thumbnail

Monday, February 29, 2016

5 THINGS I HATE MOST | 5 BENDA YANG PALING AKU BENCI



Tag dari Dak Nieyl yang tak jemu-jemu singgah sini siang malam ribut taufan..hihii..muahciked dik~



RULES: 

Buat satu entry bertajuk 5 THINGS I HATE MOST berserta gambar di atas dan list lima benda/perkara yang anda paling tak suka/benci. Mention siapa tag anda dalam entry tersebut. Anda juga dikehendaki untuk tag lima orang blogger dan pastikan mereka tahu.  


Okey lah meh la aku share apa 5 benda yang paling aku benci.


1.Benci sangat binatang/serangga yang kecil : ha yang ni sama dengan dak Nieyl tu. Sumpah aku geli plus benci dengan binatang kecik lembik bluerkk nak sebut pun nak muntah! Lipan lintah CACING ular ulat kecik-kecik macam ulat sampah ke hape ke memang..aaaaa....geli nak mati! Siapa main-main nak bagi atau nak baling kat aku, aku sanggup buka kasut baling kat orang tu atau pun aku akan marah-semarah nyer sampai tak bercakap dah dengan orang berkenaan. Jangan memain. Aku tak suka sangat. Benci giler. Trauma.

2.Benci orang yang tak reti ucapkan maaf atau pun terima kasih. : Helloo..susah sangat ke nak ucapkan terima kasih atau maaf? Tak belajar adab ke? Heh? Kau tahu tak..dengan ucapkan terima kasih atau maaf kat makcik cleaner sekali pun tak mampu menjatuhkan ego atau maruah kau lah! Yang takde maruah tu ialah kau yang tak reti say TQ or SORI.

3.Benci pada orang suka mencarut/cakap kotorAlah..kalau jumpe orang macam ni aku rase nak lempang jek tapi biase aku angkat kaki blah! Melucah la kau sensorang kat situ. He..he..he..

4.Benci sangat orang makan berbunyi! : Hallaaa please la..benca ni common kot. Takde sape nak dengar kau mengunyah berbunyi-bunyi tahap macam nak mintak sodok mulut kau tu dengan sudu! Haish...aku benda-benda macam ni la ajar anak. Sapa makan mulut berbunyi meh sini mama lempang. Serius cannot brain la dengan orang makan berbunyi-bunyi ni siap bercakap mulut penuh..huarghh..rase nak pindah meja jek sebab hilang selera lah..

5.Bila tudung tak menjadi dari waktu pagi : Ha..ha..ha..sama lagi dengan dak Nieyl! Serius wehh..kalau dulu siap rase nak balik rumah tukar tudung. Mood pun rase spoil jek setiap hari. Kalau dulu okey lagi sebab tak jumpe peminjam tapi sekarang ni agak stress sebab kerja aku adalah jumpe peminjam dan ade duty jaga kaunter.

Alaaa..5 je ke? Ha..ha..ha..last sebelum habis..kalau dulu aku PALING BENCI pada diri sendiri kalau lapar tak makan seharian! Time tu rase semua benda diamukan (Eady pun dah tau sangat dah) ha..ha..ha..kalau dulu asal nak amukan je orang tu ajak pegi makan, tapi disebabkan sekarang ni dah tua malas dah mengamuk kene pulak Eady duty tak bleh tinggal kerja maka paling tidak pun duk wasap 80 juta kali kat Eady.."abg b lapar..b lapar..b lapar..b lapar.." pastu dia read je malas nak layan bini senget dia nie..kekeke...~

Ala tak tau nak tag sape. Aci tak Nieyl? Ampunnnnn ;)

Roti John Cheese Kilo & Coffee Siam di One_TwoNine


Cerita pasal Laser Treatment kita skip dulu sebab tak dapat gambar official dari Premier Clinic jadi aku nak cerita pasal Roti John Cheese Kilo yang heboh diviralkan kat FB tu. Kebetulan tempat tu dekat giler dengan rumah jadi laju-laju la PM Kak Senah Rimau sebab last week dia dah pegi! Ehh..sapa Kak Senah Rimau? Cer klik sini kalau nak tau..kekeke..

Oh ye aku tak tau nak letak spesifik ape tajuk tapi itu yang kedai tu jual so tu lah tajuk nyer..belasah je la labu asalkan sampai maksud nyer ;)

One_TwoNine

Konsep nyer ialah Layan diri, pegi kat kaunter order ape korang nak pastu dia akan bagi nombor dan sila pasang telinga okeyy..memang dia hantar makanan tapi sambil jalan dia akan sebut nombor kiter. Kalau kau asyik layan hp memang kau takkan dengar dan akan menyusahkan dia orang jadi sila amik perhatian okehhhh.

Roti John Cheese Kilo!

Persembahan Roti John Cheese Kilo adalah sangat out tapi rase dia sangat IN! Cheese dia sedap arrr..ala-ala cheese pizza tuh! Roti John nyer biase-biase je tapi bile combine dengan cheese tu memang mariiiii ar rase dia. Cheese Kilo yang memang berkilo-kilo penuh dalam Roti John tu!

Roti John Cheese Kilo ni RM10 tapi memang puas makan 3 beranak! Aku Eady dengan Syahmi makan sampai last-last bertolak-tolak suruh masing-masing habiskan sebab roti john nyer panjang dan besar gak arr..puas la makan. Kenyang. Sufiya makan burger daging kosong dan Syakirah makan satay ayam 5 cucuk dari kedai sebelah.

129 Big Cup Coffee & Cocoa : Iced Coffee, Green Tea & Iced Mocha

Green Tea & Blue Mint

Okey big cup dia memang tak tipu punyer big! Memang bapak big! Ha..ha..ha..mase kita orang dapat tu aku pandang Eady, Eady pandang aku! Eady cakap "besar nyerrr macam mana nak habis nie! Kenapa tak order 1 je tadi!" 3 Big Cup RM10 jek harus lah aku jadi tamak! Serius besar sampai air Green Tea & Bluemint tu kita orang tapau bawak balik. Tak habis..tamak lagi khennn..tapi yang penting sedap arrr air Blue Mint tuh. Berangin je mulut lepas minum ;) Overall air Big Cup sedap dan memuaskan hati, 1 Big Cup RM3.50 je tau.

Aku memang target Coffee Big Cup je sebenar nyer malam tu sebab aku ni memang kaki kopi wehh so puas hati sangat dapat minum sampai kembung-kembung perut nak habiskan..ha..ha..ha..

Nota PENTING : Air Coffee Big Cup ni menggunakan air yang ditapis sepenuh nyer tau! Air mineral beralkali 7.4ph. Kebersihan adalah keutamaan dia orang! Ade gambar kat blog Kak Senah, aku tak amik plak gambar water filter tuh.


One_TwoNine 129 Coffee Big Cup Coffee & Cocoa

Masa kita orang sampai tu dah pukul 8 malam takde orang pun..kita orang bajet ye la hari orang kerja kan..meja kosong lagi bersih tapi elok-elok duduk dah habis order orang datang 1 group per group duduk dan meja semua penuh. Suka tengok sebab menyokong bisnes orang melayu kan ;) Bab pekerja dah ade 4-5 orang kalau tak silap aku, meja pun cepat-cepat dikemas lepas orang dah setel makan, order pun cepat giler sampai sebab tukang buat roti john tu sangat cekap! Sap sap soiii je siappppp~ 

Kalau baca Kak Senah punyer entry tu korang maafkan lah, Kak Senah jujur weyy..korang tak tau kalau dia sound orang boleh terpelanting arr..ha..ha..ha..lagipun kalau baca betul-betul entry Kak Senah tu dia ade mention kedai tu baru buka seminggu pastu kene viral memang sesapa pun tak expect jadi macam tu tapi hari jumaat aku pegi tu semua kejadian tak berlaku!

Overall malam tu kita orang takde masalah kecuali bab presentation makan je la out tapi rasa Roti John Cheese Kilo tu dah boleh buat kiter TERlupa bab tu..he..he..he..sedap la pendek kata! Korang kalau nak terjah sila Waze KOPISIAM129 atau FoodCourt Taman Teratai (kat ampang tau~) je ;) kalau sesat jugak korang call lah Shariman tu. Buka dari pukul berapa tak tau tapi yang aku tau pegi petang sikit atau malam baru best kat situ, malam minggu tutup pukul 1 pagi. Apa-apa call atau PM je dia orang kat FB untuk pertanyaan.

Edit (tambahan info dari owner One_TwoNine Coffee) : Tutup hari Isnin, hari lain Selasa till Ahad buka seperti biase. Coffee Big Cup jualan bermula dari 2 petang, Roti John Cheese Kilo & Meatball start pukul 4 petang ke atas okey~ Nak selamat datang pukul 5 keatas ;)

Friday, February 26, 2016

Premier Clinic | Laser Treatmemts


Teaser dulu, full entry kene tunggu lepas dapat gambar :)


Premier Clinic TTDI

Excited sebab 1st time muka ni disentuh oleh yang pakar! Uiii facial pun tak pernah ini terus dapat laser muka haruslah teruja!

Ayat Penggerak | Terima Kasih Sahabat



بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Bismillahilladzi La Yadhurru Ma’asmihi Syai’un fil Ardhi wa Laa fis Sama’i wa Huwas Sami’ul ‘Alim.”

Artinya: “Dengan nama Allah Yang bersama NamaNya sesuatu apa pun tidak akan ada kemudaratan baik di bumi dan di langit. Dialah Maha Medengar lagi maha Mengetahui.”


Cuba amalkan baca Ayat Penggerak, 3 kali setiap pagi dan petang (lepas Subuh dan lepas Asar). Insya Allah, Allah kurniakan perlindungan NYA.


Terima kasih semua kawan-kawan, sahabat-sahabat untuk entry semalam.

Terima kasih terutama buat Doktor Khairul aka Daddy Ziyyad & jugak kak (kakak ke? betulkan saya kalau tersalah ye..) Norhayati Mohd Isa atas sharing doa ini (ayat penggerak). Aku share doa ini sebagai perkongsian untuk korang jugak. Semoga berpanjangan pahala Dr. Khairul & juga kak Norhayati. ;)

*harini tak dapat nak BW, esok aku blogging okeyyy~



Thursday, February 25, 2016

Allah SWT & Malaikat Lindungi Anak Kami


Berdebar tak hilang lagi nie..

Eady reverse kereta dalam masa yang sama Syahmi melompat ke belakang kereta sebab nak ke bonet nak amik waller dia kat dalam beg sekolah agama! Syahmi melompat dari tempat tinggi sikit paras nyer dari kereta. Dedua tak expect sebab terjadi nyer adalah waktu serentak. Kereta reverse serentak Syahmi melompat. Menjerit sekuat-kuat hati aku! Semua terkedu. Baik aku, baik Eady baik Syahmi termasuk Sufiya kat tepi aku. Ya Allah Ya Allah..

Takde sapa-sapa yang bersalah sebab semua yang terjadi dalam beberapa saat tanpa diduga sesiapa.

Sepanjang jalan ke sekolah membebel aku pada Syahmi sedangkan aku tahu bukan salah dia tapi ntah..hati ni terlampau berdebar terlampau ape ye..nak describe pun aku tak tahu. Syahmi pun diam je sepanjang jalan. Patah balik dari sekolah meleleh air mata aku..Allahurabbi~

Hmm..tak sabar aku nak tunggu tengahari nie..nak peluk dia orang kuat-kuat..
Terima kasih Allah SWT, terima kasih Malaikat yang menjaga & melindungi anak kami.

Tak putus-putus aku bersyukur dalam hati, tak putus-putus aku berdoa dalam hati supaya anak-anak kami dilindungi dijauhkan dari malang dan kejahatan dunia. Allahuakbar..masih berdebar jantung nie..

Wednesday, February 24, 2016

Perumahan Penjawat Awam


Ni nak membebel la nie..ehh jap jap..apesal asal rabu je nak membebel? Hu..hu..hu..

Nak bebel pasal Perumahan Penjawat Awam yang tengah digebang-gebangkan tu..aku ni jenuh la apply semua Perumahan Penjawat Awam yang di offer tapi semua nyer tak lepas! Sebut je ape saja RUMAWEP, PR1MA, PPA1M, Rumah Pertamaku Selangor ehh ade lagi tapi aku lupa dah! Tapi jawapan semua sendu giler! Ade yang offer kalau nak lock unit kene bayar sekian-sekian harga..mampus ko mane nak cari 15k untuk lock unit?? Itu belum tentu dapat okehhhhh...kalau loan ko tak lepas ape unit pun ko tak dapat. Huh..

Ni la susah nyer jadi orang pertengahan, nak kata banyak duit sangat tidaklah nak kata miskin benor tu tidaklah jugak tapi yang marah nyer kau offer rumah 300k ke atas mane mampu wehhh, aku apply yang 150k ke bawah kau cakap gaji aku lebih dari pengiraan! Masalah nyer atas kertas je gaji tu nampak banyak walhal nan hado! Gaji aku mampu hat 150k kebawah jek tapi takde satu pun nak lepaskan nak offer! Phuiiii~ 

Macam orang PR1MA call aku suruh cabut undi mase PM rasmi kan kat PWTC haritu memang aku tak pegi lah sebab 1 aku kat Labuan mase tu, 1 lagi aku tau kalau buat loan rumah gaji aku tak lepas untuk rumah 300k keatas! Aduhhhh...kata tolong penjawat awam, kata nak tolong rakyat tapi yang kau offer rumah 300k tu dah kenapa?? Kalau lepas aku tak mintak la rumah penjawat awam tu aku beli je rumah kat luar-luar tuh...

Peliklah..kenapa tak buat cara sewa beli? Duduk membayar cukup masa rumah tu kau punyer, macam yang kat Putrajaya buat untuk staff dia orang tu [edit : pasal Putrajaya ni ade yang komen terangkan, sila rujuk komen. TQ my fren Eima sebab betulkan aku!]. Hmmm..susah tau korangggggg duduk kat KL ni. Duit gaji tu nampak je banyak (nampak jek!) tapi komitmen sebenar-benar nyer LAGI BANYAK dari itu. Kalau tersenarai la komitment tuh silap-silap lebih dari gaji. Giler sangat. Kalau ade la kat sini untuk penjawat awam duduk sewa & beli aku orang pertama nak! Serius wehh..

Kenapa la kan tak nak dengar keluhan rakyat? Kita sendiri tau berapa kita mampu bayar, berapa mampu loan kiter lepas tapi tetap lah buka harga rumah tu dari 300k keatas. Korang tak caya cuba la masuk ke mana-mana web Perumahan Penjawat Awam tu, tengok kat PR1MA dah cukup korang telan air liur tengok harga rumah! Dari 200k-300k ke atas okeh! Yeeee DARI..
Kot iye pun nak offer kene la pertimbangkan komitment lain. Macam la gaji ni bersih tak bayar ape..hmmm...

Tu belum cakap pasal usia plak..lagi giler..nak buat loan kire usia, potongan bulanan dah tentu lah banyak dari orang umur 20-an betul tak? Terus tak lepas loan..sedangkan kiter sendiri mampu bayar tapi disebabkan ATAS KERTAS tak lepas maka terkubur lagi nak beli rumah..sangat giler. Maka sampai biler aku nak berumah? Tunggu mati kot, bayar permit kubur murah giler dari 300k tu ye dak? Ha..ha..ha..

Macam-macam hal lah..hati aku ni lately ni asyik membentak jek nak beli rumah, aku tak kisah apartment nak lelong pun aku rase nak beli! Nak beli rumah lelong pun banyak sangat cengkadak nyer..nak kene ade cash puluh ribu dalam tangan untuk deposit, pastu nak kene buat loan cepat-cepat (yang ni pun belum tentu kau lulus buat loan!) tu belum masuk part kene tipu plak, deposit hangus ntah kemana rumah pun nan hado gaks. Hmmm..hmmmm...

Nak suruh aku menyewa yang kene bayar RM550-700 setiap bulan tu? Baik aku bayar loan rumah je kalau macam tu! Kire aku mampu bayar betul tak? Sebab nyer dari aku bayar sewa yang beratus-ratus kat orang lain yang dah tentu bukan rumah aku, baik aku bayar kat rumah sendiri..paham ke dak? Aku tau aku mampu takat had mane tapi selalu tak lepas atas sebab aku ni golongan pertengahan. Duduk diantara orang gaji banyak dengan orang gaji tak banyak..ke atas tak lepas ke bawah pun tak lepas, sebab tu BR1M pun tak lepas..eh? Ha..ha..ha.. 

Sakit hati okey tapi ape nak buat..hari-hari kene kerja keras, kene doa kuat-kuat  supaya ade duit turun dari langit! Aku nak beli rumah cash tak nak hutang..wahhhh berangan kata kau! Ehh..berangan itu free tau.
Ntah la..tak keruan plak rase. Kene duduk bertenang dulu la ye dak..chill chill layan coffee sambung angan-angan.. Doa banyak-banyak! Kerja keras-keras! Tu je la kot kunci kehidupan ;) Okeh..abis membebel dah yok kiter kerja!! Jyeahhhh ;)

Tuesday, February 23, 2016

Blog Hop


Disebabkan banyak mase terluang sekarang ni (bukan curi tulang okeyyy~), aku ade banyak mase BW aka blog hop! Jyeahhh..blog hop makne melompat dari satu blog ke satu blog lain dan seterus nyer.

Best tau kadang termelekat kat satu blog tu lamaaaa sangat! Sebab aku ni jenis kalau termelekat kat 1 blog tu aku akan baca dari 1st entry dan habiskan baca kadang makan sampai berbulan-bulan baru khatam ;) ye..aku suka membaca! Kalau mandi ke gosok gigi ke gigih la baca belakang syampoo atau sabun..muahaha..kalau baca metro tu siap baca ruangan aduan,sms & cari kenalan lama tu korang tauuuu...gigih!

Nak citer pasal blog hop ni sebenar nyer..sekarang ni aku tengah addict control makan tapi ade penyakit suka sangat tengok gambar makan! Ha..ha..ha...macam orang giler~ Latest terbaca kat blog Mak (Kakcik Seroja) pastu lompat ke blog Kak Zakie Purvit then terstuck kat blog Kak Yan! Arghhhh...sedap nyer laksa johor~ Wahai kakak kakakku wahai emak ku..tau tak dari minggu lepas daku makan laksa Johor setiap hari setiap tengahari! Ha..ha..ha..addict sangat~ Ehh..kire boleh dah la mengaku daku ni orang Johor kan? Orang SawahRing uuuuu..! Kat mana SawahRing? Hah..google cepat~ 

Di Sawah Ring 2 tahun lepas kot? Lupa dah.

Bercakap pasal makan ni la kan korang tau tak makan makanan orang Jawa ni adalah sangat sedap! Lagi-lagi kalau pegi rumah orang Jawa kat Johor nun..perghhh...segala mak nenek yang ade kat dapur tu dia orang akan letak depan muka korang! Aku tau la sebab arwah atuk aku dulu selalu buat macam tu! Kalau orang datang rumah itu adalah PAHALA jadi meraikan tetamu ni adalah satu perkara WAJIB buat arwah atuk & opah aku! Perghhh mase tu memang kita orang pun menumpang sekali la lepas orang semua dah balik! Syokkkk sangat~

Tu belum citer part lauk masak plak..perghh..sambal jawa takyah cakap laaa makan dengan nasi panas je dah cukup! Tempe tauhu fucuk tu suun ehh tak tau sila google image sambal jawa memang tertelan-telan la air lioooo korang nanti ;) kene pulak pak mertua orang johor segamat, kalau balik kampung belah family Eady kat johor ni adalah sangat meriah! Pendek kata kalau nak balik KL tu selagi tak penuh kete korang tak penuh bonet kete selagi tu dia orang tak lepaskan kau balik! Heaven okeyyy...ehh rindu plak kat mak long Eady kat Segamat tu! Paling suka balik Johor, rase dekat sangat dihati dengan Johor nie :)

Pulak..dah cerita pasal Johor plak..ke..ke..ke..aku ni nak mengaku orang KL pun malas, takde nyer nak bangga mengaku "well aku orang keyell wahai orang kampung" takde nyer..aku lagi jeles sebab korang ade kampung nak dituju biler balik raya..sian anak-anak aku tau! Balik kampung pun setahun sekali jek..

Sebenar nyer kemerepakan ini berlaku adalah kerana tertengok kat blog mane ntah tadi ade lauk Jawa gu plak dengan sambal tumis ikan ade plak gambar sambal belacan & tempe goreng garing..arghhh...balik nak kene buat!

Monday, February 22, 2016

Sebab Isnin Kan!


Bangun! Bangun! Gosok mata tu..senaman ringan sikit! He..he..he..penat wehhh...keluar rumah dari pagi semalam pastu tengah malam baru masuk umah balik! Sambung pulak Syakirah buat perangai menangis tak tentu hala nak berdukung jek..take turn dengan Eady. Eady dukung dia pukul 12 tu sampai ntah pukul berapa lepas tu pukul 4 pagi dia buat perangai lagi! Nak tido atas paha mama..udah kene beriba pulak..sakit pinggang oiiii~

Takpelah asalkan masuk taska tadi tak nangis! Itu satu kelegaan buat aku dengan Eady~ Tak suka la hantar ke taska menangis sebab rasa menyusahkan ibu-ibu  taska pulak..hu..hu..hu..spoil mood orang pagi-pagi adelah tak syok okeyyy...mood aku pun tak syok kalau hantar anak menangis kat taska.

Uhhhh...panjang nyer mukhadimah. Semalam pagi ke Taman Sri Gombak (dari Cheras nie) sebab Syahmi Sufiya tusyen kat rumah cikgu, then ke kenduri kawin kat Nilai, balik ke Ampang singgah rumah kakak aku untuk mandi solat, lepas maghrib ke Kg Melayu Subang pulak sebab Syahmi & Eady pegi urut..abah aku bawak. Masuk rumah pukul 11.30 malam kot. Al fenattttt giler..pagi ni ade taklimat plak..waduuhhh..ngantuks!~ Ehh..tak ngantuk, tapi penat sikit.

So nak bagi mata korang segar meh la cuci mata dengan 3 budak sihat (syukur alhamdulillah~)






Nak caption ape kat gambar pun tak tau. Hu..hu..hu..yang penting senyuman dik mok dapat mengundang senyum kat muka nie ;) korang senyum jugak tak? ;)

Gambar dengan pengantin nan hado sebab kami sampai dah lepas pukul 2 then lepak-lepak tunggu pengantin berjalan kesana kemari salam-salam dengan orang lain. Kami sembang-sembang sampai pengantin nak gerak shoot outdoor, lepas pukul 4 baru gerak balik Cheras.

Oh ye..kenduri kat dalam masjid uolls! Seronok tau kenduri dalam masjid ni! Dah la tak payah pakai kasut, lantai sejuk, ade aircond lepas tu anak lepas bebas main kat perkarangan masjid tu..ehhh seronok giler okehhh...best best best.

 Okey, dah dah..jom kerja..jumaat nak cuti! Nak dating dengan tok laki..ehemmmm..

Saturday, February 20, 2016

Printcious – Precious Gifts From Your Heart | Hadiah Dari Hati


Ni nak cerita pasal kalau korang nak cari hadiah buat seseorang, tak kire la untuk suami ke mak ke bapak ke kakak ke adik ke bff ke nahhhh kat Printcious adalah hadiah dari hati tau! Kenapa aku cakap dari hati? Korang tengok tagline dia pun dah tau "Precious Gifts From Your Hearts" gitu~ 

Korang tak suka kalau hadiah orang lain dari lain? Kalau aku, suka sangat! Aku rase la kan hadiah aku dapat dulu pun dari Printcious ni! Sampai ke sudah takde orang mengaku tau..jahat tauuuu buat aku tertanye-tanye ;)

So tak lama lagi nak musim cuti sekolah, kan cuti sekolah kan sinonim dengan musim orang kawin! Haaaa ni lah masa nyer kalau nak bagi hadiah lain dari lain tau~ Dengan Printcious korang boleh order, boleh create ikut yang korang suka dan pos je terus ke orang yang berkenaan tau! Mudah kan?? Sangat mudah dan istimewa.


Dengan Printcious ni ade banyak pilihan hadiah yang korang boleh pilih. Antara nyer bantal, t-shirt, cawan, mousepad dan macam-macam lagi lah! Korang mesti suka tau sebab kalau kiter hadiahkan mousepad kat orang confirm hari-hari orang tu tengok sambil buat keje..sweet sangat! Ni la yang aku rase hari-hari :) sambil gerakkan mouse sambil tengok..ehh suka! He..he..he..

Pilihan hadiah yang ade..best nyer!~

Tapi musim orang kawin ni korang bagi la hadiah lain dari lain! Contoh nyer macam yang nie la..korang pilih seramik tiles supaya orang kawin tu boleh letak kat rak tv ke kat almari kaca ke..wahhhh gitu!

Nanti datang la ye kenduri kita orang tau..hi..hi..hi..

Cantik kan? Cantik sangat tauuuuu..suka! Kalau aku dapat aku suka sangat rase terlalu istimewa tau. ;)

Best kan?

So korang inilah masa nyer! Nak bagi mase anniversary boleh nak bagi mase birthday boleh korang pilih dan deko sendiri hadiah tu tau..ehhh suka lah! Aku paling suka benda-benda sweet tahap potong kaki nie..hehehe..suka sangatttttt~

Kalau korang pun dah tersuka boleh la ke website Printcious nie. Confirm rambang mata.
Nahhhh link.


Kalau tak caya sweet ke tak korang boleh baca kat entry aku nie! Sweet sampai tahap potong kaki tau! Suka giler~ korang pegi la buat cepat, deko, order dan pos! Senang.

Friday, February 19, 2016

Aku La Paling Cantik Ketika Ini!!


Cantik kannnnn kak ton??

Ha..ha..ha..ha..buka folder kekonon nak delete mana yang tak berkenaan sekali terpandang gambar ni harus lah rasa TERsangat cun ketika ini! Mua..ha..ha..

Mesti korang terimbaukan mase ni pakai tudung sekolah macam mana kannnnnn?? Untung weh budak sekarang tudung ade soft awning la awning keras la syria la jadi terletak cantik jek tudung! Ko bayangkan kalau anak-anak sekarang pakai tudung macam aku dulu tuh? Ha..ha..ha..tak kerlas uolls!~ Bapak la buruk aku dulu! Ha..ha..ha..sakit perut aku tengok gambar sendiri! Huduh kot.

Ya Allah apa la dalam fikiran aku kan time nie? Kenapa masam sangat muka aku nie?? Yang aku tau abah aku gigih laaaaa bawak pegi kedai gambar amik gambar buat kenangan uolls..nahhh sekarang mendapat la korang tengok gambar aku zaman huduh nie..ha..ha..ha..
Yang aku tau aku sakit jiwa sebab kene paksa pegi sekolah sedangkan aku nak duduk rumah dengan opah dengan atuk sebab atuk ade kedai! Ade aiskrim banyak wehhhh..kalau dulu kita orang kene marah je dengan mak bapak masing-masing memang opah atuk la penyelamat kita orang! Ha..ha..ha...

Ye la dulu rumah arwah opah atuk aku ni penuh dengan sepupu sepapat dah tu tau je la kan perangai masing-masing biler dah duduk beramai-ramai nie! Main rounders la main bola cop la main bola tin la! Tak main laaa main teng teng tuh...hu..hu..hu..tak extreme uu..balik hidung berdarah-darah lepas kene bola tenis tu takyah citer la memang mendapat lagi la balasan! Ha..ha..ha..ehhh seronok la zaman dulu! Zaman sekarang..hmmmmm..malas nak citer ;)

Atuk kiter orang Jawa Johor, Opah kiter Jawa Perok. Kalau nak cakap hal rahsia mesti ngomong jawa!

Ehhh...kiter rindu laaa dengan arwah atuk, arwah opah! Al-fatihah buat mereka..rindu nak makan dengan opah rindu nak makan ais krim atuk! Atuk kiter garang tau dengan anak-anak dia tapi dengan cucu kemahin mewah kita orang tauuuu..nak lari rumah? Lari je pegi umah opah atuk confirm makan lebih dari cukup..he..he..he...

Ehhh..lari topik sangat nie!! Ha..ha...ha...tapi paling penting aku la terpaling cantik terpaling perasan cantik ketika itu!

Main Masak-Masak


Macam dah lama tak main masak-masak, skill pun ala-ala tahap lauk tu jugek..hu..hu..hu..

Ni la susah nyer kalau suami jenis tak makan yang susah-susah nie, asyik mintak lauk sama last-last isteri tau masak yang itu jek >_< ha..ha..ha..sokahatiakujek salahkan Eady ;) tapi memang ye Eady pesyen makan bukan yang rendang ke masak asam pedas ke..memang tak laaaaa...sudah nyer sampai ke sudah isteri tak pandai masak rendang bagai! Nak kari kiter cari mamak je suh masak kan..ha..ha..ha... :)


Hati goreng cili padi kicap dengan sambal tempe tauhu

Sardin & Sambal Ikan bilis

Sambal Ikan dari kuali hitam ku berdengut! Hahaha..

Nasi goreng pandai ;) idaman Sufiya..mama dia tak berapa gemar!

Paling win!

Perasan tak? Hampir semua masak sambal!! Hu..hu..hu..kalau masak sambal tok laki dengan anak lelaki makan bertambah uuuuu..cuma anak dara je la out! Ade je lauk lain macam masak lemak udang, kari ikan, ayam masak kicap tapi rase tak cukup seksi nak amik gambar..he..he..he...yang tak merah lauk anak dara.

Paling sempoi paling win paling mudah lauk yang biase Eady mintak ialah Ikan Bilis Masak Air Asam gu kan dengan Telur Dadar atau pun Telur Dadar campurkan dengan ikan bilis dan cili padi jek! Arghh...senang nyerrrrr jadi sampai ke sudah laaa bini ni pandai masak simple jek!

Bento pun dah lama tak amik gambar sebab pagi-pagi waktu lipas kudung! Tak sompek nak amik gambar~ Kadang-kadang pakai celak kat cermin dapur okeyhhh..so jangan nak banyak citer :) 

Dan jadi 1 kewajipan di hari minggu adalah suap anak-anak makan dengan tangan walaupun dia orang dah besar! Aku rase aku suka sangatttt buat benda tu sebab dulu-dulu arwah opah dan makcik-makcik aku suap makan sampai darjah 6 tau koranggggg..dah masuk remaja pun ade mase semua orang dia org suappp..ohhh best nyer la zaman dulu! ;)

Thursday, February 18, 2016

Dari Hati Seorang Anak


Dari hati seorang anak dara

Dari hati seorang anak teruna

Tak tau nak kata apa..pagi tadi baca kat bilik solat terus rase macam nak nangis sangat! Hu..hu..hu...*mak-mak sangat nihhhhh*

Semalam dalam kereta Sufiya bagi abah dia 3 inggit! Dia cakap kakak takde duit nak beli hadiah abah tapi kakak ade 3 ringgit jek. Abah dia cakap " abah tak nak duit la..abah nak buat ape dengan duit kakak"

Malam lepas maghrib mase aku sibuk dengan Syakirah, rupa nyer dua beradik ni pakat buat kad besday untuk abah! Aku baca kad Syahmi ni pun subuh tadi, dia tinggalkan dalam bilik solat sebab dia tau abah dia malam-malam solat dan mengaji kat situ. Mesti dia tau abah akan baca punyer kalau dia tinggalkan kat situ. Sobs~ touching kot sebab anak dah besar weyyyyyy~ Kenapa korang besar cepat sangat nie??? 

Terus tak sabar nak tunggu besday aku nanti! Kalau korang tak sesuweet ini siap laaaaa mama mogok tak nak masak tak nak bercakap sebulan! He..he..he.. ;)

Wednesday, February 17, 2016

Umur Berapa Wajib Hantar Anak Ke Tusyen??


Kalau ikut tajuk aku sendiri tak pasti di umur berapa anak wajid ke harus ke dimasukkan ke tusyen. Serius aku dulu mane ade tusyen-tusyen nie. Jadi bila aku postkan gambar buku tusyen Syahmi kat FB ade yang komen cakap awal nyer masukkan anak kat tusyen pulak tu ade yang cakap ehh lambat nyer tusyen.. Aku macam ehh ye ke awal ke dah lambat ke mcm mane? Huhuu..sendiri pun konfius sebenar nyer..

Buku tusyen Syahmi yang cikgu belikan.

Sebenar nyer dari tahun lepas lagi Syahmi dah mintak nak tusyen nak tusyen sebab ade sorang kawan dia dah pegi tusyen. Bagi aku dengan Eady macam awal lagi jek..baru darjah 2 kot tahun lepas. Tapi tahun ni kene masukkan jugak sebab nyer Syahmi macam tak puas hati kenapa dia tak tusyen (macam ni punyer orang pun ade) Y__Y

Tusyen dengan cikgu sekolah dia sendiri jek sebenar nyer, cikgu tu ajar anak dia dengan ade sorang kawan Syahmi so macam side income dia sikit-sikit. Bayar pun bapak la murahhhhh! Murah sangat la untuk 4 mata pelajaran yang core, so Eady cakap tusyen je laa dah dia yang nak. Tusyen setiap jumaat tengahari dari pukul 12-1 jek. Sabtu ade kat rumah cikgu tapi tak la aku hantar sebab rumah cikgu jauh dan tak sejalan dari rumah aku.

Cikgu pun cakap Syahmi takde masalah belajar sangat pun cuma nak kene rajin ulangkaji bagi ingat tak lupa kaedah-kaedah. Lagi pun aku tengok sistem pembelajaran sekarang ni SO SCARYYYYY U KNOW! Haishhhh...giler susah! Darjah 1 pun dah belajar sempua okehhhh..aku dulu darjah 1 main lagi tau..hua..hua..hua..zaman sekarang ni sapa tak belajar dia lah tercicir..takuit tau~ Nak mengajar pun kau sebagai mak bapak kene belajar sama kaedah yang cikgu ajar, takde de nak mengajar macam kaedah zaman dolu dolu tuh. Lain sama sekalik!

Yang merisaukan aku sekarang ni Sufiya laaaa...BI dia macam tak berapa jek :( sebutan pun salah lagi, main banyak, kerja sekolah tak nak buat. Lain laaaaaa dari Syahmi. Sufiya ni very the BIG M okeyh~ hu..hu..hu..nak bagi tusyen sama Syahmi takut dia yang penat sangat terkejar-kejar nak ke sekolah abang untuk tusyen pastu nak patah balik ke taska untuk mandi makan..haishhh..pengsan plak budak tuh. Nak tunggu kiter yang mengajar mane dia nak dengar T___T anak 2 khennn..sesukahatiakulahnakbuatape gitu stail nyer.

Hari-hari tanya kerja sekolah selambe je cakap takde! Biler buka buku banyak yang nak kene buat, kalau cikgu tak whatsapp kat group bagitau kerja sekolah ape memang tengok tivi je la budak tu..aduhaiiii...susah hati mak kau nie!

Korangggg..anak ade tusyen tak?? Ke macam mana kaedah korang mengajar nak bagi anak ni rajin sikit..hu..hu..hu...help me please~

Selamat Hari Lahir Musuh Kesayanganku!


Dedua makin tembom! Mua..ha..ha..ha..

Okey kiter pakai gambar ulangan je lah ye dak sebab rase nyer gambar ni paling suci! He.he.he..suci tak bermake-up berlengas berpanasan kat Labuan haritu. Chewahhh~

Eh..entry ni nak wish birthday to my man yang mana super penyabar super pendiam dan super cool abah ;) Didoakan semoga abg dimurahkan rezeki yang banyak lagi berkat, diberikan kesihatan yang baik selalu (birthday boy tak sihat hari nie..sobs~) dan semoga keluarga kecil kita sentiasa dibawah lindungan rahmat-NYA..aamiin~

Doa seperti biase, tak tunggu birthday pun memang doa setiap hari. Sapa tak sayang laki oiii~ Laki sorang je pun yang hade..dia lah penawar dia lah racun dia jugak la musuh..ha..ha..ha..musuh paling tersayang ;)

Tuesday, February 16, 2016

Definasi Romantik Macam Warga Asing?


Aaaaaaa..macam terpanggil jek dengan post Doktor Khairul kat FB dia bab definasi ROMANTIK orang perempuan sampai pegi cari warga asing yang kekonon nyer lebih caringggggggg lebih jiwang dari lelaki melayu nie.

Bagi aku definasi romantik ni besar dan lain-lain dari setiap orang! Ade je perempuan yang suka di bagi bunga coklat bagai kekonon romantik giler! Lagi-lagi yang di delivery kat office wahhhhh  gitu kemain kembang mambang hidung buntut semua biler dapat bunga tuh! Alahhhhhh jangan tipu lahhh..aku pun pompuan jugak kot~ Semua dalam poket jek. Aku? Tak heran pun paling tidak bunga jadi reput kene buang gak..bunyi macam jeles? Tak argh..lagi baik kau bawak aku makan belanje sedap-sedap sikit baru la best~ ;)

Bagi aku, takyah laaaa korang nak berpakwe berlaki yang ala-ala macam drama melayu tuh. Tu semua tipu rekaan semata-mata jek..kalau ade pun boleh dikire dengan jari dan sapa yang dapat tu sangat bertuah okey :) Aku dapat yang tak romantik tapi aku tetap rasa bertuah sebab nyer definasi romantik aku ni lain. Aku bukan jenis jiwang karat nangis-nangis tak dapat bunga coklat mase hari jadi or anniversary. Takde derrr..wa kental beb tak dapat wa okey jek boleh je pegi beli makan dan makan kat office sensorang..ha..ha..ha..

Bagi aku BERTANGGUNGJAWAB tu lagiiiiiii penting dari ROMANTIK tak bertempat nie! Bagi aku laaaa..bagi korang sukahati korang lah. Kau giler siang hari kemain romantik duk call 80 kali duk main sms whatsapp all the time pastu 1 keje pun tak jalan?? Tu bukan romantik dowhhhh tu bodoh! Ade wehhh adeee....macam la orang lain takde laki bini tapi baru je letak bontot dah bergayut macam tadi tak jumpe jek..haishhhhh..tegur kang sentappppp...tu la orang kiter.

Bagi aku definasi ROMANTIK aku ialah yang bangun malam teman aku mase menyusu anak, walaupun kau tersengguk-sengguk duduk tertido-tido tapi kau tetap teman aku menyusu, yang terus terbangun biler aku sua anak untuk disendawakan! Yang tukar baju pampers anak tengah-tengah malam biler anak kau muntah kencing berak. Yang duk dodoikan tidokan anak biler kau dah keletihan seharian, yang tolong kau lipat kain sama-sama, yang sidaikan kain tengah malam biler tau kau dah tak mampu berdiri yang dah ingat bantal nak tido jek! 

Ye aku tak bertuah sebab TAK DAPAT YANG ROMANTIK, aku dapat yang pendiam tapi rajinnnnnnnnnn banyak dari aku ;) yeee..kalau award bini-biniku pemalas sila la bagi kat aku..ha..ha..ha...

Aku tak paham bhaiii kenapa korang suka warga asing yang kekonon romantik giler tu? Apa kurang nyer orang kiter yang gagah perkasa (tang perut) ? He..he..he.. Tak kisah la nak selera yang macam mana, yang nak kawin yang nak hadap pun korang jugak tapi cari lah yang elok-elok..yang molek bersolat..yang ajar anak kau mengaji..yang lepas makan lauk kau berpinggan-pinggan terus tergolek tido dari yang bagi kau bunga coklat lepas tu solat pun harammmmmm tak buat! Haishhh..

Tall dark hensem (dan boncit sikit) darah jawa sikit pilihan hati ;)

Aku tak reti nak romantik-romantik ni lagi pelik arrrr kalau Eady romantik..ha..ha..ha..kita orang ni hidup macam komando..ehh aku sorang je yang komando! Aku biase buat sendiri-sendiri jek selagi boleh..takde nyer nak berteman kesana kemari. Kecuali hari-hari tertentu ye kami akan amik cuti pegi makan-makan tengok wayang sama-sama gaduh mcm biase..ha..ha..ha..gaduh tu wajib! Yang lain normal jek ;)

So definasi ROMANTIK korang memang kearah warga asing ke bhaii? Aku bukan laa rasis dengan warga asing sebab ade je yang baik dari orang kiter malah ade je yang lagi alim solat cukup waktu dari orang kiter tapi perlu ke ke arah dia orang? Perlu ke lari ke Lombok ke Indon ke merata tempat semata suka sangat keromantikkan dia orang tuh? Wahai adik-adik anak dara sekalian..tak kira lah sapa yang korang suka tolonglah cari yang cukup waktu solat nyer, yang tahu mengaji sebab dunia ni semata dunia je yang penting bekalan kat sana.

Dan, wahai anak lelaki wahai anak jantan ayuhhh pasang kuda-kuda solat cukup 5 waktu, ayuh pasakkan diri keluar bekerja, rajin berusaha! Bukan nyer pegi merempit hisap dadah macam orang takde akal tuh~ ROMANTIK giler kot biler tengok tok laki keluar dari bilik air basah basah dengan air wuduk pakai baju melayu dengan kain peleket..perghhhh melting kate ko~

Oh yeee...pada yang nak bunga sangat tunggu mase mati, letak wasiat minta orang tabur bunga setiap hari..he..he..he..~ Pada yang dah dapat yang romantik dan bertanggungjawab tahniah ;) jaga baik-baik jangan bagi orang lain menumpang sama okey! Ahaks~ 

Mengimbas 12 tahun Yang Dulu


Lama tak sembang santai..asyik dengan masalah negara ko kannn izwa! Hihihii..biase la hidup ade naik ade turun ade gelombang bagai..takde tak best la pulak kan ;)

Zaman Perkenalan

Semalam 15hb February kan, actually semalam dan kelmarin tarikh perkenalan (14 February 2004) kami 12 tahun dulu. Banyak kali dah kot cerita bab nie tapi blog aku so ikut aku lah kan nak ulang bape juta kali pun..korang diam dan baca jek tau..muahahaha..layan je aku nie, kata tengah mood bebunga-bunga ;) 

Kejap je mase 12 tahun berlalu, kalau ikut kira jumpa sehari esok couple, cukup setahun tunang cukup lagi setahun kawin..diam tak diam dah nak masuk 10 tahun kita orang kawin. Bulan Jun ni genap 10 tahun kawin.. Singkat dan pendek je perkenalan kita orang sebab setahun pun kene tolak gak bape juta kali gaduh menyampah benci meluat bagai! Tu belum kira ade skandal lain..ha..ha..ha..tu aku la tu Eady baik kemain..hu..hu..hu..macam mana dia boleh tahan dengan aku pun ntah sebab kalau aku lelaki dah lama aku blah tinggalkan jek. NGEEEEE..

Meredhakan Ia Bukan Rezeki Kami

Ntah..biler fikir-fikir banyak nyer dugaan kita orang dari lepas 2 tahun kawin. Sangat mencabar sampai rasa nak mengalah pun ade. Bukan mengalah dengan perkahwinan tapi mengalah dan putus asa dengan semua. Actually harapan tu sampai sekarang aku masih berharap untuk dapat balik "benda" tu tapi ntah mana silap nyer doa aku masih tak dimakbulkan :( dan inilah juga "doa" aku yang aku minta sahabat aku tu sampaikan kat Kota Suci Mekah masa dia umrah haritu. Ntah..itulah kesilapan terbesar yang kami TERpaksa terima dan telan sampai ke hari ini. Akhir nyer..kami berdua bernekad untuk "melepaskannya" dan "meredhakan hati" juga "berlapang dada" mengatakan ia bukan rezeki kami lagi. :( *sosad*

Okey cukup dengan cerita sedih, lagipun aku dah berjanji aku dah tak nak sebut pasal "hal" tu lagi..aku dah anggap ia dah hangus terbakar ditelan dek bumi walaupun ia adalah hadiah perkahwinan kami dari orang yang paling aku sayang di dunia ini :( *redha sangat* Doakan aku dan Eady ade rezeki lain bab tu ye korangggg..TQ~

Dah Penat Merajuk

Masuk cerita bab kawin nie, Jun 2016 ni genaplah 10 tahun kawin..dari zaman ribut taufan sampai dah masuk ke fasa bertenang dah. Dah tahap tak kosa sangat nak merajuk bagai! Ha..ha..ha..pesyennnn kalau merajuk pandai-pandai la pujuk hati sendiri~ Kalau dulu merempan la jugak biler tiap kali mengamuk tiap kali merajuk kekonon dengan harapan tok laki datang peluk-peluk pujuk..tapi nan hado ye teman-teman! Hahaha..ko yang pandai merajuk ko pandai-pandai la pujuk hati tuh sendiri..Gitu pesyen nyer.. ;)

Kene pulak dah nak masuk fasa 10 tahun ni tak sempat derrr nak merajuk bagai! Ehhh ko tak call tak sms pun aku takde rase ape..muahahaha..aku tau ko busy aku pun busy, gituh~ Relax la beb..tak lari laki tu kecuali di curi orang..Kuang ajar orang yang mencuri laki orang nie..eh??? Muahaha..

Kenape takde mase nak merajuk?? Helloooo..banyak lagi hal-hal donia nak kene fikir kan nak kene setelkan berdua dari merajuk nie. Hal anak la hal kewangan la hal itu lah hal ini lah..kete rosak la hal elektrik lah gas abis lahhh kain baju la dah tu biler nak merajuk nyer?? Tu belum lagi masuk bab nak masak ape la nak beli barang dapur bagai tuh..Tak sempat derrr..ha..ha...ha..kalau tadi merajuk kat office, waktu balik jumpe kat lobby boleh pulak tergedik-gedik pegang tangan pastu confius "ehh bukan aku merajuk ke tadi??" lupa, sebab banyak sangat urat putus, dah tu mulut tak bleh diam nak buat canne?? Kau mampu merajuk pastu boleh lupa? Haaaa...aku je mampu..muahahaha...~ giler teruk.

Dah tahap ke 10 tahun ni dah takde ape dah nak digaduhkan rase nyer..ade la gaduh tipu la kalau takde tapi gaduh minor jek..major tu tak la kot. Dah tua dah penat, rase nyer sekarang lebih sesuai bertenang dan uruskan hal-hal anak nak membesar jek. Hal lain letak tepi lagi-lagi yang takde kene mengena dengan hidup sendiri. Takde pun takpe kot. Tak terkejar nak kejar dunia, fokus mana yang penting je sekarang nie. Target nak didik anak-anak bagi jadi elok, bagi jadi soleh solehah cemerlang dunia akhirat. Yang lain doa-doa je la datang sendiri sambil usaha dan doa kuat-kuat. 

Aku Bukan Anak Kebanggaan Ibu Abah

Aku pun tak tahu entry ni sebenar nyer pasal ape..yang aku tahu aku ade banyak benda nak diceritakan sebab lately ni banyak sangat flashback dalam otak nie..dari zaman kecik-kecik yang paling bahagia, masuk ke zaman remaja yang mana aku bukan anak kebanggaan, masuk ke alam kerja dan alam perkahwinan (masih lagi bukan anak kebanggaan :( sebab banyak sangat dosa aku sebagai seorang anak) masuk ke alam mak mak yang mana tak pernah terjangkau dek akal aku..tetibe jek jadi mama..ehh canne tu? Ha..ha..ha..now just go with the flow.

Sekarang nak fokus pada keluarga..setiap kali lepas solat doa "Ya Allah  Ya Tuhanku ampunkanlah dosa-dosa kedua ibu bapa ku, ampunkanlah dosa kedua ibu bapa mertua ku, ampunkanlah doa suami ku, ampunkanlah dosa aku, ampunkanlah dosa kakakku, ampunkanlah dosa adikku..Ya Allah kau lindungilah mereka ini juga anak-anak aku dari kejahatan dunia, dari kecelakaan dunia..Kau lindungilah mereka semua termasuk anak-anakku dibawah rahmat-Mu, Kau berikanlah mereka, aku dan suamiku rezeki yang baik lagi berkat demi anak-anak kami berdua..Kau berikanlah kebahagiaan kepada keluarga kecil kami ini.." *nangis*

Kalau dulu doa aku lebih fokus kepada benda tu, tapi sejak dah meredhakan nyer aku langsung dah tak doa pasal benda tu. *cukuplah dengan pasal benda tu~*

Ntah setiap kali lepas solat mesti rase nak nangis..panjanggggg sangat doa aku sampai terkadang malu sendiri sebab dah la memberi nyer sedikit tapi meminta nyer kemain banyak...hu..hu...hu...Kalau nak kira memberi tu...hmmm..nak kata jasa jadi anak yang baik pun tidak, nak kata isteri yang mithali pun tak, nak kata mama terbaik pun jauh sekali..ntah..sejak dah tua ni banyak sangat touching laaahhhh...sobs~ *lapairmata*

Dah Tua Dah

Kalau tak touching takkan tengok citer kartun Home pun bleh nangis?? Teruk sangat ni sejak dah tua nie..muahahahaa...

Kalau dulu paling takut nak mengaku "aku ni dah tua" tapi sekarang ni malu pulak nak mengaku "ala aku muda lagi". Banyak sangat dah tertinggal nie, banyak jugak nak kejar untuk bekalan kat sana. Sejak baca sana sini ade yang muda-muda dah kene kanser, ade yang muda-muda dah dijemputNya..seram okey..terfikir esok-esok aku nak jawab ape kat sana?? Nak jawab aku lah anak yang paling baik kat donia! Aku lah isteri paling mithali sekali, aku lah mama yang terbaik...vahhhh giler ko sebab takde 1 tittle tu pun melekat kat aku sekarang nie..

Ehhh entah la..makin melalut plak entry ni, baik aku stop dulu..ade mase kalau aku rajin sembang aku sambung lagi part-2 tau. Kalau bab membebel kat entry, aku memang juara ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang