thumbnail

Tuesday, October 11, 2016

Selamat Hari Lahir Buat Anak Yang Kerap Buat Aku Urut Dada, Picit Kepala, Tadah Tangan Minta Doa Sabar Banyak-Banyak!


Nah kau tajuk tak berhagak-hagak! Ha..ha..ha..tapi ini lah yang selalu aku buat kalau "menghadap" Sufiya Irdina Suhaidi yang unik sikit nie. Almaklum anak no.2 ni kan manjang unik, manjang buat hal sendiri, manjang buat sesukahati, yang berani, yang degil, yang lasak, yang kental, yang berdarah selamba, yang berjiwa memberontak...yang segala yang lah ada!

Phiewww..kenapa terasa macam cakap pasal diri sendiri je nih?(!) Ha..ha..ha..almaklum mama dia pun kan no.2. Terasa macam handle diri sendiri okeh! Rasa nak picit-picit je kepala batu dia tu. Ha..ha..ha..Eady cakap ape tau, buatlah kat kepala sendiri. Macam mana anak tu macam tu la sebiji perangai b. Huarghhh...urut dada mak kau nak!

Status IG /FB

Sambungan

Kalau ikutkan bersepah cerita nak diceritakan. Muka yeeee nampak suci murni bersih baik giler tapi disebalik nyer..tahap berani yang aku pun takut nak fikirkan. Debik budak laki sukahati dia jek. Buat muka keras masa orang marah pun selambe badak je, ni yang aku geram sangat! Tu belum kira semalam aku amukan puaka kat umah sebab dia hilangkan buku aktiviti BM dia.

Gambar ni adik mok yang amik!!

Bila tanye dia cakap "ntah..kakak pun tak tahu.." pastu sambung tengok tv! Huarghhh..mak kau bertukar jadi hijau okeh! Habis punggah kotak buku 1 rumah cari tapi tetap takde. Huarghh..tu belum kira semalam aku memberus baju dia sambil nangis kegeraman. Penuh minyak lauk kat baju dan tudung. Korang tahu tak minyak kalau dah melekat kat baju susah nak hilang?? Nangis-nangis berus baju dia pastu aku rendam dengan sabun cap kapak tu, aku amik air sembahyang aku solat pastu aku duduk dalam bilik. Aku tak nak marah dia.

Punyer stress, punyer marah sampai aku lupa harini hari special dia. Amarah dah kuasai diri aku. Hmmm..aku geram sangat. Hari ni nak periksa dia tengok tv, buku nak kene hantar tapi buku ntah kemana..haishhh urut dada betul lah. Tadi, dia nak turun kereta aku cakap "happy birthday kakak..jawab periksa elok-elok tau..baca bismillah banyak-banyak, nanti petang mama bawak pegi makan tau.." tetibe mama dia touching sebak macam nak nangis tapi yang anak "okeyyyyy..bye mama!!" selamba jek blah..huarghh..mak is so stress & touching! Ha..ha..ha..

Selamat Hari Lahir Kesayangan ;)

Selamat Hari lahir buat kesayangan mama abah, moga terus membesar sihat kuat dan bijak juga menjadi anak solehah (walaupun liat tang suruh solat!) Tak kisah la kakak, buat masa ni kakak enjoy je lah masa kanak-kanak kakak tu walaupun semput nyawa mama nak tahan sabar. Mama abah sentiasa doakan yang terbaik buat kakak, abang & adik ;) Korang doakan dia ye, moga terus membesar sihat, solehah dan berjaya.

Macam ni la atuk kau handle mama dari kecik sampai besar nie ha..ha..ha..ha..dah ade laki pun atuk pening kepala. Kah..kah..kah..~

20 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Sanah Helwa Sufiya Irdina..
Semoga menjadi anak yang solehah ..
Cemerlang dunia dan akhirat..

Moga mama dah tak pening kepala :)

Kakzakie Purvit said...

Itulah tak kemana tumpahnya kuah. SO... sikit kesabaran ditagih ok tu. Masih tip-top student. Tak adalah dpt nombor last-last. Tak belajar pun masih boleh challange dgn abg Syahmi kan kakak kan:)

Moga jadi anak yg baik sebagaimana impian mama/abah.

Sanah helwah Kak Sufiya.

Nurzakiah Hanum said...

semoga menjadi anak yang solehah

Nurulfatin Adiana said...

smg menjadi anak yg solehah, penyejuk hati mama dan abah

Nieyl said...

Happy birthday kakak...
semoga kakak menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat...
xmo nakal² sgt okey..kesian dekat mama...
hari² kena urut dada..hihi.. :)

Mas Zull said...

assalamualaikum izwa....wah hepi belated besday gegurl...semoga jadi anak yg solehah yer...biasalah anak2 mmg begitu...mana nak tumpah kuah kalau x ke nasi kn...:)

eima said...

muka ayu manja tp ganas rupa kak safiya ni ye .... aku suka budak yg mcm ni .. independence.... happy birthday safiya

Fiza Rahman said...

Happy birthday to you kakak sufiya. Smoga membesar sebagai anak yg solehah. Memang meguji kesabaran betul woih dengan anak nombor 2 ni. Sebab anak no 2 aku pon macam ni gak.

HeNRieTTa JoSe said...

happy birthday kakak....kakak mmg comel sgt....tpi kata org, anak anak mcm tu, cerdik akalnya....aminnn...

ezan idma said...

ahahaha comel je baca entry akak marah marah sayang... saya pon anak ke dua. memang sejenis kental sikit hahhahaah .

Julia Johari said...

Selamat hari lahir kakak Sufiya Irdina
Mama sayang kamu sangat itu sebab dia buat entry khas ni dekat sufiya tau...cepat kiss pipi mama tu laju2...nanti dia cair...betul buat tau hehe

hainom OKje said...

Selamat Hari Jadi kakak....
Hihi...Izwa, silalah sama sama lah urut dada sebab sama sama anak no 2

el said...

hepi besday kakak
jaga mama elok2 tau jgn sllu bg mama jd singa kekekeke

Rosmiza Ali said...

Hehe.. Anak no.2 memang orang kata lebih self independence & keras sikit compare to anak sulung.. Apa2 pon happy belated birthday kakak! Semoga membesar jadi anak yang berjasa kepada ibu bapa, agama, bangsa & negara.. Aminn..^_^

Amanda Suria said...

Happy belated birthday kakak..anak no 2 cool..hhahaha..

Ena said...

Sanah Helwah Sufiya Irdina.. Moga membesar jadi anak yang soleh berjaya dunia dan akhirat ye..

Sufiya mcm anak lelaki saya juga.. anak no.2.. memg sangat2 berdikari sampai merisaukan kita.. dan walau muka mcm ummi tp perangai jauh dengan umminya..

پژمان زیرانپور said...

hi
.
.
.
very good web..
www.takgem.ir

LYAfrina said...

alhamdulillah

smoha sufiya trs mbesar mjadi ank y berjaya dunia akhirat..amin

Khir Khalid said...

Happy belated birthday... pasti jadi solehah berjaya ni nanti... aamiin :)

Kira Sakura said...

hahahahaha happy belated birthday kakak. moga sihat selalu, cergas cerdik dan berjaya dunia akhirat. mama tak perlu nak risau kakak kena buli ke tak kat sekolah dah. sebab kakak tak sempat pun nak kena buli!!!! kikikiki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang