thumbnail

Friday, December 09, 2016

FRISO GOLD : Bagaimana Nutrisi Baik Membantu Anak Lebih Gembira.

FRISO GOLD : BAGAIMANA NUTRISI BAIK MEMBANTU ANAK LEBIH GEMBIRA?


Bercakap pasal susu anak ni ramai ibu bapa nak yang terbaik untuk anak-anak kan? (Dah tentulah kannn) Macam aku sendiri selepas anak-anak putus susu badan. YA, anak-anak aku semua menyusu secara ekslusif selama 2 tahun! Syakirah je terlajak 2 tahun 5 bulan..he..he..he..sebab tu dia terlajak sihat (:


Jadi, BERMULALAH masalah didalam dilema kami dalam pencarian susu nak ganti dari susu badan ke susu formula. Gigih cari susu terbaik yang mana kami mencari susu yang cukup lengkap semuanya! Maksud cukup lengkap disini ialah cukup lengkap nutrisi terbaik setanding susu ibu & juga yang mempunyai rasa yang sedap sama seperti susu ibu. Yup Friso Gold mempunyai rasa sedikit lain dari susu formula lain. Nak tahu kerana apa baca sampai habis okey ;)

Ketika itu juga, kami mencari susu formula yang tidak buat anak mengalami masalah susah buang air besar (sembelit) apabila menggantikan dari susu ibu ke susu formula atau tidak buat anak akan menghadapi masalah kembung perut yang mana anak tak rasi dengan susu berkenaan. Waktu tu nak try & error pun takut.. Hu..hu..hu..~

Akhirnya setelah membaca sana sini, tanya kawan sana sini, google sana situ kami berdua (aku & abah dia org lah) bersetuju untuk mencuba susu FRISO GOLD 3, yang mana kami rasa sangat sesuai untuk dicuba setelah mengetahui setiap kebaikannya.

Dah melangkah ke Friso Gold 4!

Teknologi LocNutri™

Untuk pengetahuan korang, susu Friso Gold dalam bentuk asalnya lebih mudah untuk dihadam. Tidak seperti kebanyakkan susu formula lain susu Friso Gold tidak memberi masalah sembelit pada anak!

Teknologi LocNutri™ direka bentuk untuk menangani masalah ini. Teknologi ini menggunakan hanya sedikit haba semasa proses penghasilan formula, agar protein dapat dikekalkan sebaik yang mungkin dalam struktur asalnya. Nutrien kemudian boleh diserap secara efektif oleh badan. Protein memainkan peranan penting dalam penghasilan otot, kulit serta rambut. Ia juga menyokong sistem imun dan membantu dalam penghasilan antibodi, demi memastikan si manja sihat serta kuat dari dalam dan luar.

Korang pun tahu kan even kita orang dewasa kalau kene sembelit pun payah, ini kan pulak budak kecik? Susu Friso Gold membekalkan nutrisi lengkap yang membantu penghadaman kanak kanak sekaligus tiada masalah sembelit akan berlaku pada anak. Inilah satu sebab aku & Eady jatuh cinta sangat dengan susu Friso Gold! (Klik sini untuk video kebaikan teknologi Friso Gold) 

Paling best info yang kami dapat selepas membuat "siasatan" terperinci (ha..ha..ha..gigih mak korang nih!) susu Friso Gold diimport 100% dari Belanda & tidak mengandungi sukrosa. Yaaa, tiada gula tambahan (nama melayu nyerr!). Korang pun tahu kan sukrosa atau lebih tepat dengan nama gula tambahan memang tidak elok untuk kanak kanak (sukrosa boleh menyebabkan anak-anak menghadapi masalah obesiti & ekzema salah satunya). Lagi kurang kandungan sukrosa adalah lebih bagus untuk kesihatan anak-anak & lagi baik kalau tiada langsung gula tambahan kan? Betul tak? :) mungkin sebab ni rasa susu Friso Gold lain dari susu formula lain.

Dihasilkan Oleh Alam Semula Jadi

Dari Ladang Sendiri

Untuk info, syarikat pengeluar susu Friso Gold terkenal dengan kepakaran dalam menghasilkan susu tepung terbaik kerana ia datang dari ladang milik sendiri, dan dengan kepakaran dalam bidang tenusu selama 140 tahun dapat menghasilkan susu yang sangat berkualiti tinggi. Syarikat pengeluar Friso Gold juga menyediakan tenusu untuk kebaikan kepada berjuta-juta orang di lebih daripada 100 buah negara. 

Selama bertahun-tahun, para saintis mereka telah mencipta satu proses khas yang merawat susu dengan penjagaan rapi pada setiap langkah pemprosesan & memastikan banyak kebaikan dalam susu formula mereka. Setiap langkah dijaga dipantau dari ladang ke kilang di mana kebaikan susu terbaik disimpan dijaga dengan baik bagi memastikan anak mendapat semua kebaikan dari susu yang mereka minum itu.

Lembu Baka Tulen Yang Dilayani Seperti Keluarga

Info lain, pengeluaran & pembungkusan Friso Gold juga memenuhi standard kualiti yang diperlukan kerana ia adalah satu pelaburan jangka masa panjang. Mereka menjaga kualiti bermula dari sumber asal. Mereka menghasilkan sendiri susu di Belanda, mempunyai lebih 14,000 ladang & petani yang berdedikasi bagi memantau kesihatan & kesejahteraan setiap lembu. Hahhaaaa bercakap bab pembungkusan dia dah la tin cantik, warna menarik paling unik tempat letak sudu dia!

Tiada lagi masalah sukatan susu yang terlebih dan tiada lagi masalah mencelup jari dalam susu untuk mencapai sudu!

Warisan Kepakaran Bidang Tenusu Dari Generasi Ke Generasi

Seterusnya penyudah proses lengkap juga dibuat di Belanda, kerana disana kawalan rantaian penuh dapat mengesan setiap pengeluaran keseluruhan bagi setiap tin susu tepung Friso Gold. Friso Gold juga mempunyai Vitamin D Vitamin B5 dan C, Selenium, GOD, zat besi & DHA bagi membekalkan nutrien penting yang membantu tumberasan kanak kanak & menyokong daya ketahanan semulajadi mereka. Yesss..bercakap bab daya ketahanan ni meh sini nak bagitahu!

Selain dari amalan memasak sendiri dirumah yang lebih dipercayai lebih bersih dan mudah juga memberi vitamin tambahan kat anak-anak (Syahmi, Sufiya, Syakirah) untuk kawalan daya tahan imunisasi dia orang, aku percaya susu Friso Gold ni membantu membina sistem imunisasi mereka dari dalam badan

Amalan aku ialah memberi mereka minum susu Friso Gold sehari 3 kali sehari iaitu waktu pagi, tengahari dan malam, dan juga aku amalkan memasak sendiri dirumah walaupun seharian sibuk bekerja kerana ia lebih sihat, bersih dan berkat air tangan ibu sendiri ;). Pemakanan & apa yang diambil adalah sangat penting dalam membentuk anak menjadi sihat & kuat. Korang pun boleh tahu kan kalau anak sihat & kuat sekaligus dapat menghasilkan minda yang sihat.

Anak-anak kami jarang jatuh sakit, (bukan berlagak ye) tapi bab ni serius aku bersyukur sangat! Alhamdulillah~ Boleh kira dengan jari dia orang demam berapa kali je dalam tahun ni (ke takde? serasa macam tahun ni takde demam lagi..) selsema pun jarang. Jaranglah sakit sebab aku & Eady sangat menjaga bab-bab kesihatan anak-anak. (Erks..cara aku cakap macam la korang tak macam ni jugak ye dak? kekehkeh~)

Nutrien Terpelihara. Mudah dihadam agar kuat dari dalam. 

Anak-anak yang jarang jatuh sakit akan membesar dengan gembira, kami percaya ia bermula dari dalam tak kira dari segi makanan atau minuman. Kalau takde masalah sembelit, takde masalah kembung perut akan buat anak-anak gembira secara tak langsung, betulkan? Kepercayaan kami sebagai ibu bapa ia bermula dengan sistem penghadam anak yang baik dapat memberi anak membesar sihat & kuat sekaligus tiada masalah nak bermain kotor diluar kerana sistem imunisasi anak sangat terjaga.

Anak sihat, kami bahagia ;)

Anak-Anak Lebih Kuat Dari Dalam Untuk Meneroka Pengalaman Diluar.

Pengalaman adalah guru yang terbaik untuk anak-anak, susu Friso Gold secara tak langsung juga sangat membantu kami dalam membesarkan anak-anak secara sihat & kuat. 

Malah, semasa bercuti (terutama waktu travel) kami tiada masalah untuk melepaskan anak-anak bergembira bermain apa saja aktiviti kanak-kanak tak kira dalam keadaan kotor, hujan, panas, berpasir atau berpeluh! Sebab kami percaya anak-anak dijaga dengan baik dengan bantuan Friso Gold. Bagi kami waktu bercuti ialah waktu kebebasan anak-anak untuk bergembira sepenuhnya melakukan apa saja aktiviti tanpa kami risau anak-anak akan jatuh sakit. :)

Lebih kerap mereka bermain diluar lebih banyak pengalaman dan pembelajaran yang mereka dapat. Korang sendiri tahukan aku memang dari dedahkan dia orang sejak kecil lagi dengan kekerapan bercuti & travel sana sini. Bagi aku tiada masalah untuk bercuti di negeri orang atau dimana saja kerana aku tahu anak-anak akan mendapat lebih banyak pengalaman dan lebih berdaya fikir apa bila berada dipersekitaran asing.



Anak gembira kami sebagai ibu bapa sejuta kali lebih bahagia melihat mereka ketawa riang.

Sekarang, anak-anak dah melangkah minum susu Friso Gold 4! Yes, abang kakak adik pun minum susu yang sama senang keje mama abah dah tak payah pening kepala nak cari susu untuk anak-anak. Ye, aku tak suka anak-anak putus susu even Syahmi tu dah 9 tahun. Bagi aku minum susu ni ialah seumur hidup cuma bertukar dari dada (ehh!) ke botol susu dan seterusnya menggunakan cawan. Lagipun Friso Gold 4 adalah untuk anak berusia 3 tahun ke atas, jadi abang kakak pun join sama minum!

Kebaikan susu juga diketahui adalah untuk keseluruhan badan termasuk otak, minda anak-anak & juga tulang. Lagi-lagi susu Friso Gold yang diketahui sangat terbaik kerana ianya asli & penuh nutrisi malah dijaga dengan baik nutriennya.

Aktiviti riang kami bersama

FRISO GOLD kesukaan adik & abang kakak!


Keterangan lanjut berkenaan FRISO GOLD boleh ke :
WEB : FRISO GOLD

5 comments:

Blog Akak Kembang said...

Comel je pic last tu ... muka mtk gigit

Fiza Rahman said...

Good luck 😊

Nieyl said...

Good luck akk....
ala..nape budak kecik tu comey sgt nie...
gigit kang....

el said...

mmg sedap susu friso ni
ari tu iols buat susu blended + oreo tau
ya Allah sedap nak mati hahahaha

Raihanah Ahmad said...

good luck izwa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang