thumbnail

Wednesday, July 13, 2016

4 Benefits of Online Shopping Malaysia

4 Benefits of Online Shopping Malaysia



The latest Malaysia online shopping trend has become a very popular shopping method for shoppers recently. Even for me, I have always been looking for other alternatives when it comes to shopping and online shopping is the best fix for that. There are many benefits of online shopping and the very reason why online stores and online boutiques are a booming business today. Let me list you the benefits of online shopping Malaysia

Fuhh..kalau bercakap bab shopping online ni ramai yang senyum lebar kan? ;) Almaklum sekarang kan dah jadi trend shopping dalam talian ni, aku pun salah sorang penggemar shopping secara online. Terkelip-kelip mata kalau shopping kat online nie..ha..ha..ha..tau tau sampai je parcel pos laju kat office. Eheks..


Jimat masa - hoh bab jimat masa ni terpaling aku suka ! Senang okey kalau dalam 1 laman web tu ada semua benda ! Tak payah aku nak pusing 1 mall untuk cari barang-barang yang aku nak shopping. Lagi ade anak-anak mana dan nak pusing 1 mall dengan kerenah dia orang ! Lagi banyak hentian kat tempat berkenaan berbanding membeli dalam online nie. Boleh pilih dalam keadaan tenang uolls ;) Dengan masa yang jimat ni macam-macam urusan lain kita boleh buat tau.

Jimat minyak kereta/motor - kata zaman sekarang zaman mahal kan? So bab menjimatkan minyak kereta/motor ni selagi boleh dijimatkan mari kita berjimat ! Maka pilihan bershopping secara online sangat menjimatkan miyak kereta sekaligus menjimatkan duit kita. Dah la tak penat berjalan, tak keluarkan duit minyak tau-tau barang sampai je depan umah haruslah suka kannnnnnnn ;) Jangan kata jimat minyak, duit tol dengan duit parking pun super jimat kalau shopping online Malaysia ni.


Selain dari senarai kat atas tu yang mesti ramai dah tahu, ada lagi kebaikan shopping online Malaysia nie.

Jimatkan tenaga - kalau takat pilih dan klik-klik kat depan pc atau kat hp mana penat kan? So compare la dengan kita terpaksa pusing 1 mall ! Lenguh kaki belum tentu dapat barang yang kita nak cari tu. Betul tak? Jimat tenaga pusing 1 mall dan jimat tenaga kejar anak dalam 1 mall ! Ha..ha..ha..

24/7 barang tersedia - Ini fakta ! Bila-bila masa je boleh shopping online ! Agak-agak tengah malam tetibe terjaga dek kerana teringat kasut idaman terus buka online dan klik ! Wallahhh..kalau pegi shopping kompleks dah la kene tunggu mall buka pukul 10 pagi dah tu belum tentu ade saiz atau warna yang kita nak. Dalam online dah siap tersedia semua detail ada stok ke tak, warna apa, bila akan diposkan. Tinggal nak tunggu sampai kat tangan je.

So korang suka tak shopping online macam aku? Minggu ni pun aku tengah tunggu 2 parcel tauuuuuuu..he..he..he..tapi kene ingat jugak nak shopping online kene ade had ! Jangan main taram beli je kang poket pun rabak. Kene ade limit duit, limit poket dan limit diri sendiri ;)

15 comments:

Hanis Azla said...

As-salam izwa,

Selamat hari raya! Maaf zahir dan batin..

Semestinya akak pun suka shopping online.. puas hati dapat belek barang yang nak dibeli tu lama2 sebelum klik untuk membeli.. :)





Cik Itah said...

jarang shopping online

Kakzakie Purvit said...

Anak dara kakak semuanya suka shopping online
Tahu-tahu barang dah sampai..

Nad MamaZN said...

setuju ngan izwa..
banyak faedah bleh dpt bila shopping online. tp yg penting, tepuk poket jangan boros hehehe..

Julia Johari said...

Shopping online ni betul cakap kak izwa...boleh ajar diri dari boros sebenarnya...sebab julia kalau shopping live mmg gila duit keluar mcm air paip pecah haaaaa...kalau online kita pikir byk kali dan buat semakan harga...lg berbaloi

Raihanah Ahmad said...

sesetengah benda memang suka juga shopping online

hainom OKje said...

Belum pernah shopping online Izwa, belum terbukak hati lagi hihi.....

eima said...

sy tak suka shopping online ..sebab kedekut kah kah kah

Fiza Rahman said...

Bahaya. Boleh nipis duit klo tak control ☺

adianiez AIDA said...

aida suka shopping online dan offline.
dua-dua best :)
janji dlm bank ada duit nyer.

shopping online mudah la skit.
sambil buat keje kat opis, boleh shopping.
tgh buat keje kat opis, parcel sampai.
jimat jimat jimat masa dan tenaga :)

safurara said...

duit pon byk habis sbb online. hahaha

YieN said...

BAHAYA sesgt shopping online ni.. Sebabnya DUIT pon macam air ke keluarnya, haha~

el said...

saya pembeli online tegar hahah even ada lah sekali kena tipu tp xpelah xde rezeki

Khir Khalid said...

Saya pun suka shopping online especially klu benda2 accessories mcm jam dgn spek... slalu juga window shopping online... tak penat kaki berjalan hehee

Siqah Hussin said...

Setuju dengan sebab yang akak berikan. Bahaya nanye shopping online nie sebab senang betullah. Semua di hujung jari. Bila-bila boleh beli. Hanya klik saja. Yang bagusnya tak penat. Tunggu je barang sampai. Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang