thumbnail

Monday, September 26, 2016

1st Time Syakirah Join Sukan Taska!


Sebagai seorang mak-mak yang havoc macam aku haruslah share benda-benda macam ni kat blog..ha..ha..ha..apa orang kata buat modal nak hidupkan roh blog. Kalau ikutkan nak buka blog pun takde masa woih..aku is busy sampai tahap salah mark tarikh kenduri kezen kat kalender! Dan tarikh berkenaan aku pegi Mersing. Huwaa..mak is so stress sambil picit kepala yang migrain.

Ingatkan kenduri tu ahad nie, so dah bagi RSVP sesiap untuk kenduri dan untuk program kat Mersing sabtu ahad depan. Sekali tadi omak den ni haaa wasap kata "bila nak cari baju budak-budak ni sebab minggu depan dah kenduri, sabtu ahad ni budak-budak takde kan.." aku like ehhh blur kejap..cecepat selak kalender. Ohhemmmmgeeee..dah dekat 2 bulan rupa nyer yang kau tanda tu salah tarikh T_________T *picitkepala* Hotel kat mersing, transport semua dah bayar woih..abis omak den ni canne?? Pegi belah kita orang okey je kot..kekeke..

Eh eh..kejap kejap..macam lari tajuk je entry nie..ha..ha..ha..mak is so pening kepala u know..so much things to do with so little time..what what..?? Mak is so stress and pening.. *hantukkepala*

Gambar ni abang Syahmi amik, mama tak boleh tunjuk muka ade budak nangis nak ikut!

1st time Syakirah join sukan taska dia..he..he...he..shomel je tengok..Setiap hari rupanya dia berlatih kat sekolah. Yang aku hari-hari tanye adik buat ape kat sekolah? Selambe je dia jawab "adik tak buat apaaa..adek makan..tengok zootapa (zootopia) dengan makan..adek makan banyakkkk!" Ha ye la kauu..kuat makan ikut sapa ntah..

Game nyer satu jerrr tapi semangat mama abah dah tentu kalahkan anak..ha..ha..ha..excited la walaupun anak ke-3 wey. Kenangan kata kau.

video


Tengok la kedek-kedek je shomel..mata tengok ke mama..nasib baik dia tak lari terus je kat mama dia..ha..ha..ha..kalau tak haru! Dari jauh tergedik-gedik lambai-lambai kat aku. ;)
Besar dah Syakirah nie, cakap pun kemain becok. Bijak banyak dari abang kakak, almaklum anak ke-3 ni mentor dia dah besar lagi cepat matang.

duduk je la berdua

Aku Eady duduk je la jauh-jauh tengok. Syahmi Sufiya korang jangan tanya la. Dah nama nyer sukan taska, adik beradik yang lain pun sama je 1 sekolah so dah jumpa geng ntah mana hala anak-anak hilang dalam sekolah tu. Bila datang habis melenjun peluh masing-masing T___T

Suka sangat la tunjuk gigi kapak dia tuh!

Tetiba bermuka ayu..padahal..

Sukan sekejap jer, balik dari sukan terus pegi umah ibu aku mandi tido kejap dan bersiap pegi kenduri kawin umah kawan lama kat lorong umah ibu aku je. Dari kenduri terus ke Quill Mall bawak budak-budak ni pegi tengok wayang. Dah gaji dah janji haruslah bawa, gaji yang dapat pun sebab dia orang so kene zakat pada diaorang ;)

Tengok la muka masing-masing!

Bawak diaorang tengok cerita Stork, okey la best cerita tu. Syakirah la suka sebab cerita pasal baby so dia rase cerita tu pasal dia..ha..ha..ha..perasan! Tengok la muka tu, baru lepas keluar wayang. Tak reti penat masing-masing padahal dari pukul 6 pagi semua dah bangun. Lepas subuh takde sapa tido balik. Teru bersiap. 

Alhamdulillah walaupun tak mewah tapi aku bersyukur sebab budak-budak ni sihat-sihat je. Aku selalu doa biarlah dia orang ni sihat selalu, bijak dan soleh solehah. Yang lain aku tak berani nak minta sebab aku pun bukan baik giler pun nak minta macam-macam. So masalah aku still tak selesai lagi..! Huwargh...stress balik..ha..ha..ha..

14 comments:

Julia Johari said...

Pandai adik berlari-lari dalam acara sukan tau...tekun auntie juju tgk heheheh mmmuahhh besar dah awak tau...tak mo garang2 naaaaaa hahaa

Kakzakie Purvit said...

Adik memang bijak dan ligat tak jadi masalah nak bersukan
Memang exited tengok bebudak bersukan. Kakak yg tak ada anak kecik kalau ada tadika dekat rumah buat kakak pun pergi tau. Suka kan:)

Jueliza Jamani said...

alooo comelnyaaaa

Qhaifa Nur said...

Alahai comelnya tayang gigi tuh..
Seronok tgk ank2 ni bersukan...mcm2 gaya ada nk menang

Raihanah Ahmad said...

excited dia nak bersukan. alhamdulillah

mama tisya said...

kemain sengih tunjuk gg kapak tu ye...bila ank sukan..mmg excited

Mila Ahmad said...

memang kalau apa-apa tu si kecik tu memang win tau kalau bergambar. geram tengok

Nieyl said...

adik..why look so comel?so cute...
aunt nieyl rasa nak gigit² je kamu nie tau...

LYAfrina said...

olorr..omey sgt syakirah..gerammm tgk..mesti cute sgt time dia msk acara tu..

budak biasalh..selagi x hbs bateri..aktif

el said...

kenapa kenapa kenapa mesti nak semua kaler kuning ek ek ek ekkkkkkkkkk kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaa semua nak sedondong dong dong donggggggg kenapaaaaaaaaaaaaaa..ok ayat jeles sbb npk comel sgt kbai

yaya_flanella said...

Ee comel sangat tau! Kita tengok video dia haritu ala comel2 anak kak izwa ni nak jugakkk Aamiin ^_~

hainom OKje said...

Alolo tomenya.... Respect dgn cikgu taska nikan...jenuh agaknya dia trainkan bebudak ni hihi

Fiza Rahman said...

Comel jer dik mok si kuat makan nih ☺☺

Khir Khalid said...

Seronoknya... mmg best tengok anak join sukan... mak ayah jadi lebih excited.. best2.. :) :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang