thumbnail

Friday, November 25, 2016

Akhirnya Aku Dah Boleh Bercuti Dengan Tenang!


Alhamdulillah

Alhamdulillah

SYAHMI IRSYAD | Alhamdulillah setiap tahum masih mengekalkan kecemerlangan dia. Syahmi ni tak payah cakap la, rajin kemain..mendengar cakap pun ye jugak. Takde masalah sangat dia ni. Sekarang sibuk dengan band sekolah dia tu. Nasib baik band pun band jugak tapi belajar masih pandai.

Alhamdulillah no.1 di kedua-dua sekolah. Kat sekolah kebangsaan dia sapu 4 mata pelajaran terbaik, nilam terbaik dan anugerah kem solat? Ntah bila berkem-kem nyer ntah..ha..ha..ha..tau tau dah amik hadiah dan sijil jerrr.. Sekolah agama pun syukur sangat sebab dia lebih minta pada sekolah agama. No.1 dan dia sapu 6 mata pelajaran terbaik! Sayang nyer tak dapat pegi naik pentas sebab majlis nyer serentak dengan sekolah kebangsaan. Jadi Eady & Sufiya lah wakil pegi amikkan kat sekolah agama.

Alhamdulillah

Alhamdulillah!

SUFIYA IRDINA | Hohohooo..kalau cerita pasal yang ni nak gelak pun ada nak urut dada pun ada. Boleh jadi karangan lah kalau cerita pasal SUFIYA IRDINA ni. Macam biasa la anak no.2 kan special lebih dari awal sekolah dengan malas nyer dengan tak buat kerja sekolah nyer dengan kene denda hari-hari tu belum masuk part baju sekolah kasut sekolah macam belacan..ha..ha..ha...alih-alih periksa no. 1 di sekolah kebangsaan & no.2 di sekolah agama??

Mak kau tanjat nak! Ha..ha..ha..dah la no.1 pastu sapu habis 4 mata pelajaran terbaik! Huihhh abah dia pun terkejut. Kelmarin dia pegi majlis sekolah agama dengan Eady jadi dia naik pentas dan wakilkan sekali amikkan hadiah Syahmi. Ntah..budak ni memang pelik sikit, malas no.1! Kalau solat isyak tu lajuuuuu je terus masuk bilik tutup lampu tutup muka tido! Sanggup tu sebab semata tak nak buat kerja skoleha T____T ikut sapa la kau ni nak..? Ha..ha..ha...

Apa pun tahniah anak-anak. Entry ni bukan nak riak ke hape tapi entry ni aku simpan untuk kenangan aku dan anak-anak je. Mana tahu boleh jadi sumber inspirasi kat korang ke? Mana kita nak tahu ye dak..


3 budak sihat

Hari ni, isnin, selasa je hari aku kerja! Jadi aku memang busy sangat minggu-minggu lepas & mingu-minggu ni. Sorry la koranggg lama giler dah kot aku tak BW ke rumah korang. Hujung tahun macam ni la aku, sangat busy sebelum bercuti. Ni nak bawa mak abah mertua berjalan lagi aku tak jumpe pc tak sempat nak blogging bagai. Harap korang paham tau. Sorry sangat.

Dah boleh bercuti dengan tenang dah!

3 anak sihat ;) alhamdulillah~

Jadi aku tinggalkan entry ni kat korang dengan gambar 3 budak sihat. Kalau-kalau korang rindu buka entry ni dan tengok budak 3 ketul nie tau. So, dah boleh tarik nafas dan ucapkan alhamdulillah sebab aku dah boleh bercuti dengan tenang, semua urusan dah selesai termasuk blog job & kes manusia tu..ehhhh..?! Hihihiii~ ;)

18 comments:

Mazni Azmi said...

Alhamdulillah atas kurniaan ilahi. Kalau anak cemerlang akademik & akhlak baik, memang dah pakej 😄 😊

mama tisya said...

tahniah utk2 ank2 izwa..cemerlang...slamat bercuti pjg

Kakzakie Purvit said...

Alhamdulillah... itulah berkat usaha dan doa. Jgn marah anak selalu itu juga kunci buat anak terus cemerlang. Solat jgn tinggal. Marah biar bertempat. Sabar urut dada tak apa sebab itu ikut kitalah (kromosom kita ada dalam darahnya hihi...)

Tahniah buat anak-anak, mama dan abahnya juga.

Adik Mok! org peluk tubuh dia pun ikut haha..

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah.. Tahniah syahmi & sufiya. Smoga terus kekal cemerlang. Aku pon dah lama tak BW. Busy lately.

Happy holiday babe. Have fun.

Inani Hazwani said...

Tahniah anak anak Kak Izwa. Selamat bercuti kak. Have funn :)

Norhayati Mohd Isa said...

Alhamdulillah..
Tahniah buat anak-anak Idzwa..
Semoga terus cemerlang hendaknya..

Jueliza Jamani said...

tahniah dan selamat bercuti

Cik Tie said...

alhamdulillah dan selamat bercuti

Kakcik Nur said...

Alhamdulillah...

anak-anak cemerlang bermakna ibubapa juga cemerlang dan guru-gurunya turut cemerlang... :)

Mrs Puex said...

alhamdulillahh..

tahniahh anak anak..
auntie tgk, auntie yang rasa nak nangis..hehee..
ni memang bukan entry riak tapi ni entry pembakarsemangat kat auntie auntie lain ni ha..

syabas iwa &suami..

kalau ade anugerah ibubapa cemerlang memang korang la calonnya..

tahniahh.. tahniaahh...

awanungu said...

Alhamdulilah tahniahhh. semoga menjadi sumber inspirasi.

Qhaifa Nur said...

Alhamdulilah...moga terus cemerlang lg
Baru bole bercuti dgn aman skrg

Blog Akak Kembang said...

Tahniah n happy holiday iwa. Jgn nakal2. Tau

el said...

tahniah abg long kak long adik mok hahaha
happy holiday uols
happy happy
nti update laju2 ok kat media sosial ai folow tiap saat kahkahkahkah

Adam said...

Saya pun bercuti bulan depan

NUNU EERA said...

tahniah..bijak2 anak akak..doakan anak kami sebijak syahmi & sufiya

Nadia Johari said...

wah banyaknya hadiah..tahniah untuk anak2 akak..pandai semuanya

hainom OKje said...

Tahniah Izwa. Anak pandai sapa tak bangga weyh! Tak salah berkongsi kegembiraan. Moga kekal cemerlang. Hakak tumpang bangga jadiklah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang