thumbnail

Tuesday, October 25, 2016

Lama Tak Sembang


Lama kot tak sembang. Bukan takde cerita tapi rasa macam tak boleh nak diceritakan. Almaklum dah tua-tua ni banyak benda simpan sendiri je. Kalau dulu punyer tak menyabar nak bagitau seantero dunia semua bende. Pftt..bila fikir-fikir alahaiiii bodoh nyer aku dulu. Ha..ha..ha..

Banyak jugak status / post aku kat FB dah aku delete. Day by day aku delete, gambar pun dah banyak lock (kunci only me) ntah la korang..kenapa ntah macam dah tak best nak share. Kadang sebab aku terfikir sebenarnya aku ni kawan dengan siapa ntah kat FB sana. Ramai aku tak kenal dari aku kenal baik. Korang paham tak?

Hujung minggu aku takde pegi mana, lepak rumah je 2 hari sebab Eady kerja Syahmi ade persembahan kat Putrajaya sempena Hari Alam Sekitar haritu. Budak-budak pun takde buat apa main gaduh main gaduh baca buku sebab minggu-minggu exam ni sambung menyambung peperiksaannya.

Main je budak-budak nie.

Syahmi baru baik dari gegata haritu, ada 3 hari jugak la nak baik. Semalam (isnin) Sufiya pulak kene! Hmmm..hmm..miang ke ntah kenapa ke aku pun tak tahu. Hari ni dia tak sekolah kebangsaan, aku bawak dia duduk office sebab ade aircond. Petang kene sekolah agama sebab masih lagi dalam minggu peperiksaan.

Malam karang nak bawak tengok wayang, Eady menang 4 tiket percuma cerita Trolls. Hehehe..aku masukkan nama dia dalam contest Sinar.FM. Bila dia dapat sms dari Sinar.Fm dia pun pelik. Aku memang nak bawak sangat budak-budak ni tengok cerita tu, lagi-lagi adik mok tu. Asyik cakap nak tengok cerita rambut, cerita rambut. Trolls tu kan rambut dia pacak berwarna-warni ;)

Blog job dah makin "sejuk" je start hujung tahun ni. Tak tau nape, tapi takpelah atleast aku boleh fokus kat anak-anak nak exam sebelum nak cuti panjang nie. Oh cakap pasal cuti, tak sabar nak tunggu 30 November ni. Mak abah Eady nak datang sini! Nak turun Melaka & Johor. Abah nak jumpa adik beradik dia semua ;) tak sabar aku nak jalan dengan mak abah. Kereta sewa macam dah setel je.

Aku amik cuti dari 30 Nov sampai 18 December! Amik kauuu dekat 3 minggu lebih. Bos aku jerit-jerit cakap "kau niiii cuti macam nak pegi haji!!" Ha..ha..ha..bukan apa, mak abah balik Labuan 05 December so kita orang ikut balik sama. Cuti sambung menyambung pastu naik keje 1 hari aku akan cuti lagi 2 hari nak ikut Eady pegi closing akaun pulak. Total aku cuti ialah 22 hari. Yup, mungkin hati aku dah start cuti kot sebab tu semua benda aku malas nak buat. Ha..ha..ha..

17 comments:

lieyalatif said...

hAhahahaah betul tu beb...kan fb tiap2 hari ade naik memory dulu2 kan..tegelak je bace status dulu2...betape naif nye hahahaahaha....

ye laa sakan hang cuti....tapi cuti byk lagi so ape de kesah....lieya pun plan nak cuti budak2 cuti sekolah ...tapi anak2 pi kem hahaahah ape gunanye...so jimat le cuti i...

Nieyl said...

hamboi....lamo nya cuti.....
nasib baiklah nieyl xde anak kecik lagi...
klu tak simptom mak² mesti dah ado..hihihi...
akk mcner kereta sewa?dapat x?

Norhayati Mohd Isa said...

Uiksss seronok dapat cuti lelama macam tu idzwa..
Kalau ofis akak klau gi umrah baru boleh dapat cuti macam tu huhu..
Betul tu Idzwa ..
FAMILY FIRST..
Masa tu nak gader2 dgn mak abah kan..

Qhaifa Nur said...

Selalunya hujung tahun mmg ramai bik ct...abis ct org kata...
Ad program best, taklah boring izwa...

wahida said...

elok lah kalau post yg tak elok tu kita delete...aku pun dah delete mana2 entry meroyan dalam blog dulu..kalau fikir balik mmg macam apa je dulu..

sekarang dah banyak belajar, banyakkan muhasabah diri...ada sebab kenapa orang tak suka kita, so, amek iktibar je la..
life must go on gitu...hahaha...

Mila Ahmad said...

rambut pun dah panjang dik mok mcm dah besar sgt

- dieyana - said...

sama le kite, fb pun, update jarang2, blog lagi la..hahhaha... ada benda kite tk leh nak share public..kt fb tu pun, kawan gitu2 je kan...

**psttt! kite nmpk awk tadi kat traffic light dgn syahmi, awk berenti ckp dgn org, lps tu awk lintas trefic light- ambik syahmi sekolah kot?...bru dpt tgk live, kite kat dlm keta, tunggu lampu ijau ...ihihih

el said...

mak aii cuti lamo giler..hebat uols ni cuti byk ye..dengki ok hahaha
ok kita pun x sabaq nak tgk uols cuti2 ..uols happy kita lagi happy oohoooiii

Fiza Rahman said...

Tu dia. Sekali hamek cuti. Best nya balik labuan.

Raihanah Ahmad said...

lamanya cuti. wiken lepas pun program sekolah anak. karnival kat sekolah

mama tisya said...

lama giler cuti...syok222...sure xsbr menghitung ari

Inani Hazwani said...

Samaaa ! Nani pun banyak gak gambar buat only me. Heheh. Pehh lama tu cuti, mood dah nak bercuti tuuu :)

Kakzakie Purvit said...

So.. sekarang ni dok menghitung harilah ye menanti hari nak bercuti:)
Bila lagi nak jenjalan kalau bukan masa anak-anak kecik ni. Nanti bila dah besar payah nak dpt cuti sama serentak..

Khir Khalid said...

Wahh lamo cuti tu, dah mcm cuti sekolah dah tu hehehee... takpelah kan bukan selalu bercuti panjang.. moga bercuti dgn gumbira.. :) :)

dorsett pink said...

bestnye cuti lama

hainom OKje said...

Boleh yeh Izwa cuti panjang gitu. Kalau keje swasta tu confirm tak approve. Mmg kena forwardlah ke tahun depan.
Patutlah tak de mood.....faham...faham...

Kira Sakura said...

bila baca post kt fb dulu2 mmg rasa mcm apebenda la aku ni hahaha.

wowwwwww cuti 22 hari. seronoknyaaaaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang