thumbnail

Wednesday, October 19, 2016

Laypark Corner Samudera | Masakan Melayu & Western


Laypark Corner @ Samudera

Kau pernah tak makan kat satu tempat tu semua makanan dia sedap? Mesti jarang jumpa kan? Kalau kedai tu killer dia western maka western je sedap yang tak berapa nak western mesti so-so je macam tu jugak la sebalik nyer.

Tapi aku nak bagitau korang lah, setakat ni aku dah 5 kali makan kat Laypark Corner Samudera semua nyer adalah SEDAP! SEDAP GILER semua nyer pun. Macam biasa la otak dah set, ala kedai ni kalau Chicken Chop je killer dia maka Chicken Chop je la sedapppppp..yang lain mesti biase-biase je.

Semalam dating bertiga (sapa lagi kalau tak dengan Eady & Dik Mok tu!) aku ni dah kelaparan amat-amat! Ye la dah pukul 8.30 tak makan dari lunch kot. Dari rumah dah cakap "hari ni b nak try masak asam pedas pari kat sana (Laypark)" Eady tanye "sedap ke?? Abang tak nak, abang nak Chicken Chop dia je"  sampai sana aku order : Nasi putih  + telur dadar + masak asam pedas pari (ni memang set dia) pastu untuk Eady dah tentulah Chicken Chop & untuk Syakirah aku orderkan Nasi Lemak Ayam Goreng Rempah.

Nasi Goreng Ayam Rempah : RM6

Set Nasi & Ikan Masak Asam Pedas

Korang tahu apa pandangan aku masa 1st sekali hirup asam pedas ni? Masya Allah sedap nyerrrrrrrr....! Serius aku dengan Eady 1st rasa sambil pandang sesama sendiri. Ha..ha..ha..rasa dia semua cukup rasa. Masam dia paling aku suka! Aaaaaa..sedap nyer la haiiii..taip ni sambil telan-telan air liur okeyyyyyy!! Aaaaaaaa...SEDAP NYER LA HAIII~

Aku makan dengan Eady sambil bercakap-cakap sedap nyer sedap nyer hahaha..macam orang tak pernah makan masak asam pedas pulak kita orang semalam! Korang kene tahu kat KL ni kemain payah nak dapat masak asam pedas yang sedapppp..kalau ade cair la rase tak cukup la, tapi yang ni serius aku bagi 15/10 bintang..haaaaa...sedap giler punyer pasal.

Chicken Chop RM7 (gambar ulang tayang)

Tuuu..tuu TEH AIS KAW! (gambar ulang tayang)

Tu TEH AIS KAW killer air kat sana. Pegi sana order air tu confirm korang jatuh cinta, tapi cinta aku tetap kekal kat IKAN PARI MASAK ASAM PEDAS tu..kekekekeke..aku paling suka makan masak asam pedas tapi aku jarangggggggggggggg makan sebab aku masih tak jumpe yang sedap. Jadi sekarang aku dah tahu kat mana nak cari kalau mengidam masak asam pedas SEDAP. Tak payah susah-susah pegi Melaka dah nak cari Asam Pedas, pegi je Laypark Corner Samudera dah cukup! Eh korang tahu tak, pagi-pagi panaskan kuah asam pedas makan cicah roti..ya Allah sedap nyer sampai pejam mata!

Nasi lemak pun sedapppp, sambal & ayam sedap tapi bagi aku Chicken Chop dah jatuh no.2 sebab Ikan Pari Masak Asam Pedas ni paling WIN kat tekak aku. Ha..ha..ha..siap cakap petang ni boleh tak nak tapau..Eady pandang je aku. Tau tak Eady cakap ape.. "B abang syak la kan, makanan lain mesti sedap jugak! Apa kata kita datang sini setiap minggu kita try satu per satu makanan dia!" Hoiiii kata nak diet..canne niiii..ha..ha..ha...

Dah la sedap murah pulak tu..tak dapat aku nak tolong diri kalau pegi makan kat sini! Ha..ha..ha..korang mesti try insya Allah confirm tak menyesal!


17 comments:

noradyani ab rahman said...

Wow.. Baru baca pon dah teruja.. Wajib pergi lah ni.. Anak2 suka western, kita ni tekak melayu, sooooo wajib ajak asben terjah bi.. Tqtqtqtq.. Hihi

Inani Hazwani said...

Fuhhhh terliur tengokk. Tak sempat lagi nak terjah :(

mama tisya said...

kalo sedap pasti repeat dtg lg kn

Nieyl said...

Teruja ni baca entry makanan blog akk nie...
aish...dah skrg nie tgh nak control makan nie..hahaha...katanya laaa...
tengok pulak asam pedas tu..aduhaiii...sodap kalau dah WIN tu...

Falsya said...

bukan takat akak je yg terliur..kite yg duk baca nie smbl telan air liur jugak tau..nak ajak hasben kite makan kat sini la malam kang..ehhh jap jap..td mcm dh plan nak makan a&w sbb tertgk kat blog chekgu azrine....nie tetibe terbaca entry akak nie dh nak makan bende lain pulak..kalau nak makan dedua boleh?..hahaha..

Yie Weezer said...

Sedapnya..tiba2 rasa lapar :)

Rozita Abdul Rahman said...

akak pun suka gila asam pedas tp sini payahnya nak jumpa yang sedap..

fiza hasan said...

Sedapnya..terliur dah ni..

Lynda Che Lah said...

tgh pk nak unfollow IG ko ke kak..
unfollow FB ke
unfollow blog ni.
nyampah tgk makanan sedap siap review tahap mengundang.
Tapi jauh!!

Kakzakie Purvit said...

Punyalah sedap sampai nak dtg tiap minggu:)

Nurulfatin Adiana said...

sedapnya....pantang tgk makanan ni..aduh, laksa, ciken chop..npk sedap tu

Nadia Johari said...

Wah ade western sekli..sedap tengok

el said...

sedapnya western tu..lapolah

Khir Khalid said...

Wahhh sedap tengok... sesekali nak terjah jugalah kat situ.. best tengok..

Fiza Rahman said...

Haishhhh... Kalau balik gombak kena terjah ni. Tapi tu lah... Dah lama tak balik gombak ni.

hainom OKje said...

Ramai org review tempat ni rasanya....

Kira Sakura said...

betul sgt kak. asam pedas ni mmg payah nak cari yg betoi sedap dan kaw kuah dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang