thumbnail

Friday, November 04, 2016

EPHYRA Premium : Serlahkan Kejelitaan Wanita


Ephyra Collagen a.k.a Ephyra Premium


EPHYRA Premium


Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri.
Membantu memulihkan wajah yang bermasalah.
Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus.
Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
Melancarkan sistem pencernaan dalam badan.
Mengurangkan kadar kolesterol.
Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.
Mengawalkan berat badan dan meningkatkan kadar metabolisma.
Mengurangkan kesakitan sendi dan arthritis.


Apakah EPHYRA PREMIUM?


- EPHYRA COLLAGEN DRINK adalah minuman supplement kesihatan (kategori makanan tambahan)
- Disahkan oleh KKM : Ruj (10) dalam KKM-163/s/25 Jld.172
- Diperakui HALAL oleh Jakim
- Dianugerahkan ANUGERAH SUPER HEALTH BRAND 2015-2017
- Rasa segar seolah-olah air jus oren.

Isi Kandungan 


 Formulasi 9 bahan semulajadi yang kaya dengan anti-oksida iaitu :

- Kolagen Ikan Laut Dalam
- Acai Beri
- Gam Akasia
- Salmon Ovari Peptida
- Ekstrak Bunga Marigold
- Acerolla Ceri
- Serbuk Tomato
- Superberi
- Astaxanthin

Manfaat EPHYRA PERMIUM kepada badan.


- melancarkan sistem pencernaan dalam badan
- meningkatkan sistem imunisasi 
- sebagai agen detoks yang baik bagi mengeluarkan toksik dari dalam badan
- menyeimbangkan hormon dalam badan
- meningkatkan kadar metabolisma yang dapat mengawal berat badan
- menganjalkan kulit untuk lebih halus dan cerah berseri
- membantu memulihkan wajah yang bermasalah
- memberikan tenaga yang berpanjangan
- mengembalikan keremajaan kulit wajah dari kusam dan kelesuan.

Start bulan 4/2016 aku consume


Story Mory Ephyra Premium

Tulis panjang-panjang kat atas tu korang baca ke? Mesti korang scroll laju-laju ke bawah kan? He..he..he..yang tu pun aku copy dari web EPHYRA Ocean2u sebab nak bagi lebih info kat korang. Korang baca ke tak? Kalau tak baca nanti scroll up balik baca slow-slow k.

Okey meh kita story-mory cerita aku pulak, amik air dan biskut dulu sebab lama jugak korang nak kene baca nie. Entry panjang lebar sebab aku ni sejenis manusia tak reti nak cerita pendek-pendek. Kalau boleh berkajang-kajang nak bagitau. Iyelah benda baik, benda elok kene lah share kat korang..lagi pun aku memang consume Ephyra Premium maka lagi berani aku nak share dengan korang. 

Ehh..bukan aku je tau tapi seisi rumah kecuali Syahmi. Tekak dia memang anti benda masam walaupun air ni takdelah masam mana pun. Grr...  

Ephyra Premium

Kenal Ephyra Premium sejak bulan 4.2016

Macam korang tahu (atau untuk mana yang tak tahu tu) aku kenal EPHYRA ni sejak bulan 4/2016 lepas, masa aku menang cabutan bertuah hamper EPHYRA kat SBB2016. Korang boleh selak-selak cerita aku pasal produk Ephyra yang lain kat link Ephyra tau, almaklum sebagai manusia yang die-hard fan produk EPHYRA mesti ade entry lain ye dak, tapi pasal EPHYRA PREMIUM a.k.a Ephyra Collagen ni aku tak pernah share lagi sebab aku kene consume dulu baru boleh share kesan atau kebaikan dia.

Mula-mula aku pun zero pasal Ephyra ni jugak macam korang, sejak dapat hamper tu baru la "ooooo...Ephyra.." pastu selak-selak google. Cepat-cepat pulak skodeng IG Memey (Memey & Norman Hakim kan Duta Ephyra) sebab masa jumpa Memey & Norman Hakim kat SBB2016 tu masya Allah, memang cantik! Bersih dan putih giler kulit dia orang! Nampak la perubahan dia orang dari awal-awal IG sampai la terkini. Terus teruja nak cuba! Serius..waktu tu peluk-peluk hamper konon teruja giler nak pakai nak minum.

So aku start minum Ephyra Premium dan guna Ephyra Bar bulan 4 tu lah. Minuman kolagen yang membantu membaiki kulit dari dalam. Kalau Ephyra Bar pencuci muka tu baiki kulit dari luar, tapi Ephyra Premium ni baiki kulit dari dalam untuk keseluruhan badan tau! Yang penting kene istikomah dan setia minum setiap hari sebanyak 2 kali. 

Masa awal-awal minum tu, aku main minum je takde pun peduli kesan dia ape, takde pun amik tahu apa kebaikan air oren kolagen ni. Jenis ehhh lantak la kalau tak jadi ape pun sebab masa tu kan dapat free. Menang hamper la kate kan, tapi lama kelamaannya Eady yang mula perasan. Dia kata kulit tangan aku makin lembut, kat badan-badan pun dah takde menggerutu! Iye korang kalau tengok muka aku memang susah nak ade jerawat tapi kat belakang badan penuh, sampai tahap Eady pun cakap menggerutu. Jerawat jenis halus-halus kecik-kecik tu.

Sejak-sejak dari tu Eady pun terjebak sekali minum Ephyra Collagan nie! Dia cakap badan dia pun menggerutu jugak. Yeee..kami ni jenis kulit tak cantik tak mulus tak bersih la orang kata. Kat badan, kat paha, kat belakang badan ade je benda coklat-coklat tu (ape orang panggil? wrinkels? yang biase ada kat muka mat saleh tu..) kat badan kita orang banyak. Kat leher aku penuh tu ape...isi yang kecik-kecik terkeluar tu..isi lebih orang panggil ape kutil? lebihan daging? pastu leher penuh garis-garis hitam gelap. Muka ye sokmo cantik bersih putih sebab pakai Ephyra Skin Series tapi kat leher ke bawah ya ampun..malu nak cerita.

Cerah menawan dah masing-masing sekarang ni ;)

Perbezaan / Perubahan Ketara sejak selepas bulan 4.2016

1. Kulit badan jadi bersih, tiada lagi masalah jerawat di belakang badan. Pendek kata kulit aku jadi lebih mulus!

2. Wrinkles di seluruh badan dah tiada! Sumpah dah takde..badan aku dah bersih. Paling best kat leher dah bersih!! Takde garis hitam takde daging lebih tu..best gilerr koranggggggg. Tau tak itu benda keturunan tau, makin berusia makin banyak benda alah tu tapi alhamdulillah sekarang ni dah takde! Leher aku dah bersih putih mulus..ehh best lah~


3. Blackhead aku dah takde, tapi whitehead ade sikit-sikit lagi (blackhead & whitehead bertambah kurang sebab dalam masa yang sama aku pakai Ephyra Skin Series)

4. Kulit aku & Eady jadi lebih cerah (putih), sila tengok gambar kat atas tengok perbezaannya..


5. Bekas c-zer beranak makin nipis (aku punyer bekas c-zer tu macam bonggol jalan raya tu, jenis isi daging terkeluar! Tapi sekarang ni dah nak rata cantik, tinggal sikit-sikit je bonggol)

6. Rambut aku jadi jadi lebih cantik. Tak keras tak kusut.

7. Bertenaga sentiasa, sebab aku kekalkan minum setiap pagi sebelum sarapan dan sekali lagi sebelum tidur. Jadi bangun pagi aku takde rasa letih lesu pun.

Nampak macam sikit kan perubahan? Setakat 7? Tapi bagi aku 7 tu dah banyak sangatttt..lagi-lagi kulit bertambah mulus dan bersih! Aku dah cukup gembira sebab ni baru 6 bulan aku consume minum secara istikhomah pun dah jadi elok kulit aku..korang bayangkan kalau aku minum lebih setahun? Tak je aku jadi secantik Memey? Ha..ha..ha..jangan lah serius sangat korang pun ;) tapi serius cakap aku ni dari sekolah memang jenis kulit tak cantik walaupun putih. Jenis kasar-kasar macam tu, tapi sekarang kulit aku dah lembut dan lembab. Muka pun dah tak berminyak. Kuku pun tak pecah-pecah. 

Aku bersyukur sangat sebab akhirnya aku dapat kulit yang tak bermasalah lagi. Takde dah jerawat di belakang badan, takde dah garis hitam kat leher, takde dah isi daging lebih kat leher, takde dah wrinkles kat muka dan badan. Ehh..semua dah takde..best giler lagi-lagi feeling lepas mandi rasa bersih licin je badan~ ALHAMDULILLAH.


Perubahan ketara terutama bab putih berseri.

CARA PENGGUNAAN & RASA

Minum sekali pagi sebelum sarapan & sekali malam sebelum tidur. Minum sebelum sarapan untuk mendapatkan lebih menyerapan yang maksimum kebaikan Ephyra PREMIUM semasa perut kosong. Malam adalah terbaik untuk membaiki dan memulihkan sel-sel badan semasa tidur.

Penting nak bagitau korang, kalau bancuh EPHYRA PREMIUM ni jangan guna air panas! Rosak woihh isi kandungan dia! Sebaiknya guna air biasa atau pun air sejuk. EPHYRA PREMIUM ni lagi sejuk lagi sedappppppp..nyums~ SHAKE-SHAKE je uolls pastu minum. Wallah! Rasa oren-oren light gitu..sekali minum.

UMUR YANG BOLEH MINUM EPHYRA PREMIUM NI?

Setahu aku semua boleh minum kecuali kanak-kanak bawak 4 tahun. Lelaki boleh minum, ibu mengandung elok minum & ibu menyusu anak lagi baik minum sebab mampu mengekalkan tenaga dan menambahkan susu badan. Bagus juga untuk ibu yang bersalin secara pembedahan sebab luka akan cepat sembuh.

Err..tapi Syakirah bedal je minum. Ha..ha..ha...asal ade je dalam peti ais tu kalau tak Eady sebat, Sufiya tibai, Syakirah pun sama naik mentibai air aku! Grrr..semua pun nak cantik ye.

Nak cantik macam mama jugak kerrr?

BILA BOLEH NAMPAK KESAN PENGGUNAAN ?

Kalau korang tanya aku bila boleh nampak kesannya, jujur aku cakap aku pun tak perasan! Yang mula-mula perasan perubahan kulit aku ialah Eady! Yo lah dah dia yang tidur bangun tidur bangun dengan aku jadi dia lah yang akan perasan dulu ye dak? Dia yang tegur aku "ehh tangan b dah lembut la.." dia yang perasan kulit badan aku makin bersih dan makin lembut mulus. Mana tak perasan dia kan suka pegang tangan & lengan aku..OPPS!~

Dan, ikut bacaan aku kat web EPHYRA Ocean2u secepat 2 minggu penggunaan dah boleh nampak kesan dengan syarat korang minum dan ikut aturan tu setiap hari tanpa tinggal mana-mana hari.

Kalau korang nak tahu, kalau korang minum EPHYRA PREMIUM ni secara istikomah ia mampu turunkan berat badan secara konsisten. Wahhh gitu..sebab EPHYRA PREMIUM ni kan kolagen, kolagen kan membantu membina otot tanpa lemak yang dapat tolong bakar lemak dalam badan, selain dari tu ia mampu mengenyangkan perut. Tapi korang jangan la dah minum EPHYRA PREMIUM pastu bedal nasi lemak sambal sotong tambah telur mata hari-hari dah tu tak senaman memang tak turun la berat korang woih..ha..ha..ha..

TAPI, pasal berat badan naik ke turun ke aku tak boleh nak komen sebab serius cakap berat badan aku macam YO-YO! Kejap naik kejap turun kejap naik naik naik pastu turun slow slow..ha..ha..ha..


CARA-CARA BANCUH.

Sesenang A-B-C. 

1. Koyakkan 1 sachet
2. Tuang dalam shaker
3. Isi air masak / air sejuk (180ml)
4. Dan, SHAKE-SHAKE je uolls~ gitu.

video
Semudah A-B-C-D

video
Full Video

EPHYRA Premium


 Ephyra Premium

Sesuai untuk semua

Semakan hologram, pastikan yang ORIGINAL tau!

Pilihan #1 Asia Pacific Super HEALTH BRAND.

AKU BERSYUKUR!

Sebenarnya aku bersyukur "dijumpakan" dengan produk EPHYRA lagi-lagi EPHYRA PREMIUM antara produk EPHYRA ni. Kalau ikutkan kulit aku ni takde la bermasalah sangat. Cuma nak jumpa produk yang rasi kat badan & muka tu susah tau. Aku memang cari satu produk yang ade semua..yang menyihatkan badan, yang bagi aku extra tenaga dalam masa yang sama bagi aku cantik. Alhamdulillah aku dijumpakan dengan produk yang betul.

Nak kata nak cantik sangat tu tidak, tapi biarlah elok dan sihat badan dah cukup. Anak-anak nak besar ni aku kene seiring, kene ade tenaga extra dalam masa yang sama aku ade bantuan dari dalaman. Tak nak la aku tua sebelum waktu, anak muda pegi konvo tapi mak datang muka kedut-kedut..hmm..Harap korang paham apa yang aku cuba sampaikan. Kulit aku takde lah teruk sangat tapi nak dapat jadi lembut dan mulus ni kemain payah lagi. Aku pulak bukan bangsa rajin sapu-sapu lotion kat 1 badan. 

Bersyukur sangat aku sebab badan aku dah "bersih", ingat senang ke nak hilangkan wrinkles jerawat badan tu semua? Susah okey, makan berpuluh tahun. Sekarang aku dah bertambah comel dan bertenaga sentiasa! Mak muda uolls walaupun umur dah tua..he..he..he..

EPHYRA MEMANG BEST & TERBAIK!

FACEBOOK : Ephyra Oceanlife2u
INSTAGRAM : @ephyra2u
WEB : Oceanlife2u

16 comments:

Mimi Azirah said...

Memang nampak ketara perubahan muka akak...jelesnya....


Kak sy nak tny kalo pakai ephyra soap bar tuh mula2 kulit kering n tegang ke???dlu sy pakai tp stop sbb rse perit...ke itu tnda healing crisis?

Kakzakie Purvit said...

Kakak tengok memang dah sedia mulus pun
Apa lagi budak dua org tu tak payahlah bagi minum
Adik dah gebu-gebas dah:)

nini said...

Sedapkan rasa dia....hihi

eima said...

o0o pengguna tegar rupanye ptt le cantik bersih je muka dia

Nieyl said...

wah..wah...bukan main anak dara 2 org tu yaaa...
dia pun nak cantik macam mama dia...

Jueliza Jamani said...

aku rasa selain putih makin berisi dah pipi tu.. hehehhe..

aRz MoHa said...

bagus perkongsian ini...

apapun kena istiqomah mengamalkannya baru ada kesan kan

Adam said...

Nanti saya baca.
Mungkin menarik ni.
Harap2 tak lupa.

Adam said...

Nanti saya baca.
Mungkin menarik ni.
Harap2 tak lupa.

Raihanah Ahmad said...

nampak jelas perubahan tu

Julia Johari said...

Bagusnya kak izwa...suami dan anak2 pun turut sama minum ephyra...sedap dan menyihatkan sungguh...keep it up always sis...bertambah cantik!

Nadia Johari said...

Ephyra memg bagus..die tambahkan susu badan nad

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah... Serasi dengan ephyra.

Khir Khalid said...

Mmg bagus ni... saya pun antara yg minum.. sedap pun ya.. :)

LYAfrina said...

makin cantik ;-)

Kira Sakura said...

aah memang nampak perubahan dia. nak try sabun epyhra tu la. sabun muka dah habis hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang