thumbnail

Monday, October 10, 2016

Percutian Singkat di Teluk Penyabong Resort, Mersing Johor


Serius ini percutian paling singkat dan paling pelik buat aku dan Eady! Ha..ha..ha..kenapa? Jap nak cerita tapi korang kene tahu entry ni bakal jadi entry paling panjang sebab aku malas nak pecah-pecahkan entry. Sebab apa tak nak pecahkan? Sebab aku bercuti pun 2H1M malam jek takkan aku nak pecahkan entry..lagi pun nak bagitau awal-awal entry ni penuh gambar! So maafkan aku kalau pc korang loading lambat sikit ;)

Okey kisah dia macam nie, aku kan baru beberapa bulan duduk kuarters office aku kan. Kat situ ada komuniti, ade badan kebajikan..masalah nyer aku Eady tak pernah pun join..kekekek..almaklum orang bandar kan pegi keje balik keje jerr..kalau selisih baru la sembang bertegur, itu pun jarang! Kenal tu kenal la jugak tapi ye lah jarang join apa-apa majlis.

Pastu nak jadi cerita, ade sekali tu ketua (kot?) call Eady cakap komuniti apartment nak buat familyday. Dia call tanya nak join tak. Pastu Eady tanye aku nak join tak..aku macam ehhhh pelik nyerrr nak join orang yang kita kenal tapi tak kenal..kekekeke..

Pastu Eady cakap, pegi Mersing B tak nak ke..kita tak pernah pegi Mersing! Aku pun okey laaa walaupun berat hati. Ha..ha..ha..ye la pegi bukan dengan kawan-kawan dah tu dengan orang yang boleh kira 1st time nak kenal 1st time nak jumpe dalam bas tu nanti. Tak ke pelik?(!)

Okey pendek cerita, gerak hari jumaat malam 07hb Okt pukul 12 malam. Petang tu balik kerja baru kemas beg baju tak ke giler?? Ha..ha..ha..siap OT dulu petang tu. Kau mampu?? Jenuh la tak bagi budak-budak tidur sebab nak tunggu bas punyer pasal. 12 malam kauuuu baru gerak! Mula-mula aku takut! Ye laaa aku tak pernah naik bas waktu malam tau..confirm tak boleh tidur nie. Sekali dah naik bas baru tahu, driver kita orang adalah seorang USTAZ. Macam pelik je..kekekeke..siap baca doa-doa macam-macam minta perjalanan selamat pergi selamat balik.

Terus mampu tidur dalam bas kauuu..ha..ha..ha..walaupun tidur-tidur ayam siap pening kepala. Ye la tak biasa. Singgah makan pukul 3 pagi la..pelik plak aku. Ha..ha..ha..tapi aku tak makan la sebab aku tunggu budak-budak tidur dalam bas. Pendek cerita lagi lepas singgah solat subuh direct ke Jetty Penyabong Mersing. Wahhh teruja kemain. Ye la..rindu kot dengan laut dan pantai! Buka mata nampak mata saujana memandang tak ke teruja?

Jetty Penyabong Mersing

Bot nelayan & bot bawak orang pegi mancing

Suka giler okey view macam ni!

Masing-masing tak mandi..kekekeke..

Selfie dengan obor-obor!

The view

Tak lama pun lepak kat jeti ni, baru pukul 8 pagi tapi panas berdeting. Just ronda-ronda sekejap tengok orang bawak naik ikan. Jalan-jalan terus naik bas balik. Nak check-in resort tak boleh lagi. So lepas tu lepak area resort je. Yang penat nyer aku lah jadi penunggu budak-budak mandi kolam dari pukul 9 pagi sampai 12 tengahari. Giler rentung anak-anak! Haishh..dah mandi 3 jam pun ade budak mengamuk meraung-raung tak nak naik dari kolam. Padahal mak dia nak masuk bilik dah sebab pukul 1 dapat kunci bilik.


Tu tempat makan plus pejabat check-in

Jalan menghala ke villa (family rooom)

Pool igauan budak yang tengah menjenguk tuh. Dalam tau pool dewasa tu, 4-6 kaki.

Tu bilik standard. ade 2 tingkat.Yang macam rumah tu la family room.

Tempat dia biasa-biasa, dalam kampung kan. Jadi sunyi luas bersih. Aku suka sebab staff dia pun macam keluarga kita. Takde rasa macam pekerja pulak. Makan pun sedap ala-ala makanan rumah. 

Kami dapat family room. Bilik biasa je tak expect lebih pun.

Biasa-biasa je.

Kisah pelik tak habis lagi tau. Kumpulan yang aku join ni lebih separuh semua otai-otai tau...ha..ha..ha..pangkat-pangkat mak-mak bapak-bapak siap ade atuk lagi tauuu...pasangan muda ada 2 orang termasuk aku pastu ade 2 budak bujang. Ha..ha..ha..budak kecik ade la dalam 10 orang selebihnya semua atuk, mak,bapak..feeling bercuti dengan orang tua kau tahu?

Lagi pelik aku Eady bercuti ni tak keluarkan duti 1 sen pun kecuali duit jajan jek. Ha..ha..ha..dari sarapan pagi sampai makan balik semua dibayar. Pastu bas, villa, baju semua pun ditanggung. Aku setiap kali borak dengan Eady kita orang mesti gelak-gelak sebab rasa bercuti paling kelakar dan mewah. Gambar bersama dia orang aku tak dapat lagi. Kalau dah ada aku share nanti tau. Petang tu ade game! So korang bayangkan lah game dengan otai macam mana?? Semput kauuu sebagai lebih muda nak cover dia orang..kekekek..gambar game semua takde sampai malam pun takde gambar sebab nyer aku memang tak bawak hp dah mase ni dah tak peduli pun! Tinggalkan je kat dalam bilik. Ala-ala bercuti taknak hadap hp gitu.

Ade lagi pelik okeh.

Hadiah cabutan bertuah!

Dah la 1st time jumpe semua, 1st time bercuti bersama, 1st time main game sama..pastu malam ade BBQ, Cabutan Bertuah & sesi bagi hadiah untuk game petang tu. Tak semua dapat hadiah cabutan bertuah tapi paling pelik nama aku Eady Sufiya Syakirah dicabut sebagai cabutan bertuah. Ha..ha..ha..aku Eady Sufiya dapat perfume RM60 sebotol, Syakirah dapat hadiah botol air hispter cuma Syahmi je tak bertuah malam tu. Makanan tu semua adalah dari hamper yang atuk-atuk tu tak nak maka cucu-cucu la dapat. Kekekeke..

Dah la bercuti free, hadiah pulak yang gempak dapat. Kita orang asyik tergelak je bila kenang-kenang. Tak pernah dibuat orang, tapi kita orang gigih buat. Anak-anak pun semua happy sampai rentung hangus mandi kolam berkali-kali tak kira matahari. Sabar je la aku!

Terus feeling bercinta! Kekeke..

One happy family at home ;)

Okey dah habis kisah percutian pelik aku dan Eady. Percutian free, makan ditanggung sekeluarga semua pun free termasuk hadiah cabutan bertuah! Yang penting anak-anak pun happy dapat naik bas besar. Ha..ha..ha..paling epik adik mok la tak nak tidur dalam bas sebab excited giler dapat naik bas. Almaklum 1stime dia naik bas. Pukul 3 pagi baru tidur budak tu. Sabar je la aku.

So lepas ni takde dah bercuti sampai ke hujung bulan 11 nanti. Bulan 12 setengah bulan aku cuti. Wehuuu..tak sabar nak balik Labuan! Eh kau ade setiap kali berhenti solat berjemaah satu bas dan driver jadi imam? Haaaa..kita orang ade! Ha..ha...ha...

19 comments:

Siti Rohaida Yusof said...

wah..syok..sebenarnya banyak lagi tempat yang menarik di area penyabong tu...

Reen Johari said...

Free dan semua ditanggung? Memang terbaik. Bukan senang nak jumpa comminity macam ni.. Rezeki :D

Julia Johari said...

Seronok sungguh semua ditaja free termasuk makan dan penginapan yeyyy...alhamdulilah...cantik betul kawasan percutian akak...

afzalsukasuki said...

Penyabong mcm pernah lalu je cuma xpernah singgah. Best laa semuanya free hahaha 😁

Kakzakie Purvit said...

Adik mok tu kakak tahu sangat mesti jadi perhatian makcik-pakcik-nenek-atok yg pergi sama. Yelah dia yg kecik. Tengoklah gambar last tu sengihnya siapa tak geram:)

Mila Ahmad said...

Mila yang duduk batu pahat pun belum pernah sampai mersing lagi. Tak pernah tk suka kalau tengok gmbr akak sekeluarga nampak happy je

mama tisya said...

syok btul ..smua ditaja..dpt cabutan bertuah lg...

Blog Akak Kembang said...

wow...murah rezeki betul iwa...best kalau camtu wpun x kenal

Nurzakiah Hanum said...

seronoknyaaaaaaaaaaaaaaa

Sue Bee said...

Syoknya bila gi cuti cuti gini tak keluar modal..kena lagi duk resort..alahai..

Nazlee Ismail said...

Eratkan silaturahim..bgusnya ada komuniti mcm ni, free plk tu kan..sapa xnak walau xkenal lagi tp inilah cara terbaik jalinkan hubungan baik sesama manusia.

eima said...

wahhh ditanggung .... bagus la .. rezeki tu ....


aku hr pun jln2 penyabong jg ... dkt je ngan kampung laki kat endau tu .... kat kg ayer tawar .... dlm 3 km nk masuk ke simpang penyabong .... pantai tu tak leh mandi byk obor2 dan tmpt naik ikan lgi pun air die kotor

Chekgu Azrine said...

Best dan meriah...pelik yg best gitu.i xpnh smpi mersing

Raihanah Ahmad said...

wah bestnya bulan 12 nanti sampai setengah bulan cuti. have fun sis

Fiza Rahman said...

Aku yang baca ni pon tumpang gelak. Best tu naik bas. Percutian ditanggung. Kira active lah komuniti tempat timggal tu.

hainom OKje said...

Best tu naik bas...... nak nak memalam, jalan jauh pulak tu. Aircond ok? Kalau OK mmg layanlah kan.....Rezeki jugak tu namanya Izwa semua free

Amanda Suria said...

Menarik kisah percutian ni..cuti yg jimat katanya..

LYAfrina said...

rezeki2..
seronok dpt cuti2 walaupon sekejap je.. ank pom happy..

Khir Khalid said...

Seronoknya... bertahun juga dah saya tak ke mersing ni... best2... :) :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang