thumbnail

Wednesday, September 14, 2016

Kisah Seram : Radio Tiba-Tiba Berbunyi Sendiri!


Serius aku tak pernah cerita pasal seram-seram ke pasal hantu-hantu ke kat blog nie tapi ntah kenapa post Bro Framestone ni macam memanggil-manggil untuk aku share pengalaman yang tak seberapa ni. Kalau diingat-ingat tetap seram tu menjelma balik. Kalau boleh janganlah jadi lagi tak nakkk..serius TAK NAK!

Dulu masa mula-mula dapat tetap tahun 2004 aku posting kat bahagian sekarang ni la. Masa tu office tak secantik sekarang, dulu zaman kerja manual lagi so kami ni kerap lah buat overtime. Aku tak ingat dah tahun bila tapi yang aku ingat ade sekali petang, aku tinggal berdua dengan sorang pegawai perempuan, dah nak kemas nak balik dah pun. Kira-kira belum lagi pukul 5 sebab kami baru sudah asar waktu tu. 

TUM!

Sebelum terlupa, office aku ni ade bilik air sendiri. Bilik air kat belakang tak macam office lain bilik air kat luar tepi lif. Bilik air kami siap ade bilik mandi tapi ala-ala suram gitu. Nak jadi cerita tengah-tengah berkemas, tiba-tiba "tummmmm!!" bunyi hentakkan pintu bilik air yang memang kami tahu pintu tu takkan berdentum dengan sendiri sebab pintu tu jenis berat dan tertutup sendiri. Takkan takde angin takde orang tetibe berdentum?? Aku terus berpaling pada pegawai tu yang kebetulan meja dia belakang selang 2 meja dengan aku! Dan..sekali lagi "tummmmmmmmm!!" Allah!! memang kuat ya amat. Meremang-remang terus bulu roma!

Sunyi?

Okey fine..pelan-pelan kami tarik handbeg, tutup komputer tiba-tiba telefon office berbunyi dari satu meja ke satu meja! Hari sabtu telefon bunyi dan berbunyi dari 1 meja ke 1 meja bagai melompat-lompat?? Dan dalam masa yang sama radio aku berbunyi sedangkan dalam keadaan off. Allah..meremang nyerrr bulu roma sebab kami memang tahu office & bilik fail kami memang glemer dengan "orang" kat dalam tu!

Masa jalan laju nak ke pintu dan lif rase perjalanan sangat panjang dan rasa jalan tu jauhh giler! Waktu berjalan laju tu makin lama makin kuat bunyi radio dan telefon berbunyi serentak. Huwaaa...kalau ingat-ingat balik meremang bulu roma lah! Dah la sekarang aku posting balik kat bahagian yang sama setelah keluar pada 2008. Awal tahun 2015 aku lapor diri kat sini semula. Tempat dah renovate dah cantik tapi masih ada lagi "orang" tu kat dalam bilik fail. Kadang-kadang ada kadang-kadang takde. 

Haritu aku audit 5S, waktu masuk bilik paling hujung kat office tu siap cakap "aku datang buat kerja tau..jangan kacau aku..aku datang sekejap je nie.." Lantak lah orang nak gelakkan aku ke nak cakap aku giler ke yang penting aku tau "dia" ada.


Menangis mengongoi sayu tepat pukul 12 malam!

Then, awal tahun lepas Syahmi yang kene. Kalau ikutkan parent tak tahu cerita pasal gangguan ditaska kerana bangunan shopping kompleks sebelah renovate 1 bangunan. Bayangkan setelah tahu cerita baru diberitahu yang semasa renovate bangunan tu terpaksa panggil 3 orang ustaz dari darussyifa untuk "bersih"kan "dia orang" tu. Nak jadi cerita "dia orang" lari ke taska Syahmi Sufiya yang terletak kat sebelah. Semasa keadaan "mereka" mengganggu dan amukan di taska, orang HR & taska terpaksa buat bacaan yassin setiap minggu dan "cuci" keseluruhan taska sampai ke dalam bilik air. Guna ustaz darussyifa yang sama untuk bersihkan taska dan mall tuh..

Aku ingat lagi masa tu, setiap petang Syahmi ada cakap "mama..masa Syahmi mandi kat dalam bilik air..bilik air sebelah pun air dia keluar macam orang mandi jugak! Kawan Syahmi cakap hantu mandi dengan Syahmi.." yang aku ni mana lah tahu..duk anggap dia main-main je la..budak kan? 

Kemuncaknya ialah setiap malam tepat je pukul 12 malam Syahmi akan duduk atas tilam dan nangis mengongoi-ngongoi mendayu-dayu sayup-sayup suara macam perempuan putus cinta menangis. Sehari okey, 2 hari okey sebab ingat mengigau. Masuk hari ke-3 aku Eady siap kejutkan dia bangun..boleh pulak dia cakap "kenapa kejut Syahmi??" Ehhh..cukup seminggu menangis mengongoi aku bawak pegi jumpa ustaz darussyifa untuk berubat (aku jumpa ustaz yang sama bersihkan mall & taska tu..) bila aku cerita apa Syahmi cakap dia gelak-gelak je..masa ni lah baru tahu kes taska & mall berkenaan. Kira berjangkit-jangkit la nie.

Ustaz tu senyum je sambil cakap "hmm..ade ni haaa..."dia" menumpang kat badan sebab Syahmi ni "bersih" sangat..takpe kita buang "dia" laaa.." sambil gelak-gelak kecik. Hu..hu..hu..aku kalau tak nampak okey je tapi tolong lah jangan ada bunyi-bunyi atau penampakkan..haishhhh boleh pengsan tauuuu! Aku memang tak minta untuk jumpe. TAK NAK. 

Cik Ponti Rambut Bersinar!

Part ni abah aku je power kalau-kalau terjumpa. Siap high bim lampu kereta mana tau kalau "dia" nak tumpang ke..haishhh..abah aku nie. Siap boleh cerita jumpe cik ponti berdiri bawah pokok, bila terkene lampu kereta rambut cik ponti bersinar jee...haishhh..kalau naik kete dengan abah aku malam-malam buta memang serammmm sebab abah aku ni jenis senang nampak "dia orang" tuh. 


Volkswagen Kuning - keadaan macam ni pun dah cukup seram buat aku!

Macam sekarang kan tengah heboh pasal filem Volkswagen Kuning yang dilakonkan oleh Pekin Ibrahim & Atikah Suhaimie filem keluaran MIG Pictures Sdn Bhd yang bakal ditayangkan pada 22 September 2016 ni..haishh tertengok sedikit sedutan video dia pun dah buat aku tertelan air liur! Meremang pulak bulu roma aku nie. Disebabkan tertengok sedikit sedutan video Volkswagen Kuning ni yang buat aku asyik teringat-ingat kes aku dulu tu. 

Volkswagen Kuning

Sinopsis Volkswagen Kuning 

MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah  membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.


Korang mesti berani kan? Sila tonton sedikit sedutan video tu tauuu.. Oh ye, sebelum terlupa aku nak bagitau Bro Framestone dengan kerjasama pihak MIG Pictures Sdn Bhd selaku penerbit Filem Volkswagen Kuning ada anjurkan contest untuk cerita seram korang. Ada hadiah handphone (belum pasti jenama apa) dan dapat dijemput ke preview movie screening tau. Hebat. Korang join la..aku tak nak join sebab aku takut dijemput sebab aku ni penakut giler.

Boleh klik link ini : Blogger's Contest - Filem Volkswagen Kuning untuk join. Mana tau kisah korang seram giler sampai boleh dapat handphone. Kisah seram aku biase-biase je walaupun bagi aku yang tu pun dah seram giler.


#VolkswagenKuning #MiGOnline #VKBloggerReview #BlogRetis 
#Movie #MalayMovie #MalaysianMovie #OppoF1s #SelfieExpert

29 comments:

afzalsukasuki said...

perghh sekali tiga cerita hantu dia susun. tapi bab pejabat tu mmg angker. sebabnya pejabat tu luas. tempat pack dan nampak sunyi

Blog Akak Kembang said...

alamak!! mall mana satukah itu. 'Dorang' tu memang suka duduk bilik fail kot kan ... sama je kat opis akak ni

Fiza Rahman said...

Seram nya.

I N A A I N A A said...

Ena kalau bunyi2 ni memang selalu dengar cuma malas nak layan. Lantak kau la. kekadang fikir positif jela. Kalau bunyi ngilai2 tu tengah malam, ena fikir kawan ena tgh ngilai kat tandas.. wkwkwkw. sebab kawan ena ada je gelak cam putianak.. tu ena malas nak layan sangat sekiranya benda tu 'dia'.

Kalau bab jumpa ni setakat ni memang doakan jangan terserempak la

Ummi Zarra said...

wahhhhh seriau giler... so now syahmi mcm mne? ok dah ke? hope semua dalam keadaan baik. saya pun takut kalau bunyi2 sbb tu tgk citer hantu tutup mata ngn telinga. heheh

ros_reeza said...

Aduhhhh terbaca sampai habis pulak! Serammm la kak.

Mrs Puex said...

meremang uolss...

Kira Sakura said...

berdegup2 jantung baca huuuu

Zaza Abdul Latif said...

Eh seram cerita kau ni. Part yg kena kat syahmi tu mmg menakutkan.

Zaza Abdul Latif said...

Eh seram cerita kau ni. Part yg kena kat syahmi tu mmg menakutkan.

aizamia 3 said...

Bilik fail kan sunyi.. tu pasal jadi port dorang sebab situ je boleh layan perasaan.. Kalau tempat terbuka, bising.. lagi stress deme tu.. hehehe..

Sue Bee said...

Seram tak seram baca entry ni..huhuuu..

Khir Khalid said...

Dulu waktu kerja slalu juga stay up kat ofis smpi malam... klulah kena mcm ni hadoiii... tak boleh nk cakaplah apa yg nak dibuat... saya ni dahlah kdg2 suka menyakat tp penakut jugak... hadoii..

Si Manusia said...

Jiwa kena kental tu

awanungu said...

meremang pulak kita baca entry nih huhuhuhu

Kakcik Nur said...

Aduhai...mak baca pepagi buta kisah Izwa ni rasa meremang-remang segala bulu roma...

Shiqin Sunshine said...

Fuhh skip2 jugk la saya baca kak....hahaha sbb sy asyik imagine bnda tu skali... Kang duk sorang2 takut plak hahaha... Fuhh yg kat opis tuu... Hurmm... Tp tgok movie ok kot... Haha pelik kan sy xD

Nieyl said...

kalau nieyl memang lari x cecah tanah dah tu...

Kakzakie Purvit said...

Rasa kakaklah banyak pejabat yg ada 'org lain' tumpang. Yelah... sebab malam kita semua tak ada dia pun jadikan tempat tumpang. Bilik fail / store pulak selalu kosong kan dia sukalah berjimba tak ada yg ganggu..

Falsya said...

ishh akak nie...tetibe tingat kisah hantu kite..penah kene kat ofis, penah jugak kene kat umah mak kite..serammmmmmmmm...tp alhamdulillah xpenah dan kite mmg xnk pun nmpk kelibat "bende" tuh..tatuuutttttt..

Inani Hazwani said...

Aduh duhh takleh betul kalau cerita cerita hantu ni. Seram dia lain macam. Hahah !

Daddy Ziyyad said...

Saya nak try la naik kereta dgn abah awak, lalu area Karak pukul 1 -2 pagi...kikikikikiki

el said...

uihhhh seriau lah bab hantu kat ofis ni
dah lah setiap hari sabtu mmg iols je yg ado
bab bunyi pintu berdentum tu sllu lah dengar kat ofis iols ni
tp xigt pape pun...janji blog update hahaha

papepun gud luck ye

Julia Johari said...

Meremang baca kisah "dia orang" tu kak...dari bilik fail...telefon berdering...radio bunyi...sampai syahmi pun kena...okkkkkkkkkkkkkkkkkk rasa nak cabuttttttttttttt lari huhuhu...mmg seram!

sudipVSsenduk said...

tak nak baca sampai habis....

lokman amirul said...

sungguh serammm...

ewanthology said...

mujur baca time tengah hari... kalau tengah malam??

hainom OKje said...

Nasiblah baca entri ni petang kalau malam baca tang mukaddimah jer hihi...
Ofis hakak dulu pun ada Izwa....tp akak tak pernah kenalah...

Norhayati Mohd Isa said...

Selalu kat office mmg selalu ada 'dia orang" ni kan idzwa..
Ofis akak dulu 10 tingkat..
Tingkat 6 tu yg org takut kalau lift terberhenti kat situ..
Jadi kalau naik lift kena naik ramai2 dan berteman..

Mujur akak baca siang hari..
Tidak dah campak hp ni atas katil.. terus tarik selimut hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang