thumbnail

Thursday, September 22, 2016

Volkswagen Kuning : Kisah Benar Yang Mampu Buat Nafas Korang Jadi Pendek!


Volkswagen Kuning - 22 September 2016

Antara pelakon yang terlibat

Mr. David Teo bersama Atikah Suhaime & Pekin yang juga pelakon utama

VOLKSWAGEN KUNING 

Selasa lepas aku diberi peluang untuk join pra-tonton filem yang ke-115 dari MiG Production Sdn. Bhd bertempat di E-Curve Damansara. Filem Volkswagen Kuning bergenre seram yang diarahkan oleh Shadan Hashim, di olah dari kisah benar dan diadun dengan elemen lain yang lengkap dengan beberapa pengajaran terutama sekali tentang cinta dan ikatan keluarga. Pra-tonton yang dihadiri oleh pelakon, penerbit, blogger dan juga media.

Korang tau kan pasal Volkswagen Kuning kat Karak tu?? Cerita dari mulut ke mulut yang glemer kat highway Karak tuh. Ke ada yang pernah kene kacau kat Karak? Err..korang nak tahu tak, sebenar nyer aku baru tau rupanya Volkswagen Kuning ni adalah kisah benar. Selama ni aku ingat Volkswagen Kuning ni cerita orang reka jer yang dibawa dari mulut ke mulut je..rupa nyaaaaa...hu..hu..hu...


Filem ini menampilkan Pekin Ibrahim (Fuad) dan Atikah Suhaime (Sarah) sebagai peneraju utama yang memegang watak pasangan kekasih. Turut dibintangi pelakon hebat seperti Shahronizam (Halim), Azman Hasan (Pak Ayob), Mak Jah (Nek Jah), Amai Kamarudin (Saleh waktu muda), Fatin Afeefa (Nek Jah waktu muda), Aida Othman (Raudhah), Hanif Safuan (Suami) dan Dayang Areeda (Isteri).


SERAM KE?

Starting movie je dah mendebarkan, dalam keadaan suram malam hanya ada lampu kereta sahaja dah mampu buat jantung berdebar-debar menunggu aksi seterusnya. Berdengup jantung bila tiba-tiba Volkswagen Kuning ni menjelma! Huhhh bayangkan awal-awal movie je dah keluar Volkswagen Kuning so fikir-fikirkan lah nak tunggu penghabisan nyer..

Sepanjang movie penuh debaran dan kejutan yang tak dijangka sambil diselangi dengan tok bomoh kampung yang tidak dijangka rupanya adalah orang penting dalam penceritaan sepanjang movie nie. Sapa tok bomoh tu?? Korang kene ingat watak penting ni.. Pak Ayob. Kenapa dengan dia?? Korang kene tengok okey, tayangan bermula pada hari ini 22 September 2016.

Pendapat dari hati aku.

Story line cerita dah sangat cantik, mood seram memang seram giler sebab ada part sampai kene tutup muka dan tutup telinga sebab sound yang diadun dalam movie ni memang buat jantung berdebar lahhhhhh..cuma mood tak berapa nak ngam dengan dialog pelakon yang aku rasa sepanjang movie dekat berpuluh kali perkataan sayang disebut sampai rasa mual. 

Tapi aksi dan lakonan Shahronizam (Halim) saya bagi 5 bintang! Dengan muka dengan body language dengan cara dia mampu buat aku dan rakan blogger lain tutup muka dengan tudung! Serius terbaekkkk Shahronizam! Sapa Shahronizam? Watak apa dia bawa korang kene pegi tengok sendiri tau. Serius bagi aku memang terbaekk..air muka dia masya Allah memang benar-benar menghayati sungguh. Tak nampak macam sedang berlakon.

Hari ni tau start 22 September 2016

Volkswagen Kuning bermula hari ini 22 September 2016 di pawagam.

Penceritaan yang berkisahkan ketamakan harta dan curangnya seorang isteri yang menjadikan seorang suami berdendam kesumat sehingga ................. fuhhhh .. kalau korang nak tahu lebih lanjut korang kene pegi tengok sendiri baru feel. Volkswagen Kuning ni bukan kisah seram yang biasa-biasa, yang korang boleh buat conclusion terus..tak tak..ini kisah seram yang korang tak jangka ending dia rupanya lain dari yang korang sangka. 

Volkswagen Kuning, mampu buat nafas korang pendek-pendek masa dalam wayang, yang membuat korang akan hela nafas panjang apabila waktu tiada aksi mendebarkan. Phieww..tengok jangan tak tengok tau. Best~

Dengan skandal..ehhh..ha..ha..ha..

Dengan kawan-kawan blogger yang super sporting giler terutama Bro Framestone yang paksa aku datang dan cabar aku tengok cerita hantu. Ha..ha..ha..

Kalau korang nak tahu ini ialah cerita seram pertama aku tengok!! Iklan cerita seram pun aku tak tengok apatah lagi cerita seram macam nie. Aku ialah orang yang penakut giler-gilerrrr dan terima kasih pada Bro Framestone sebab "paksa" sebab kalau tak dipaksa tak jangka aku boleh handle jantung aku yang hampir nak meletup dalam wayang tu..phieww..terbaekkk la Volkswagen Kuning nie.

19 comments:

Bro Framestone said...

Dengan skandal ek...

He...23x best x? orang dah cakap ini bukan cerita hantu.. ini cerita lumba2 kereta... Xpercaya...

Yesss akhirnya berjaya juga pujuk izwa tgk cerita ini.

Kakcik Nur said...

Teringinnya mak nak join dalam acara2 macam menonton wayang ni, tapi iyalah... kena sedar diri dah kertu...hahaha...

NUNU EERA said...

ok.. mmg nk tgk cite ni.. sbb lalu karak aritu tibe2 leh teringat.. haha

I N A A I N A A said...

Tak sabar nak tengok cerita ni. Tapi kena berteman. Ena ni penakut juga orgnya hahahahaha

Nieyl said...

Hahaha..akk...akk..
itu kira akk seorang yg berani tau...
sbb kalau nieyl?nieyl?memang tak akan pergi okey..
cerita seram memang tiada dalam list hidup nieyl...

mama tisya said...

mujur anak2 izwa ok..bdk2 kn riso kot terkejut2..tp karacter pak ayob win teringat2 lg air segelas minum 7 hari haha

Dkna Abza said...

Macam bestnya.. Hari ni start kan.. Kak tolong jaga anak dkna nak p tgk wayang hahaa

Kamsiah Yusoff said...

FULAMAKK..GAMBAR DGN EN DAVID TU YG MAHAL TU

Inani Hazwani said...

Nani ni lemah betul kalau bab bab cerita hantu. Hahah !

Qhaifa Nur said...

Ni klau gi tgk dok jerit aja la Izwa...tak pun mata asyik terkatup huhu

mun said...

erkkk...mcm best je... tp kiter ni penakut nak tgk citer sereemmmm.huhu

eima said...

MENARIK .... JGN PAS NI TONTON NI KO LALU KARAK JUMPA PLAK WV KUNING TU HEHEHE

Raihanah Ahmad said...

ish seram jugak ni

Khir Khalid said...

Paling tak tahan tengok hantu voklswagen kuning tu tetiba menjelma.. terperanjat saya hahahaa... mmg best dan seronok ditonton walaupun seram.. :) :)

E'in said...

yg byk ber-syg2 tu mesti hero dgn heroin die ek.. hihi

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

LYAfrina said...

rezeki...
eyh..eyh.skandal??
nnti sign la kontrak pelakon dgn metrowelth jgk..haha

Zurainny Ismail said...

Cutenya gambar dgn David Teo... :D Nampaknya akak kena bawa emak tonton crita ni. :D

hainom OKje said...

Rasa mcm nak tengoklah cite ni mcm best je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang