thumbnail

Monday, December 19, 2016

KL - MELAKA - JOHOR - KL - LABUAN


Back to reality IZWA! Wake up..zzzzz~ Ha..ha..ha..kerja banyak wehhh...padan muka sapa suruh cuti lama! Take 5 kejap sambil tu aku nak buat entry sekali harung..sorry kalau entry ni buat pc korang berat sebab aku nak letak semua gambar! Ha..ha..ha..sebba aku malas nak pecah-pecah entry. Bukan ape pun cuma cerita berjalan dan balik kampung je punnnnn bukan best mana pun.

So kita mula kan dengan MELAKA lah sebab dari KLIA haritu aku terus ke Melaka rumah adik abah mertua yang bongsu.


Taming Sari

Tak lama pun kat Melaka, pusing Melaka kejap naik Taming Sari then pegi kat kapal besar tu pastu terus ke rumah adik abah yang bongsu makan tengahari. Perghhh makan asam pedas dengan sup tulang..perghhh terus lupa diet kau! Ha..ha..ha..

Dari Melaka terus ke Segamat, Johor. Ke rumah mak long Eady (kakak abah yang sulung) dari sana baru merayau ke macam-macam tempat, macam-macam rumah kami pegi. Almaklum sekali sekala abah turun semenanjung haruslah semua rumah kene pergi, antara nyer rumah aku bersanding masa kawin dengan Eady dulu!




Kami bermalam di Jementah rumah mak long Eady, tapi merayau ke Kg. Banjir Segamat, Pagoh, Air Hitam, Tangkak ntah mana lagi ntah lupa dah aku. Tu gambar atas tu rumah arwah mak ngah Eady (kakak abah no.2) yang mana rumah masa aku bersanding belah lelaki 10 tahun lepas. Kami di Johor 2H1M je pun then balik ke KL, mak abah tidur kat rumah abang Eady yang sulung kat Bukit Beruntung.

So 2 hari free tu aku packing baju pulak untuk balik ke Labuan ikut mak abah sekali. 05HB malam kami fly balik sana.

W.P.Labuan


Kat Labuan macam biasa la takde lah aktiviti lain melain kan melepak, makan, masak, tidur, takde buat ape pun weh..sekadar bercuti berehat jer dengan anak-anak. Selain dari tu apa lagi ke tempat kegemaran aku lah Pasar Basah (UTC Labuan). Best tau kat sana, nelayan naik dari laut terus masuk pasar letak atas meja ikan, lobster menggeletek lagi kau boleh beli!
Bunga Kantan murah giler!
Ikan-ikanan & juga lobster hidup baru naik dari laut
Ikan buntal tak beracun, orang kedai tu cakap boleh masak macam biase. Macam biase maksud dia masak ape yang kita masak sekarang ni la cuma aku terlupa nak tanya macam mana cara siang ikan buntal nie.

Pasar bersih aku panggil sebab langsung takde lecak dan tak berbau
Emak mertua saiya


Takde aktiviti sangat pun balik kali nie, memang totally berehat semata kat rumah. Cuma ada sehari 2 je lepak kat pantai sebab Syakirah mok giler mandi pantai sampai dia hitam legam!








Nampak? Cuma aktiviti budak ni je yang penuh! Ha..ha..ha..main panas main kat luar kejar ayam sepahkan rumput nenek. Tu ha yang seluar kuning tu kejar orang dengan pencakar kejar kucing sampai kucing pun takut dengan dia. Perangaiiiiii..kat Labuan memang tak tido siang budak tu. Sihat dia makan main makan main so hari ni pegi taska confirmlah melalak! Ha..ha..ha..

Aku tinggalkan korang dengan perangai dia. Korang tengok lah!

Total aku cuti 19 hari tau..memang cuti betul kali nie. Rehat sungguh. Boring pun ade, tapi rehat lah otak selepas kes-kes lepas. Rasa lega sangat cuti kali nie. Eh entah dah hilang pulak idea sebab dah 10 kali berenti menaip kat entry nie. Ha..ha..ha..take 5 yang berkali-kali sebab kerja banyak wehhhh..call masuk tak berhenti-henti. Ehh sambung nantilah kalau sempat kalau tak sempat pun korang layan je video adik mok tuh!

25 comments:

FarahGlanzDotCom said...

sakan la bercuti sampai 19 hari..syiokkk wooo...ikan buntal ada jugak ek yg tak beracun..sedap tak??? seronok tgk2 anak2 happy terdampar kat pantai tu haa..berbaloi la cuti panjang dapat spent time sepenuhnya dengan family..;p

Kakzakie Purvit said...

Adik! kasut siapalah yg jadi mangsa dia tu hihi..
Nampak sangat happening cuti kali ini kan
Kakak yg tengok gambar pun dapt rasa syoknya cuti:)

Pha Is said...

wow.. x tau plak ikan buntal ada org jual macam tu je.. hehehe

Shahida Dzulkafli said...

Pergh!! Ohsem giler cuti sampai 19 hari.. Memang puas berehat nie..

Norhayati Mohd Isa said...

Uiksss Banyak sungguh perjalanan cuti ni..
Ye 19 hari mahu tak best..
Akak yg cuti seminggu pun rasa malas nak kerja hari ni hahhaha..
Apa lagi idzwa yg lama bercuti dikampung..
Bestnya kampung ada laut..

Sally Samsaiman said...

Sakan hoiii...sakan gila bercuti tak hengat org KL ni oiii..hahahaha...syok kan bila dapat release bebanan kerja

Warisan Petani said...

Wah cuti sakan gayanya.
Ngalahkan cikgu.

Mila Ahmad said...

kalau akak post entry kita teruja betul nak tengok gelagat adik mok, setiap gambar pandai gila dia pose eh kita 1st time tengok ikan buntal tu.

Emarieys said...

ini habiskan cuti tahunan terus ke..sampai 19hari cuti... hehehe... ikan buntal boleh makan... kalau tahu tak beracun pun..macam takut juga nak makan ni.

mama tisya said...

syok cuti lama..byk tmpt jln2 tu...uiks ikan biruuuu

Lya Amie said...

amboi jalan sakan. seronoknya

Cho Zila said...

memang sakan... 19 hari kot... hilang sekejap kerja di opis yer... oklah gembirakan hati mertua lagi dapat pahala... akak tak penah sampai labuan...teringin gak nak pergi..
ps... memang bersih sungguh pasar dia... kagum akak...

Julia Johari said...

Syoknya cuti direct 19 hari haaaa wowwwwwwww...mmg betul2 heaven ni sis...byk aktiviti akak...paling best tgk ikan buntal tu hehehe juju x pernah mkn...siang ikan buntal pun x reti...

el said...

nak cuti2 gak lah 20hari ok x hihih
ikan buntal tu comey sgt..lau bela lam akuarium ok x

Hanis Azla said...

As-salam izwa..

Jalan-jalan dengan family dan cuti2 balik kampung, itulah yang paling best sebenarnya. Paling best dapat bercuti panjang.. itu lagi best. 19 hari ya. Wahhhh sangat ni. Syok betul tu dapat rehat sungguh-sungguh. Syukur. Selamat kembali bekerja Izwa.

Inani Hazwani said...

Fuhhh memang syok cuti lama lama ni. Heheh. Seronoknya tengok bebudak tu main dekat pantai :)

JS said...

lawanya gambar2 tu..guna kamera apa ye? hepi holiday!

Nieyl said...

amboi...seronoknya lah cuti 19 hari ye...
kalau nieyl yg cuti 19 hari...
alamatnya jadual bos nieyl tukang tebalik laaa...hihihi...
bestnya berjalan²,sambil berehat bersama keluarga tersayang...

ezan idma said...

memang murah betul sis bunga kantan tuuuu

NUNU EERA said...

nak bgtau jgk. kg kite kat segamat jgk.
kg tg sengakawang aka gudang jakel tu. hehe
kakak ni msti pkerja cmrlang sbb cuti ade byk. hehe.
iols bulan 12 ni kalau cuti da kire kena potong gaji. lol.

Raihanah Ahmad said...

macam2 kaler ikan tu, gorgeous betul

HeNRieTTa JoSe said...

bestnye jenjalan...bru rietta tahu ikan kaler biru biru tu boleh makan...masa rietta tgk dlm taman laut, igtkan jenis ikan hiasan...bunga kantan tu mmg sngat murah...

Blog Akak Kembang said...

bilalah nak sampai Labuan ni ... huhuhu
bestnya leh cuti lama2

hainom OKje said...

Nampak sihat lagi atuk Eady tu.
19 hari? Mmg cuti sakan tu namanya. Alah....dah berbulan bekerja apalah sangat cuti lama sikit pun kan...

Ohhh adik beradik Eady ramai kat Semenanjung ye Izwa.

Kira Sakura said...

memang rehat betoi tu hihihi. ktorang pun kalau balik ipoh biasanya memang rehat santai dekat rumah. kalau balik penang je jalan merata hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang