thumbnail

Friday, August 19, 2016

Apa Itu Rawatan SONOTRON ?


Okey aku mungkin tak pernah cerita kot selama ni yang Eady ada sakit kaki. Bengkak kaki ala-ala gout. Pegi hospital pegi macam-macam klinik semua treat macam gout tanpa tengok atau pegang tangan pun. So frustrated. Walaupun sakitnya dah diberitahu bukan macam gout tapi tetap diberi ubat gout. Arghhhh..stress. 

Aku yang stress tahap nak pegang kepala doktor dan cakap "doktor sakit nyer macam ni macam niiiii bukan sebab gout!" sebab nyer kita orang dah try & error makan Just Seafood haritu Eady okey je takde sakit takde dengkut pun keesokannya. Grrr..

Last-last abis geram pegi la tanye Doktor Khairul a.k.a Daddy ZZZ glemer tu laaa..sekali doktor cakap saya rase ini sakit "Plantar Fascitis" sebab cara awak terangkan sama serupa dengan sakit nie. Doktor Khairul cakap cuba awak google "Plantar Fascitis" dan ade kaedah rawatan dia. Sakit ni takde ubat kecuali steroid, fisio, dan kasut yang betul! Yang ade kaedah kurangkan sakit jer.

Lately ni makin teruk sakit kaki Eady tu tahap solat pun duduk atas kerusi sebab kaki bengkak macam terseliuh masuk angin tu punyer gemuk nyer..


Planta Fascitis plus Flat foot! So double problem disitu.

Setakat yang aku google nie Planta Fascitis ni ialah keradangan pada ligamen. 

Kebiasaannya akan sakit gila-gila pada waktu pagi lepas bangun tido dan paling sakit gila bila nak mula pijak lantai ! Lama lepas bergerak lepas berjalan sakit tu akan beransur kurang, dan bertambah okey pada waktu malam. Esok akan mula semula. Dulu jarang kene sekarang boleh dikatakan sebulan 4-5 kali akan sakit dan setiap kali sakit akan makan 4-5 hari jugak untuk hilangkan sakit tu. Bermakna bila start sakit sebulan baru akan hilang! Giler hape..

Setiap kali sakit giler tu, pegi klinik dia orang akan treat like gout again! Grrr..so sad so mad so angry all the time, bila kita explain sakit tu macam ni macam ni tak percaya. Duk cakap lelaki usia Eady biase gout je takde sakit lain. Ya Allahhhh...sakit sangat hati nih. Last-last takde pilihan lain terpaksa cari alternatif lain untuk bantu kurangkan sakit Eady. Dia sakit aku pun sama susah oi..patah kaki aku patah hati aku patah jiwa aku...wahh gitu drama kau Izwa!

Bila search sana sini, tanya sana sini termasuk tanye blogger glamour kita Wahida ramai yang suruh try rawatan Sonotron. Apa itu Rawatan Sonotron?

Rawatan terapi Sonotron adalah sejenis rawatan alternatif / komplimentari moden kepada pesakit-pesakit yang mengalami kesakitan yang kronik pada otot, sendi dan tisu lembut . Terapi Sonotron ini memberikan kesan rawatan yang paling selamat, cepat, berkesan, tiada kesan sampingan serta tiada kebergantungan kepada ubat-ubatan moden. 

Rawatan ini amat sesuai untuk mereka yang mempunyai sakit seperti:

* Sakit otot atau sendi di bahagian seperti tengkuk /leher, lutut,siku , bahu, belakang badan, dan pinggang.
* Rasa kebas pada sendi-sendi di tangan, kaki dan buku lali.
* Kecederaan otot akibat kemalangan atau sukan
* Osteo-Arthiritis
* Rhumetoid Arthiritis
* Luka akibat kencing manis
* Asthma yang kronik
* Membantu mempercepatkan pemulihan pesakit strok
* Lelah/ asma / resdung 

So semalam lepas habis kursus (masa kursus 4 hari, 4 hari tu la Eady sakit cuma tak pegi klinik sebab kursus tu santai dan tak stress..) aku pegi Pusat Terapi Sonotron Shafa di Taman Sri Gombak.

Harap nampak no telefon tu.

Sebelum nak datang kene call dulu untuk book slot. Kebiasaannya rawatan ni selalu penuh, dan nasib aku baik aku call malam sebelum tu ade slot kosong petang. Mungkin hari orang kerja kot ade kosong pukul 3 petang. Abis kursus terus lari pegi Taman Sri Gombak tuh. 

Landmark dia : dari tepi MRR2 ke arah Wangsa Maju (kalau korang dari selayang atau gombak) ade satu selekoh (selekoh ni selepas kedai buku Pustaka) nak masuk ke Taman Sri Gombak kat tepi susur kiri ade keris besar masuk je kiri tu ade roundabout comel memang area situ je Pusat Terapi Sonotron nie. Susah-susah korang call je nanti staff dia akan bagi direction atau pun Google Map je confirm jumpa!


Terapi Sonotron adalah teknik yang agak baru dalam rawatan kecederaan tisu lembut.


Alat Sonotron ini menghasilkan tenaga dari Pancaran Sinaran Corona (Corona Discharge Beam) yand dihasilkan oleh frekuensi rendah radio 430kHz,dan frekuensi bunyi 1kHz yang dihasilkan oleh alat "Sonotron Applicator".

Cahaya Pancaran Corona yang dihasilkan oleh Sonotron Applicator tersebut akan dihalakan kepada bahagian badan pesakit yang sakit tanpa alat tersebut menyentuh tubuh pesakit. Oleh itu secara tidak lansung pesakit TIDAK merasa apa-apa kesakitan di sepanjang tempoh rawatan. (copy dari http://sonotron-rawatansakitbelakang.blogspot.my/) 

Pusat Rawatan Sonotron ni kata atleast kene buat treatment sebanyak 3 kali untuk kurangkan sakit tu, sekali rawatan untuk dewasa RM50 selama 30 minit. Malam tadi dan pagi ni nampak elok sikit dah cara Eady jalan, dan yang best nyer Eady dah solat macam biasa.

Biasa kaedah Sonotron ni glamour untuk budak-budak yang selalu selsema, lelah, asma rawatan untuk kanak-kanak pun murah je RM30. Cuma yang agak mebingitkan setiap kali pancaran laser itu berjalan ia ada satu bunyi dengungan yang nyaring untuk beberapa saat. Macam tiap kali dia menembak ade bunyi"eeeeeeee..." pastu padam..tunggu lagi bunyi lagi selama 30 minit. Kalau nak treatment sejam bayar RM60 lah. Gitu.

Aku takde dapat kredit ape pun untuk Pusat Terapi Sonotorn Shafa ni cuma aku share untuk bantu korang cari alternatif lain untuk merawat sakit. Mana tahu cara ini kita boleh baik, lain orang lain rawatan yang sesuai ye dak? Atleast kiter try & error (usaha) dan berdoa.

Now aku tengah pujuk cik abang tu untuk buat kasut (tempah) ikut kaki dia yang ade flat foot tu dan bagi aku memang kasut tempah mahal (giler!) tapi penggunaannya mencecah 10 tahun kenapa tidak ? Tapi ingat nak pujuk orang lelaki ni senang ke? Macam-macam alasan..nanti duit tak cukup la nanti dulu la tengok la..aaaa..kalau anak senang je aku nak marah tapi ni suami..eeee...geram sangat tauuu~

17 comments:

SYANI said...

Semoga diberi kesembuhan untuk suami ko.

mama tisya said...

dlu pn xtau psl rawatan ni...tp br gk tau lps ank bff lelah..die buat rawatan ni tp kt ampang xsilap...xtau pn kt sri gombak ada juga..smoga eady diberikan kesembuhan

Nad MamaZN said...

adik saya pun ada ke sonotron bangi. bawak anak dia yg batuk selsema berubat. takpe la, kita ikhtiar kan..

Falsya said...

alaaaaaa, dh dekat sgt dh tuh ngan umah kite..ke dpn sikit xsmp 5minit dh smp dh...

kite pun plan nak gie sana jugak nnt..bawak si dobot tuh...flame mcm penuh kat dada..

Fiza Rahman said...

GWS eady. Kat bangi ada. Tapi x pernah try lagi.

Nooriah Abdullah said...

salam jumaat idzwa
semoga suami idzwa sembuh sepenuhnya lepas ni ya

Mrs Puex said...

kalau slip disc boleh cuba jugak kan??

eyh..kite pon ade minor sipmtom mcm tuh la.. tetibe je bengkak kaki tp bukan gout..

Myluv - Syl said...

ya. situ memang ada izwa. tau pun sebab area rmh aku masa duduk sana dulu. dulu masa easter lelah, bawa dia ke keramat. klinik ghazali. klinik dia sgt old schol. :P masa buat terapi, dr. ghazali ada beritahu, sonotron ni tujuan dia mencairkan bendalir yang banyak yang menyebabkan kesakitan kepada otot para atlit. utk yg lelah.. bendalir akan dicairkan dan mampu memberikan kesembuhan dengan izin Tuhan.

Julia Johari said...

Semoga suami akak segera sembuh...risau kan lain kita nak explain kt doktor lain pulak doktor cepat je cakap alaaaaaaaaa gout!...cetttttttttttt....byk kali jumpa doktor yg suka buat assumption sendiri tanpa usul periksa lebih lanjut...

bagus perkongsian sonotron ni...tq kak

Qhaifa Nur said...

Klau situ tempatnya Izwa...dekat sgt dgn umah mak akak
Bole try kalau sakit kaki nnti...moga suami Izwa sembuh dgn cara ini

Khir Khalid said...

Ooo.. Ada beberapa kali lalu depan tempat ni tapi baru sekarang tahu apa jenis dan kaedah rawatannya tu... bagus info ni.. thanks sharing dan semoga hubby Izwa cepat sembuh sepenuhnya ye... aamiin.

Cik Itah said...

oo resdung pun boleh guna ea rawatan sonotron ni? Tapi dekat sini tak tahu pulak dimana yg tawarkan perkhidmatan ni..

p.s semoga suami sis cepat sembuh..

Mama Darwiish said...

Wahjj nice sharing kak... Nanto boleh bawak abah saya... Inshaallah

Mama Darwiish said...

Wahjj nice sharing kak... Nanto boleh bawak abah saya... Inshaallah

el said...

sonotron haihh 1st time dengar ni
sllu duk dengar drama indon sinetron je
bgslah rawatan ini..nti nk cari kut2 ada kat penang
gws en. eady

PinKy MoMMa said...

eh first time tau dgr pasal rawatan ni..moga pasni ed tak sakit dah naa..good sharing kak wa

adianiez AIDA said...

Moha asben cepat sembuh 100% ekk idzwa.
susah kalu aaben x sihat kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang