thumbnail

Monday, August 01, 2016

Dia..Meragam..Demam.


Sila abaikan kawan Syahmi yang photobomb tu..kekeke..

Aku demam dari semalam, hari ni dah okey cuma sakit kepala & berdengung telinga masih tak okey lagi. Silap bergerak sakit kepala ni merenyut. Semalam seharian tido. Pagi ni dapat whatsapp dari cikgu Syahmi gambar kat atas tu..terus rasa nak hilang sakit kepala. Akhir nya dapat jugak Syahmi rollerblade idaman dia walaupun aku dengan Eady dah belikan dulu last 2 week. Ingat dapat basikal sebab yang benarnya Syahmi nak basikal. Takpelah rezeki Syahmi dapat lagi rollerblade ;)

Lama dah Syahmi cakap pasal menang rollerblade kalau jadi pembaca Nilam terbanyak. Ala buku Nilam tu la, baca buku terbanyak. Gitu.

Eeee..budak ni! Geram sangat dengam dia ni.

Sebab budak ni la aku terdampar kat rumah semalam. Aku dah siap make-up bertudung bagai tinggal nak keluar rumah je tapi datang amukan dia terbaring-baring tak nak keluar rumah sebab nak abah!! Abah dia takde pegi office lepas hantar Syahmi Sufiya ke tusyen. Cadang nyer dari office nak amik aku kat rumah pastu amik 2 ketul budak tu terus pegi umah besan..Eh? Amukan teruk-teruk, last-last aku give-up buka tudung baring dan tido. Aku bangun tengok dia pun dah tido sekali kat tepi. Eady Syahmi Sufiya semua dah ade kat umah. 

Aku bangun terus demam, sakit kepala tahap nak pecah dengan telinga kanan berdengung merenyut macam nak pecah. Sedih pun ade sebab Eady pun tengah tak sihat jadi aku harap sangat aku jangan lah tak sihat sama. Sian kat anak-anak. Ralat jugak hati tak dapat pegi rumah Falsya :(

Sup sedap murah dan teh tarik kaw sedap nak mati!

Aku sedar jam dah 6 petang, gagahkan diri juga bangun sebab nak kene pegi Hero Market semata nak kene beli makanan untuk jamuan raya Sufiya esok. Sepanjang jalan la bersin tak berenti dengan selesema teruk plus sakit kepala macam nak pecah. Sakit teramat.

Balik Hero Market, hero hati bawa pegi makan sup panas kat area rumah. Dapat sup sedap terus terlupa pulak diri tu demam. Kekekeke..mencabar jugak hirup sup dengan hidung sokseksoksek..balik rumah terdampar lagi! Baju sekolah anak semua hero setelkan. TQ hero~ Sungguh tak larat, hari ni kerja..tahan je la sakit kepala dan berat mata ni. Lucky me selsema & selsema dah okey. Tinggal sakit kepala je nie. Doakan aku baik cepat.

19 comments:

hainom OKje said...

Buat pasallah pulak budak comey tu semalam ek...
Moga cepat sembuh Izwa

ujie othman said...

tahniah Syahmi! Rajin dia membaca sampai boleh menang.

Moga cpt sihat Izwa, kena minum air kosong byk2 tau. Kasi flush kuman segala.

Siti Rohaida Yusof said...

get well soon...nasib baik ada yang membantu..btw,tahniaah

Zam Angah said...

Meh lepak kedai sup sedap..

Zam Angah said...

Meh lepak kedai sup sedap..

Jueliza Jamani said...

get well soon beb..

Kakzakie Purvit said...

Alhamdulillah... tahniah Syahmi. Auntie suka dan tumpang bangga. Jadi mentor buat dua adik-adik Syahmi mesti tunjuk yg terbaik. Mama/abah mesti lega kan.

Adik biasalah budak bijak mesti ada aje idea nak buat mama berfikir supaya otak tak beku. Tengok dia sengeh tu - hati siapa tak cair:)

ps: betul selalu juga entri tak masuk dlm dashboard/bloglist. tak tahulah kenapa dgn blogspot ni.

Julia Johari said...

Tahniah abg syahmi...

moga kak izwa lekas sembuh ye...mkn ubat rehat byk2...kalau boleh jgn tgk pc dalam keadaan lama sgt...bykkan tengok gambar hijau..insyaAllah terkadang remedy mata ni boleh buat kita lekas sembuh...

Adik mok...plis behave syg...nanti auntie cium susah hahahhaha

Noriza Rahman Momma Vogue said...

Kalau anak mengamuk memang kita ibu la yang serabut kan, naik menyirap darah terus sampai kepala..huhu

mama tisya said...

tahniah syahmi....takecare izwa...xsihat hirup sup tu sure slera skit

Nad MamaZN said...

moga cepat sembuh yang..

eima said...

get well soon izwa .... mkn sup byk2 semoga cepat baik...mak kite dulu buat sup ayam yg rempah tumbuk klu kite demam .. mmg bdn cpt berpeluh .... tp skrg ni mcm tak de jual je rempah tumbuk kat kedai belah kl ... belah kedah tak tau la ade lg ke x..s.sedap

Nurhidayu said...

GWS izwa....

Mrs Puex said...

cepat sembuh iwa...

Khir Khalid said...

Tahniah Syahmi!!... taka care Izwa... semoga cepat sembuh ya... aamiin.

el said...

tahniah syamil
good job superhero
gws uols

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Semoga anak akak cepat sembuh. Bila anak demam kita pun terasa kan.

Fiza Rahman said...

Tahniah syahmi. Memang stress klo selsema.

Kira Sakura said...

tahniah syahmi. berbaloi segala usaha selama ni kan.

bila anak mengamuk mmg hurmmm sangat huuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang