thumbnail

Saturday, September 03, 2016

Dutch Lady "Mak Kata, Saya Anak Bijak!"

Dutch Lady "Mak Kata, Saya Anak Bijak"


"Mak kata, saya anak bijak"..actually mak saya tak kata tapi ibu saya yang kata..he..he..he..

Kalau ikutkan hidup aku ni sebenarnya bukan tahap mak kata ibu kata tau tapi opah kata, aunty kata, acik kata, uda kata...Ya Allah aku ni hidup dibela oleh ramaiiiii sangat orang! Siang hari memang aku akan duduk membesar dirumah arwah opah yang mana ada ramai sangat makcik-makcik aku yang membela kita orang nie ;) petang dan malam baru balik rumah jadi hidup aku ni ramaiii orang kata..ehhh ramai sangat orang pesan. Hidup aku meriah tauuuu..heaven giler.

Wajib bersarapan untuk mendapatkan badan, otak & minda yang cerdas

Antara pesanan atau kata-kata dari ibu aku yang aku ingat sehingga kini dari ialah setiap pagi wajib bersarapan terlebih dahulu sebelum keluar rumah untuk mendapatkan otak, minda dan badan yang cerdas! Jadi sebagai ibu bekerja aku sanggup bekorban bangun awal setiap pagi untuk menyediakan sarapan yang berkhasiat untuk anak-anak. Sebenar nyerrr setakat sediakan sarapan takde masalah pun bagi aku sebab memang dari zaman anak dara & masuk zaman berkahwin (masa takde anak lagi) pun aku memang dah biasa siapkan bekal untuk diri sendiri dan suami cuma bezanya dengan anak-anak ni aku kene pandai sediakan sarapan yang menarik perhatian mereka dan yang penting berkhasiat.

Cara aku, sediakan secawan susu Dutch Lady yang dah tentu kita tahu penuh khasiat yang baik untuk perkembangan tumbesaran dia orang, samada secawan susu itu diminum begitu saja atau secawan susu itu dijadikan air curahan dalam mangkuk koko crunch! Oh ye kadang-kadang buat cicah dengan roti. Nyum nyum sangat ;) Enak berkrim dan mengenyangkan perut jadi anak-anak dah tentu tak kelaparan semasa belajar disekolah. Badan cerdas, otak cergas sekaligus menghasilkan anak yang bijak berfikir betul tak? ;) *harapnya..aamiin~* mak-mak dulu lagi bijak tauuuuu...


Ke sekolah pun wajib bawak sorang sekotak susu Dutch Lady

Selain dari itu pesanan yang wajib aku dengar dari dulu hingga kini ialah minum susu setiap hari untuk tulang yang kuat ! Mak-mak la kate kannnn..pesanan tu sampai ke tua lah kot di pesan-pesan nyer..kehkehkeh!~ sebab tu stok susu kat rumah aku tak boleh nak putus Bila dah ada anak ni ibu memang pesan "jangan putuskan susu kat anak walaupun dia orang dah besar" hohoho..dari dia orang susu badan (akulah tukang minum susu segar coklat Dutch Lady tu pastu pelik aku ni hanya boleh minum susu coklat jerr..susu lain tak bleh telan!) sampai waktu dah putus susu badan sambung pula ke susu biasa iaitu susu tepung Dutch Lady 123, ke Dutch Lady 456 dan sekarang anak pun dah darjah 1 & 3 aku sambung pula dengan sekotak / secawan susu Dutch Lady setiap pagi dan malam sebelum tido. 

Untuk adik mok sekarang ni minum Dutch Lady Explorer 2-4 tahun & susu segar bercawan-cawan sampai tahap aku dan abah dia kene sorok semua susu dari peti ais! Kalau tak, selagi tak habis susu dalam peti ais tu selagi tu dia akan minta .. grrrr~ kopak mak nakkk kalau macam nie..kekekeke..

Ohye, sebelum terlupa! Aku nak bagitau dengan korang..aku suka buatkan anak-anak aiskirm dari Susu Segar Dutch Lady tauuuu...kalau nak menarik korang buat 3 layer ais krim tu! 1st bekukan yang putih dulu, pastu dah keras korang tuang pulak yang strawberry ke atau mana-mana pilihan yang ade tu, ulang sampai aiskrim jadi 3 layer. Fuhhhh..hujung minggu boring-boring ajak je anak-anak makan airkrim. Dah la sedap berkhasiat pulak tuuu..aaaaa..terliur pulak dah! 

Anak-anak saya yang bijak! *aamiin*

Sobs sobs~ tak sangka sekarang dah waktu aku pulak untuk turunkan segala pesanan yang diberikan pada aku masa kecik dulu. Kejap nyerrr masa berlalu! Rasa macam tak puas pulak dengan zaman dulu..tapi takpe la..waktu aku untuk anak-anak pun dah tiba. Jadi aku pun nak anak-anak ada satu memori indah, satu memori yang kuat dengan aku, juga memori sweet bersama Susu Dutch Lady..supaya kalau dia orang dah besar, dah belajar jauh setiap kali dia orang terpandang susu Dutch Lady tu dia orang akan ingat mama & segala pesanan mama dia orang nie..huwaaa... tetibe sebak pulak..sobs!~

Korang pulak, ada pesanan yang korang turunkan pada anak-anak dari mak-mak korang? Korang boleh sharekan dengan sertai contest Dutch Lady "Mak Kata, Saya Bijak"

Jom sharekan pesanan ibu-ibu, mak-mak kita

Ada pelbagai hadiah termasuk 250 baucer mingguan bernilai RM 50 & 9 pemenang bertuah dan keluarga akan berpeluang menghadiri majlis hi-tea bersama Scha Al Yahya dan Lara Alana comel tuuuu juga camera instant. Kunjungi www.smartmoments.com.my untuk maklumat lanjut. Contest bermula dari 1 Ogos hingga 30 September 2016.

15 comments:

Zaza Abdul Latif said...

Wow patutlah anak2 ko bijak. Minum susu dutch lady rupanya.. Clap clap clap

Zaza Abdul Latif said...

Wow patutlah anak2 ko bijak. Minum susu dutch lady rupanya.. Clap clap clap

QasehnyaRania said...

alhamdulillah
bestnya mcm nak joined lah tp kene beli susu dlu lah kan

Pha Is said...

teringat iklan dulu2..
"bijaak.. bijak..

Diarios said...

dutch lady choclate flavour will be always my favourite :D

Khir Khalid said...

Saya smpi sekarang suka minum dutch lady.. sekarang baru tau, patut la bijak hehee.. :) :)

HeNRieTTa JoSe said...

gud luck....rietta dr kecik smpai sekarang suka minum susu....susu apa2 je...yummy....eeh xpernah lg buat eskem...xsempat buat dah abis...hehehe....

Falsya said...

Bgs anak2 akak suke minum susu..tp yg tang eskrem tuh mcm menarik jeeee tuh..hurmmmm..

eima said...

good luck idzwa ..semoga berjaya

Nieyl said...

wow...mama banyak nye masa buat rambut adik..cantik..hihihi...
goodluck akk..

Azlinda Azman said...

good luck kak

Kakzakie Purvit said...

Semoga berjaya berkat 3 permata tu
Anak-anak kakak pun minum susu lagi walau dah anak dara besar
Sebab mak dia ni yg dah tua pun masih minum susu.

Kami suka susu plain kurang suka pula yg coklat

Fiza Rahman said...

Good luck babe.

Amanda Suria said...

All the best adik....suka perisa choc...

Kira Sakura said...

Kemain abang galas ukelele dia hihihi. good luck akak. tapi betoi kan banyak kenangan kita dengan susu kecik2 dulu. Uwais tak minum susu segera ke atau susu lain selain Dugro dia tu. tak dapat nak join hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang