thumbnail

Wednesday, July 27, 2016

LAZADA Big Baby Fair : MamyPoko Pampers Terbaik & No.1 Di Japan!

LAZADA Big Baby Fair !

Ewahh orang tu tersenyum manis! :)

Sebut je jenama MamyPoko confirm korang akan tau harga nyer kan? Tapi harga yang mahal mesti datang dengan kualiti yang terbaik. Haruslah kita mak-mak nak yang terbaik untuk anak. Walaupun ada budak tu dah 3 tahun tapi belum free pampers lagi..he..he..he..almaklum anak last maka manja lebih dan mak pun malas terlebih jugak nak praktis anak free pampers! Jadi nak selamat pakaikan je pampers yang mahal sikit tapi kualiti elok sekaligus jarang bertukar pampers sehari! Malam pun mak dia jimat masa bangun untuk tukar pampers anak..nampka bijak tak mak walaupun tugas tukar pampers bukan kerja mak. Ha..ha..ha..

Pampers No.1 pilihan ibu-ibu di Japan

Pelindung Yang Nyaman

Pelindung yang nyaman juga lembut untuk punggung anak. Keliling getah (macam kat dalam gambar) dibuat khas dalam keadaan lembut untuk elakkan anak dari gatal-gatal atau melecet semasa bergerak! Ye la dah namanya anak mane penah diam kecuali tido, betul tak? Ini bab paling penting dalam kategori nak pilih pampers. Mesti cari yang paling lembut semata tak nak bagi anak melecet lagi-lagi kat celah paha bentuk V tuh! Haish kalau melecet jadi satu masalah besar kauuuuu..pedih lagi luka lagi..anak meragam lagi. Macam-macam hal.

MamyPoko Pants dihasilkan dengan getah paling lembutlah! Jadi tiap kali anak bergerak atau berlari takkan terjadilah luka atau melecet. Takdelah gatal-gatal berlaku. Jadi mak terselamat lagi disitu ;)

Elastik memeri.

Getah pinggang yang elastik dapat beri keselesaan buat pinggang anak. Getah elastik dapat bagi keselesaan pinggang anak yang gemuk dan buncit..macam adik mok! He..he..hee..muka kecik tapi perut buncit dak nie.

Kalau pampers pelekat tu pun ramai dah tahu kan, sekali dah terbuka nak lekatkan balik memang tak berapa nak lekat balik! Tu belum kira anak pandai sangat buka sendiri..pening pikir nak bergaduh-gaduh lepas mandi semata nak lekatkan pampers! Hah dengan MamyPoko Pants nah kau sarung kan jek macam seluar siap terus. Pakai dalam kereta pun tak payah nak baring-baring bagai.

Kebagusan pampers MamyPoko setanding harganya!

> Penyerap yang super slim - takde lagi masalah bonjolan kalau anak dah kencing banyak dan tahan sehingga 12 jam! Hah nampak? Jimat masa tido mak korang..kekeke...

> Lapisan berliang udara - bagus untuk sistem pengudaraan punggung anak! Kalau takde laluan udara tu confirm bontot anak "panas" takde udara dah tu mula la nak melekat melekit bagai tu yang jadi buat kencing jadi tajam. Eh mak mak bapak bapak je paham ni! Yang tak paham sila kaji lagi okey.

> Petanda Kebasahan - ni bagus! Mak mak dah boleh agak terus bila pampers anak tu dah penuh ! Iniiiii takdelah kene selak kat celah kangkang atau kat tepi pampers semata nak tengok pampers tu dah penuh ke tak! Kadang tengok pampers tu dah terbonjol, ingat dah penuh dah berat bila buka laaaa tak penuh pun dah tu nak lekatkan balik terus pelekat tak berapa nak lekat dah! Huhuhuuuu...

> Pita Pelekat Menggulung - hah ni salah satu kebaikan yang ramai sangat tak tahu! Yang orang tahu pakai je pants susah nak balut dan buang lepas dikoyakkan. Orang akan ingat lepas koyakkan pampers pastu tak boleh nak gulung dan buang kat tong sampah, sebab tu ramai tak nak pakai pants walaupun sebenarnya ia lagi memudahkan kerja kita sebagai mak bapak.

> Design & Corak yang cantik - haaa ni salah satu tarikan baru ! Kalau dulu pampers plain je kan? Tapi dengan MamyPoko Pants ni didatangkan dengan pampers yang bercorak dan berkartun-kartun ;) mata mak pun "sedap" je pandang bontot anak tu. Mak-mak sangat nih sampai bontot anak pun nak kene lawa-lawa..kekekeke...

Gegurl punya didatangkan dengan design "Winnie The Pooh"

Oh ye, MamyPoko Pants ada 2 keluaran 1 untuk dipakai waktu siang, 1 untuk waktu malam dan yang specialnya dikhaskan pants untuk anak lelaki dan anak perempuan dalam keluaran yang berlainan! Almaklum bontot pinggang anak lelaki dan anak perempuan kan lain bentuk nya! So dengan pampers MamyPoko Pants ni lagi senang kita nak "siap"kan anak. Lagipun design dan corak pun berlainan, mesti kita nak anak kita "pakai" kartun ikut jantina betul tak? Sedapppp mata mak pandang bontot anak..ha..ha..ha..mak mak sangat nihhh~

Jangan lupa dapatkan MamyPoko Pants di Lazada !

Ehh..yang benarnya nak bagitau mulai "27hb sampai 31hb July ni Lazada ada buat Big Baby Fair!" Confirm harga murah letup-letup sebab Lazada offer diskaun sehingga 80% ! Korang, kalau baru 1st time nak shopping kat Lazada boleh guna code : 20LAP20 untuk dapatkan tambahan 20% diskaun. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Lazada Fair mesti harga murah-murah punyerrr.. Jimat dan confirm berbaloi-baloi. Cepat terjah~

22 comments:

Siti Rohaida Yusof said...

penjimatan yang bagus ni,nak² ada pulak lazada sales untuk barangan baby ni

Kakzakie Purvit said...

Kakak dah lama tinggalkan barang ini - anak dah remaja:)
So kakak bukan tengok mamypoko tapi tengok duta dia yg pakai baju merah tu yg geram:)

Julia Johari said...

Wahhh adik manis dah pandai buat review ye hehehhe pandai dia pose dgn mamypoko tu...juju pun ada invitation utk mamypoko ni tapi mengenangkan abam Qi tu dah xmo pakai pampers sgt...so julia terpaksa tolak pada blogger lain...best mamypoko ni...sbb dulu julia bersalin kt pusrawi mmg ini lah pertama kali abam Qi pakai pampers jenama mamypoko...sedap pampers tu

Cho Zila said...

anak dah besarni idakler nak bandingkan harga pampers dah... dulu pernah dapat free MP ni tapi entahler tak berapa nak sserasi kot.. mungkinler anak2 itu paham mak dia tak mampu nak belikan MP untuk diaorang...

Azian Elias said...

akak pun dah lama tinggal benda ni.. maman dan berlalu.

Hanim Hashim said...

mujur saya belum ada baby kicik lagi ..kalau tak yg ni harus dirembat! Amboii comelnye model pampers di atas ...copypaste muka kak izwa habis hehehe

Norhayati Mohd Isa said...

Ini utk ibu2 yg ada anak kecik lah..
akak dah jenuh dulu dah..

Adik ipar akak pakai mamy poko utk anak..
selalu joint contents ..
pastu dapat hadiah pertama bercuti ke jepun selama 10 hari..
best.. dapat wang tunai RM5 ribu..
rezeki betul masa tu..

Mia Liana said...

berbaloi dan jimat....

jemput join ga minyak wangi http://www.mialiana.com/2016/07/giveaway-minyak-wangi-braveheart.html

Khir Khalid said...

Mamypoko ni mmg agak mahal... berbaloi klu ada peluang mcm ni buat anak2 yg masih pakai pampes... menarik! :)

Jueliza Jamani said...

mahal wohhh kalo nak beli ni.. nasib pakai malam jer.. alaaa dik mok baru 3 tahun ok g.. ni hahh abg qeram 5 tahun tau duk pkai sebelah malam.. hahahha

Qhaifa Nur said...

Mmg mahal mamypoko ni tp berbaloi beli..tak kerap tukar...kemas pun ia idzwa..
Adik ipar bertahun pakai..selesa agaknya

Elih Japahar said...

Anak aku pun guna mamypoko jugak..memang bagus kualiti pampers ni

Siti Yang Menaip said...

alaaahai pandai si kecik tu posing hehehe..

Maman Reen said...

Comelnya si kecik tu.. Hihi

Nad MamaZN said...

asek kuar masuk lazada apps jek. tgk apa best. gatal2 tangan nak klik macam2, haha!

mama tisya said...

diskaun smp 80% tu...byk jimat

JMR said...

saya mesti beli!

Raihanah Ahmad said...

pandai hat kecik tu posing. mamypoko agak pricey juga kan, tapi kalau tengah sale ni bolehlah intai2

HeNRieTTa JoSe said...

amoi model cilik pampers....comeinye dia....bleh la terjah lazada pas ni...

eima said...

menarik tapi kita tak de baby ... huhuhu

Rosmiza Ali said...

Tengah survey2 pampers untuk bakal baby.. Maybe boleh tru mamypoko ni nanti.. Tq for sharing info.. ^^,

Kira Sakura said...

teringin nak pakaikan mamypoko ni tapi tula mahal sgt. tersedak nak beli tiap bulan 3 beg pampers hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang