thumbnail

Friday, September 30, 2016

Saya Tak Nak Anak Tau! Saya Tak Suka Budak!


Dulu sebelum kawan dengan Eady, aku kawan dengan budak lelaki ni. Okey ngam dengan dia sebab sama-sama tak suka budak..ha..ha..ha..kira habis sejati arrr alih-alih dia ade awek lain..buang masa aku 3 tahun je. Phuii~ Sedih la jugak sebab family dedua belah dah kenal. Okey kita lupakan bab dia. Selepas sebulan putus cinta 3 tahun tu..ha..ha..ha..sebulan je kecewa! Kenal Eady, okey la mamat ni dah tua sikit dari aku boleh laaaa..lagipun dia yang beria-ia nak aku kan.Kah..kah..kah..masa tu la weyyy aku cerita sebab zaman darah muda membuak-buak kan. Berlagak sangat sebab banyak pilihan la konon nyer time tuh.. Awak tengah hot kan. Phuiii~

Dalam pada kawan dengan Eady ada kawan lain juga. Huhuhu..jahat kot aku masa nie. Pastu masa berkawan dengan Eady aku awal-awal lagi dah cakap "saya kalau kawin dengan awak saya tak nak anak tau! Saya tak suka budak!" Tertanjat la muka dia tengok muka aku yang selambe yang penuh harapan biar lah dia angkat kaki. Ye la, jumpe sehari dah ajak couple pastu dan dan cakap nak suruh mak datang jumpa abah. Kau dah kenapaaaaa baru kenal kot! Ha..ha..ha..jahat giler wehhh aku time nie, aku tak nak dia tapi aku tak reti nak clash dengan dia. Apa pun tak bleh la aku ni~

Okey la bawak jugak la kenal dengan makcik-makcik aku yang maha ramai tu. Kalau korang nak tahu makcik-makcik aku ni la tukang bagi kelulusan jadi ke tidak sebelum nak jual market kat abah aku! Ha..ha..ha..kalau tak suka dia orang awal-awal reject. Kalau dia orang suka, dia orang la akan kempen kat (arwah) opah aku & abah aku. Masa bawak datang kat kenduri aku biar-biar je Eady terkontang-kanting dengan harapan dia putus harapanlah kat aku..ha..ha..ha..jahat nyer weyyy aku!! Sekaliiiiiiiiiiiiiiii...opah pulak suka. Huwaaa...acanne nak putus niii..kalau opah dah suka memang tak boleh buat ape arrrr. 

Lagi suka bila dia tau abah Eady orang Johor. Kata dia ade waris atuk kau. Huwaa..acanne plan tak menjadi niii..stress nyer. Masa majlis tunang tu pun (arwah) opah la paling happy, banyak kali cakap "kalau arwah atuk ade mesti atuk gembira sebab belah-belah Eady ni ade bau-bau bacang dengan atuk" Yeeee..majlis tunang aku dah macam majlis reunion orang Johor. Ko kenal dia dia kenal pak sedara kau..gitu lah. Tunang la juga walaupun dalam tempoh setahun bertunang tu macam-macam perangai aku buat nak bagi Eady give-up. Sampai tahap aku buat perangai kawan dengan orang lain..hu..hu..hu..jahat nyer aku. Grrr..last-last kawin la jugak. Ha..ha..ha..

Memula kawin pun dah cakap jugak "Tak nak mengandung, sebab tak nak anak! Tak suka budak laaaaaaa..!" Kezen aku tau la aku memang bengkeng dengan budak-budak nie. Ntah macam mana termengandung jugak..ha..ha..ha..masa tau tu tak tau nak happy ke nak stress ke. Okey lah amik masa jugak la nak terima sebab serius aku cakap aku bukan baby person, bukan tahap jumpe budak "ala comel comel nyer..meh aunty dukung.." errr..memang tak. 

Aku jenis kalau suka pun tengok jauh-jauh jerrr..pastu sejak dah terbersalinkan Syahmi..ha..ha..ha..bongok nyer ayat terbersalin. Eady la yang jaga, Eady la bela, Eady la mandikan, siapkan, malam-malam jaga teman aku masa susukan Syahmi. Tunggu je sampai aku dah habis menyusu Syahmi dia datang amik tepuk-tepuk Syahmi bagi sendawa baru dia tido balik. Sabar je dia dengan aku weh..lama juga aku ambil masa nak buka hati kat Eady tu. Kalau korang ingat kita orang ni bercinta ala-ala romantik tu korang silap. Takde nyer..aku biar-biar je Eady tu. Hu..hu..hu..jahatkan aku ni? :(

Ini aku ke sekarang ni??

Ni gambar candid semalam Eady ambil masa aku turun dari taska. Eady dengan Syakirah dari taska seberang, aku pulak naik amik beg-beg, baju-baju sekolah kat taska transit Syahmi Sufiya. Korang tengok?? Macam mana aku boleh jadi macam ni?? Ha..ha..ha..macam mana aku tetibe ade 3 orang anak ni weyyyy? Macam tak percaya okey tengok diri aku sendiri sekarang nie.

Kalau dulu nak kemas katil sendiri pun ibu aku give-up nak marah. Aku punyer perangai lagi orang suruh lagi orang arah lagi aku tak buat. Huwaaa..sekarang perangai ni menurun kat Sufiya!! Padan muka aku, Allah bayar cash T__T. Masak? Masak tu ape?? Ha..ha..ha..korang percaya tak, lagi sebulan nak kawin abah aku ade offer nak bayar masuk kelas masak?? Serius ni tak tipu! Sebab seumur hidup aku masa bujang aku tak pernah masak. Serius citer nie. Abah aku pujuk-pujuk aku minta pegi kelas memasak tapi aku tak nak. Biase la orang degilkan. 

Dalam masa kawin tu ade jugak la aku masak walaupun banyak campak ke lubang jamban sebab masak tak menjadi. Pastu dapat pulak suami yang pandai masak memang lagi besar la M aku nak belajar masak. Ya Allah aku rasa la kan kalau lelaki lain 2 tahun kawin dah lama ceraikan kot! Eady ni sabar je la dengan aku. Didik je perlahan-lahan lama-lama dah jadi orang aku nie. Ha..ha..ha..

Entah la, lama jugak la Eady ambil masa nak bersabar dengan sikap memberontak aku (mungkin sebab hidup aku yang buat aku jadi memberontak dalam semua perkara~). Lama juga aku nak buka hati ni terima dia. Sekarang aku rasa aku ni dah jadi macam Eady pulak. Lebih maha penyabar walaupun dengan anak-anak aku selalu tak sabar. Hal luar la aku banyak bersabar, kalau dulu aku adalah orang yang berani lawan dengan sesiapa, tapi sekarang dah banyak ambil sikap berdiam dan senyum je. Mungkin berkat Eady didik aku perlahan-lahan walaupun tahap perlahan tu adalah 10 tahun berkahwin. Hu..hu..hu..lama nyerrrrr Eady sabar dengan aku :(

Sekarang, aku dah pandai jadi mak dah pandai jadi isteri dah pandai jadi anak dah pandai jadi menantu. Semua kerana berkat kesabaran Eady. Masak tak payah cakap lah, bukan nak berlagak tapi sekarang tahap asal petang je tanya "harini b nak masak ape?" "harini mama masak ape?" tahap baru habis makan malam dah tanya "esok b nak masak apa?" Boleh la orang kata, hidup pun dah makin lama makin aman bahagia. Kalau dulu bahagianya boleh dikira dengan jari. 

Alhamdulillah manisnya dah boleh terasa. Betullah apa orang kata 10 tahun kawin baru boleh dapat ketenangan tu. Doakan kami terus kekal bersama sehingga ke jannahNYA ya. Doakan kami sekeluarga terus hidup aman harmoni. Lama..lama nak dapatkan "rasa" ni. Pada yang baru-baru berkahwin sabar, sabar dan terus sabar je kuncinya (lagi-lagi kalau korang dapat manusia macam aku masa muda!). Sulamkan dengan usaha dan doa. Jangan mudah putus asa.

29 comments:

SYANI said...

Adoi.. lawaknya ko ni..
Tapi bersyukur ye dapat suami sesabo Eady..
Semoga family ko terus berbahagia sampai Jannah.

yaya_flanella said...

Hee senyum je yaya baca entri ni. Kita pulak jenis pantang nampak budak2! Hahaha tapi anak2 kak izwa semua comel2 cantik hensem baik bawa pergi event. Nak jugak doakan kita tau. Aamiin :')

Siti Rohaida Yusof said...

wah..panjang ceritanya..tapi itu semua resam hidup berumah tangga kan...moga terus bahagia hingga ke jannah ye

Bin Muhammad said...

Bukan mudah nak cerita tentang kelemahan dan keegoan diri pada umum! Kisah hidup yang menarik untuk dijadikan pedoman.
Alhamdulillah... Berkat kesabaran. Eddy, anda memang penyabar dan suami yang berjaya!

Mia Kassim said...

Semoga terus kekal bahagia hingga ke jannah ... aamiin 😊

Hanis Azla said...

As-salam izwa..

ALLAH.. bersungguh akak baca.. sampaikan rasa sebak pula towards the end.. Alhamdulillah.. ALLAH kurniakan suami yang terbaik untuk izwa.. semoga terus bahagia dunia dan akhirat.. in shaa ALLAH..

Azian Elias said...

he..heee..
lawak lah idzwa ni..
alhamdulilahh.. semoga lebih sabar dan lebih pandai masak.

anyway, akak pun tak berapa suka budak. heeee... macam tak best je.

Mila Ahmad said...

semoga kita sama2 melayari bahtera perkahwinan until jannah ye kak. Bila kita dah berkahwin ni memang automatik teror masak.mila ingat lagi pertama kali bergelar isteri masak lauk sardin je tau haha..tu pun licin kahkahkah tak taulah laki lapar ke ambil hati ke memang sedap ke atau memang kaki makan huhu...

ct cheery said...

Wow so sweet...suka baca.5 bintang for this entry

Fiza Rahman said...

Kebahagiaan dalan setiap perbezaan. Kita ni berbeza dengan pasangan. Sebab tu kena saling lengkap melengkapi, SUAMI kena faham ISTERI dan ISTERI kena faham SUAMI. Perbezaan tu bukan halangan untuk BAHAGIA kan. SUAMI tak boleh bahagiakan diri dia sendiri atau ISTERI tak boleh bahagiakan diri dia sendiri. Itu get lost namanya...kata ustaz. Maknanya...kita kena saling membahagiakan antara satu sama lain.

Sadolah ko lepas ni ☺

Kakzakie Purvit said...

Itulah indahnya kurniaan Allah yg patut disyukuri
Kalau bukan Eady lama dah hari-hari kena ceramah kan
Baru betul 'suami' yg jalankan tanggungjawab mendidik dgn sempurna. Alhamdulillah.

el said...

igtkan nak story pasal gambar tu je
rupanya tudia dia flashback pulak
tapi mcm x percaya uols mcm tu
tapi tu lah alhamdulilahkan pandai eady didik bini dia jadi elok pandai masak..pandai buat anak dan mcm2 lagi lah terbaikkkkkk
hahahahahaha
semoga korang bahagia sampai jannah aminnn

Qhaifa Nur said...

Alhamdulillah izwa....
Berkat kesabaran 10 tahun...
Moga bahagia hingga ke jannah...

Sue Bee said...

Asam garam berumahtangga gitulah.

Hanim Hashim said...

yg kita taknak la tu melekat ngan kita kan kak haha. Alhamdulillah kak wa happy dgn family dan anak-anak sekarang. Bila terkenang balik nak gelak pun ada hehehe

Unknown said...

akak izwa memg org sgt beruntung.. amiin3.. bahagia dunia akhirat.. 😊

alia farhan Said said...

Heheheh...comel ja izwa ni...
Tpi tu la..kalau Allah nak twistkan kita..sat ja Dia boleh twist kita kan

Warisan Petani said...

Semoga berkekalan hingga ke jannah.

Falsya said...

Hehehe..dari xnk anak smp dh ade anak 3 dh akak..comel3 je semua..part yg lagi disuruh lagi diarah, lagi malas nak buat tuh kenapa mcm sama je kite..muahahha..org degil mcm nie nasib baik Allah temukan jodoh mcm suami2 kite kan kak..kalau dpt dgn org yg xnyabar jugak mmg xtau la ape nasib..hahaha..semoga berkekalan hingga selamanya..

Falsya said...

Ehh, tertinggal *kite.."org degil mcm *kite nie....."

Khir Khalid said...

Alhamdulillah... klu dah jodoh tu tak ke mana... syukurlah.. lagipun org Johor ni biasanya cool dan penyayang... :) :)

Nao Mei said...

Terbaik..gigih baca sampei habis..haha..

Inani Hazwani said...

Nani pun macam akak, tak suka sangat dengan bebudak. Dulu dengar je budak menangis ke bising bising ke memang Nani angkat kaki dari tempat tu. Hahah. Tapi entah caner sejak dua tahun kebelakangan ni lah, perasaan nak dekat dan terima bebudak ni baru ada sikit. Sekarang rasa nya macam dah boleh terima bebudak. Hahah ! Harap harapnya rasa ni kekal lah sampai ada anak sendiri nanti.

Irda Garmin said...

hi..salam singgah....tersenyum sy baca story ni:)

HeNRieTTa JoSe said...

hehehe...mcm drama tv kan....tpi alhamdulillah ketentuan ALLAH itu indah kata orang....rietta suka baca cerita famly ni...sangat sweet....

Nieyl said...

wow!my kakak...long story...
tak kenal maka x cinta...
bila baca story akk nie...nak gelak ada..
nak mrah pun ado..hahaha...
apa² pun..itulah pengalaman hidup...
nieyl doakan semoga hubungan akk ngan abg terus berbahagia hingga ke jannah..Amin...

ros_reeza said...

Mula-mula baca tajuk, biar betul? Hihi. Pengalaman tu semua. Betul la tu, SABAR kunci segalanya. Alhamdulillah, kemanisan menanti kan. Moga akak dan keluarga berbahagia selalu.

Hani Fadhlina Abdul Rahman said...

Alhamdulillah ... Semoga terus kekal bahagia ... Sabar eak Eady ... Terus kan usaha menjadi isteri, ibu dan anak yang baeekkk ...

Amanda Suria said...

Gelak i baca citer ni..dh macam citer akak ngan ex laki..sampai ke sudah xde jodoh..hahhaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang