thumbnail

Friday, August 26, 2016

RSMY The Best Cheese Nan In Town!


Rabu lepas aku ada dapat jemputan food review kat RSMY Houce Of Real Beriani actually RSMY The Best Cheese Nan in town tagline dia! Perggghhhh..kalau cerita pasal cheese nan dia ramai kot mengigauuuuuu pasal lelehan cheese dia tu! Ehhh jap jap jap.. nak bagitau ni la food review paling dekat sekali, dekat tahap jalan kaki je aku pegi..kekekeke...dekat dengan office jerr.

Pnak-anak siap tukar baju mandi kat taska dulu la. Lagipun taska dik mok hujung jalan je dari RSMY Cheese Nan nie. Sapa-sapa yang kerja area sini tau la kefemesan RSMY Cheese Nan nie. Kat mana? Kat Jalan Medan Tuanku tu je..tak tau lagi?? Alaaa dekat-dekat Sogo jerrr..hah cakap Sogo semua senyum kannnnn ;)

RSMY House Of Real Beriani

Nama je House of Real Beriani tapi memang sedap pun beriani dia..kekekeke..

Mesti kenal kan? Ini menu ye anak-anak.

Persembahan petang tu & ramai lagi makanan yang tak masuk dalam ni sebab terlalu ramai makanan dan minuman yang terhidang! Meja pun cantum sampai 8 rase nyer.

Air di keramaian. 

Air yang tengah tu korang mesti tahu untuk sapa. Budak tu panggil biskut jilat (iklan Oreo)

Beriyani Kambing RM 19.10

Nasi beriani dia jenis berempah dan "berat". Harga nampak mahal kan? Portion besar okey! Kami 3 beranak makan pun ade lagi lebih sikitttt tak terhabis. Kambing tak sempat baham dah dibaham oleh Eady & Syahmi. Sedap latewww kalau tak takkan aku tak dapat rase.

Lamb Shank RM 16.95

Beriani Udang Masak Merah RM 12.70

Artis petang tu!

Yummy Cheese Nan (with chicken slice inside) RM 10.60. 

Kita tarikkkk cheese dia! Nyums~

Ayam Tandoori RM 10.60

Ayam tandoori yang penuh rempah dan sedikit pedas! Sangattttt menepati tekak aku bab pedas-pedas ni tapi ayam ni agak kering. Ntah aku suka ayam lembut-lembut gebu nak kunyah pun takde la penuh tekanan perasaan sangat. Ini kene kunyah penuh perasaan untuk mendapatkan kehancuran yang betul. Kering tapi rasa dia memang sedap. Kalau ayam ni lembut sikit lagi confirm aku bagi 9/10 bintang.

Keema Daging RM 10.60

Keema daging ni antara makanan yang kerap diorder oleh orang ramai. Cicah cheese nan dengan keema ni mengancam okeyy..lain dari lain! Ade sesetengah tempat tu cicah dengan kari biase atau dhal tapi kat RSMY Cheese Nan ni keema la gu nyer! Kalau dah cakap antara makanan yang kerap diorder bersama cheese nan dah tentu la sedap kan ;) cuma kurang masin. Hehehe..ye ye aku kuat masin sikit. *tutupmuka*


Hek eleh orang tuuu..mama nak amik gambar betapa tinggi nyer cheese boleh ditarik semata nak tunjuk tak tipu okey limpahan cheese nyer! Dia pulak sengih kemain.

Ada sekali tu kat tempat lain la kita orang order cheese nan dalam tu cheese pun takde ! Rupa nyer dia cuma letak cheese serbuk tu jek..cettt pastu ko charge mahal?? Dah kenapa kauuuu..tempat lain pulak pakai cheese keping tu lagi tak bleh blah! Hadoiiii..kalau tak pakai cheese leleh macam ni jangan kau berani la letak Nan Cheese oiii..mentipu jek. Kecewa tauuuu kemain lapar order cheese nan yang datang nan cheese takde cheese T__T sedih~

Tapi kat RSMY Cheese Nan cheese dia..perghhhhhh...koyak sikit je ade cheese makan sikit je penuh cheese..aaaaa sedap nyerrrrr! Gebu-gebu lembut-lembut..aaa...tolonglah sedapppp sangat tau. Berbaloi dengan harga.

Saje letak gambar ni sekali lagi..kekekeke~

Close up sikit la

Nampak tak betapa tebal nyer cheese tu?? Roti nan tu pun kemain tebal tapi lembut nyerrrr gebu pulak tu. Makan ni sorang 1 pun licin..ha..ha..ha..kata seorang yang kuat makan! Tapi memang ye habis okey.

Banyak jugak pilihan Nan kat sini : Garlic Cheese Nan, Butter Cheese Nan, Garlic Nan, Butter Nan atau korang nak nan biase pun ade cuma tumpuan orang datang ke RMSY Cheese Nan ni adalah sebab kelempahan dan kelelehan cheese di dalam nan ni. Boleh cakap la kalau datang makan Cheese Nan kat sin takkan menyesal arrr..macam kami setaip kali datang makan confirm Yummy Cheese Nan dan Cheese Nan je yang diorder.

Apa beza Yummy Cheese Nan dengan Cheese Nan?? Yummy tu yang ade cheese bersama chicken slice, Cheese Nan dah tentu lah ade cheese kan ;)

Klik untuk tumbesaran mata.

Untuk pengetahuan korang, RSMY Best Cheese Nan In Town ni ada 3 cawangan. Macam aku terdekat di Jalan Medan Tuanku tu lah. Ramai orang tak nak masuk KL tu boleh je ke cawangan RSMY Setapak atau pun bila tersesat kat Jakel Mall tu boleh singgah di cawangan RSMY Masjid India tu.

Sebelum terlupa, RSMY Cheese Nan the best in town ade buat promosi  sepanjang tahun ini. Pada birthday girl/boy yang makan sambut birthday kat RSMY Cheese Nan ni atau saje je datang makan kat situ masa harijadi korang, korang akan dapat DISKAUN 50% harga dalam 1 bil tuh. Maksudnya kalau korang datang makan-makan dengan kawan-kawan ke family ke masa harijadi korang tu dapatlah diskaun ni okehhhh..giler tak best? 

Diskaun 50% untuk 1 bil yang korang makan semua tu laaa...haaaaa...best! So birthday nanti sila makan RSMY Cheese Nan ni tau. Lebih lanjut boleh je terjah FB/Twitter/IG : officialrsmy

Waktu operasi kedai dari 11 pagi - 11 malam tapi untuk Cheese Nan & Ayam Tandoori ni bermula pukul 12 tengahari tauu..apa lagi? Lunch ni sila pegi makan okey~

26 comments:

Nad MamaZN said...

sedapppp
kami penah makan gak..
teringin bebeno, dr klang kami ke danau kota nun

Siqah Hussin said...

Yes kak! Nan cheese kat sini memang terbaik. Sedap sangat! 😁

mama tisya said...

lama xmkn...kalo mkn mesti order cheese naan, ayam tandoori & keema tu

Siti Rohaida Yusof said...

HUII..SEDAPNYA..

safurara said...

rindu ah dak mok!

Sue Bee said...

alahaii.. menggoda sungguh menggoda itu makanan. Scroll down lagi, makin lapar la perut SB tengok..telan aiklio japp..hihii

Lynda Che Lah said...

dulu awal mengandung dak Qhalif mengidam makan..
Alhamdulillah dapat..
Lepas bersalin pegi makan..
Sekrg Qhalif dah 2 tahun.. tak pegi lagi..
bila nak pegi ni T_T

eima said...

ala besday dah lepas la pi mkn besday anak je la gitu valid kan ... hehehe

ros_reeza said...

Sedapnya nampak. Tergoda ni. Tapi jauh la pula nak ke sana...

JMR said...

perghhh..meleleh leleh leh leh leh...

tahun lepas dah try, tahun ni belum lg..

Jueliza Jamani said...

kejam hahahha

Zaza Abdul Latif said...

bukan main bernafsu sangat kau bercerita Bedah! makan jangan cakap lah.. berganda2 nafsu lapar kau tu.. hahaha ok ini mmg zadap.. nasib baik aku dah pernah rasa & pernah pergi yang kat sini skali & kat setapak dua kali. So aku boleh tahan napsu tengok lambakan gambar kau diatas :P

el said...

penah mkn gak kat sini..cheese tu kena letak byok2 haha

Nieda ramly said...

tarik panjang2......cheese leleh katanya

Jmbelog Hashim said...

singgah

https://belogs.blogspot.my/2016/08/blog-active-update-on-bus-bloguntuksemua.html

adianiez AIDA said...

Awat nyer x de branch kat melaka???
lamb shank!! Terkenang lamb shank SR. Adui dap nyer.
sok nak ajak mr.asben gi bekfes nan la.
walau la nan cis nyer x meleleh segitu idzwa oii.
pasrah jer la :-)

diariasma said...

Wahhh..
CHeese nan tu betul2 menambat kalbu..
Sayangnya takde kat area kita ni, kalo tak, hari2 pegi gamaknya.. :D

Pha Is said...

fuh.. sedapnya gambar.. tu baru tgok gambar.. haha..

Inani Hazwani said...

Aaaaaaa nanti nak pergi lagi lah. Terliur kak oi !

adarnadzmie said...

perghhhh sedap sgt semua menu... roti naan cheese paling akak suka... x cukup satu klu dpt mkn...hehee

Mrs Puex said...

perghhhhhh...
tengok gambar cheese leleh tu sambil tidak terkata kataaa dah haaaaa...

ok masuk dalam list..

Julia Johari said...

Penah makan sini...mmg ohsem...ish ternampak kak review lagi rasa nakkkkkkkk hahaha

Khir Khalid said...

Perghhhh!!!... u make me crazy hahaa... sedap giler tengok.. best!! :)

hainom OKje said...

Lama dah teringin nak makan Nan cheese. Adoiiii sedih tengok gambo tu tau Izwa

hainom OKje said...

Lama dah teringin nak makan Nan cheese. Adoiiii sedih tengok gambo tu tau Izwa

mamawana said...

Assalam

Sedapnyer cheese Nan.

Biasa makan di Medan Tuanku. Best in town.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang