thumbnail

Tuesday, December 13, 2016

#MyTravelokaEscapade : Melbourne Australia Destinasi Pilihan Hati & Jiwa

You Need A Holiday Lah! #MyTravelokaEscapade


You Need A Holiday Lah!

Bercakap pasal bercuti ni mesti ramai yang teruja giler kan? Dah tentu termasuk aku! Bab tempat bercuti impian aku tak lain tak bukan ade 4 tempat ni je yang sentiasa duduk dalam bucket list walaupun angan-angan sebenar nak pegi kesemua negara..chewahhh! Kemain padahal paling penakut naik flight..he..he..he..yang penakut ni la naik flight tiap-tiap tahun tau! ;)

Setiap kali bersembang dengan Eady bab-bab bercuti ni mesti 4 tempat ni tak lepas dari bibir aku! "B nak pegi Switzerland, New Zealand, Australia last tempat wajib dah tentulah Mekah." Then setiap kali tu jugak la Eady akan cakap "ape ade tempat-tempat macam tu bukan nyer ade benda pun! Orang lain sibuk nak pegi London, Paris B je nak pegi tempat yang nak shopping pun takde tempat." Hah haaaaa..tu lah dia aku ni bukan kaki shopping so tak teruja pun takat nak pegi-pegi tempat ramai orang ni. 

Bagi aku definasi bercuti ialah pegi tempat yang aman damai, pemandangan indah, jalan-jalan susur pantai susur jalan sambil-sambil tengok langit tengok alam semulajadi. Pelikkan aku nie? Kalau aku dengar orang nak pegi Swiss ke Australia ke kemain bulat-bulat biji mata aku sebab teruja sambil membayangkan betapa best nyer lepak santai kat rumput sana sambil layan view paling indah.

Aku nak bercuti sambil anak-anak dapat menikmati dan belajar tentang alam semulajadi bukan nyer tempat bershopping, lagipun kat KL ni ape yang takde semua ade dan zaman sekarang nak shopping semua dihujung jari so rugi kalau bercuti pegi shopping. He..he..he..aku nak amik gambar family banyak-banyak dengan view yang super duper awesome. Hah..boleh macam tu definasi bercuti aku?

Paling dekat yang aku nak pegi AUSTRALIA la sebab yang lain tu bukan main jauh. Macam yang korang tahu Australia ni bukan main besar so sebelum bercuti kene buat kajian tempat mana sebaik-baiknya pergi sebab dah alang-alang pegi kann! Wahhh..bercakap macam dah pernah pegi kau..he..he..he..takpe ilmu untuk diri sendiri kannn ;)

Australia terdiri daripada 6 buah negeri dan 10 buah wilayah yang terletak di bawah sistem pemerintahan federalisme.

Dan, dalam banyak-banyak negeri dan wilayah disana aku paling tertarik dengan MELBOURNE, AUSTRALIA! Nak tahu kenapa? 1st sebab Melbourne telah dua kali diletakkan di tempat pertama dalam satu kajian oleh The Economist tentang Bandar Raya Paling Sesuai Didiami di Dunia atas dasar sifat-sifat kebudayaan, iklim, kos sara hidup, dan keadaan sosial; sekali pada 2002, dan sekali lagi dalam tahun 2004. WOWOWOWO..hebat sangat ni sampai aku sendiri sentiasa baca pasal Melbourne dan setiap kali ade blog-blog yang update pegi Melbourne laju-laju aku hadap dan khatamkan setiap entry. Begitu gigih okey~

Sedikit info dari Wikipedia, Melbourne ialah ibu negeri dan bandar raya terbesar di wilayah Victoria, dan bandar raya kedua terbesar Australia (selepas Sydney), dengan penduduk seramai 3,600,650 di kawasan metropolitan Melbourne (Jun 2004) dan 61,670 di City of Melbourne (yang merangkumi kawasan pusat bandar raya sahaja). Motto bandar raya ini ialah "Vires acquirit eundo" yang bermaksud "kami semakin kuat sewaktu mara kehadapan". Melbourne pernah menjadi ibukota Australia antara 1901 dan 1927.

2nd, korang nak tahu lagi tak apa yang best giler kat MELBOURNE, AUSTRALIA tu? Meh aku listkan bagi korang teruja sama macam aku selain dari keunikan cuaca di Melbourne yang kerap berubah sehingga dipanggil negara empat musim dalam 1 hari! Hah tu baru intro :) Okey sekarang kita semak checklist tempat-tempat menarik kat Melbourne, Australia.

1. Flinder Street Station - station keretapi yang dah berusia 114 tahun (sejak 1909) menjadi tempat pertemuan pasangan kekasih pada zaman dahulu.

2. Hosier Lane a.k.a Street Art  di Melbourne yang menjadi antara lokasi femes untuk bergambar. Nampak unikkan?

3. The Nobbies Phillip Island - terletak di bahagian Tenggara Victoria ataupun kira-kira 142km.

Antara lokasi WAJIB PERGI kalau jejakkan kaki di MELBOURNE! Disini dikatakan kampung halaman THOR, ala thor movie tu la (konon nyerrrr..hehehe..) dan yang paling penting inilah lokasi penguin pulang petang. Wahhhh gitu? Walaupun disini tak dibenarkan tangkap gambar dengan flash, korang tak teringin ke tengok penguin terkedek-kedek secara live, dengan mata kepala sendiri? Lagipun kat sini ade restoran halal untuk dicuba. Winkwink ;)

Philip Island Wildlife Park

Maru Koala & Animal Park

4. Phillip Island Wildlife Park & Maru Koala & Animal Park - Lepaskan peluang berselfie dengan kanggaroo & koala Australia? Mungkin tidakkkk! Tempat wajib bawak anak-anak, mesti dia orang seronok dan balik bercerita dekat kawan-kawan sekolah. Best ape? Selama ni tengok kat komputer atau tv je ini berjumpa berpeluk dan bergambar? Selain dari 2 tempat ni kalau sempat sila singgah Kennet River tau! Kat sana penuh dengan hidupan (haiwan liar) yang boleh dikatakan jinak! Boleh bagi haiwan liar Australia makan dengan tangan sendiri.

Wye River

Great Ocean Road

5. Wye River & Great Ocean Road ! - route INI PALING WAJIB ! Dikatakan The Best Route Ever dari semua pembacaan aku. Serius aku suka view macam ni walaupun perjalanan dia makan sehari semalam punyer perjalanan! Kat sini lah batu cantik yang wajib korang bergambar kalau dah sampai MELBOURNE tau. Kalau tak bergambar dengan batu tu dikira tak jejak MELBOURNE kau..ha..ha..ha..ohhhh my impian! Doa kan aku dapat bergambar secara live kat sini tauuuuu...aamin aamiin aamiin~ Fuhh..

Aaaaa...VIEW IDAMAN

Bila lalu GREAT OCEAN ROAD, jangan lupa drive sampai ke Apollo Bay dan juga Twelve Apostles atau ke Port Campbell. Arca-arca batu semulajadi (yang jadi impian aku untuk singgah dan bergambar seterusnya jadikan gambar sekeluarga tu diletak kat hall rumah baru kami nanti, gitu impian aku!) Di sini juga gak ade restoran halal yang bernama Iluka. Ehemm..bab makan dilupa jangan. :)

Puffing Billy Steam Train

6. Puffing Billy Steam Train - family attraction yang mana takkan sekali aku lepaskan peluang untuk aku sendiri & anak-anak merasai pengalaman berharga menaiki keretapi steam yang dari zaman 1900! Klasik sangat boleh jengukkan kepala ke luar tengok view sambil layan asap kepul-kepul keluar dari keretapi tuh..aaa best nyer~ Anak-anak mesti suka nie :)

Bathing Box Brighton Beach

7. Bathing Box Brighton Beach - masuk dalam bucket list jugak ni! Weyyy takkan kau ke MELBOURNE boleh lepaskan tempat ini? Tidakkk...! Jangan kau lupa jejakkan kaki kat sini kalau tak dikira tak jejak kaki kat MELBOURNE jugakk..ha..ha..ha..walaupun ia sebenarnya rumah orang tetapi adalah dibenarkan untuk bergambar sampai lebam sebab Bathing Box ni dah jadi salah satu attraction di Melbourne juga. So masukkan juga dalam bucket list okey.

Sekarang last sebelum balik Malaysia (wahhh gitu sekali kau Izwa!) sila lah ke Queen Victoria Market.

Queen Victoria Market

8. Queen Victoria Market - since 1878 market paling femes di Victoria antara lubuk cenderamata, dan tempat ini di bahagikan kepada beberapa bahagian. Ada Fruit & Vegetable, Meat, Seafood, Gourmet & Deli Food. Juga bahagian paling digemari ramai iaitu bahagian menjual pakaian, kasut dan barang perhiasan diri.

Phieww..kalau ikutkan banyak lagi list yang perlu disenaraikan apabila ke Melbourne, Australia. Lebih kurang dekat 20 tempat lagi tapi senarai kat atas tu adalah tempat WAJIB pegi, WAJIB singgah dan WAJIB dimasukkan dalam list kalau berimpian ke MELBOURNE. Mungkin perlu lebih dari 8-9 hari kot nak habiskan route Melbourne, cuma amik yang wajib pergi dulu je, okey? ;) Ehhhh.. dah kenapa beria-ia sangat aku cerita pasal DESTINASI IMPIAN aku ni? Okey meh sini nak bagitau..

Aku sedang berdoa supaya TRAVELOKA dapat merealisaikan impian aku yang tak dapat sambut anniversary ke-10 yang lepas, kira kalau TRAVELOKA dapat hadiahkan aku percutian impian ini di tahun ke-11 perkahwinan kami lagi best & mengancam kot! *wink* 

Apa Itu TRAVELOKA?

TRAVELOKA ialah sebuah web yang menyediakan kemudahan untuk menempah tiket flight beserta dengan hotel dalam satu masa. Dengan adanya TRAVELOKA ini semua tempahan boleh dibuat dengan cepat & pantas malah mudah kerana ia tidak mengambil masa yang lama untuk menguruskannya. Paling penting ia menjimatkan masa dan sangat boleh dipercayai. Malah harganya lebih murah berbanding yang lain, juga TRAVELOKA sering kali mengadakan promo atau offer yang perlu disemak dari masa ke semasa.








TRAVELOKA sentiasa menawarkan promosi harga tiket & hotel yang boleh dinikmati oleh semua. Yang penting harga ditawarkan jauh lebih murah itu membolehkan kita merancang percutian keluarga yang kebiasaannya menggunakan perbelanjaan yang banyak! Dengan TRAVELOKA kita sekeluarga boleh berjimat duit penerbangan juga duit penginapan maka lebihan duit berkenaan boleh dijadikan duit berbelanja makan atau membeli sedikit cenderamata ketika bercuti. Pendek kata TRAVELOKA sangat membantu dalam perancangan bercuti.

Selain dari itu, untuk lebih mudah merancang percutian, TRAVELOKA juga ada menyediakan App yang boleh di download dari Google Play Store & juga di APP Store yang menjadikan tempahan lebih pantas dihujung jari sahaja & pada bila-bila masa! ;) mudah nyer nak bercuti dengan TRAVELOKA~

Boleh layari web rasmi TRAVELOKA ini di : www.traveloka.com.my atau dengan menggunakan hashtag #MyTravelokaEscape bagi memudahkan misi pencarian. SIMPLESo, apa lagi? Sila download, sila terjah web TRAVELOKA dan sila doakan aku menang tauu. He..he..he.. ;)

Korang pun boleh join contest, ni mana tahu rezeki korang (atau aku) menang percutian free yang ditaja oleh TRAVELOKA.

*btw, gambar/info semua ihsan google, aku share untuk info dan simpanan aku sendiri je ;)

16 comments:

Maria Firdz said...

Moga tercapai impian tersebut...

Kakcik Nur said...

Seronoknya andai impian jadi kenyataan, kan? 😊

FarahGlanzDotCom said...

salah satu tempat yang ada dalam wishlist jugak..heee
all the best dear..moga ada rezeki yer..;p

Nurzakiah Hanum said...

bestnya kalau impian tercapai

Falsya said...

bestnyeeee kak...cantik betul...semoga impian akak tercapai..amin...

Mazni Azmi said...

Bagus ada impian nak pergi bermusafir. Barulah luas dan banyak pengalaman

mama tisya said...

syok kn kalo dpt pegi melbourne...adik kita dh 2 x pegi australia...sronok btul

- dieyana - said...

kite pun teringin nk g Melbourne!
good luck! moga tercapai impian awk tu ya!

Inani Hazwani said...

Syok sangat ni kalau dapat pergi semua tempat kan. Goodluck kak Izwa:)

Kesuma Angsana said...

Salam Rabu. Menyinggah bila ada kesempatan hari ini. wah menarik ni & gd luck yer izwa

JS said...

moga tercapai impian, bestnya la kan hihi

el said...

good luck awak
melbourne best sgt

Raihanah Ahmad said...

saya pun suka ke australia.

Fiza Rahman said...

Good luck babe.

Siqah Hussin said...

Good luck akak :)

NUNU EERA said...

goodluck akk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang