thumbnail

Tuesday, September 06, 2016

RIZQ ISLAMIC SCHOOL (RIS) - Tahfiz Bertaraf Antarabangsa Pertama Di Asean!


1st time jejakkan kaki kat sini, Rizq Islamic School (RIS) rase berbunga hati. Sekolah tahfiz tapi moden? Wow sangat ni! Dah la bertaraf antarabangsa lagi wow!  Tahfiz bertaraf antarabangsa pertama di Asean? Okey double wow!

Memang cita-cita kami, aku & Eady nak masukkan Syahmi Sufiya Syakirah ke sekolah ulul albab. Kami target form one masuk mana-mana MRSM Ulul Albab. Jadi penerapan mestilah dari awal kan? Nak masuk ke sekolah tahfiz ni pun ade saringan okey jadi dari kecik ni la nak kene didik bagi pandai ilmu agama.

Rizq Islamic School (RIS)

Dengan kaedah pembelajaran yang disesuaikan dengan minat kanak-kanak untuk belajar dan fasiliti bertaraf 5 bintang menjadikan Rizq Islamic School (RIS) sebagai Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa yang pertama dalam kalangan negara-negara Asean. Paling unik kat Rizq Islamic School ni ialah sistem pembelajaran seperti di negara Finlad dan Jepun yang menggunakan konsep "play based laerning". Nampak? Takde lah orang pandang sebelah mata je sekolah tahfiz ni yang sinonim dengan pelbagai cerita buruk. Miskin la, kene kutip derma la, sekolah buruk lama uzur la..zaman sekarang ni kita nak selagi dengan teknologi dan beriman. 

Rizq Islamic School (RIS) telah diasaskan oleh Abdullah Firdaus Bin Abd Jalil (29 tahun) yang bertindak selaku ketua dalam projek ini dan dibantu oleh 3 yang lain iaitu Dr.Sheifa (27 tahun), Mohd Azzizat Bin Abdul Rahman (28 tahun) dan Khairul Azwan Mohd Shafee (24 tahun). Muda kan?? Yup ni lah Gen Y yang cuba untuk mengubah pandangan orang ramai terhadap sekolah tahfiz yang dah lama telah dimomokkan dengan pandangan buruk. 


Yang terletak di Sungai Ramal Dalam, Kajang ini mempunyai 16 buah kelas, auditorium, dewan, bilik permainan, padang bola serta kemudahan asas lain. Paling unik sekolah tahfiz RIS ni adalah belajar menggunakan Ipad yang dijadikan sebagai alat bantu mengajar khususnya dalam subjek Hafalan A-Quran. 


Memetik kata-kata Abdullah Firdaus Abd Jalil "Kami cuba untuk mencari satu kaedah pembelajaran yang berbeza yang akan menjadikan kanak-kanak seronok untuk ke sekolah sebagaimana diterapkan di Finlad. Sistem pembelajaran yang digunakan di Sekolah Rendah Islam Rizq mngkin agak berbeza dengan sekolah lain namun ia mampu melahirkan seorang Hafiz Quraan yang baik serta mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidak akademik" 


Kokurikulum yang digunakan adalah standard KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) sama seperti sekolah diluar akan tetapi penerapan Ilmu Falak dan Astronomi Islam serta Robotik turut diperkenalkan sebagai aktiviti tambahan kokurikulum.

Tambahan lagi, 5 subjek Islamic KSRA (Kukrikulum Sekolah Rendah Agama) dari JAIS juga diguna pakai iaitu Tauhid, Akhlak, Feqah, Sirah & Khat dan Imla'. Pendek kata sekolah RIS ini adalah sekolah kebangsaan & sekolah agama bergabung menjadi 1.


Bagi program Tahfiz adalah menjadi wajib pembelajaran ini diambil oleh semua pelajar iaitu :

1. Hifz Al-Quran 
2. Tajwid
3. Tafsir Al-Quran
4. Adab Hamalatul Quran

Dengan taraf antarabangsa bahasa perantaraan yang digunakan adalah Bahasa Inggeris dan seiring dengan tumpuan yang hendak diberikan kepada pelajar hanya 20 murid sahaja ditempatkan disetiap kelas. Rizq Islamic School (RIS) juga telah didaftarkan sebagai pusat peperiksaan. Jadi setiap peperiksaan besar akan dijalankan sendiri di sekolah ini.
 

Dalam pada meninjau keadaan sekeliling, yang nampak dimata aku adalah semua peralatan adalah sangat moden dan menggunakan warna yang menarik! Sangat lain dari yang lain sekolah RIS ni. Ada gim, ada playroom, ada makmal komputer, bilik art dan yang paling best semua bakal dilengkapi dengan aircond! 



RIZQ ISLAMIC SCHOOL (RIS) akan beroperasi pada tahun 2017 dan dalam sesi pengambilan murid ketika ini. Pembelajaran bermula seawal 8 pagi sehingga 4.30 petang dan ada kemudahan kenderaan disediakan bagi mengambil & menghantar murid-murid disekitar Kajang, Bangi & Putrajaya. 



Untuk sesi 2017 ini RIS sedang membuat promosi yuran pendaftaran RM 580 sebulan untuk 100 orang pertama yang mendaftar. Yuran asal adalah RM 600 sebulan selama 3 tahun untuk lower grade dan RM 700 sebulan bagi upper grade, juga tambahan RM 200 untuk kafetaria, yang mana makanan sihat disediakan 3 kali sehari. Anak-anak tak perlu membawa bekal atau duit belanja.

Harga agak murah berbanding sekolah antarabangsa lain yang melebihi seribu ringgit sebulan di area Kuala Lumpur nie. Yang penting tujuannya adalah untuk menjadikan anak-anak kita Tahfiz yang berilmu tinggi.

Sebarang pertanyaan, boleh layari :



Dengan padang tampal antarabangsa bertaraf Fifa menjadi salah satu tarikan RIZQ ISLAMIC SCHOOL (RIS). Kami yang 1st time dapat "rase" padang ni teruja giler sampai lupa waktu tu tengahari buta panas mencanak! Ha..ha..ha..

Menggunakan keselamatan tahap tinggi iaitu hanya ibu bapa sahaja dibenarkan masuk ke dalam sekolah setelah mendaftar di pondok keselamatan dan setelah mendapat pas/kad keselamatan. Juga sistem CCTV diguna pakai sekitar sekolah RIS ini. 


RIZQ ISLAMIC SCHOOL (RIS) telah mendapat kelulusan dan sokongan penuh dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Professor Dr. Sharifah Maryam, Felo Kehormat Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Malaysia (USIM) adalah penasihat bagi RIS.

Nama Sekolah : 

Sekolah Islam Rizq (diuruskan oleh Rizq Educare Sdn.Bhd (1180223-T)

Beralamat di :

Wisma RIZQ
Lot 1456-2 Jalan Cempaka Off Jalan Teratai,
Kampung Sungai Ramal Dalam
43000 Kajang, Selangor

Tel : 0389120447
Whatsapp : 0189611615

20 comments:

Mrs Puex said...

canteknyee tempat ni..

JMR said...

WOW Sangat skolah tahfiz ni,..rasa macam nak masok skolah balik hehe

Fiza Rahman said...

Memang wow sangat. AKu yang dok dekat² situ pon baru tau pasal skolah ni. Kalau lah aku kaya... hurmmmm...

Abam Kie said...

bagus sek ni. cuma sy x mampu nak hantar anak ke sana..

mama tisya said...

mmg wow la sekolah tahfiz ni...color and susunatur pn ceria and cantik

mawar_berduri said...

kondusif nya..nice view plak tu

Kakzakie Purvit said...

Bukan dua kali wow tapi boleh dibagi banyak wow kakak tengok kalau itulah fasilitinya. Asuh 3-3 anak menjurus ke sini Izwa - tak rugi dunia and akhirat.

Nad MamaZN said...

sekolah cantek! rasa tenang jek.. impian jugak nak zakwannaylizaed masuk skolah tahfiz.. in shaa Allah, moga diperkenankan...

Jueliza Jamani said...

Kalo ada duit nk hntr jugak wehhhh

Falsya said...

kite penah tgk video pasal sekolah nie...bile tgk video tuh, terus rase mcm nak antar irsyad kat sekolah nie kak..mcm sonok pulak rase..hehehe

Mia Kassim said...

Wah ... selalu kita tengo sek tahfiz yg biasa ja. Yg ni klu dpt hantar anak ke sini sgt lah best.

Julia Johari said...

hebat sekolah ni....terbaiklah....kalauuuu aku kAYAAAA

Nurzakiah Hanum said...

wow hebatnya

Yana MIB said...

ouh baru nk bukak thn depan...makin jem ler sg ramal..ngeh²...nnt nk try lalu la kawasan ni...yuran tu dah sama mcm yuran tadika brainy bunch kwn saya ckp...haha oke la tu kan? thanks for the info kak ^_^

Raihanah Ahmad said...

banyak sekolah bes2 tapi kat bangi

el said...

kalo mcm ni lah sekolah tahfiz...iols pun nak anto anak2 iols kat sini

Amanda Suria said...

Kalau mcm ni punya school..akak pun nk belajar balik..cantik...

Kira Sakura said...

cantik sekolah dia. Nampak fresh segar otak anak2 nak belajar

Khir Khalid said...

Bagusnya... menarik.. sekolah pun cantik dan kemas. Sistem pendidikan mcm ni yg anak2 kita semua perlukan.. sgt baik utk melentur buluh dari rebungnya.. thanks sharing Idzwa :)

Kesuma Angsana said...

rasanya ada baca tentang ini di akhbar. Melentur buluh dari rebung in sya allah !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang