Korang mak-mak, bapak-bapak mesti alami masalah macam aku. Nak beli barang mainan kene fikir 80 juta kali! Tapi kalau korang bangsa mak bapak kaya memang takkan fikir 80 juta kali macam kita orang nie..he..he..he..
Kalau tengok kat luar sana, barang mainan kanak-kanak yang untuk pendidikan rangsangan bagi anak jadi bijok pandai tu kemain la mahal. Nak pegang pun seram. Ala contoh macam flashcard, lego, pasir kinetik tu la..macam-macam benda lagi la. Kalau korang google memang melambak keluar gambar barang mainan pendidikan kanak-kanak. Almaklum zaman sekarang bukan zaman setakat main je, zaman sekarang ni kene didik anak bermain sambil belajar. Sambil main sambil anak berfikir secara kreatif.
Nak beli yang murah takut pulak tak berkualiti, kejap je dah rosak. Tu belum lagi amik kira anak duk gigit-gigit ke duk hisap-hisap ke..ehhh ntah chamical ape dalam tu mana kita nak tahu kan. Nak beli yang maha mahal takde lah dia nak menjaganya. Kata budak kan? Main sehari dua lepas tu dah tak usik dah mainan tu. Hmmm..hmmm..banyak kali dah kene nie! Tapi ni aku nak bagitau korang, sebab aku pun baru tahu khenn..hehehe.. ToysDirect adalah web yang mana menjual barangan mainan kanak-kanak dalam harga yang ehhh murah giler dari kat luar sana dan jenis yang selamat punyer.
Toysdirect.my ditubuhkan sejak 2014 dan sudah berkhidmat kepada masyarakat selama 2 tahun. Fokus utama mereka adalah pada alat permainan untuk pendidikan, bahan Montessori dan buku. Harga dekat Toysdirect.my pun sangat berpatutan dan berharga mampu milik. Kita mak-mak bapak-bapak pun kene bijak berbelanja betul tak? Di ToysDirect.my bermacam-macam pilihan mainan pendidikan ada! Hoih..kat ToysDirect ni kemain rambang mata nak pilih! Kalau boleh semua nyer nak beli. Ha..ha..ha..macam aku adalah sangat target nak beli Kinetik Sand tu! Aduhaiii..geram je aku tengok!
Kinetik Sand idaman hati Syakirah Irneena!
Dia memang gilerkan benda alah nie. Hari-hari dia tengok kat Youtube mende alah nie.
Aaaaa...ini kalau dia tengok mau menejrit-jerit nak!
Kinetik Sand ni bagus, almaklum zaman sekarang kat mana nak bawak anak main pasir? Nak pegi pantai pun pantai jauh! Ha..ha..ha...kita main pasir moden je la ye nak. Yang bagusnyer Kinetik Sand ni takde toksik so tak membahayakan anak kalau-kalau termasuk ke dalam mulut, tak bahaya pada kulit dan jari. Okey sapa sudi nak hadiahkan pada Syakirah mok? Kekekeke...best ni oii..semua pun boleh join main sama =) RM58 je uolls!~
3D Fishing Game
Nampak? 3D Fishing game yang bagus untuk minda & mata anak-anak! Canggih hoihh mainan sekarang nie. Warna dah la menarik giler..budak-budak suka la macam nie.
Eh..banyak la mainan yang best-best kat ToysDirect.my ni sampai rase ehhh kenapa zaman dulu takde mainan macam nie? Ehhh best nyer...ehhh nak beli yang ni la nanti! Ha..ha..ha..mak yang over excited pilih mainan anak! Dah la best-best super murah pulak tu! Korang tak menyesal la kalau beli kat sini. Mainan tahan lasak. Selain dari mainan, ToysDirect.my ade jugak jual peralatan lain selain dari mainan pendidikan.
Wooden Table 4 Chairs Set
Menarikkan?? Huwa...best nyer la hai!! Ni pun masuk dalam wishlist aku! Senang hoihh 3 ketul budak tu buat kerja sekolah. Sekarang ni harap buat kerja sekolah atas kotak A4 je. Huhuuu..bukan tak nak beli meja tapi belum err..errr..belum ade peruntukan kat situ lagi. Mungkin tahun depan kot lepas setel hal rumah. Ehh..macam-macam barangan untuk kanak-kanak la ade kat ToysDirect.my ni! Kene selak satu per satu page lah.
Kene pulak ade kategori Best Selling laju-laju je terjah! Semua stok mainan di sini ada Ready stock atau PRE-ORDER. Untuk barangan ready stock, barangan akan dihantar dalam tempoh 1-3 hari selepas bayaran diterima. Untuk barangan pre-order, jangkaan waktu ketibaan akan menjadi kira-kira 4 hingga 6 minggu selepas tarikh pembayaran. Koleksi Parcel boleh sama ada oleh POS LAJU / POS DOMESTIK / SELF COLLECT.
Untuk SELF COLLECT, sila potong (tolak) bayaran pos dari jumlah ditimbang. Boleh mengambil barangan boleh didapati di bawah lokasi.
1) Kepong Tmn Bukit Maluri / Desa ParkCity (Hari Time)
2) Desa Sri Hartamas (hari bekerja 10:00)
3) Bandar Utama Centerpoint (Sabtu 11:00-12:15)
4) Jalan Kapar, KLANG (waktu pejabat sahaja)
Untuk koleksi Jalan Kapar, sila maklumkan 2 hari lebih awal.
Website : http://www.toysdirect.my/
Facebook : http://www.fb.com/toysdirectmy
Okey, sapa yang nak poskan Kinetik Sand kat Syakirah pm personal aku bagi alamat tau. Ha..ha..ha... =) salam jumaat koranggggg~