thumbnail

Tuesday, October 18, 2016

Gegata + Exam + Penat


Nak meluah rasa pulak kat sini. Semalam memang hectic sangat. Penat dari kat office sampai ke pukul 4 pagi tadi. Hal office biase la, hal peminjam hal pemiutang tu boleh handle lagi tapi bab nak kene hadap "monyet" setiap hari tu berat sikit la.

Peminjam yang mendesak tu biasa, peminjam yang letak telefon masa kita bincang pasal hutan tu biasa tapi nak handle manusia berperangai asyik meroyan ni payah nak handle. Sekarang aku cuma doa kuat-kuat cepat la dia bertukar tuan atau cepatlah aku bercuti! Nak away dari tengok muka dia. Okey next.




Tu ha semalam aku tengah OT sekali Eady whatsapp "Syahmi kene gatal-gatal balik dari sekolah agama tadi" apa lagi terus kemas handbeg tutup pc balik terus. Masa tu baru 5.30 anak-anak kat taska nak amik beg sekolah pagi. Bila jumpe Syahmi muka dah macam udang kene bakar!

Tergaru sana sini...hmmm..ni confirm kene gegata ni! Apa lagi dari cadang nak balik masak lemak telur dan sayur kacang buncis terus ke klinik Pusrawi kat Jalan Ipoh tu. Sah, gegata. Kat gambar tu sikit je tapi bila dah balik nah kauuuu penuh sampai takde ruang yang tak gatal! Haishhh pening kepala.

Tengah-tengah mandikan Syahmi sekali Syakirah meraung-raung "Sakit!sakit!sakit!" sambil tunjuk dalam hidung. Ada dalam kereta dia cakap "adik masukkan getah dalam hidung" aku dengan Eady ingat dia jolok sikit je. Sekali bila Eady suruh dia hembus hingus nah kauuuuuu getah rambut plastik yang terkeluar!! Haiiiii la anakkkk....urut dada mak kau ni dah la abang tergaru-garu! Dah setel aku sambung mandikan Syahmi lepas tu aku tepekkan pulak calamine lotion banyak-banyak. Sambil tu minta tolong Eady masakkan mee goreng je lah.

Tengah selesaikan Syahmi tengok Sufiya tengah menangis dalam bilik. Dah kenapa pulak niiiii...dia cakap sakit perut. Bila tanya makan ape, sekali dia cakap makan nasi goreng pagi tadi punyer! Cepat-cepat aku buka bekas bau Allah..basi! Hmmmmm..terus migrain. Suruh makan mee sikit pastu cepat-cepat bagi ubat demam/tahan sakit & ubat angin. Sapu pulak minyak angin kat perut sambil jetir-jerit cakpa "jangan la menggaru Syahmiiiii!" Aaaaa..dik mok pun meragammm semua benda tak kene semua benda nak nangis. 

Okey dia punyer meragam sampai pukul 4 pagi. Semua benda tak kene. Salah cakap nangis, nak suruh amik air nangis, nak suruh mandi nangis. Hai la dik. Bangun pagi ni, Sufiya dah okey sikit pagi tadi aku bagi Oat campur Susu Tamar Koko, Syahmi still gatal-gatal tapi semua kene pegi sekolah sebab minggu ni minggu exam. Hmmm..langsung tak study dia orang semalam. Pagi ni Syakirah still meragam sampai aku nak pakai tudung pun dia nak berdukung.

15 comments:

Kakzakie Purvit said...

Sesekali diuji - semoga semuanya dpt diatasi dgn sebaik-baiknya.

eima said...

aku yg bc pun stress ...serentak smeua buat hal ...
syahmi tu slh mkn ke kenapa .... merah sungguh kulit dia ..ke mmg dia ada alahan kulit ....
sil aku selalu kena mmg kena inject selalunya

mama tisya said...

sian syahmi..menggaru la dh gatal gtu..adik mok pn bahaya tu getah kuar dr idung..sufiya plak sakit perut...bertabah la mama

Fiza Rahman said...
This comment has been removed by the author.
Inani Hazwani said...

Allahu kak, dugaan betul tu. Sabarlah mama nak kena melayan semua sekali

Fiza Rahman said...

Alahaiii... Siannya mama. Minggu ni memang semua skolah exam kan. Smoga syahmi cepat sembuh.

Tapi aku tak menahan nak gelak bila dik mok masukkan getah dalam hidung dia. Nasib getah tu kluar balik.

Mrs Puex said...

mencabarr...memang mencabarrrr..

Qhaifa Nur said...

Mmg kna byk bersabar izwa...bnda2 cam gini mmg tak dijangka...

Lynda Che Lah said...

hr penuh dugaan kak.
Harap baik dah Syahmi.
kesian gegata ni.
Semoga yg lain pun dah ok mood.

Nieyl said...

Bila akan cerita nie...
terbayang² keadaan kelam kabut akk tu...
Allah menguji akk...
semoga semuanya berjalan dengan lancar...
semoga syahmi kembali sihat..

Mila Ahmad said...

dah macam power puff gurl akak uruskan anak-anak. Kagum gila..bukan senang nak handle 3 serentak.kita handle anak buah sorang pun fitammmmm~

Warisan Petani said...

Jangan emak dia pulak stress nanti.
Kena amek cuti ni.

Khir Khalid said...

Kesiannya kena gegata tu... saya masih ingat lagi waktu kena zaman sekolah dulu.. nak tido pun tak boleh... moga segalanya dipermudahkan ye... aamiin.

hainom OKje said...

Biasalah Izwa, kerenah anak anak ....bila sesekali datang sawan dia, rasa mcm nak menangis pun ada kan

Kira Sakura said...

adoi adoi achik yang bca pun terus rasa nak migrain sama ni. selalu mcm tu kan kak. bila sorg meragam berjangkit dgn yg lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang