thumbnail

Sunday, December 18, 2016

3 Minit Sahaja Dengan Hanie Foundation


Wowww ape yang 3 minit sangat nie! Ha..ha..ha..gempak sangat tajuk nyer pun. Ni ha nak cerita, aku kalau keluar ade event atau pegi keje confirm akan apply nipis-nipis foundation kat muka. Bukan lah nak putih sangat tapi nak tutup sikit je jejak wrinkles kat muka ni, lagipun aku tak berapa yakin lagi nak bermuka polos tanpa make-up bila keluar bekerja. Atleast pakai nipis-nipis pun dah cukup pada aku.

Bercakap pasal foundation ni, bukan sebarang foundation aku boleh pakai..silap pakai belum tengahari memang berminyaklah muka. Tu yang tak suka! Berkilat je muka..pffttt..tapi sekarang aku dah jumpa yang terbest! Kene pulak waktu pegi bercuti sakan ni, sepanjang masa mana dan nak touch up muka, tak sempat pun nak tengok muka ape dah jadi sepanjang hari! Hanie Foundation dah menyelamatkan muka aku dari sinaran UV sepanjang aku kat luar (bercuti) dan juga menyelamatkan gambar aku! Ha..ha..ha..elok cantik je muka tak berminyak mase amik-amik gambar kenangan ;)

Hanie Foundation

HANIE FOUNDATION | diperkenalkan sejak Julai 2016 dipasaran ternyata mesra kulit! Aku suka sebab walaupun ianya jenis liquid tapi bila seharian pakai memang tak berminyak! Tekstur Hanie Foundation sangat pekat tapi sangat lembut, jenis yang senang serap pada kulit cuma botol pam dia tu korang kene picit perlahan-lahan tau..kalau terkuat memang terkeluar banyak liquid nyer! Aaaa..rugi nanti sebab takkan nak apply kat muka tebal-tebal ye dak? Ohye, bau dia wangi tau~

Pekat & bertekstur lembut

HANIE FOUNDATION | buat masa ni Hanie Foundation ada 1 warna sahaja dan yang terbaiknya HANIE FOUNDATION ini ialah kerana :

1. Dengan 1 pump dan hanya 3 minit sahaja ia dapat diratakan ke keseluruhan muka ! Bab jimat benda, jimat masa memang serahkan je pada mak-mak macam aku nie. Paling suka bab jimat..he..he..he..almaklum jadi mama ni semua nak kene pantas dan tangkas! Tak sempat nak make-up lama-lama.

2. Selain dari itu ia juga sangat mesra wuduk. Senang dibersihkan untuk kita bersolat if ABC (Allah Bagi Cuti) ia mampu bertahan selama 24 jam dimuka. Wahhhhh...kan dah kata jimat sangat kalau pakai Hanie Foundation ni takdelah kejap-kejap kene check muka kat cermin takut-takut make-up dah cair.

3. Mengandungi SPF 35 yang mampu menghalang kulit dari terkena sinaran UV. 

4. Hanie Foundation juga mampu menutup cela di muka dan merawat kulit dalam masa yang sama! Wahhhh lagi~ so dah tak perlu concealer atau compact powder bagai just apply Hanie Foundation kat muka selesai semua benda, tak payah tambah benda lain dah.

5. Didatangkan dalam botol plastik dan ringan so kalau campak dalam handbeg memang tak terasa bawak Hanie Foundation ni. Jatuh pun tak risau pecah, tapi korang jangan la bagi jatuh pulakkk.. ;)

HANIE FOUNDATION | mengandungi bahan yang berkualiti yang sangat membantu dalam membaiki kulit semasa ia dipakai. Antara kandungan yang ada dalam HANIE FOUNDATION ini ialah :

1. Vitamen E
2. Jojoba Oil
3. Serbuk Mutiara
4. Kologen
5. Madu

Hanie Foundation mampu menutup cela di muka

HANIE FOUNDATION | Produk keluaran bumiputera (sila sokong produk bumiputera ye!) juga diluluskan oleh KKM (Not161002133K). Dengan harga RM80.00 korang boleh dapatkan Hanie Foundation secara online atau COD dari stokis/agen yang berdekatan. Boleh semak di :

Call : 010-2267 854 / 014-6687 854

Hanie Business Solutions
No.1-31 Jln Anggerik Perdana 1,
Taman Anggerik Perdana,
43500 Semenyih, Selangor.

4 comments:

Inani Hazwani said...

Macam best je ni. Nanti bileh lah try tengok tengok ;)

Siqah Hussin said...

Menarik jugak.. siqah pakai BB Cream je. Itu pun jarang sangat :D

Julia Johari said...

nampak foundation ni natural dgn kulit kak izwa...x nampak sgt heavy makeup base... i likeee

Kira Sakura said...

macam Perfect Cover yang kira duk guna pun lebih kurang macam ni la. sap sap soi dah siap jom keluar ihhiih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang