thumbnail

Monday, July 11, 2016

Cari Mood Nak Warm Up !


Selamat Hari Raya korangggg sekali lagi ! Fuh fuh fuh..tiup habuk skit..punyer lama tinggalkan blog sampai dah tak rindu. Eh?

Macam mana raya korang? Raya aku macam biase je takde beza pun, salam-salam raya pertama makan-makan pastu lepak jek. Raya ke-2 ke-3 mereput kat umah..ha..ha..ha..raya ke-4 berjalan ke rumah makcik & sepupu aku je. Ahad mendobi. So biase-biase je. Raya korang mesti heaven giler kan?






Kita orang bergambar lebih jek..kampung pun kat Kampung Cheras Baru KEY ELL je koranggggg ;) Yang terlebih sengih tu korang abaikan je sebab kalau nak tahu pagi tu amukan puaka taknak pakai baju raya tuh ! Mengamuk nak pakai baju boboiboy ! Grrr.. geram je tau.

Tapi biler dah pakai baju raya kemain "adik antik kan ma..abahhh adik antik !" Banyak la kau punyer cantik..he..he..he..baju Syahmi pun aku beli last minit, nasib baik ade rezeki jumpe jugak baju melayu murah berkualiti cantik. Jubah aku pun beli online mase murah bulan-bulan dulu, itu pun TERsenteng..grrr..orang yang potong terpotong pendek. Lepas ni nak kene cari kain nak tambah bawah.

Ni entry warm up sebab lepas ni banyak lagi blog job yang aku nak kene setelkan ! Paling penting tak zabar nak tunggu 28hb untuk food review ! Weeee..restoran idaman kot. Korang tunggu tau. Sementara minggu ni ade 2-3 produk kalau tak silap aku nak tunggu sampai kat tangan untuk di review.

Oh ye, nak bagi tau sebelum puasa berat aku 57kg okeh, bulan puasa memang totally out selera makan aku termasuk masa hari raya. Macam takde mood je nak makan beria..kenapa ntah. So sekarang berat aku 53kg. Tak sabar nak turunkan sampai 50kg. Tu je target aku walaupun ikutkan hati nak dapatkan 48kg. Berat korang macam mana? Mesti raya korang bestkan? Raya aku biase-biase je.

20 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Selamat hari raya aidilfitri buat idzwa sekeluarga..

Hihihi..
tragedi pagi raya ye tak pakai baju raya..
adik ni kan sentiasa cantik..
tengok tu berseri2 pakai baju raya sedondon tu :)

nini said...

Raya kaaami hari hari makan....hahahaa....nasib baik bf baby...so bole la maaintain

mama tisya said...

comei berjubah raya si ekcik tu...ok la juga akhirnya pakai..dlu2 tisya nangis2 tkmo pki bj raya..penat mamanya beli sudahnya nk pakai dress je..bertabah la mamanye

- dieyana - said...

selamat hari raya idzwa n keluarga!

Mia Kassim said...

Selamat hari raya idzwa ... berat tak payah tny .. confirm2 naik .. huhu

Ezy Loy said...

selamat hari rayaaaaa!

raya saye raya ala kadar je.. hehek

ain.ya.nun. said...

Samalah ni wa. Badan kat office, fikiran melayang merewang jauh. Haha.

Raihanah Ahmad said...

selamat hari raya idzwa. anak saya memang dah selamat dah drama pagi raya takmo pakai baju melayu. dia pakai baju biasa je, saya pun malas nak layan drama, so bagi jelah. hahah

Fiza Rahman said...

Selamat hari raya. Up gak entry. aku tak warm up lagi. Mood ke laut.

Food review utk date tu dah penuh. AKu gi next month..huhu..

Inani Hazwani said...

Selamat Hari Raya kak Idzwa :) Aaaa jelesnya berat iye turun. Nani maintain je ha. Nak turun jugaaak. Hahah !

Aziela said...

Dik...yg penting happy sefamily biarpun mereput...hahaha.

adarnadzmie said...

x der bezanya raya kita semua... riuh rendah pagi dgn feel anak2 yg mcm2 ragam.. yg kecik feel lain..yg besar feel lain... hehee

akak pun beraya rumah makabah dan makayah mertua hari yg sama... memang x cukup masa lah bahagi 2 rumah.... raya ke 2 beraya rumah sendiri tggu adik beradik dtg rumah....

berat ko jgn tya dik... naik x turun dah... hari ni start puasa 6 kot2 turun sikit lelemak kat badan akak nih...hahaa

Kamsiah Yusoff said...

saki baki kuih raya ada lagi tak..

shasa_fiez said...

Singgah baca! Selamat Hari Raya
Jemput singgah blog :)
Latest post: Ulang cerita raya 2016 - raya tanpa lemang http://shasafiez.blogspot.my/2016/07/ulang-cerita-raya-2016.html

Nurhidayu said...

selamat hari raya izwaaaaaaaaaaaaaaa...

mmm..pasal berat kan..sob sob...masa posa cecah gak la 46-47 weiii..
baru beberapa hari raya,...mak aiiii...naik balikkk..peghh..

tinggal harapan je la nak mentennn

Khir Khalid said...

Salam ceria Aidilfitri dan maaf zahir batin buat Idzwa sekeluarga. Saya pun masih mood raya ni.. tengah malas lagi sbb badan masih bnyk kandungan santan dan mentega hehee... :D

Siqah Hussin said...

Hehe. Hari raya nak pakai baju boboiboy pulak. Hehe.

Salam aidilfitri akak dan keluarga. Siqah takde mood nak kerja sekarang, mood raya dan malas still ON lah :p

aRz MoHa said...

Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin...

cepat-cepat rreview produk nak tahu juga produk apa...

food review mesti best tu...

Kakzakie Purvit said...

Siapa tak tahu adik yg asyik sengih tak sudah
Pantang bergambar ada aje keletah dia:) Comel pulak tu walau pada mulanya tak anak pakai baju urung. Pandai adik ni

Selamat Hari Raya dari kakak.

hainom OKje said...

Selamat Hari Raya maaf zahir batin Izwa....Alah Raya mak pun biasa biasa aje....Kat kg tak cukup masa nak ziarah sedara. Ziarah mana yg dapat aje....
Wahhh...banyak turun tu...Tahniahlah Izwa. Mak? Tak payah tanyalah mcm tak turun je huhu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang