thumbnail

Monday, July 18, 2016

Movie Day Out : Zack Kapcai .. Gerak Luuu.. Pape Roger !


Jumaat lepas aku dapat invitation untuk Movie Day Out cerita Zack Kapcai yang sedang ditayangkan di wayang sekaligus majlis sambutan hari raya, sebelum tu kami dijamu di Pak John Steamboat di E-Curve Damansara dan ade sesi suai kenal antara pelakon-pelakon dan blogger-blogger.

#zackkapcai

Zack Kapcai filem komedi terbaru keluaran MIG Picture Sdn Bhd yang telah ditayangkan di wayang sejak 14 Julai lepas. Filem MIG Picture yang ke-133 arahan Azaromi Ghozali dan Rosli Mohd Tain yang menggabungkan pelakon meletop kebabom yang kelakar nak matik ! 

Pelakon-pelakon yang terdiri Fad Bocey, Syuk SYJ, Rahim R2, Serina Redzuawan, Epy Kodiang, Shahfiez yang kelakar diaorang tahap rase nak tampar je sorang-sorang..ha..ha..ha..penat mulut woiiii gelak ! Tak lupa juga pelakon baru yang tengah up Julia Farhana Marin yang bleh tahan jugak buat perangai kelakar dia..ha..ha..ha..korang memang giler !

Zack Kapcai

Sinopsis :

Mengisahkan Zak (Fad Bocey) seorang anak muda yang suka berlumba motor tapi minatnya ditentang oleh ibunya Minah (Serina Redzuawan) kerana bapa kandung Zack, Rudy (Rahim R2) merupakan raja kapcai, dan kerana gelaran Raja Kapcai itu yang menyebabkan rumahtangga Minah & Ruby berkecai.

Zack bagaimanapun telah mengetahui rahsia yang disimpan ibunya, lalu dia ke Kuala Lumpur untuk mencari bapa dan adik perempuannya. Dalam misi pencarian itu Zack dibantu oleh rakan baiknya Roy (Syuk SYJ) walaupun persahabatan mereka pernah goyah gara-gara Qistina, motor kesayangan Roy !

Pelbagai aksi dan pelbagai peristiwa terjadi semasa pencarian itu dan nak tahu lebih lanjut cepat-cepat la pegi tengok ! Confirmmmmmmmmm keluar wayang muka korang senget ! Ha..ha..ha..starting je terus lawak nak mati sampai abis la korang akan gelak ! Bergegar-gegar perut tergelak padahal sebelum tu perut dah penuh dengan steambot Pak John sebab Mejar (K) David Teo belanje kitaorang makan..wotwotwot..bukan tu je dia belanje ade benda lain yang dia bagi ! Besttt~

Filem ini menyelitkan unsur kekeluargaan, persahabatan, kasih sayang dan percintaan tapi dalam bentuk komedi yang sesuai untuk seisi keluarga ! Kesimpulannya JANGAN TAK TENGOK CITER NIE sebab best dan kelakar separuh nanar dibuat nyer. ;)

Welcoming di Pak John Steambot

Abang Syahmi sibuk nak tangkap gambar dengan udang umur 100 tahun tu. Nak tgk harga dan usia udang dan ketam tu sila klik gambar bagi tumbesaran mata.

Masa ni tak penuh lagi. Dan nampak tak baju kuning tuuuu?

Tu la Mejar (K) David Teo & blogger femes emes yang invite aku Bro Framestone bapa mithali ! Orang makan dia sibuk dukung anak..mithali sungguh ni ;)

Mejar (K) David Teo

Mase aku up gambar ni kat ig & fb ade plak pm sound aku pasal David Teo dan kontroversinya. Alah alah alah..macam la korang baik sangat ! David Teo tu tersalah cakap dan korang tersalah sangka lalu tersalah faham. Tak ke sama je korang tu macam baik benor.. Okey fine tak masuk campur lah pasal tu.  Korang lupakan je la dan maafkanlah dia sebab kita pun bukan malaikat ;)

Kalau korang nak tau David Teo ni humble giler, kejap-kejap datang tengok kita orang makan cukup ke tak ! Giler tak cukup? Lebih dari cukup macam nak pecah perut la makan ! Risau betul dia kita orang tak cukup atau tak dapat makan..he..he..he..relax la Mejar ;)

Berucap sikit dengan text Mejar (K) David Teo cakap tak nak salah cakap lagi. He..he..he..

Bersama pelakon-pelakon yang sumpah tak sombong tak kekwat ! Macam kawan-kawan je walaupun 1st time jumpe ;) Serina tu sumpah tak sombong ! Julia Farhana yang sedikit malu-malu. Mejar (K) David Teo adalah orang yang kelakar.

Eh ade duit raya untuk semua yang hadir !

Tanjat kita orang tetibe Mejar (K) David Teo cakap nak bagi duit raya kat semua yang hadir ! Semua tauuuu  termasuk yang tua bangka..hahahaha..sapa yang tua ntah ! Kekeke...dah tua la masing-masing sebab ade anak dah ;) Aku Eady datang pakai baju keje jek, budak-budak sempat mandi tukar baju kat taska sebab event start lepas maghrib.

Bersama blogger-blogger hebat ! Ohye gambar ihsan blogger-blogger lain . 
Aku amik, save & share pulak kat sini. Harap korang halalkan ye ;)

Kredit to : Tuan Khir Khalid yang nampak muda giler walaupun ade anak remaja! Ayue Jean yang peramah dan cantik ! Wot wot ;) last sekali terima kasih pada kak Hanny Abdullah.

Terima kasih MIG Picture Sdn Bhd, Terima kasih Mejar (K) David Teo & Terima kasih Bro Framestone atas undangan. Korang kalau tak hagak-hagak nak gegarkan usus sendiri yang nak sengetkan rahang tuuu sila la tengok ! Tahap kelakar sampai ade hantu pocong keluar pun kau boleh gelak berair mata tauuu..best best best ;)

18 comments:

SYANI said...

Fuyo.. dapat duit raya dr David Teo...mmanyak untung lorrr

mama tisya said...

meriah tgk wyg ngan blogger..dpt mkn lg...dpt duit ry lg

Bro Framestone said...

Ops he...23x

Kalau nak tahu, macam nie la caranya bro buat kerja.... Walaupun dekat rumah.

Siti Rohaida Yusof said...

wah..mesti pecah panggung ni

Siqah Hussin said...

Ooo dari sini rupanya muncul tagline "gerak lu.pape roger'. Macam menarik ceritanya.. Lawak semestinya eh dah pelakon pun pelawak. Hehe.

Bestnya akak dapat pergi tengok bersama pelakon semua :)

eima said...

wow ... berapa tu dpt duit raya ...hehehe

Kakzakie Purvit said...

Kalau usus boleh bergegar dan rahang senget tak mahulah kakak tengok
Keluar panggung jadi oku pulak hihi...

Duit raya David Teo tu yg special..

- dieyana - said...

wow, nk senaman mulut boleh g tgk nih..hahha

yang ko ni pun, lawak gak..akak rs gegar gak perut baca ayat ko dik..hahha..good job!

'gerak lu, pape roger' kahkahkah

JMR said...

tengoh gambar Rahim pun dah rasa nak gelak kaw-kaw ni.

Nurhidayu said...

Mcm best je.....mesti enjoy kan

lieyalatif said...

Wahhh wa ni namenye untung berganda...dpt jumpe pengrah movie..pelakon...mkn sodapppp....untung weh...

lieyalatif said...

Wahhh wa ni namenye untung berganda...dpt jumpe pengrah movie..pelakon...mkn sodapppp....untung weh...

Khir Khalid said...

Hehee... kembang skjp kita huhu... meriah... mmg best, makan sedap, movie pun santai gelak, duit raya pun dapat... paling best dpt kumpul dan kenal2 geng bloggers... memang event yg marveles... seronok!! :) :)

Ena said...

Wow!!!
bestnyer...
dah la jumpa artis dapat, makan sedap2 dan dapat lg duit raya.. berganda2 untungnya ye.. clap clap utk uols ye..

afzalsukasuki said...

seronok dapat lepak, makan2 and kenal kawan2 baru. Bdw kekuatan cerita ni pada pelakonnya yang lawak dan jalan cerita yang santai :D

Fiza Rahman said...

Best tu dapat duit raya ☺

el said...

bestnya dpt jumpa uncle Teoh haha

LYAfrina said...

bestnya david teo bg seng raya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang