thumbnail

Tuesday, June 07, 2016

Ramadhan Bulan Mulia, Ye Ke?


Seketul RM1

Tanjat tak uolls seketul kuih tu RM1, besar tak sampai setapak tangan aku yang comel nie. Hiuhiuhiu..bulan mulia lah sangat kan? Pelik sangat..waktu tak puasa 60 sen seketul tetibe bulan muncul jadi RM1 la yeh? Okey fine..penat panjat pokok kelapa kan..kene pulak parut kelapa tu. Sagu pun kene cari sampai dalam hutan kan?

Ha..ha..ha..macam ni lah KEY ELL setiap tahun. Asal nak raya je naik la harga lah semua benda. Semua nak naik termasuk darah pun naik ! Manakan anak je nak makan ni kalau tak aku dengan Eady memang tak berapa pun dengan kuih. Buka dengan air dan nasi terus. 

Janganlah komen, kalau tak nak mahal buat sendiri. Baikkk..kalau yang makan tu satu kampung takpe lah, ini yang nak makan 2 ketul budak yang kadang makan pun tak abis. Jadi beli lah jawapan nyer walaupun hmm...hmm...

Cakap banyak pun tak guna kan, tapi aku nak pesan lah kat orang berniaga..memang korang terpaksa naikkan harga sebab semua nyer jadi mahal mase puasa dan nak raya tapi agak-agak la weyy..seketul biase kot takkan lah seringgit?? *frustgiler*

14 comments:

Ayuni said...

smlm sy jumpa rojak yang seplastik kecik rm3.50, tak logik betul...

Norhayati Mohd Isa said...

Kalau rumah idzwa dekat dengan rumah akak ..
Dah akak hantar sepiring kat ko wa..
Sian tengok kat bebudak..
Singgit..
Memang mahaiiii lah kan..

Inani Hazwani said...

Kak, memang mahal mahal harga bulan puasa ni kan. Semalam abah gi bazaar air tebu satu jag kaca tu lapan ringgit. Pengsaaaan !

Kakzakie Purvit said...

Ada makcik tempat kakak tahun ni dia tak jual di bazar sebab harga bahan mentahnya mahal. Dia biasa jual ikan asam pedas. Dia kata kalau harga bunga kantan dan ikan dah mahal berapa dia nak jual seekor/sepotong. Kalau RM4/- baru ada untung. Tapi siapa nak beli dia kata. Itu yg dia tak berniaga. Sedih kan...:(

Jueliza Jamani said...

Mahal nak mampusssss

Cik Puan Eka said...

mahalllll. Modal bukan banyak sgt klu kuih sagu ni. hmmmmmmmm tetiba rasa nak buat kuih sagu la ptg ni

Fiza Rahman said...

Ni jenis meniaga nak untung jer. Gila mahal seketul singgit.

Khir Khalid said...

Pehh kalah harga standard secret recepie tu... adehh... mmg bulan puasa ni lah org ada segelintir yg nk untung banyak hhmmm...

Nurhidayu said...

boleh tahan gak harga kuih tu kan..huhu..

selamat berpuasa izwa seisi keluarga...

Muzai Samilan said...

memang mahal..pastu rasa pun belum tentu sedap.. tu yg skrg buat sendiri kalau teringin makan berdua.. hehe.. tp tok laki kalau dh habit dia mmg ke bazar.. ada je yg dia bawa balik.. geram je rasa... huh

iduraz said...

MAHALNYA SINGGIT SEKETUL..NK PERGI HAJI BALIK HARI KE HAPA..HUKHUK

Cho Zila said...

yessss semalam akak beli tauhu sumbat harga 75sen satu.. mak aii tapi bersangka baik sedap kot.. tapi serius tak sedap sebab yang buattu tak ikhlas... kalau orang ikhlas walaupun kuihnya tak nampak comei tapi sedap... tapi yang ni lagi dasat sehinggit... ehmmm kena buat sendiri, sedekah kat jiran tetangga nanti untung dapat balasan pulak... macam zaman akak duk kampung dulu2... penuh semeja tak yah gi pasar ramadhan... macam2 ada semua jiran bagi...

Amanda Suria said...

Mak aiii mahalnya....Tp kalau sebab suka or Anak suka sure beli je

whydoucare said...

Gilaaa mahal. Kalau sy sambung puasa je huhuhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang