thumbnail

Saturday, January 30, 2016

Sabtu Pun Update?


Free pulak nak update hari ni walaupun tahu tak ramai yang baca ;) tapi takpe blog sendiri so syok sendiri pun okey jek..kekekeke..

Harini macam hari minggu biase, tetap OT. Nak duduk rumah pun sama jugak kot budak-budak ni bukan diam pun, jadi bawak la datang office sekali buat teman. Dia orang dah paham sangat kalau mama kerja sorang pun tak boleh kacau. Yang penting bagi makan cukup (OT pun bawak bekal okey) bagi sorang 1 buku kerja sekolah (buku latih tubi) cukup time baru boleh main/tengok Ipad. 

Adik mok tu tak tido ok, so jangan nak kecam sangat anak tido kat bawah.

Adik mok biase tido dalam stroller atau kat tempat lebih selesa dari tu ;) ini main snap je waktu budak-budak ni tengah bertenang. Kat office ni ade meja bincang, meja tu tempat dia orang buat kerja latih tubi tu. Petang abis OT bawak pegi main taman kat Titiwangsa pulak. So win-win situation. Kalau duduk rumah tak dapat pegi taman sebab taman bapak jauh dari rumah. ;) dari office tak sampai 10 minit jek.

Main sama-sama pun senang nak control biler duduk kat situ.

Pantau dari balik fail menimbun ;)

Kat taman la belanje ais krim ke whatsoever untuk dia orang pulak. Hidup kat bandar semua nak kene balance, hidup..keluarga..anak-anak..yang penting diri sendiri paling terakhir sekali. Sobs~ Letih? tu biase dah..dah lali kot. Sampai rase tak letih pun ade. 

Boleh je tak nak OT tapi biler datang kerja kene lebih struggle dari biase lah. So malas, hari minggu sedap sikit buat keje takde gangguan..takde peminjam datang, takde gangguan panggilan telefon dari peminjam ;) mase bertenang ni la boleh setelkan fail beratus-ratus nie.

Friday, January 29, 2016

Kehadapan...


Hari kelmarin aku dengan ibu-ibu taska duk tergelak-gelak baca ade surat cinta terjatuh dalam bilik salin lelaki..biler tanye dah tentu la sorg pun tak mengaku.

Tertulis "Kehadapan Sofea yang saya sukai.. saya amat menyukai awak sofea.." ada lagi panjang tak ingatlah pulak aku apa lagi yang tertulis, aku sekadar baca je la takde la bajet untuk anak aku. 1 sebab ejaan nama pun dah tentu lah bukan sebab nama dia ialah Sofea bukan SUFIYA, 2 sebab kat taska tu ramai nama Sofea.

Sekali semalam Syahmi cerita kat aku yang surat tu sebenar nyer untuk kakak! Hahaha..tergelak la aku tapi muka Eady berubah..eheemm..muka dia kalau dah lain aku tau la makne nyer ape, makne nyer dia tak suka. Aku anggap benda ni sekadar main-main jek tapi bagi Eady biase la anak dia kan, marah la dia lagipun dia cakap kakak baru darjah 1. Kamonnn bangg..main-main je kot..he..he..he..sepanjang jalan dalam kete dia tak nak dengar psl nie. Ok fine~

Mati aku kalau Syahmi tau aku letak gambar nie..ha..ha..ha..dia tak nak aku tunjuk orang gambar dia takde gigi..matilanak~

Later kalau ade surat tu lagi kat taska aku snap kan gambar okey! Cuma teringat mase ade budak perempuan bagi Syahmi no telefon mak ayah dia..hahaha..ade ke minta mama Syahmi call mama dia nak suruh bagitau yang dia suka Syahmi?? Ohmmmmmmggeeee...~

Nasib baiklah Sufiya ni pesyen gangster melebihi budak jantan..ade ke dia pegi cakap kat budak tu "saya tak suka awak pegi suka kat orang lain!!" hahaha..so sebijik macam mama ko laaaaa...tak reti nak caover perasaan orang..huhu..jujur sangat tuh nak~

Syahmi bagitau aku yang surat tu kakak budak tu yang tuliskan, si adik cakap si kakak tulis kan..so sweet..keh..keh..keh..

Haishhh..terus terasa tua mama korang ni biler anak dah start masuk alam sekolah nie. Jenuh nak adjust sana sini nak betulkan timing nak balancekan diri. Penat kot anak sekolah ni kan korang? Terkejar-kejar rase nyer macam tak cukup waktu.

Tu belum kire yang paling kecik asyik buat perangai sekarang nie, dah pandai tak nak pegi taska. Sibuk cakap "nak mama..nak mama..." padahal kat umah tak peduli pun dengan aku sebab dia kan manja maktok, sikit sikit mak tok sikit sikit maktok..aku kat umah tak laku okey dengan dia T_____________T

Budak terlebih bijak nie!

Tadi baru jumpe ustaz minta air penawar, ntah kenapa sejak pindah kelas ni asal nampak pintu taska je start meraung padahal dia la terpaling susah nak menangis..hmm...hmmm..harap lepas ni ok je lah.

So selamat bercuti panjang korang..ehh panjang ke? Aku macam biase setia di office ;)

Thursday, January 28, 2016

Pendek Dan Comel Tak Dapat Dipisahkan.


Nampak?

Kerusi tu la, sebagai penahan kaki jangan bagi lenguh~ Seharian buat kerja takkan nak bagi kaki tergantung? Cukup time sebelum bersara dah sakit kaki la aku cannie..sobs~ Macam ni la orang pendek, kalau aku duduk rendahkan kerusi bagi kaki cecah lantai macam mana plak dengan tengkuk aku nak buat keje tengok pc, pening kepala aku rase biler rendah kan kerusi tapi kene tegakkan leher sentiasa. Y__Y

Korang ingat senang ke jadi pendek nie?? Susah tau. Terpaling sakit hati biler tengok online jubah atau masuk kedai jubah! Hehh..korang tak tau ke orang Asia ni rendah-rendah?? Yang korang buat jubah panjang-panjang setinggi model mat salleh tu dah kenapa?? Tak adil tau! Kalau ade jubah untuk orang rendah harga plak mencengkam sampai senak ke sanubari. Bapak mahal sedangkan kain nyer sikit je kalau nak compare dengan jubah orang tinggi~ Lebih dan kurang meter kain kot.

Tu belum kire kalau pegi pasaraya barang kat belah-belah atas tu..adehhh laaa..kalau pegi beli barang dapur dengan abang sado aku tu takpe lah ini kadang pegi sorang je kot..dah kene cari orang minta tolong amik kan barang yang kat belah-belah atas tuh T___T

Masuk pulak bab beli seluar jeans, beli mahal-mahal end up kene hantar ke kedai untuk minta potong. Kadang aku pegi beli seluar jeans kat belah-belah remaja punyer saiz jek..payah sangat. Masuk plak bab beli kasut, takkan nak pakai flat shoes lagi la rendah, nak pakai kasut tinggi sentiasa memang bengkok la tulang belakang..dah canne? Orang pendek biase dianaktirikan dalam semua benda Y___Y

Ingat lagi mase sekolah asyik kene ejek " izwa pendek.." "budak pendek" "kemetot" semua ade la tapi nak buat macam mana sakit hati pun terima jugak la sebab dah memang pendek pun..ha..ha..ha...dah kawin TERkawin plak dengan si tinggi sado ku itu.

Tengok Eady kene bengkok kan kaki T__T

Heh..Eady tinggi tau! Jauh beza la dengan aku. Macam pokok kelapa dengan pokok kaktus. He..he..he..nasib baik mase kawin pakai kasut tinggi yang memang tinggi. Kalau tak ketara sangat perbezaan nyer.

Sekarang dah mula terasa balik sebab Syahmi dah pandai ukur ukur dengan mama dia nie! Huarghh...dia ukur kepala dia dah kat bahu mama, tak lama lagi dah lepas kepala mama dia cakap. Nak buat macam mane bang..mama tak makan sayur macam nie lah..kah..kah..kah~

Ehhh dah kenapa aku membebel pasal pendek nie? Ye laaa marah laaa biler ade orang duduk tempat aku pastu usik kerusi aku nie. Haishh...tak suka lah~

Amik gambar nak kene ade skill jengket kaki bagi nampak tinggi sikit!

EHHH..lantok la pendek pun pendek lahhhhh sebab orang pendek ni biase comel terlebih sikit dari orang tinggi..ha..ha..ha...takmo kalah wehhhh! ;) Kalau nak cerita pasal pendek dan comel memang 8 kajang nanti entry nie! Ala jangan la dengki dengan orang pendek tapi comel nie~ Hi..hi..hiii.. ;)

Got to go..nak tengok Sufiya kat sekolah sekejap sebab dia masih lagi on off sakit perut..dan pagi ni aku ade ceramah, later aku BW okeh. Daaaaa~

Wednesday, January 27, 2016

Sweet Tahap Potong Kaki Nih!~


Cepat mengaku sapa sweet like candy tahap potong kaki nie?? Tanjat gegurl okeyyyyy biler semalam orang kaunter suh datang depan collect surat yang sampai. Apekahhh...siapakahhh yang rajin sangat nak hantar surat kat aku nie? Kalau setakat surat peminjam tu biase ni Skynet punyer kot~

Tanjat la sebab biase parcel or produk review akan sampai ke alamat Eady. Aku memang takkan dapat ape-ape barang kecuali surat iklan Sogo jek..hu..hu..hu..~

A Bag Full Of Love & suprise also!

Gigih telek dari sape yang bagi tapi sayang nyer hanya tertulis dari Printcious Gifts Sdn Bhd. Aku syak orang yang order tu beli online then send tru syarikat nie. 

Tadaa~ Tanjat gegurl sebab sweet nak matik!

Mouse Pad?? Siap tarikh anniversary kawin?? Uhuks..sapa bagi nie? Kenapa sweet sangat tahap potong kaki nie?? Nak kata tok laki memang tak la kot sebab dia bukan sejenis yang sebegini punyer suprise! Dekat 10 tahun kawin pun ade 2 kali jek dia buat suprise tahap aku boleh sengih selama berbulan-bulan..kah..kah..kah~ Ugut-ugut pakse-pakse tanya pun memang confirm bukan dari dia!

Macam tau je kan mouse pad aku uzur tahap takde rupa sampai orang pun confius ni mouse pad ke kertas pasir nie..ha..ha..ha..mouse pad yang ade ni tinggalan orang yang duduk kat meja ni dulu..aku dari hari ke hari nak tukar mouse pad tapi tak jumpe yang berkenan. Ehemmm..hakak kan sejenis manusia yang nak benda cantik di mata tak cantik hakak tak berkenan okey~ tapi sekali dah tersuka memang sampai reput hakak guna, gitu kekdah nyer! ;)

Mouse Pad Lama vs Mouse Pad Sweet giler tuh~ 
Wuhuu..akak is so semangat nak datang keje la cannie..ha..ha..ha...

I'm In Love, TQ~

Huuuiiii...sapakah yang bagi ini sekali pun nak cakap TERIMA KASIH BANYAK sebab suka sangat! Haiisshh suka giler la haaaaaiii~ Sweet nyerrr..muah muah muahhh..confirm yang bagi ni perempuan sebab lelaki takkan bagi la hadiah macam nie! ;)

Tuesday, January 26, 2016

Busy Dengan Life.


Sori buat mase ni memang tak sempat nak BW. Penat pun ye busy pun ye! Busy kerja okey lagi no hal masih boleh handle tapi busy dengan anak-anak tak sihat ni memang badan je kat office jiwa merata-rata!

Dari jumaat lepas kot, bawak Syahmi cabut gigi la..dagu dia luka kene bola pulak la..haishhh budak sorang tu macam-macam hal! Sabtu ahad pulak Syakirah Sufiya start demam batuk..huarghh..yang kakak ok lagi tapi adik mok takyah cakap la..semua benda tak kene nak dukung la menangis tak tentu pasal la..al fenat giles~

Hari ni Sufiya pulak start cerrie berrie..bawak pulak ke klinik, makan ubat termuntah pulak..serius rase penat sangat! Eady memang tak boleh kacau la, duty jaga kaunter bayaran memang tak boleh kemana-mana, so kene la uruskan sorang.

Budak jarang sakit sekali sakit memang teruk terus!

Tido dulu kat office mama sementara nak tunggu lunch.

Lunch baru nak hantar Sufiya balik, mak tok suruh hantar balik. Lagi pun nak cuti memang tak boleh. Kalau nak EL memang tak tercover sebab sorg PT pun dah MC gak nie. Hu..hu..hu...

Lama dah anak-anak tak sakit, sekali sakit amik ko pakej semua sekali.Uhuks..nak SPA please..nak urut-urut! Ha..ha..ha..

Monday, January 25, 2016

Saki-Baki Gambar Cantik di Labuan.


Dah lama ade dalam draft tapi lupa nak share. Korang ade yang keje ke? Aku cuti tapi kerja uolls!~ dari mereput kat umah baik aku kerja. Kerja siap Ot pun dapat..eh? Hi..hi..hii...syok ape kerja tanpa gangguan! Oh ye, Selamat Menyambut Thaipusam pada yang menyambut nyer ;)

Okey lah malas nak cakap, nak sila cuci mata! Hujung tahun kiter share lagi gambar Labuan yang best tuh.

6.00 pagi

Matahari dah mula muncul

Cantik kan? SubhanALLAH~

Feri menuju ke Jetty Menumbok.

Pukul 7 pagi. Adik mok tak mandi sebab keluar rumah pukul 5 pagi.


Restoran Manja Rasa Labuan

Muzium Marin Labuan

Kampung Air Patau-Patau 2

Ni view dari tepi Pasar Besar Labuan

Anjung Ketam Labuan

Pantai ape ntah lupa dah aku. Tak berapa bersih nak mandi.

Dating menunggu anak-anak main kat playground

Billion Waterfront Hotel, Labuan

Billion Waterfront Hotel Labuan

Random je aku letak. Semua dari camera hp samsung je, harap ade DSLR tapi pemalas hazabedah nak usung. Pakai hp lagi cepat update kat IG &  FB. So till we meet again Labuan, dan sesungguh nyer aku rindu dengan suasana Labuan yang tak ramai orang cuma yang tak rindu adalah kepanasan nyer..huwaa..rentung kulit mak!

Pagi tadi pun biras dah Whatsapp tanya balik ke tak raya nie? Hehehe...kalau ikutkan bulan 7 kan? tapi masalah budak sekolah tak cuti lama time raya..uhuks..rugi balik Labuan sekejap.

Wednesday, January 20, 2016

Semua Nyer Nak TER!!


So mukhadimah hari ni takde nyer nak WW, hari ni hari membebel. Ehh ni bukan entry marah sesapa tapi marah ke anak.

Habuan buat budak baik.

Ye penat kot aku nak standkan anak bujang yang sorang nie. Semalam jumpa dia kat taska transit dia tunjuk lutut dia luka seluar dia koyak besar! Dia cakap ade budak berlari tolak dia dari belakang. Dia berjalan je tau bukan berlari..hmmm..mesti kuat giler nie sebab seluar dia koyak besar. Hmmm..sakit jiwa sangatt..

Dari darjah 1 kot dia ni macam-macam hal! Sampai darjah 2 pun ade pulak budak buli sampai aku kene turun ke sekolah jumpe budak tu..grrr..budak tu kecik kot dari dia tapi memang kaki buli orang..haisshh..

Last week balik dahi luka lebam benjol sebab ade kawan TERtolak pintu kelas kuat-kuat kene dahi dia, semalam ade pulak budak ntah TERtolak ke memang tolak ke aku pun tak tau dah nak kate. Dah tu boleh pulak dia tak nak jumpe cikgu untuk minta ubat, tak nak jumpe kenapa..alasan dia takut!? Takut?? Huargghhh..mak ko nak jadi hulk dah semalam! Penat dah cakap kalau Syahmi tak salah kenapa mesti nak takut?? Kalau Syahmi tak lari takkan cikgu nak marah?? Jumpe sekadar nak minta ubat je kot~ Haisshh..sudah nyer sampai ke tengahari dia biar je luka tuh. Sampai taska aku pulak kene minta penyelia minyak gamat & pembalut. 

Penat la membebel kat dia.."Syahmi..kalau ade orang buat abg, abag tibai je dia balik! Kalau dia pukul abang pukul dia balik kuat-kuat!" Biler aku cakap macam tu laju je abah dia bagi jelingan maut! Kah..kah..kah..mati la mak ko bagi ajaran sesat~ "Abah pesan, jangan buat orang..kalau orang buat kiter jangan balas balik..biar ALLAH balas.." waduhh pakk..kang dedua aku sebat kang. BAPAK ANAK same jek!

Aku bagi ajaran pertahankan diri tuhhh, abah dia ajar biarkan aje..eeee..sakit jiwa! Aku pesan anak jantan kene kuat! Jangan nak lembik-lembik sangat! Abah dia cakap "ala sikit je tu biarlah..dulu abg sekolah lagi la mak abah tak amik tau pun, turun trak tu jalan la masuk sekolah sendiri walaupun darjah satu" huargghh..padan la takde perasaan je abah korang nie..padan la tak kisah pun walaupun aku merajuk, ending pujuk je hati sendiri..eh?? ha..ha..ha..ha...

Ntah la anak oi..kurus jantung mama korang ni. Tu belum masuk part cerita pasal anak no.2 tuh! Lagi semput nyawa, tak padan dengan pompuan. Lasak nyer berani nyer kalah abang! Pfffttt~

Tuesday, January 19, 2016

Ehhh..Ehhh...Blur!


Ehhh..ehhh..blur kejap nak tulis ape nie..? Masuk meeting sekali ade orang tu tegur..ehhh blogger..harini dah update blog ke belum? Ewahhh..tak coverline sungguh laa bos nie! Ha..ha..ha..ehhh....hai bos~ malu la kitew bos >_< dah segan nak mengarut dalam ni tau..terus pakai purdah la canni! kah..kah..kah... ;) Ohye..laptop bos power okey terus wasap Eady bagitau pasal laptop power tuh.

Pening kejap..dengan kakak aku tak abis-abis wasap dik hotel ni best..dik hotel ni ade offer..ko dah kenapa ganggu aku canni? Cannot kerja la canni kalau ade offer hotel best! Laju je kaki dan hati ni nak jalan merata..nanti bagi reason kat laki sian anak tak pegi mane-mane..atau pun reason ala anak nak periksa kene bagi release tension, pastu tok laki pun ikut je bini dia yang senget nie..hihihii..alasan sangat okey~

makanan minggu nie.

Batuk dah 4 hari dah kot..sampai sakit semua 1 badan. Tak sanggup dah sangat last-last kene jugak pegi klinik. Ingat nak ubat hisap tu je almaklum aku kan keje angkat tipon terbatuk-batuk nak bercakap dengan orang. Kedekut klinik ni bagi ubat hisap tu sepapan jek..huarghhh tak cukup okey!

Dah la doktor muka sebijik Airiel Zafrel tuh!! Mak kauuu masuk dalam bilik doktor tanjat tengok doktor hensem macam Airirl Zafrel..dah pulak sejak biler plak Airiel Zafrel ni jadi doktor?? Hahahaha..ke kembar?? Giler sebijik sejibik! Nak nganga tunjuk tekak pun bapak malu..hahaha..giler sangat! Lepas ni memang tak pegi situ dah la..macam malu jek..hahaha...ntah ape-ape ar!

Malam tadi tido mati lepas makan ubat batuk, sedar-sedar dah pagi adik mok pakai baju lain! Rupe nyer malam tadi dia beyak abah dia uruskan siap mandi tukar baju berbedak bagai...hekk..pukul 10 ko beyak kenapa dik? Harapkan aku memang ke laut dah la malam tadi..nasib baik ade hero.

Dengan masalah office tapi masih boleh handle lagi. Biase la berurusan dengan manusia ni ade 1001 ragam so kene sabar tu banyakkk..kalau tak laju je ko akan dapat report dari pihak atas. Yang tu ok lagi tapi kene yang hmmm..hmmm..ok tak nak citer harap minggu ni setel semua, tak cukup orang pun aku okey jek buat pelan-pelan pun habis je keje macam tak biase khennnn.... 

Yang penting kerja banyak macam mana pun tapi aku happy sebab aku suka giler keje nie. ;)

Monday, January 18, 2016

Roti Canai Yang Tak Habis Jangan Dilempar!


Tajuk pun tanjat sangat..ha..ha..ha..ye la korangggg biler sarapan pagi tu roti canai yang tak habis dah tentu liat-liat biler dah petang kan? Tapi jangan la lempar ke tong sampah weh..membazir sangat tau~ Boleh je di oter kasi sedap balik siap makan pun rebut-rebut tau.

Maafkanlah rupa dia tapi rase terhebat nie!

Rupa agak hodoh tapi rasa takyah cakap lah..bukti anak makan berebut pun dah cukup! Siap berebut dengan abah dia orang. Eady cakap minggu depan nak beli lebih la petang buat lagi. Cehh..

Roti canai tak habis tu korang potong-potong kecik-kecik pastu pukul telur macam nak buat telur dadar tu letak garam skit hah celup je la semua roti dalam telur tu pastu goreng je dalam minyak yang dah panas giler tu..garing sedap kate koooo... ;)

Resepi orang kampung..arwah opah & makcik-makcik aku yang ajar nie. Makan yang tak habis jangan di buang, awter je balik insya Allah habis semua.

Saturday, January 16, 2016

"TIGA LALAT CALENDAR GIVEAWAY"

TIGA LALAT CALENDAR GIVEAWAY
Wak buat giveaway korangggggg~ Aku memang dah cakap kat komen wak haritu kalau wak buat GA hadiah kalendar aku nak joinnnn sebab aku stress giler cari kalendar tahun ni merata-rata takde orang jual! Dah kenapa korangggg tak nak jual kalendar??? Biase majalah fesyen bagi kalendar tetiap tahun mase edisi December pun tak hadeee...im so stress u know!

Dah la aku ni pesyen kalau nak kalendar aku nak yang cantik-cantik yang comel-comel yang indah dimata sebab itulah tempat aku note macam-macam, nak catit cuti la catit birthday semua orang tauuu...kalau kalendar tak cantik aku rase macam alaaaa kenapa tak cantik niiiii...pastu benci tengok kalendar tuuuu sanggup pegi cari atau beli kalendar lain...haaaaa gitu org cerewet Y__Y Nampak tak? Nampak tak betapa kalendar ni sangat penting dalam hidup aku?? Kalau takde memang stress hokeyyyy~

So wakkkk ooo wakkk pasti kan saya menang ye wakkkkk kalau tak saya memberontak nie! Saya hentak-hentak kaki kangggg..jaga-jaga wakkkk...ugut nie..muahahahaha..*gelakjahat* Dah la kalendar wak tantekkkk angat..kalau tak dapat kalender tu mau berdarah hati ku ni wak..keh..keh..keh~

Korang kalau nak join, klik kat gambar tu ataupun klik kat link bawah gambar tu ok ;) tarikh tutup 18.01.2016 (12 tengah malam ikut jam wak kate nyer..)

Friday, January 15, 2016

Baru Aku Sedar!


Baru aku sedar banyak hari dah tak update blog...buka tutup blog buka tutup blog. Otak blur T_T rase nyer nak kene habiskan bulan 1 ni dulu kot baru otak boleh tenang-tenang. Penat masih berbaki kot. Hmmm..kalau dapat pakej spa urut-urut sedap jugak nie kan..

Life macam biase..anak sekolah la keje la masak la makan la dan pusing balik. Kerja macam biase banyak tak banyak tapi sentiasa ada. Oh cakap pasal kerja, boleh senyum-senyum kambinggg..he..he..he..gumbira kot sebab org HR call cakap gaji pokok dah naik ke gaji jawatan baru nie..phiew..lama kot! Dari bulan 3 tahun lepas, takde tunggakan la tapi sedap la sikit gaji pokok dah tinggi skit..sedap tang nak OT..he..he..he...baru semangat khennnn~ Ala tipu la kalau cakap tak happy kan! ;)

sian mama~

Anak-anak kan jujur. Sian mama korang pendek sangat kan! Kasut sukan abang Syahmi pun mama boleh pakai ketara sangat la betapa kecik nyer mama korang ;) tapi takpe yang penting mama maintain comel..agagagagaa...

Abam Syahmi

Cakap pasal abam Syahmi ni la kan..pemalu dan sensitif orang nyer! Tapi..huhuhu..adik dia sekolah darjah 1 baru masuk minggu ke-2 sekolah dah ade kakak angkat~ cemerlang sangat budak-budak zaman sekarang nie. Sufiya ade kakak angkat sebab budak tu berkenan dengan Syahmi..boleh? Kemain berkenan sangat sampai kemain jaga Sufiya kat sekolah. Padahal sekolah asing-asing tau, sekolah agama je sama budak tu. Ye la sorang sek perempuan sorang sekolah lelaki. 

Takpelah sekurang-kurang nyer lega sikit hati mama ni sebab ade orang jaga Sufiya kat sekolah..kui..kui..kui..walaupun Sufiya tu tak perlu dijaga pun. Berani lain machiam budak tuh! Punyer berani sampai berani mendebik abg darjah 5 dalam bas sebab abag tu pijak kasut dia..boleh? Hmmm...macam-macam hal~

Sementara nak reda-reda hal sekolah nie penat badan tak terkata. Huwaaa..nak pakej spa please...alangkah indah nyer dapat urut, mandi bunga ke mandi susu ke...wahhhhh sedap nyer orang urutkan badan~ Ohhh syahdu nyer sebab angan-angan itu adalah free walaupun realiti adalah errrmmm.... Y__Y

Wednesday, January 13, 2016

Resepi Makaroni Goreng Paling Mudah Untuk Anak-Anak


Hah sapa-sapa mak malas masak tapi teringin nak masak sedap meh ikut resepi aku..keh..keh..keh..mak mak rajin takyah follow sangat la resepi aku nie. Aku ni mane reti masak sedap-sedap wey..takat lepas perut tekak Eady dengan anak-anak jek, nak bagi orang lain makan atau rase memang tak berani la..serammmms sangat :D 

Resepi goreng Makaroni biase-biase je boleh la nak share...khenn..resepi lain tu kire lain kali la..ha.ha..ha..

Mac & Cheese

Bahan asas :

> Macaroni, hotdog cheese, sos prego asli, daging hancur, telur 2 biji.
> Tumbuk bawang merah, bawang putih & ikan bilis sikit
> Cili boh sesudu dua

Cara masak :

1. Goreng hotdog tu kecik-kecik (potong ikut suka la nak serong ke nak bulat ke)

2. Sambil goreng tu boleh la rebus makaroni tu (letak minyak masak & garam sikit dalam air rebusan)

3. Tumis bawang putih merah ikan bilis yang dah ditumbuk tadi, dah naik bau masukkan cili boh sesudu dua tu tadi. Tumis sampai masak cili tu.

4. Masukkan daging hancur (ikut suka nak banyak ke sikit ke, aku suka pakai banyak-banyak daging hancur) tumis sampai daging tu masak.

5. Masukkan sos prego 1 tin sedang macam kat gambar tu..tumis sampai meletup-letup, masukkan air rebusan makaroni tu 2 senduk besar (nak bagi sedap sikit sos)

6. Dah sebati masukkan makaroni tadi, dengan hotdog yang dah digoreng tu.

7. Gaul-gaul sampai sebati pecahkan telur 2 biji. Gaul dah sebati tutup lah api tuh~

8. Ohye, garam aku masukkan last sekali! Sebab mase dah pecah telur la sebenar nyer boleh tau ape rase dia..masin ke tawar ke.

Nah ni la hasil nyer!

Sedap tak sedap pagi tadi Syahmi makan 2 mangkuk sebelum pegi sekolah! Dia dengan Sufiya kalau aku masak makaroni goreng ni makan banyak macam makan nasi laaaaaaa~ takyah makan benda lain pun takpe, asyik la ulang-ulang.

Pagi tadi bagi Eady bekal ni sekali, bagi banyak gilerrr kekonon untuk pagi dan tengahari sekali...alih-alih dia whatsappa cakap " sori la abang terpaksa abiskan makaroni ni semua...tak cukup.." uhuks..koranggggg makaroni pack besar okeyyy aku beli pun tak cukup T__T  Bukan sedap sangat, mungkin sebab jaga hati aku kot..keh..keh..keh..

Mana mak-mak yang tak sempat rebus pagi, sila la rebus makaroni ni malam tau, sebelum simpan gaul dulu dengan minyak masak supaya dia tak melekat-lekat. Petua ni aku minta dari akak yang juga kawan aku kat FB tu, dia mentor aku bab bekal anak nie :)

Oh ye lagi, masak yang ni lagi express dari resepi aku yang dulu tuh!! Yang dulu tu siap ade cheese keping la ade susu cair la..kali ni tak payah dah semua tu..nak cepat tapi sedap kan nahhhhh sila cuba resepi nie! 

Selamat mencuba korang~

Bawak Bekal Ke Sekolah Tapi Orang Lain Yang Kenyang.


Aku serius cakap memang tak reti wehhh nak buat bento cantik-cantik comel-comel mcm korang buat. Tak berseni aku nie..yang aku tau nahhhh sumbat dalam bekas sila bawak la kau ke sekolah..ha..ha..ha..yang penting balik bekal make sure habis..ehh pakse pulak habis kan...ha..ha..ha..

makaroni goreng permintaan selalu anak-anak!

nasi goreng tak cukup bahan

Tidak lah aku tunjuk gambar bekal nyer..hu..hu..hu..tu mangkuk aku makan sebelum azan subuh. Gigih kan makan pepagi buta? Yuppp..tu lah aku suka makan ikut suka hati aku jek. ;)

Nak cakap pasal bekal nie..pagi tadi jenuh aku membebel berkajang-kajang dengan Syahmi! 
Dari tahun lepas setiap kali bawak bekal mesti dia cakap mama letak banyak-banyak tau. Stress kot aku masak untuk anak tapi kawan-kawan dia yang sebat! Haishhh..kalau share takpe la jugak ini dia dapat makan 2 3 sudu jek..eeee...terbakar je hati aku. Masalah nyer bukan kedekuttttt aku siap top up kan lebih dah sekarang ni sampai boleh makan untuk 2-3 mulut tau tetap lah dia dapat makan 2-3 suap jek! Haiiiiiiii...sakit hati mak nie~ Kalau share aku ok lagi la..dah tu mintak beli air share-share ehhh tak nak pulak kawan dia beli air. 

End uppppp bekal abis duit belanja pun habis sebab beli air sendiri walaupun ade bekal air masak.

Membebel laaaa..cakap kalau nak share bekal boleh tapi beli air kiter share! Boleh pulak dia cakap kawan dia tak nak beli air pakai duit sendiri...eeee...ade yang aku pegi sekolah jumpe budak ni nihhhhh...dah pesan nak makan share bukan bagi semua...eeee...geram okeh geram sebab anak sendiri tak dapat makan. Setiap hari okeyy setiap hariiiiii dari tahun tahun lepas! Sudah nyer biler time tengahari makan macam orang kebulur kat taska mase transit! Eeee...sakit hati aku la wehh~ Aku siap pesan..hari ni kalau Syahmi tak dapat makan atau kawan Syahmi tak pegi beli air untuk share mama pegi sekolah marah semua kawan Syahmi! Ehh..lantak la..geram aku sebab anak lapar tau. Biler anak lapar macam mane nak belajar...hmmm...sedih tau.

Eady pesan kat aku..niat je la sedekah makan kat anak orang, aku cakap aku tak kisah kalau diaorg makan sama-sama atleast sama-sama kenyang..ini kalau ko dah kenyang anak aku lapar tu kire macam mane? Hmm..hmmm..hmmm..skip la citer sakit hati nie, nanti lah aku fikir macam mane ke ape ke nak buat.. +_+

penghibur hati kami.

Budak becok ni je la penghibur hati aku buat mase nie untuk hilangkan stress, tapi kadang-kadang dia punyer becok bertambah stress aku..ha..ha..ha...aku panggil Syakirah ni CD rosak!! Dia suka ulang cakap berpuluh kali. Contoh ehhh "ape ni bah?" tu gajah "ape ni bah?" gajah "ape ni bah??" gajah "ape ni bah?" gajahhhhhhhhhhhhh...pastu buat muka comel cakap "ooooooooo gajahhh.." pastu gelak..eee...dah kenapa ko ni mok! Telan masuk dalam perut balik baru tau.. ;)

Tuesday, January 12, 2016

Dengan Pancake Krabi Noah Dah Boleh Buat Kita Ke Krabi tau!


Hah korang sekarang ni dah tak payah sangat nak ke Krabi semata sebab pancake Krabi tuh.

Heh..tetibe sangat kan tak payah pegi Krabi! Kui kui kui~ Takde lah, ni nak bagitau sapa-sapa yang tetibe nak fefeling ke Krabi makan pancake dia yang femes amos kat sana tu atau yang tetibe termengidam di siang atau pun malam hari boleh la ke Original Pancake Krabi Noah. 

Macam-macam pilihan hati dan tekak ade. Actually ini kali ke-2 aku pegi makan kat Pancake Krabi Noah nie, kali pertama Pancake Krabi Noah ni kat gerai kecik kat luar sekarang ni dah masuk ke dalam lot kedai dalam foodcourt Dagang Avenue tu. Eh citer tak guna meh kiter letak gambar dulu~

nyums~ gambar pun dah boleh buat aku terliur balik.

Pancake Krabi Noah ni diambil sempena nama anak owner iaitu Noah la dah tentu. Dah yang syok nyer semua bahan nak buat pancake nie (kecuali telur) memang di datangkan khas dari Krabi tau. So memang terasa keaslian nyer sebab tepung dia pun lain tak macam tepung roti canai yang ade kat sini.

Dan kepakaran membuat Pancake Krabi ni pun asli dari sana. Semua pekerja termasuk owner dia belajar kat Krabi semata nak dapat keaslian yang ternyata asli dari Krabi. Wahhh gitu ayat aku nak bagi penerangan..ha..ha..ha..tapi serius tau bukan gurau la penyataan tu.

Pn. Najwa & En.Nazri bersama staff yang super peramah setiap mase. 
Sengih je la korang kan setiap mase! Kui kui kui~

Ni antara pakar buat pancake, ramah kemain dia nie ;)

Nah entry pasal Pancake haruslah kene letak gambar pancake sepenuh-penuh nyer! Nyumss~ Sedap okeyyy....sila bertabah dengan entry banyak gambar ;)

Pancake + Cheese : RM5

Pancake + Nutella : RM4.70

Pancake + Peanut Butter : RM4.50

Pancake + Strawberry : RM4.50

Pancake + Honey : RM4.50

Dan paling epic ialah Pancake Special! Kegemaran all the time. Sedap lemak-lemak manis ehhh sedap lah~

Pancake Special : Telur-topping coklat-susu-atas tabur coklat rice coklat chip.
Vahvahvah..yang ni 3 kali order haritu..ha..ha..ha..sedap nak matik. Menaip ni pun telan air liur lagi! Ohhai..syahdu nyer kalau dapat makan sekarang nie. RM5.50 je uolls!~

Nah kau makan ni boleh fefleing sampai Krabi uolls! Ha..ha..ha..berangan itu kan free~ tapi memang heaven sangat la makan pancake ni petang-petang unutk lapik-lapik perut. Masalah nyer aku ni tak reti berlapik makan terus sampai kenyang..ha..ha..ha...

Ade banyak lagi menu nyer tapi tidak la order semua, lagipun menu dengan susu aku kureng skit. Ohye, pancake ni kiter boleh jugak request kalau nak tambah ape-ape atau pun tak nak pisang ke. Setiap topping tambahan cuma dikenakan charge RM0.50 sen jek. Kalau datang berdua order la 2 perasa yang berlainan lepas tu share..oh nyaman okehhh makan waktu dia suam-suam kuku.

Pancake Krabi Noah

Lokasi : Dagang Avenue FoodCourt, Taman Dagang.
Waze : Pancake Krabi Noah 
IG : @pancakekrabi_noah

Tutup setiap hari isnin tau.
Buka dari 6 ptg - 1 pagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang