thumbnail

Friday, October 07, 2016

Vitas Organic Soymilk Powder Sesuai Untuk Menurunkan Kolestrol & Uric Asid!

Vitas Organic Soy Milk Powder


Kalau korang ingat entry aku pada 19.08.2016 yang aku cerita pasal Eady sakit kaki tu pastu aku kene pegi macam-macam klinik & hospital kan? Yee..Eady dapat ubat gout dan ubat kolestrol sebab asid uric & kolestrol dia tinggi menggila cuma masalah besar dia sintom gout tu takde! Dan, diarahkan check darah balik selepas 3 bulan. 

Okey fine..setelah 2 minggu on ubat hospital tak nampak pun jalan penyelesaian. So aku diperkenalkan dengan Vitas Organic SoyMilk Powder ni. Penerangan kat kata tin dapat reduce kolestrol so pemahaman aku if kolestrol dah cantik confrim urik asid pun akan turun (kalau aku salah tolong betulkan ye..). Ohye tidak.. Vitas OrganicSoymilk hanya boleh tolong turun kolesterol bukan uric acid tapi orang yang high uric acid boleh minum Vitas Organic Soymilk kerana ia dibuat dari kacang soya kupas kulit. Tak ada purine.

Vitas Organic Soy Milk Powder

APA ITU KOLESTEROL ? Kolesterol adalah unsur lemak yang dibuat oleh hati dan diedarkan ke seluruh badan. Ia membolehkan badan kita untuk membuat vitamin D dan hormon dan membentuk asid hempedu.

MENGAPA KOLESTEROL TINGGI BERBAHAYA ? Paras kolesterol tinggi adalah salah satu daripada sebab risiko utama untuk penyakit jantung, strok, dan penyakit arteri periferal. Jentera melibatkan kolesterol dalam tiga penyakit di atas adalah berbeza; pengumpulan plak dalam arteri mengurangkan aliran darah menjejaskan peranan sel-sel dan organ-organ yang membekalkan saluran darah.

Reduce Kolestrol

Yang buat aku tertarik sangat dengan Vitas Organic Soy Milk Powder ni sebab ia mempunyai 2 fungsi menarik iaitu :

1. Sterol   tumbuhan   yang   mana   berkesan mengurangkan kolesterol adalah bahan yang berlaku secara semula jadi dalam jumlah yang kecil dalam banyak bijirin, sayur-sayuran , buah-buahan , kekacang , kacang , dan benih. Ia mempunyai struktur molekul yang sama seperti kolesterol. Sterol tumbuhan mencegah kolesterol sebenar menyerap ke dalam darah

2. HIGH PROTEIN SOY / Susu Soya Berprotien Tinggi dalam Vitas ORGANIC Soy Milk Powder.

Halal tau!

Kelebihan Vitas Organic Soy Milk yang menambah minat aku untuk bagi Eady cuba adalah sebab :

1. Prebiotik - Inulin ditambah sebagai prebiotik . Bantuan untuk pertumbuhan bakteria baik dalam usus
2. Meningkatkan tahap gula dalam darah. Ini kerana ia mengandungi serat larut yang tinggi. Tambahan pula, Vitas Organic Soymilk Powder adalah kurang manis.
3. Mampu Menurunkan Berat Badan - serat kandungan tinggi dalam Vitas Organic susu soya membantu dalam mengekalkan berat badan yang sihat
4. Sangat sesuai untuk orang yang ada asid urik tinggi
5. Mempunyai rasa yang sedap dan  tidak sama seperti susu tepung yang ada dipasaran. 

Nampak tak yang aku merahkan tu? Yeee..yang aku merahkan tulah antara sebab aku suka sangat dan tertarik giler dengan Susu Soya Tepung Vitas Organic ni! Sesungguhnya aku dah penat cari produk yang mampu bantu aku untuk kurang atau hilangkan sakit Eady, akhirnya aku rasa aku dah ketemu jawapannya. 

Ye, mungkin Eady memang sesuai dengan Vitas Organic Soy Milk Powder ni dan korang juga boleh cuba, atleast kita berusaha betul tak? Dan alhamdulillah sekarang dah dekat sebulan Eady dah tak sakit kaki, dah tak jalan dengkut & dah tak solat duduk. Syukur..

Hujung bulan ni kami nak ke hospital/klinik untuk buat ujian darah nak tengok result okey ke tak. Tapi kalau ikut pandangan aku yang hidup dengan dia setiap hari boleh nampak la dia dah benar-benar sihat dari sakit kaki tu. Even aku tanya ada sakit sikit -sikit tak, dia cakap LANGSUNG  TAK. Oh ye..sesuai juga untuk orang yang vegetarian sebab kandungan dia semua dari tumbuh-tumbuhan.

Cara penyediaan

Cara penyediaan - hanya tambah satu sudu Vitas Organic Soymilk Powder kedalam secawan air suam (60 celcius)

Maklumat penting

+ Tidak disyorkan kepada wanita mengandung atau yang sedang menyusukan anak.
+ Tidak sesuai untuk kanak-kanak dibawah umur 5 tahun
+ Pesakit yang sedang megambil ubat untuk turunkan kolestrol sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. 

Macam Eady start minum ni lepas dah habis ubat doktor, kami decide malas nak pegi hospital/klinik lagi so terus on susu soya Vitas Organic ni.

Untuk tengok testimoni pesakit yang dah okey boleh klik sini :

Kiri akhir bulan 8, kanan 06.07.2016

Nampak tak sebulan punyer perubahan? Yang penting kene istiqomah, diet yang betul dan senaman setiap hari, atleast senaman ringan pun kene buat. Semua kene seiring baru boleh nampak kesan tu lebih cepat berkesan. Kat pasaran luar memang korang susah nak jumpa Vitas Organic Soymilk Powder ni sebab ia sendiri pun dah ada pelanggan tetap walaupun tanpa diwar-warkan di tv atau radio. Eh kat mana nak beli?? Korang boleh beli kat Lazada, 11street.my and http://www.joypremix.com 


Discount RM 10 = VITAS ORGANIC SOYMILK (1TIN)  *not applicable for 2 tin package
Promo Code : Valid from 7.9.2016 ( 12pm )  till 31.10.2016 ( 11am)

Korang juga boleh gunakan CODE VITASWAN10 untuk dapatkan diskaun tu. Sekurang-kurangnya kita mencuba ye dak? :) Promo code ini hanya boleh digunakan pada pembelian di www.joypremix.com untuk 10 pelanggan pertama sahaja.

9 comments:

Inani Hazwani said...

Boleh lah rekemen untuk abah Nani guna ni. Menarik dan sangat membantu terutama yang masalah kolestrol tu

Khir Khalid said...

Bagus juga ni... saya baru tahu. Thanks sharing Idzwa.. :)

Kak Long said...

Belom pernah check tahap kolesterol. Ntah2 tinggi juga.. :(

Nieyl said...

ada pegawai tempat nieyl keje nie...
dah 2 bulan dia sakit kaki..nak kata gaut bukan...
tapi skrg nie dtg kerja pun tertengkot²...kcian..
nnt la nak syorkan dia cuba soymilk nie..

Kakzakie Purvit said...

Kakak tak pernah nampak lagi
Macam bagus kalau nak dijadikan alternatif buat quaker oat yg selalu kakak makan ni.

Fiza Rahman said...

Dah lama tak check kolestrol. Nak kena check gak nih.

hainom OKje said...

Kiranya ada kesan jugaklah guna susu ni ye Izwa....Yg penting ada usaha nak menurunkan kolestrol kan.....

Amanda Suria said...

Mak akak amik ni...pernah rasa..sedap..

LYAfrina said...

tq for sharing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang