thumbnail

Sunday, December 18, 2016

MAHA 2016 Mencatat Sambutan Luar Biasa



MAHA 2016 MAEPS SERDANG | Diberitakan MAHA 2016 mencatat sejarah sambutan luar biasa dari pengunjung sejak direkodkan dari tahun 2014, dengan sasaran 3 juta pengunjung MAHA 2016 telah menerima 3.7 juta pengunjung sejak ia bermula pada 1 Dec - 11 Dec 2016! WOWOWO..hebat sangat orang kita bagi sokongan~


Bertemakan Our Food Our Future


MAHA 2016 MAEPS SERDANG | dengan bertemakan "OUR FOOD OUR FUTURE" sangat menarik ramai pengunjung untuk ke MAHA 2016 ! Ye lah, orang kita kan terkenal dengan sifat suka mencuba pelbagai jenis makanan lagi pun sapa yang tak suka makan ye dak? Ehh..tapi kan sebenar nyer bukan sebab makanan juga orang ramai datang ke MAHA 2016 ni! Ada pelbagai aktiviti dan pameran terdapat di MAHA 2016 yang buatkan orang datang berpusu-pusu ke MAHA 2016 sampai mencatatkan sejarah pengunjung teramai! Ada yang sanggup ambil cuti semata nak ke MAHA 2016! Hebat sangat ni~



Menariknya lagi, tak kira apa bangsa pelbagai kaum dari seluruh Malaysia datang beramai-ramai bagi memeriahkan MAHA 2016! Mungkin tema ini sangat dekat pada hati orang kita kan? Tak kisah berpanas, berhujan sambutan tak pernah kurang sepanjang 11 hari berlangsung MAHA 2016 ini dan kemuncaknya ialah di hari terakhir MAHA 2016!


MAHA 2016 MAEPS SERDANG | pelbagai aktiviti menarik terdapat di MAHA 2016 yang lepas, antaranya terdapat tarikan baru Kampung Mok Cun, Kampung Durian Upin Ipin, Festival Muzik, Laman Padi dan Laman Perikanan yang mana sangat menarik orang ramai selain dari pelbagai makan yang boleh dicuba sepanjang berada di MAHA 2016.

Kemudahan yang baik juga disediakan di MAHA 2016 ketika sepanjang 11 hari ia berlangsung. Shuttle bus disediakan dari tempat letak kereta juga surau yang sangat selesa buat para pengunjung! Yelah kalau nak tahu nak pusing 1 MAHA 2016  ni memang makan sehari suntuk dari pagi sampai malam tau! 

Malam pun tak kurang orang!


MAHA 2016 MAEPS SERDANG | Tahniah buat para penganjur & peserta yang terlibat disepanjang MAHA 2016 ini kerana boleh dianggap MAHA 2016 sangat berjaya kerana melepasi sasaran pengunjung dan mencatat kutipan jualan sebanyak RM380 juta! WOW~

Syabas para penganjur, syabas para peserta. Mohon 2 tahun akan datang MAHA datang dengan tema yang lebih hebat & mencatat pengunjung lebih ramai. TAHNIAH penganjur dan peserta MAHA 2016!




7 comments:

Raihanah Ahmad said...

memang ramai sangat kalau tengok dari sharing semua blogger

Warisan Petani said...

MAHA kali ni tak turun pun.
Pengalaman MAHA dulu2 macam masih terasa penatnya.

Julia Johari said...

Wahhh meriah...mak abah julia pi maha ni...mcm2 diorang beli anak pokok hehe

el said...

sonok dgr n baca psl MAHA 2016 ni
mcm nak pi je tuk next MAHA hihi

Blog Akak Kembang said...

tak menyempat nak gi sb seram ramai org ...hehehe

hainom OKje said...

Tak pernah pergi pun...
Dah org cakap kena berjalan jauh terus malas haha...

Kira Sakura said...

memang ramai kan. tapi kira je tak sempat hari tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang