thumbnail

Wednesday, September 07, 2016

Pembersih Wanita Sumber Ayu Khas Untuk Wanita & Gadis

Pembersih Wanita Sumber Ayu

Sumber Ayu, produk yang menjaga kawasan intim wanita atau lebih dikenali kawasan Miss V. Kalau korang nak tahu aku ni bangsa tak berani nak pakai benda-benda macam ni kat kawasan sensitif tu, almaklum aku takut kang tersalah pakai nanti dapat kanser rahim pulak ke..haaaa kauuu jauh giler imaginasi aku okehh..tak berani nak pakai sebarangan produk.

Untuk info korang , kat kawasan miss v tu adalah tempat jutaan bakteria! Serammmmm nyer..lagi seram bila terkenang ehh suami pun akan terkene sama kerrr..ehhh...yang gegadis tu kalau bakteria jahat tu menyerang takkan nak tergaru-garu terkerok-kerok..eee...setakat basuh dengan air biase cuma dapat kurangkan bakteria je jadi kene pakai agen pembantu untuk membasmi bakteria jahat ni.

Sumber Ayu - natural care for healthy feminine hygiene

Pembersih Wanita Sumber Ayu, diformulasi dengan bahan semulajadi mampu membuat kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan bersih, sihat dan bebas dari bakteria jahat dan dapat mengatasi bau yang kurang enak dari kawasan miss v.

Sumber Ayu - Improved Formula

Sumber Ayu Gambir - bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

Sumber Ayu Rose - wangian mawar yang sweet memberikan aroma yang menyenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Bagi mereka berjiwa romantis dah tentu ini menjadi pilihan hati.

Sumber Ayu Floral - kombinasi aroma pelbagai aroma bunga sangat ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

Cara Penggunaan Sumber Ayu

Tuangkan sedikit pada tapak tangan dan bersihkan kawasan intim, bilas dengan air sehingga bersih. Senang je kan?

Korang wajib pilih Sumber Ayu sebagai agen pembersih kawasan intim kerana :

> ia mempunyai kawalan paras ph3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem kawasan miss v dalam keadaan baik.
> ia diestrak dari daun sirih yang mampu mempertingkatkan dalam pembersihan Sumber Ayu bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria.
> ianya diperakui halal oleh Jakim bagi pengguna muslimah.
> berwajah baru, dan botol ia diinspirasikan dari bentuk tubuh wanita yang membuatkan kita senang semasa memegang botol comel Sumber Ayu nie. 
> selain berwajah baru, ia berwarna warni dapat membezakan rona botol dalam kita membuat pilihan hati.

Terdapat pelbagai pilihan Sumber Ayu

SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur dengan harga hanya RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml). Murah kan? Jangan lupa dapatkan dipasaran tau~

Aku berani pakai sebab ia diyakini HALAL dari Jakim, kalau yang pelik-pelik ni memang aku takkan berani beli apatah lagi pakai! Yang ni kalau rase tekstur dia kat tangan lebih macam air bilasan bersabun je. So korang boleh la cuba juga ye.

14 comments:

Amanda Suria said...

Tiga2 dh sedekah kat Dania....

Nieyl said...

singgah petang...
nieyl pun pakai..
meh la sedekah 1 kat nieyl..huhuhu

JMR said...

laki boleh pakai tak? :-p

Diana Rashid said...

tapi cepat habis.sebab dia cair kot...heheh

Nurzakiah Hanum said...

bagusnyaaaaaaaaaaaaa

Falsya said...

Murah..boleh la cube mana tau sesuai ngan kite ke kan..heheh

Qhaifa Nur said...

Bole lah try nnti...

Noriza Abdul Rahman said...

Betul, kawasan sensitif ni memang kena jaga dengan baik..kawasan yang boleh mendatangkan pelbagai jangkitan penyakit..eeeee seram

Fiza Rahman said...

Wangi sangat. Tapi asik lupa nak pakai...ppffttt...

Kira Sakura said...

dulu masa bujang2 rajin pakai. tapi sejak pregnant ada keputihan tu dokte tak bagi guna dah pape pencuci pun huuu

Khir Khalid said...

Berita baik buat wanita.. segan nak komen, tp komen jugak :D :D

Julia Johari said...

murahnya yang 90ml tu...best...nak pi cariklah...

Kesuma Angsana said...

Salam Singgah Jumaat. Selamat hari raya Aidiladha in advance juga.. KA pun pakai, harga dia berbaloi2 kn. He3

YieN said...

DUlu pernah pakai produk ni, tp dah lama tinggal.. Now pakai yg farmasi punya je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang