thumbnail

Thursday, November 03, 2016

ENCHANTEUR PARIS | Wangian Berasaskan Kemewahan


ENCHANTEUR PARIS, sebut Enchanteur mesti korang tahu kan? Korang tu baya-baya aku la sebab Enchanteur ni kan glemer dari zaman kita sekolah! Sapa pakai dulu memang kire gempak la wey. Ha..ha..ha..femes tau Enchanteur nie.

Enchanteur Paris, wangian yang berasaskan kemewahan tapi disesuaikan dengan keadaan kita kat Malaysia. Almaklum Malaysia kan kemain panas tapi kerap hujan. Entah dalam banyak-banyak lotion pewangi aku memang suka sangat dengan Enchanteur. Murah satu hal la, satu lagi bau dia tahan lama! 


Enchanteur Paris

ENCHANTEUR PARIS ADORE (PURPLE)

Semburan Pewangi ENCHANTEUR PARIS Adore berfungsi memberikan keyakinan berpanjangan sehingga 24 jam. selain itu, ianya boleh membuatkan anda rasa segar sepanjang hari.

Semburan Pewangi Deodoran : RM10.10 - 100ml
Belle Amour | Mon Amie| Adore

ENCHANTEUR PARIS BELLE AMOUR (PINK)

Ini ialah KEGEMARAN aku! Serius wangi sangat. Aku suka pakai setiap kali selepas mandi. Bau harum je sepanjang masa. Jenis tak melekit, tak berminyak lagi aku suka. Losyen Wangian Pencerah (Triple Whitening Parfum Lotion) ENCHANTEUR Paris Belle Amour dengan 3 kali ganda manfaat pencerahan ini direka dengan 3 ejen pencerahan - ekstrak likouris, ekstrak Sakura & Vitamin B3 untuk mengatasi masalah kawasan kulit gelap dan tona kulit tidak sekata.

Aku tak ada masalah warna tak sekata, aku pakai ni sebab aku suka jenis dia. Jenis meresap terus kat kulit dan bau wangi dia lama baru hilang.

Lotion Wangian : RM16.95 - 300ML (botol picit)
Lotion Wangian : RM7.50 - 100ML (tiub)

Mon Amie : Double Moisture
Belle Amour : Triple Whitening
Mon Amie : Light & Fresh
Adore : Anti-bacterial Care

ENCHANTEUR PARIS MON AMIE (KUNING)

Jujur cakap aku jarang pakai deodorant. Huhuu..nasib baik jenis tak berpeluh kat keti dan mungkin tak berbau sebab aku mandi pakai sabun Ephyra kat situ. So susah nak berbau. Cuma sekali sekala memang pakai lagi-lagi kalau petang-petang aku nak ke taman bawak anak-anak. Tahu kan Malaysia ni kan panas sejuk panas sejuk. 

Deodoran Wangian Anti-Peluh : RM8.70 - 50ml
Belle Amour | Mon Amie | Adore


Dari dulu lagi aku memang pakai lotion pewangi Enchanteur tapi bukan siang, aku pakai waktu malam. Macam best je sapu-sapu kat lengan kat badan, nak tidur pun kemain wangiiii...wuwuwu..best giler~ Sejak-sejak berwajah baru ni lagi aku gilerkan Enchanteur nie! Mampu milik, mampu beli tapi bau dia tahan lama bau yang jadi jatuh cinta berkali-kali tu. 


Website : www.enchanteur.com.my
Facebook : www.facebook.com/EnchanteurMY
Instagram : www.instagram.com/EnchanteurMY

12 comments:

Shahida Dzulkafli said...

Bau yang sangat ohsem dan mewah..

Kakzakie Purvit said...

Anak dara kakak yg kecik tu badan dia suka guna powder ni
Dia kata bau perfume - pergi sekolah pun nak wangi-wangi juga kan..

Nurzakiah Hanum said...

bestnya

Jueliza Jamani said...

wangi kan!!!

Inani Hazwani said...

Bau dia memang best dan wangi :)

el said...

dr sekolah dah pakai
share ngan mak hahaha
suka perfume dia botol pepel tu

Fiza Rahman said...

Bestnya ☺

Khir Khalid said...

Dulu masa sekolah prnah bagi kat sorang awek hadiah set Enchanteur nie huhu
cinta monyetlah katakan hahahaa.. tp mmg smpi skrng suka produk2nya :)

eima said...

wangi tahan lama ..

LYAfrina said...

blh try jgk pasni

Kira Sakura said...

tapi kira tatahan pakai enchaunteur ni sebab wangi sangat. kira tak suka wangi2 hihihihi

Adam said...

Nak tanya ni.
Lelaki boleh gjna tak?

From:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang