk list menu berbuka next week.. haha.. tp menu yg paling senang pada saya mee hailam..hehe

Hanis Azla said...

As-salam izwa..

ALLAH.. sedapnya.. mengancam sungguh nampak mee goreng basah izwa tu.. akak sekeluarga memang suka mee goreng juga.. Kalau masak mee memang licin kuali he..he..

Rosmiza Ali said...

Mee goreng basah ni 1 of my favourite gak nih.. Makan tak puas gittuwww.. Hehe.. Petang ni rasa nak buat mee goreng basah gak la.. Ngee~
RosmizaAli.Com

ibuayu said...

nmpk sedap tu

ibuayu said...

nmpk sedap tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang