thumbnail

Wednesday, August 03, 2016

STREET CHURROS Kini Di Malaysia!

STREET CHURROS

Sebenarnya tak sabar aku nak update dengan korang pasal Street Churros ni! Aku panggil Street Churros ni makanan cinta! Hahhaaa..sweet sangat tau makanan santai nie. Sabtu lepas aku dapat jemputan perasmian cawangan kafe terbesar Street Churros ni kat Malaysia, lebih tepat di IOI Mall Putrajaya. Mesti korang tertanyekan ape kemende Street Churros ni?? Mula-mula aku pun tak tahu! So meh la kita googel. 

Cawangan Cafe pertama Street Churros Di IOI Mall Putrajaya

Street Churros ni adalah makanan sampingan dari Korea yang hanya ada di Korea lah. Didatangkan ke Malaysia straight dari sana. Kira ni cawangan cafe pertama Street Churros di Malaysia dan dijangka hit. Aku rase confirm hit sebab ya ampun sedap nyer weeeehhhh...

Tak sangka aku jadi antara orang terawal yang dapat merasa Street Churros di Malaysia. Ala yang rase kat Korea takyah la kira..ha..ha..ha..

Stresst Churros - aaaaa...terliur balik arrrrr!

CHURROS - Chinnamon, Cheese & Chocolate

CHURROS pilihan aku dah tentulah perasa coklat! Ya Allah gigitan pertama sedap nyer hoiiiii~ Makan lagi..ehh sedap nyerrr sambil cakap dengan Eady. Ha..ha..ha..jakun okey makan churros nie. Aku rase korang yang dah biase pegi Korea mesti gelakkan aku. Tapi serius sedap! Syakirah suka yang perisa cheese tu.

CHURROS - Seketul RM 4.90 je. Murah kan? Siap boleh share berdua lagi ;) semua bahan adalah semulajadi dan didatangkan terus dari Korea.

Nyums~

Dijangka hits sebab ini makanan santai yang boleh dinikmati seisi keluarga. Yup anak-anak confirm suka makanan ni! Sedap ringan dan kenyang. Ehh enak sangat lah. Huhuhu..nak pegi lagiiii..

FILLING CHU

FILLING CHU - Hoh ini paling TERBAEK! Isi dalam dia adalah lelehan coklat pekat yang sedap enak .. eh nak cakap macam mana ehh kesedapan nyer? Memang sedap lah. Lelehan coklat yang tak kedekut sampai tumpah-tumpah kat seluar anak. Ha..ha..ha..

Filling Chu ni aku makan 3! Keh..keh..kehh..sedap sangat-sangat la nak cakap. Buat masa ni ade 1 filling je, tapi dalam masa terdekat ni akan ada tambahan 2 lagi filling iaitu Blueberry & Cream Cheese. Tekak aku tetap jugak cakap coklat paling WIN. Slurrrrppp sedap nyerrrrr~ RM 7.90 je 1 korang.

AH-CHU

AH-CHU - ni aku panggil makanan cinta! Yelah korang..cicah-cicah churros dengan aiskrim..nyumss nyer..enak giler~ Yang ni kesukaan Eady! Didatangkan dengan 4 pilihan aiskrim. Hocochoco, ChocoBerry, Strawberry & Cream Cheese.

AH-CHU RM 7.90 (plain) RM 8.90 topping, yang ni aku sekadar share dengan Eady sebab tu aku panggil makanan cinta! Ha..ha..ha..aku tekak tak layan sangat aiskrim tapi kalau lelehan coklat tu yeeee....nomnomnom..sedap nyerr FILLING CHU koranggggg!

Choco Ice, Choco Latte & Shakareto

LATTE - ni aku rase normal lah kan ade kat mana-mana tapi yang special nyer tu ha Shakareto. Air latte ke coffe tanpa gula tapi masih lagi boleh ditelan. Nak kata pahit sangat pun tak nak kate manis pun tak YANG PENTING SEDAP.

Secawan eh secup tu RM7.90 boleh share berdua sebab cup nyer besar bukan comel-comel kecik tu. Ni cup gemuk-gemuk gebu gitu. Kat sini ada BANANA SHAKE yang glemer kat Korea tu aku sempat rase sikit je itu pun share dengan Eady. Takde pulak gambar.

STREET CHURROS cawangan cafe pertama di Malaysia

Konsep cafe Street Churros ni lebih kepada take-away untuk memberi pelanggan menikmati churros sambil berjalan-jalan dan makan secara santai. Dijangka lagi 5 cawangan akan dibuka diseluruh Kuala Lumpur! Hooo tak sabar nyerr..mohon buka area bandar KL please..ha..ha..ha..senang aku nak terjah! 

Ya ampunnn terliur nyer buat entry nie! Serious korang, sedap tau churros nie. Walaupun aku bukan peminat korea tapi ini memang sungguh sedap untuk dicuba. Sapa-sapa tersesat sampai kat Putrajaya tu boleh singgah.

Street Churros MY
LG 66A Lower Groud Floor
IOI City Mall, Putrayaja


24 comments:

Falsya said...

aduhaiii kak oiii...smbl baca entry nie smbl berdoa mudah2an somi kite rajin nak ke arah sana..nakkk churrosssss...

Siqah Hussin said...

Ahhh bestnyaaaaaaa!!! Pernah makan churros kat korea dan memang sedap! Tapi nama kedai lain.. Hee. Mesti cuba yang nie nanti. Tq for sharing. Hee. Excited 😍😍

el said...

besaq nau kuros depa..puas hati makan

Kakzakie Purvit said...

Kakak tengok cara adik gigit tu pun dah tahu punyalah seleranya dia:)
Mana kak Sufiya dan abg Syahmi?

Raihanah Ahmad said...

bolehlah buat alasan utk ke ioi

mama tisya said...

1st time mkn churros ms holiday korea..ms tu kt kl xfemes lg...tp ada try kt beberapa restoran tksedap sgt mcm mkn kt korea...yg ni dh dtg dr korea nmpknye sodap tu..siap celop eskrem...yummm..ada rezeki ke ioi mall bole la try

Mrs Puex said...

seriouslyy!!

meltingg meltinggg....


NUNU EERA said...

ah-chu tu.. ah mls nk komen..

Nieyl said...

menarik untuk dicuba nie....
sedap yaaa?ok nant nak cuba..dekat dah tu...

Bro Framestone said...

Tak try lagi cicah aiskrim... Nak repeat lagi la minggu nie.

Jueliza Jamani said...

wehhh nak jugak!!!! sedapnyaaaa

wahida said...

churros yg aku rasa sedap ada kat Food Tree Puchong, tapi ni nampak lagi sedap kot..

Fiza Rahman said...

Adoiii... Terliur wei. Nasib dekat ngan umah ☺☺

Norhayati Mohd Isa said...

Akak nak jugaakkkkkk izwa..
Puas lap air liur tau..
Tengok coklat meleleh tu 😆😊

hainom OKje said...

Pernah mak Churros ni sekali itu pun kat Gerai Pasar Ramadhan hihi....boleh tahan jugak sedap...Lepas ni boleh try kat sini pulaklah

Noriza Abdul Rahman said...

Cicah aiskrim tu yang melting

Amanda Suria said...

Bagai terasa2 plak kat tekak ni...argh...pesal kat sana plak..tempat lain x de eh yg dekat skit...

JMR said...

open table churros plssss..

Husna Rahman said...

confirm2 gempak pasni .. selain nmpk sedap, packaging, colour n appearance dia menarik sgt ....

Hanim Hashim said...

aduhhh tak menahan tengok churros sesempurna begitu! Kenapa jauh nau sampai ke Putrajaya sana haaa? hehe :D

Khir Khalid said...

Fuyoo... ternganga tengok churros tu... tak pernah merasa lagi ni... best! :) :)

Qhaifa Nur said...

Hajat hati nk buat churros belum tercapai huhu..
Amboi sedapnya tgk adik makan churros tu...bila la nk try ni

Shahida Dzulkafli said...

Macam nak kena gi dating lagi kat IoI Mall lah nampaknya...

Kira Sakura said...

besar size dia. harga pun macam berpatutan. bila dorang nk bukak dekat loqstaq niiiiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang