thumbnail

Thursday, December 29, 2016

Mencari Momentom


Hello? Macam dah lama giler tak update blog tak jengah blog korang..kerkerker..mak super busy sebab insentif ni la pastu busy urusan sekolah anak sampai nak tengok blog pun takde masa! Err..blog job ade 2 tertunggak lagi ni! Macam mana nak buat idea pun nan hado. Haduiii..helpppp~

Kerja serius lagi nak kejar 31hb ni lagi giler-giler kerja silap-silap sabtu ni pun kene kerja wehhhh..mak is so stress sampai hari-hari migrain okeh! Punyer stress, punyer penat. Oh ye nak habis tahun 2016 kan? Meh la nak recall apa yang jadi kat tahun 2016..hmm..mana nak mula? Life alhamdulillah makin baik, makin bahagia (syukur alhamdulillah!) korang boleh baca post-post aku yang lepas dan paling manis sekali ialah permohonan doa yang aku kirim pada kawan yang pegi umrah tu didengari oleh ALLAH SWT. Alhamdulillah proses untuk setelkan hal-hal rumah dah dekat 60% selesai, tinggal tunggu call dari Jabatan Penilaian Tanah then boleh proceed loan pulak. Last tinggal tunggu rumah siap insya Allah dijangka tahun 2018 siap. Gulp! Macam sekejap je masa berjalan kan! Phiewww..

Amanah paling besar buat aku dan Eady

Anak-anak alhamdulillah sihat semua, tahun depan Syahmi dah darjah 4 Sufiya darjah 2 dan Syakirah masuk tadika 4 tahun. Sobss kejap je dah besar anak-anak nie! Hmm..kenapa kan kita mak-mak ni anak dah nak masuk darjah 4 pun tetap rasa macam dia orang ni baby-baby lagi? Ha..ha..ha..ke aku sorang je rasa macam ni?? Aku tak pernah rasa dia orang ni besar padahal melawan pun dah pandai ni. Tu yang seluar kuning tu aku pun pening macam mana nak pikir tahun depan nak bagun pagi nak kene mandi dulu! Haishhh..yang sorang ni ragam ni masya Allah kemain manja kededek keledek bagai lah. 

Apa pun setiap hari doa yang baik-baik sentiasa mengiringi hidup anak-anak ni, aku sentiasa doakan Syahmi Sufiya Syakirah menjadi anak yang soleh solehah yang mendengar kata.

So, yang tak manis pulak..takpelah tak perlu cerita kot, ade satu 2 je kes nyer tapi tak besar mana pun tak jejas pun life aku. Alhamdulillah, benda ni mematangkan aku lagi dan menjadikan aku lebih kenal erti siapa itu seorang manusia. ;)


So nak cakap apa lagi takde benda nak cerita sangat pun sebab kerja aku banyak sangat niii..huwaaa....Labuan mana Labuan? I Miss U Labuan! Demmm u i miss u so much!

14 comments:

Kakzakie Purvit said...

Yg seluar kuning tu dah nak sekolah dah?
Alahai adik:)

Radhiah Izzati said...

Semoga tahun 2017 akan dilimpahkan rezeki.. nanti rumah siap jgn lupa jemput.. kih3..

el said...

kita pun sibuk pindah rumah ni hahah all the best tuk 2017

Kakcik Nur said...

Anak - sudah berumahtangga pun masih dibimbangi dan dibimbing serta diperhati kehidupan mereka...

Petak Bunga said...

sama lah.. bussy sgt sekarng.
alhamdulillah masih ada kerja sb tu busy.

Norhayati Mohd Isa said...

Akhir tahun memang bz sikit Idzwa..
Banyak kerja yg kena closing..

Hihihi nak sekolah sikecil tu ye..
selamat bersekolah :)

Rozita Abdul Rahman said...

sekejap lg semuanya dah besar.. macam sekelip mata je..

Fiza Rahman said...

Samalah.. Blog makin ke laut. Busy dengan kerja lagi.

eima said...

kejap je abis dah 2016 .... fuhh lama cuti ni naik kerja boleh ke hadap realiti ni wa ?/ hahhaha

Nooriah Abdullah said...

Seluar kuningg maktok book sbb tomey sngt
Aksi nya pun boleh tahan Wa

Ros Ibrahim said...

Salam perkenalan :) -- RosIbrahim.com

Khir Khalid said...

Baru dpt berBW setelah waktu berblog tak dpt dikawal dgn betul huhu... salam ceria selalu semua :) :)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

xpe slow-slow..inshallah semuanya bakal dipermudahkan ..amin

Kira Sakura said...

Alhamdulilah moga yg baik2 terus mengiringi akak sekeluarga amin amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang