thumbnail

Tuesday, July 19, 2016

The Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong


Ahad lepas, cousin aku nikah kat The Roof Garden Hotel Bukit Jelutong nun kat Shah Alam sana. So sabtu tu aku check-in sana, bapa pengantin aka pak njang aku belanje kita orang tido sana. Ramai la makck-makcik pakcik-pakcik aku datang dari utara nun tido sana (ni semua adik beradik belah ibu aku)

Nak jadi cerita, kita orang (aku dengan Eady lah!) dapat salah bilik ! Itu pun dah dapat tahu mase hari ahad so nak tukar bilik pun dah bersepah bilik..sori pengantin ~! Kita orang dapat bilik pengantin kauuuuuuuuuu~ Pengantin dapat bilik biase plak..huhu..

Kalau ikutkan The Roof Garden Hotel ni dikategorikan sebagai 3 bintang tapi bagi aku macam kurang dari 3 jek. Hmm..hmm..setakat nak tido sana semalam boleh la. Bilik okey sangat cuma kaunter pendaftaran, tempat makan, lif dan keadaan sekeliling luar macam kureng sikit. Overall menghala ke bilik & bilik sangat nice, dan yang penting bersih ! Yup bersih tu penting. Hotel biase ye, takde pool bagai..kekeke..hotel untuk orang buat function je nie.

Dah dah jom kita cuci mata tengok bilik pengantin yang kita orang salah dapat ! Salah orang kat kaunter keeyyy..

Bilik Pengantin.

Satu-satunya bilik ade shilling, ade deco, ade carpet ade lampu cantik tu. Bilik air luas dari bilik air bilik lain. Bilik air biase-biase je so aku tak nak share gambar bilik air. Lantai bilik lain pakai yang kayu licin tu. Meja bawah tv pun tak sepanjang meja bilik nie. Aku duk tanye pengantin nak tukar bilik tak, dia tak nak sebab dia cakap pakai bilik untuk bersiap dan make-up jek ! So kita orang layan je laaaa..hihii..

Part paling tak bleh belahhh ialah waktu malam...jeng jeng jengggg..

Nah kauuuuuuuuuuuu !

Biru mata muka ku semua pun biruuu ! Ha..ha..ha..aku saje buka lampu ni mase Eady kat dalam bilik air, sekali dia keluar terspontan keluar "huiiiiiiiii biru giler!" Ha..ha..ha..Syakirah pun gelak-gelak sebab muka kita orang semua biru. Tak boleh buka weh lampu biru ni sebab berpinar mata.

Tu nampak yang terdampar tu? Dia je ade sorang, lagi 2 ketul sibuk tido dengan maktok kat bilik sebelah. Nak pegi hotel ni mencabar jugak tau..kita orang pakai Google Map sekali dia bagi kat tapak lama yang tengah ade construction ! So korang kalau nak ke The Roof Garden Hotel ni sila pakai waze (lalu Jalan Duta- NKVE lagi senang dan dekat !). Waze jek Plaza Bukit Jelutong confirm sampai !! Jangan waze atau google map The Roof Garden Hotel memang menanar kau cari tempat tak jumpa. 

Pengantin

Bakal-bakal pengantin satu hari nanti ;)

Tudung kakak dah terbang dan adik mok tak nak pakai baju sama kakak sebab nak pakai suar macam abang. Dia cakap dia lelaki..ohhemmgee sangat budak nie. Setakat gaun tu semua memang dia tak nakk..alaaa awak tu comel tau pakai gaun !

Kesayangan ;)

Bulan ni sehingga hujung bulan 11 penuh kami dengan kenduri kendara cousin tunang, kenduri kawin, nikah, kenduri lagi, kenduri bertandang lagi. Belah-belah ibu ni setiap kali kenduri mesti bertema warna so sweetkan? Suka sangat ! 

26 comments:

Qhaifa Nur said...

Untunglah dpt bilik pengantin...
Suka kaler biru huhu

Siqah Hussin said...

Wahhh ~ untung dapat bilik pengantin. Kasihan pulak kat pengantin. Hehe.

Lawanya bilik dengan lampu biru. Kira romantik dah tu 😁

mama tisya said...

wah bertukar bilik ngan pengantin..biru tu mmg berpinar la mata hehe

Inani Hazwani said...

Untunglah tertukar bilik dengan pengantin. Hehe. Barakallah untuk sepupu kak Izwa ;)

Inani Hazwani said...

Untunglah tertukar bilik dengan pengantin. Hehe. Barakallah untuk sepupu kak Izwa ;)

Kakzakie Purvit said...

Ini dikatakan rezeki:)
Bukan sengaja tapi allah dah atur bilik ini utk Izwa dan keluarg -best juga:)

Adik tu mana nak jauh dgn buah hati dia.

Azian Elias said...

ada pool tak?

dekat gak dengan area rumah akak ni idzwa.

pernah gak dit jemputan, tapi tak dapat nak datang.. kalau tau ada gak idea cam ne rupa hotel ni.

Mimie_Zatun said...

pernah datang sekali mas kahwin kawan husband.. birunya bilik.. hihihi

Siti Rohaida Yusof said...

berpinar mata tengok biru

Jueliza Jamani said...

wah huntong laaa.. heheheh dpt honeymoon semalam bilik pengantin.. ahakk

anyss said...

Assalamualaikum,
Fuhhhhh pasai apa bilik pengantin tadak tabur kelopak mawar? bunga melur pun ok juga ;)

Ena said...

hihi..

x pe la.. blh la pengantin jugak tu kan.. hehe

Nieyl said...

mak aiii..biru nyer...
xpela..pengantin lama amek aura pengantin baru..
kekal bahagia selamanya insyaÁllah..Amin...

Nad MamaZN said...

penah pegi.. jenuh nak mencari. pastu kendurinya malam plak. mmg kejap je la kami pegi. tak sempat nak chitchat lelama pun.. tak larat dah huhu

Fiza Rahman said...

Rezeki dapat bilik pengantin ☺☺

Ainul Mustafa said...

mcm sunyi je kt situ. pernah p jaya grocer je kt bawah tu

Bunda_nora said...

ha ha biru mata hitam ku...

Ezy Loy said...

tertukar bilik pon xpe sbb dpt bilik pengntin.. kemain lg kaler biru.. hihi

musim cuti je mmg musim org buat mjlis.. hehe

JMR said...

Biru bebenor bilik pengantin lama kita ni..

aRz MoHa said...

cantik bilik di the roof garden

luqman zakaria said...

oklah nampak bilik dia..tapi lampu biru tuh memang berpinar tgk haha..

Khir Khalid said...

Wahh syok dpt bilik pengantin... untung la, rezeki.. tahniah buat pasangan pengantin... :) :)

el said...

pengantin tu xnak sbb nak bg can kat uols rasa or throwback jadi pengantin kut hahaha tp mmg biru mataku uols

LYAfrina said...

wowwwww...canteknya bilik pgntin...

pelamin pomm..daboomm

hainom OKje said...

Potong stim pengantin betullah hang ni Izwa hihi...
Nampak ok jugak biliknya tu....Jangankan pengantin lena tido dlm bilik tu, yg tak berapa nak pengantin pun rasanya bakal dapat baby lagi tahun depan tu haha...

adianiez AIDA said...

ha ha ha amek ko, bilik pengantin :) ha ha ha...
sebab tu ler biruuuuuuu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang