thumbnail

Thursday, October 20, 2016

Rezeki



Rezeki pertama, kasut contest dah dapat! Cantik sangat sampai Eady pun puji cantik warna dia. Lagi cantik dari kasut 1st yang aku menang. Biasa la lumrah manusia kan, dah dapat yang cantik masih lagi cari cantik yang lain. Tak pernah puas.

Rezeki kedua, susah aku nak gambarkan perasaan aku bila dapat orang yang aku nak sangat ketemu. Dari awal ceramah aku berdoa dapatkanlah aku jumpa dia tapi biasalah ramai orang kan jadi aku cuma balik ke office dengan rasa kecewa.

Tengahari aku nak ke sekolah Syahmi aku ternampak kelibat orang yang aku impikan nak jumpa! Orang yang aku impikan nak peluk. Terus meremang bulu roma aku pegi dekat pada dia. Bagi salam dan minta izin nak amik gambar. Terkelu lidah nak minta peluk. He..he..he..
Susah nak gambarkan rasa tu. Masa bergambar tu pun bergenang-genang airmata aku. Lepas kak Fynn minta izin nak pegi, dia siap ucap "terima kasih banyak..terima kasih sebab sayang kokping" aku tengok je kereta dia jalan sambil lap air mata. Susah..susah sangat nak gambarkan perasaan tu. Hmm..hmm..

Petang aku tengok dia balas DM aku kat IG. Cerita di IG biar aku simpan untuk diri aku dan diri kak Fynn sahaja. Yang pasti aku dah jumpa jawapan yang aku cari. Syukur.


19 comments:

Siti Rohaida Yusof said...

bestnta dapat kasut mahal...kalau dah rezeki tu tak kemana kan..

mama tisya said...

rezeki lg menang kasut medshoe..tahniah...opismate biras pada fynn jamal ni

Inani Hazwani said...

Wahh dapat kasut baruuu. Hehehe. Seronoknya dapat jumpa fynn jamal :)

Kakzakie Purvit said...

Fynn Jamal salah satu artis yg berintegirti
Kegigihan dia menjaga anak autism sgt mengagumkan.

el said...

alhamdulilah rezeki uols..tumpang happy

Lynda Che Lah said...

seronok dgr Fynn Jamal kan.
tenang je agaknya ko kan kak

Reen Johari said...

Alhamdulillah.. Rezeki dpt jumpa dan bergambar. :)

Khir Khalid said...

Wahh rezeki... bestnya... tahniah2!!

Norhayati Mohd Isa said...

Alhamdulillah..
Murah rezeki ko idzwa..
Mmg cantik..

Bila kita nak jumpa org yg ingin sgt dipeluk dan bergambar..
Mmg seronok sekali bila impian itu terlaksana..

HeNRieTTa JoSe said...

Murah rezeki....eeeh mmg cantik pown...nak nak kaler biru...fav rietta....

Julia Johari said...

Ye ada rahsia yang tak perlu kita hebahkan disini...biar ia jadi rahsia untuk kita rasa ia jd sebagai panduan utk terus perjuangan...kokping semakin kurus...harap dia selalu sihat hendaknya...julia suka lagu puisi dia...sgt sayup di hati

Fiza Rahman said...

Alhamdulullah... Best tu dapat jumpa kokping.

JMR said...

Teringin nak jumpa fynn jamal gak..tapi takleh peluk la kan..;-p

International Directory Blogspot said...

Hello ! This is not spam! But just an invitation to join us on "Directory Blogspot" to make your blog in 200 Countries
Register in comments: blog name; blog address; and country
All entries will receive awards for your blog
cordially
Chris
http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
++++++
Hello! Ini bukan spam! Tetapi hanya jemputan untuk menyertai kami di "Direktori Blogspot" untuk membuat blog anda di 200 Negara
Mendaftar dalam komen: Nama blog; alamat blog; dan negara
Semua penyertaan akan menerima anugerah untuk blog anda
hormatnya
Chris
http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/

wahida said...

comelnya kasut!

dorsett pink said...

perrrgh dapat jumpa fynn jamal

hainom OKje said...

Ha a...mmg cantik pun kaler biru dia tu. Kalau pakai dgn jeans, match tu Izwa.

Ohh...jumpa Fyn Jamal ek. Peramah ke dia Izwa

hainom OKje said...

Ha a...mmg cantik pun kaler biru dia tu. Kalau pakai dgn jeans, match tu Izwa.

Ohh...jumpa Fyn Jamal ek. Peramah ke dia Izwa

Kira Sakura said...

tahniah kak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang