thumbnail

Friday, August 05, 2016

Lautan Seafood Hanya Di JUST SEAFOOD Sunway Giza Mall!

Just Seafood, Sunway Giza Mall

Jumaat lepas, wahhh kauuuu jumaat lepas baru jumaat minggu ni nak cerita! Ha..ha..ha..ampunkan aku. Nak karang benda sedap ni kene amik mood bukan ape sebab asyik teringat je nanti! Lap lap air liur..jenuh jugak..

Kalau ikutkan hampir dah cancel dah blog job yang nie tau, sebab seminggu yang lepas Eady tak sihat suspek radang saraf atau gout! Lagi-lagi seafood giler kauuu nak bawak makan. Gigih seminggu tu suruh dia puasa jaga makan aku pun masak light-light je, alhamdulillah dapat jugak pegi dan alhamdulillah lagi lepas makan ni takde sakit so bukan gout la nie.

Ehh..citer benda lain pulak..ha..ha..ha..tu lah jangan bagi mood aku sampai! Memang berkajang laaa aku berkarang ;) dan disebabkan ini adalah food maka aku letak gambar ni besar-besar..ha..ha..ha..korang jangan pulak lap air liur sama!

Lautan seafood hanya di Just Seafood

JUST SEAFOOD ni terletak di Sunway Giza Mall. Sebenar nyer aku pun tak tahu Sunway Giza Mall ni kat mana! Ingat kat area Sunway Pyramid sana tapi salah! Berada di ke arah Ikea Damansara nun, berada di satu lokasi yang sama dengan Tropicana Resort. Pendek kata kalau tau Ikea Damansara tu tau dah la mana nak hala.

Refreshment

Pilihan air biase-biase je sebab main kat sini ialah makan semua binatang laut tapi dalam biase-biase tu kita orang order Ribena ape ntah tapi ade air gas sikit dengan air tembikai. Teh lemon pun kita orang order.

Eh gemuk pulak muka! Hahaha..

Tukar tempat duduk tapi muka still gemuk lagi! Grrr..

Spaghetti Seafood

Chillien Mussels

LIVE OYSTERS

Live Oysters menu paling special di Just Seafood! Sekeping eh kita panggil? Sekeping tu RM18 okey. Diimport terus dari USA. Aku diajar cara makan nyer dengan perah lemon tu dan titikkan setitik dua sos tobasco pastu terus slurrrpppp makan! Pergghh...tapi sayang nyer aku tak makan! Ha..ha..ha..EADY makan 3 okeh! Power tak power la dia tu boleh telan oysters mentah nie.

Pakej hidangan di Just Seafood menawarkan 1-2 pax, 3-4 pax, dan 5-7 pax. Setiap set dihidangkan dengan lautan Ketam Gemuk, Udang Besar, Udang Kara, Kerang Besar, Sotong, Kentang, Lobak Merah, Jagung. Hidangan boleh dimakan dengan nasi atau toasted bread.

Macam aku haritu amik juga nasi dan roti. Nasi aku share dengan Syahmi almaklum seharian tak makan jumaat lepas! Eady macam biase berdarah orang putih sangat kan so makan dengan roti yang sangat lembut! Nampak macam roti kering keras tapi bila dimakan adalah sangat lembut. Kat gambar atas ade roti tu ;)

Semua hidangan laut ini boleh dipilih dengan 3 pilihan sos yang berbeza iaitu : Lousiana Cajun, Creamy Peanut & Pure Creamy Butter Milk. 

Lousiana Cajun

Lousiana Cajun - a little bit spicy tapi menjadi pilihan ramai! Almaklum orang Malaysia kan bertekak pedas (pedas dalam erti kata tak pedas mane pun ;) sos diilhamkan dari Vietnam dan diolahkan supaya rasi dengan tekak kita. Ini adalah antara sos paling laris di Just Seafood.

Creamy Peanut

Creamy Peanut - rasa lebih kepada macam kuah kacang satay tuh! Ala-ala masak lemak tapi ade rase kuah kacang gitu. Ini adalah sos baru untuk memberi lebih pilihan kepada orang ramai. Tak pedas tapi ada rasa rempah yang lebih. 

Pure Butter Milk

Pure Butter Milk - hah yang ni paling WIN! Aku bagi 5 bintang! Sedap okey butter milk dia dan wajib dimakan panas-panas tapi tak boleh makan lama-lama nanti muak! Ye lah PURE BUTTER kot. Sedapppppp yang ni aku dan Syakirah makan banyak! 

Louisiana Cajun Style :

1-2 pax : RM109++
3-4 pax : RM199++
5-7 pax : RM399++

Creamy Peanut / Pure Butter Milk Style

1-2 pax : RM99++
3-4 pax : RM189++
5-7 pax : RM369 ++

Ya harga mungkin buat korang besarkan mata tapi semua hidangan ini adalah sangat fresh dan didatangkan terus dari USA. Semua hidangan adalah bersaiz besar. Puas hati makan sebab semua seafood gemuk padat!

Budak suka photobomb gambar aku!!

Deko dalam

Berkonsepkan dapur terbuka, korang boleh tengok proses memasaknya. Juga terbahagi kepada 2 kawasan, luar atau dalam. Kami lepak diluar. Best sikit makan kat open air kan ;)

Staff Just Seaffod yang super duper peramah lagi rajin giles

Kalau korang betul-betul nak makan seafood yang fresh giler aku rase JUST SEAFOOD boleh berikan tu semua. Korang boleh terjah Just Seafood di Sunway Giza Mall. Area Lower Ground je.

JUST SEAFOOD
A-9-5 Sunway Giza Mall
No.2 Jalan PJU5/14 PJU5
47810 Petaling Jaya
Selangor

Telefon : 012-229 0855
E-mal : info@justseafood.com.my
Facebook : Just Seafood

26 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Uikssss memang melaut seafood nya tu idzwa..
Sedap bawa anak2 akak ni..
Dorang suka seafood..

Kakzakie Purvit said...

Sayangnya jauh dengan kakak, kalau dekat memang kakak terjah tempat ini
Kami sekeluarga suka sea-food macam ini.

Julia Johari said...

Fuhhhhhhhhhhhh rasa nak pi sekarang...sedappppppppp ye mussel bersepah haaaaa

Nieyl said...

Fav nieyl nie kak....
tapi skrg x dibenarkan makan..
sebab ada alergik.. :(

mama tisya said...

seafoood yummmyyy...oyster pernh mkn yg jenis gtu tp xbrp bole telan haha...kalo yg di buat tempura ok lg

Shahida Dzulkafli said...

Mengancam betul menu dia.. bilalah nak dapat datang sini..

Jiwa tani said...

Salam...

Datang melawat ..memanag lapo di buatnya melihat photo yang di sajikan aduhai....\\


Salam kenal dari jiwatani

Qhaifa Nur said...

Wowww...sedapnya..dah la freshhh

Ummi Zarra said...

Ya Allah ingatkan tak halal. hehehhe selalu gak lalu kat situ. sedapnya tgk...

1st time tgglkan jejak. heheheh hye awwa

Ummi Zarra said...

Ya Allah ingatkan tak halal. hehehhe selalu gak lalu kat situ. sedapnya tgk...

1st time tgglkan jejak. heheheh hye awwa

HeNRieTTa JoSe said...

yummy....semua pown sedap....tapi harga....hmm...kena tunggu majlis bosar bru boleh pergi...hehehe....

Jueliza Jamani said...

Hahah aku tau sebab apa ambik masa yang lama untuk update.. pasti sebab org tu.. tetttt

anyss said...

Assalamualaikum,
Fuhhhhhh!
ilang mood diet ni

Khir Khalid said...

Pehh meletopsss!!... terbuka selera tengok seafood tu... mmg puas makan klu mcm ni... mmg kena pergi... terbaiklah!!

ejulz said...

waaaaa.. udang. my febret.. hehe

el said...

xnah lagi makan shellout
tgu uols banjer ye kbai

Nooriah Abdullah said...

Bestnyeee Idzwa
Seafood anytime On je tambahan udang galah
Powerlahhh

LadyBird said...

Makanan nmpk sgt menyelerakan. Tp bila tengok harga, memang xdpt mkn la kami.. Hihi.. Seriau tengok harga.. Tgk harga terus kenyang.. Hihi

Fiza Rahman said...

Ok... Tak sabar nak gi esok ☺☺

Khir Khalid said...

Fuhh tengok seafood dia mmg terbuka selera nak makan... puas makan klu mcm ni. Tempat pun bersih dan selesa... mmg harus singgah ni nanti. Thanks sharing Izwa! :) :)

aRz MoHa said...

Sedapnya...kalau sekali sebulan belanja anak bini makan pun best kan...

LIVE OYSTER tu teringat cerita Mr Bean

hainom OKje said...

Sedapnya Izwa....belum pernah lagi makan seafood lambak atas meja gini..
Entah bilalah nak makannya. Tulah dah kilauan gini takut pulak nak melantak seafood ...

hainom OKje said...

Sedapnya Izwa....belum pernah lagi makan seafood lambak atas meja gini..
Entah bilalah nak makannya. Tulah dah kilauan gini takut pulak nak melantak seafood ...

::EIDA:: said...

allahhh seaaapood.... oh nomnomnomnon!!

Kira Sakura said...

omaiii memang Nampak menyelerakan sangatttt

LYAfrina said...

sedappnya..tp rege tu..fuhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang