thumbnail

Wednesday, March 30, 2016

Ini Yang Terjadi Pada Aku Selepas 14 Hari Pakai EPHYRA Skin Nano Advanced Repair Serum!


Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

EPHYRA Skin Nano Advanced Repair Serum

INFO PRODUK 

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum adalah serum pertama keluaran Oceanlife Marketing Sdn Bhd dibawah jenama Ephyra. Dengan menggunakan Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland, serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik berseri. 

BEBAS dari sebarang bahan kimia, merkuri dan hydroquinone serum ini sangat senang meresap sehingga ke lapisan paling dalam kulit dan tidak berminyak. Gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E mampu mencerah dan menaikkan seri wajah. 

BAGAIMANA TEKNOLOGI NANO BERTINDAK PADA KULIT 

Teknologi Nano adalah teknologi terkini dan sangat popular dalam bidang kecantikan. Teknologi ini menjadikan partikel serum sangat kecil sehingga mudah meresap untuk masuk ke lapisan kulit yang paling dalam. Partikel serum yang telah meresap akan memulihkan struktur dalaman kulit dan menjadikan permukaannya anjal dan tidak berminyak. Dengan serum ini, ia memberikan manfaat kepada kulit : 

MEMULIHKAN : Mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Ia turut memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang & muda. 

MEMPERBAHARUI : Menyerap jauh ke dalam sel kulit dan menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima. Untuk hasil kulit yang anjal, lembut, dan tampak bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna. 

MELINDUNGI : Melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses antioksida. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen anti-oksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan Vitamin E kepada kulit. 

Okey itu intro gah pung pang pung pang dari Ephyra kan, sekarang intro dari aku pulak.

Lepas aku buat laser haritu aku memang tercari-cari serum untuk repair kulit aku yang penuh dengan Whitehead & Blackhead nie! (sebenar nyer dah lama cari serum untuk repair muka tapi duk tangguh beli atas dasar duit, tak pasti, tak berani cuba, tak yakin nak guna..etc) Lepas seminggu laser elok je whitehead & blackhead ni naik balik meriah kemain macam kenduri kendara. Sakit hati sangat, naik balik bukan sebab laser tu tapi sebab memang azali nyer muka aku dipenuhi segala head jahat nie! Grrr...

Muka aku ni takde masalah besar sangat, jerawat pun malu nak singgah kat muka. Cuma muka aku ni bermasalah dengan kulit terlalu kering, wrinkles, blackhead & whitehead yang teruk jek.

Mase nak laser tu pun doktor tu ade cakap "hidung U kasar sangat ye Izwa!". Aku jawab "yup Doktor like kertas pasir!"Dia tanye aku apa cara aku hilangkan whitehead & blackhead aku tu. Aku cuma cakap selang sehari atau ikut kerajinan, aku akan pakai ape tuh yang tampal kat hidung pastu biar dia melekat then kita tarik kekonon semua whitehead tu akan melekat tercabut sekali tu.

Doktor ada suggestkan aku pakai serum lepas pakai pelekat tu, dia suggestkan lah ade 1 jenama ni ade jual kat farmasi tapi biler pegi tengok produk tu sekali semua tulisan jepun! Aduhhh macam mana aku nak pakai kalau aku tak tau apa isi kandungan nyer?? Buat nyer ade lemak babi dah jadi satu hal pulak, jadi dari aku was-was baik aku takyah beli. 

So pencarian aku berterusan sampailah 2 minggu lama nyer, cari ade je tak berkenan, tak berani nak cuba la, last sekali pasal harga! Semua nyer mahal sangat~ then pada 16.03.2016 aku terima produk Ephyra Advanced Repair Serum, aku kira memang tepat pada masa nyer benda ni sampai! Tak sabar nak cuba nak hilangkan "kertas pasir" kat hidung dan muka. Bukan setahun dua muka aku penuh whitehead blackhead tapi dekat puluh tahun! Kerja aku selain cabut satu per satu aku pakai pelekat tu jek. Benda lain tak pernah cuba lagi selain laser sekali tu je.

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

Yes..malam tu aku terus pakai! Start 16.03.2016 tu jugak aku STOP pakai semua produk lain. Lepas cuci-cuci muka sebelum tido terus tap tap sapu kat muka! Aeergghh..heaven je rase sebab Ephyra Advanced Repair Serum ni senang meresap sehingga ke lapisan paling dalam kulit dan langsung tak berminyak. 

Serius sangat terbukti tak berminyak dan terus macam masuk kat dalam kulit! Sampai diri sendiri pun duk teraba-raba muka macam tak pakai ape-ape "ehh aku pakai ke tak nie?? ehhh kenapa tak rase ape-ape??" Punyer la kecik & ringan je dia punyer molukel sampai yang kat tangan pun tak rasa serum tu. *kagum!*

10 KESAN NYATA EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM 

1. Mengecutkan jerawat 
2. Menghilangkan parut jerawat & jeragat
3. Menganjalkan & menegangkan kulit wajah yang kendur 
4. Menghilangkan bintik – bintik hitam 
5. Mencerahkan kulit kusam 
6. Memperbaiki tona kulit tidak sekata
7. Mengekalkan kelembapan wajah 
8. Menghilangkan lebam bawah mata 
9. Merawat kulit terbakar ( sunburn ) 
10. Memberikan efek kilauan pada wajah 

Nampak yang aku merahkan tu? Tu lah tujuan utama aku pakai serum nie walaupun dalam berani tak berani nak cuba laaaa..takut kene tipu dengan produk nie! Ending nanti aku jugak yang frust. Hu..hu..hu...tapi demi rasa tak tahan sangat sakit hati aku dengan whitehead & blackhead sendiri tu aku kuatkan jugak la semangat untuk cuba. Serius tak serius sakit hati punyer pasal sampai tahap aku pakai cc cream tebal dan tutup pulak dengan bedak kompak sikit dekat part yang ade head-head! Tahukah anda bahawa CC Cream adalah sangat mahal? Pfttt~ 

Ye laaa..aku kan keje jumpa peminjam, sometime duty jaga kaunter. Setiap kali jumpa orang aku akan terasa macam dia orang pandang hidung aku! Huarghh..mainan perasaan sangat tau sampai buat aku rasa tak yakin nak angkat muka pandang orang. Aku rasa kulit muka aku ni hodoh sangat.

Dalam pada hari-hari pakai hati tetap tak sabar jugak..kalau boleh nak pakai hari ni esok terus hilang whitehead balckhead nie. Kan giler tu? Setiap kali mandi gigih mandi duduk depan cermin nak tengok muka dah licin ke tak? Ha..ha..ha..giler sangat nie. Dalam pada hari-hari pakai setiap hari doa sambil tepek-tepek kat muka "cepat la licin cepat la licin" ha..ha..ha..saiko giler~

Kene Ingat

Tapi korang kene ingat..pakai la ape sekali pun kalau makan semua tak jaga tak menjadi jugak la. Kene jaga semua luar & dalaman. Minum air masak banyak (ni aku la nie..dah start minum air masak banyak-banyak demi untuk nak cantikkan kulit), bab sayur je tak menjadi lagi..kofkofkof.. Dalam pada tu aku makan Inteemor keluaran Ephyra untuk penjagaan dalaman. Jangan la kau pakai serum ni pastu yang lain tak jaga then letak harapan tinggi menggunung nak serum ni jadi ajaib terus..memang tak lah. Pendek kata semua kene seimbang.

Selepas 15 hari ini yang terjadi pada aku!


takut nak letak gambar ni dalam saiz LARGE!

Hari ni 30.03.2016 ngam-ngam 15 hari setengah tempoh percubaan bukan nak kata apa la..berani jugak la keluar rumah tanpa bedak! Rasa macam yakin je like "ehh tengok la muka aku pandang la muka akuuuu" punyer saiko! Lembut je muka. Tangan tu gatal sangat kejap-kejap nak sentuh hidung..kejap-kejap nak tengok cermin sebab pori kat pipi dah makin kecik & ade yang dah hilang. Ehhhh..suka sangat! Saiko pun saiko lahhh..janji aku bahagia. He..he..he...

Tapi kat office still pakai make up la..hiuhiuhiu..macam pelik plak biler tak make-up walaupun sikit.


muka tak make-up!

Nak nampak efek lagi cepat dan berkesan sila cuci muka pakai sabun pencuci muka Ephyra dan pakai Ephyra Advanced Repair Serum ni siang dan malam tau. Macam aku memang giler jadi aku pakai setiap masa! Dari pagi nak pegi keje, pastu pakai lagi lepas cuci muka untuk solat zohor pastu cuci muka lagi untuk solat asar pakai lagi lepas solat pastu balik rumah pakai lagi lepas solat Isyak. Gigih sangat sebab tak sabar nak hilangkan benda yang menyakitkan hati dan mata aku selama ini.

Jangan risau kalau cepat abis, sebab sebotol serum ni mampu tahan sehingga lebih 15 hari atau lebih ikut penggunaan (Ephyra serum aku ade lagi separuh botol walaupun dah lebih 15 hari pakai). Sekali pakai jangan la tepek banyak sangat! Sekadar layang-layang tap tap kat muka terus ia serappppp...syokkk sangat! Kalau sekali pakai terus sebotol memang tak jimat mana lah. He..he..he...

Jimat, murah dan tanpa was-was

Selain dari jimat duit beli bedak dan cc cream, ia menjimatkan masa aku bersiap pagi-pagi buta yang macam lipas kudung! Kalau dulu punyer banyak step aku nak bersiap dari cuci muka, tepek cc cream, pastu pakai bedak pulak baru la start pakai celak, maskara, lipstik, sekarang lepas solat subuh terus sapu Ephyra Advanced Repair Serum pastu terus pakai celak, maskara dan lipstik! Tadaaa..dah siappp~


Ephyra Advanced Repair Serum

Pendapat aku semua perempuan kat luar sana elok mula pakai Ephyra Advanced Repair Serum ni. Dah la murah berbanding dengan serum lain (serum lain dah la botol kecik harga pulak mencekik leher, ini antara sebab aku tak terbeli lagi serum!). Lagipun produk ni diyakini halal dan boleh dipakai tanpa was-was (ia tidak diuji pada haiwan tau). Sangat sesuai dengan kulit orang asia. Jimat banyak lah sejak pakai serum nie. Bedak foundation dah tak payah beli pastu serum ni pun murah mampu poket

Kalau Ephyra keluarkan serum ni dalam tiub macam sample tu lagi best sebab tiub kecik tu senang nak bawa kemana-mana. Tiub tu getah, jatuh tak pecah dan sangat kecik comel, 1 tiub boleh pakai lebih seminggu. Botol tu kene extra care sikit lagi pun agak payah nak bawak pegi jalan-jalan.

Ntah la..aku ni jarang suka kat satu-satu produk tapi dengan Ephyra Advanced Repair Serum ni aku dah JATUH CINTA sangat-sangat! 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum boleh dibeli secara online melalui www.oceanlife2u.com atau Whatsapp ke HOTLINE :  019 - 7373770 / 019 -3800779

Juga boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Ephyra termasuk Brunei dan Singapura dan terdapat juga dia farmasi terpilih serta kedai/took jamu. 

Instagram : @ephyra2u 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke 019-3015577

EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM 15ml

Harga: 

RM 88  (Sem.Malaysia)
RM 92 (Sabah/Sarawak) 

Harga Promosi : 

RM 68 (Sem. Malaysia)
RM 72 (Sabah/Sarawak) 

Sesuai untuk semua jenis kulit. 

Tuesday, March 29, 2016

Siapa Yang Ajar Ni??


Kalau takde idea, kiter kene citer pasal anak je lah ye. Dah kata hidup pun berkisarkan dia orang so takde lah modal lain. Terpaksa gak guna modal anak. Harap tak bosan..tetttt~ ;)

kofkofkof..

Sabtu kalau tak silap aku la..kemas-kemas meja make-up alih-alih terjumpa surat ni kat bawah telekung antara sejadah. Biler dia selitkan aku tak tau la. Biler dia terperasan aku tengah baca dia senyum simpul jek. Sweet kelakar okeyyy...

Biler tanya dah kenapa tetibe bagi surat?? Dia cakap saje je..sweet sangat la abam nie! Sapa ajar jadi macam ni ntahhhh..kalau ikut aku takde nyer lembut-lembut nie. Nak bandingkan aku dengan Eady, aku ni kasar giler. Tak reti sungguh nak gemalai-gemalai nie. Sesak dada nak lemah lembut. Ha..ha..ha..

Ikut Eady la kot! Tapi yang pelik nyer Eady pun tak pernah bagi aku surat ke hape..nak lebiu lebiu pun tak, ext call free pun tak guna, nak sms sehari sekali pun payah ini kan pulak surat?? Mau tebiat kalau tetibe dia bagi surat..kekekeke..

Sayang sangat surat nie..nak simpan! Surat-surat yang lama mana ntah aku letak. Terlupa dah. Patut nyer aku kene simpan 1 kotak, esok-esok dia dah besar boleh tunjuk kan? Buat modal bahan dia biler dah besar nanti pun okey gak nie ;)

Seperasan aku, Syahmi ni memang lembut sikit perwatakkan nyer..Ehh..bukan lembut arbok tu tapi layan adik pun lembut, malam-malam pakaikan adik stokin..kadang pakai kan adik baju, macam dia pulak kakak sedangkan yang kakak tu lantak kan kau adik..ha..ha..ha..dia peduli ape. Berebut mainan pun boleh bergaduh dengan adik T____T siap boleh main ejek-ejek dengan adik sampai nangis-nangis padahal adik tu 2 tahun 8 bulan kot! 

Haishhh..adik pun boleh tahan ganaz nyer! Mentang dia manja berani la buat macam-macam! Masa gaduh dengan kakak suka hati dia je kalau nak ketuk kepala kakak dengan pensil box ke remote ke..kang tak dia yang nangis kakak plak meraung..*urutdada!*

Syahmi mesti peluk bahu atau pegang tangan adik kalau jalan kat luar. Kadang jalan pegang tangan aku. Kakak mana peduli ape..dia tau dia jek.

Sufiya ni pesyen suka buat hal sendiri. Suka mewarna. Bab kerja sekolah selagi tak nangis tak siap kerja. Ha..ha..ha...dia suka hati jek. Kalau kiter ugut "ha lantak tak siap kerja sekolah esok cikgu denda!" Boleh dia jawab "takpelah nanti kakak cakap la kakak dah penat tangan kakak sakit" Ko ghaseeeeee?? Urut dada banyak kali dengan budak nie. Hu..hu..hu..

Dengan dia aku banyak kalah. Kalau dulu aku lepuk je dia tapi sekarang ni kalau abis-abis marah aku akan membebel (macam la dia dengar khennn..dia tak peduli pun!) last-last aku diam jek...diammmmmmmmmmmmmmmmmmmmm sampai aku rase aku dah okey baru aku bercakap dengan dia. Sufiya ni pesyen kene cakap lembut-lembut pujuk-pujuk..kene guna stail Eady tapi masalah nyer aku bukan Eady! Dah canne?? Asyik nak kene urut dada mau tua cepat mak korang nie! ~_~

Monday, March 28, 2016

Misi Mencari Telur Di Sunway Putra Hotel Yang Super Awesome!


Tak sabar nak update citer pasal semalam! Heh..happy kemain semua orang. Dalam pada Syakirah tak sihat pun aku bawak jugak ke event ni, alhamdulillah dia tak meragam sangat. Dia duduk je dalam stroller tapi makan banyak semalam! Legaa hati aku biler tengok dia makan bubur ayam 3 mangkuk dan makan macam-macam semalam ;) kalau kat umah dia merap sangat, meragam teruk sampai makan pun tak nak. 

Easter Eggs Hunt

Opppss..sori bukan nak citer pasal tu! Ni nak citer pasal pencarian telur kat Sunway Putra Hotel. Easter Egss Hunt

Easter Eggs Hunt

Sebelum kene kecam nak cakap awal-awal, kami TAK sambut perayaan ni tapi kami dijemput untuk memeriahkan event ;) dan event ni adalah untuk meraikan anak-anak Yayasan Chow Kit.

Makan Dan Diraikan

Sebelum acara nyer bermula, makan tengahari ada disediakan di Coffee House Sunway Putra Hotel ni yang bertemakan Easter Day. Ofkos la kan dah acara nyer berkenaan Easter makan pun haruslah kene tema jugak. 

Anak-anak Yayasan Chow Kit yang diraikan ;)

Ada clown yang adik mok takut! Pfftttt~

Makanan yang super duper triple awesome. *2 tumbsup*

Anak-anak yang bahagia ;) *alhamdulillah*

Salmon pastry, beef grill half cook, mushroom soup.

sweet yang teramat sweet

Makan adalah super duper triple awesome! Haishh..semua nyer sedap lahhhh~ Nasib baik aku tengah on diet so makan pun sikit-sikit je. He..he..he..tengok makanan banyak giler sampai naik takut nak makan!!

Bab makan ni macam biase lah kan hotel 5 bintang so presentation pun haruslah 5 bintang tapi paling nak puji adalah staff Sunway Putra Hotel yang sentiasa layan semua orang sama rata. Dari pemerhatian aku, tak kira dari waiter sampai la ke Senior Chef semua bagi layanan yang baik kat Coffee House nie. Aku perhatikan anak-anak Yayasan Chow Kit pun dia orang layan baik sangat walaupun bukan depan supervisor dia orang. Aku ni memang ade penyakit suka memerhati skit..he..he..he..

Satu lagi keramahan staff..hah! Terbaekkk kata Boboiboy~ Kalau tempat lain tu time dia masak tu muka serius pastu mulut katup habis..ini tak. Siap..ye puan, nak half cook atau welldone? Yang ni puan dah rase? Must try puan sebab yang ni lain dari lain..bla bla bla..best~ Best sebab tak sombong dan tak belagak! :)

Acara Easter Eggs Hunter Bermula

Selesai makan, barulah acara bermula. Actually ade face painting tapi dah beratur dekat 30 minit sekali tak dapat jugak nak face painting. Hu..hu..hu...frust jugak la Syahmi Sufiya tapi sekejap je dah terlupa lepas acara dah nak bermula! 

Lagi frust orang face painting tak nak tunggu..ha..ha..ha..dia cakap sampai pukul 3 jek tapi buka kaunter pukul 2, dia pulak sorang je pulak. Tak faham mak incik.

Anak menunggu acara nak bermula

Bincang kemain nak cari telur dua beradik tu.

Dengan bakul masing-masing ;)

Jujur cakap masa misi pencarian telur tu aku tak sempat nak tangkap gambar! Mama dia orang terlebih teruja nak carikan anak telur sebab pencarian telur terbanyak dapat hamper dari Sunway Putra Hotel tau.

Mih..mih..mih~

Masuk dalam bilik berkabus, sejuk plak suasana..kene cari telur dalam kabinet la, bawah kerusi, dalam pasu ehhh semua tempat la di cari dalam bilik tu. Seronok tengok budak-budak teruja sambil gelak-gelak semata nak menang. Kemain memunggah masing-masing serabutkan bilik tu..he..he..he..

Masa diberikan 7 minit jek, dah habis waktu kene beratur untuk kira pulak telur sorang-sorang dapat berapa. Syahmi dapat 34 biji. Sufiya 1 je kot. Dia pandai, dia cari telur isi semua dalam bakul abang, dia cakap kiter share nanti memang hadiah kiter share jugak. Bijak..bijak.. ;) akhir nyer memang menang pun.

Overall

Dari atas kiri : pemenang no. 5, ke-4,
Dari bawah kiri : pemenang ke-3, Syahmi dapat no.2 dan pemenang pertama tak sempat amik gambar tapi budak umur 4 tahun yang menang. 

Yang diraikan, Anak-anak Yayasan Chow Kit.

Yang meraikan bersama ;) dalam tak berapa sihat budak tu aktif jugak.

Isi perut hamper yang Syahmi menang. Btw, macaroon tu sebiji RM4 dan dalam box kecik tu ade pen bertulis Sunway Putra Hotel dan tumbdrive yang cantik.

Sunway Putra Hotel Yang Best

Nak ucapkan jutaan terima kasih pada Sunway Putra Hotel sebab memang sangat awesome acara nyer! Staff pun adalah sangat baik, dari penjaga lif sampai ke semua tempat lah! Serius tak sama macam tempat lain yang 5 bintang aku dah pegi. Rasa macam kat rumah-rumah pulak dia orang welcome beria-ia walaupun kiter ni pakai ala kadar jek. Pendek kata takde la pandangan sinis atau pun pandangan sipi-sipi hujung hujung mata tu.

Last, hari minggu telah disambut dengan gembira. Anak-anak happy mama lagi triple happy. :)

Friday, March 25, 2016

Semput Nyawa Urut Dada Hoi!


Sori pasal anak lagi! Nak buat macam mana hidup berkisarkan office, anak, suami jek..kawan baik pun ade la beberapa ketul, itu pun jarang sangat dapat jumpa! Setahun tak sampai 5 kali jumpe pun..huhuhuhu..

Ni pasal Syahmi lagi la nie, Sufiya ade jugak hal nyer tapi itu tak boleh diceritakan sebab dah jadi kes rasmi. Oppss~ Doakan yang baik-baik je lah untuk anak-anak nie tapi jangan risau Sufiya okey okey jek ;) Yang tak okey abang Sufiya ni! Huh! Marah sangat hati tapi tak boleh nak lepaskan kat dia. Lagi kita bebel lagi dia pujuk-pujuk nak pegi.

Mak semput nyawa anak oi!

Baru darjah 3 kot! Makan pun kadang-kadang aku suapkan lagi! Makan ayam, makan ikan pun tak reti nak kopek sendiri dah canne? Pegi toilet pun masih berteman..tak ke semput nyawa kau nak pikir anak mintak izin nak pegi kem dengan cikgu? Jauh kottttt..Penang nun! Haishh..sedangkan sekangkang kera pun susah hati inikan pulak beratus-ratus kilometer.

Kita boleh tahukan anak kita ni jenis yang macam mana. Yang memang jenis berani, yang jenis berdikari, yang jenis manja, yang jenis attach sangat, ehh macam-macam jenis perangai anak lah.

Macam Syahmi ni jenis attach sangat dengan aku dan Eady. Mungkin sebab kita orang ni manjakan sangat ke ntah tapi dari mata aku sendiri sebagai mama, dia adalah jenis yang bergantung harap pada aku. Nak cari stokin nak cari seluar dalam pun panggil-panggil aku ini kan pulak nak tido kat kem? Hmmmmmmmmm....

Syahmi bukan yang jenis melasak, bukan yang jenis berlari sana-sini, bukan yang jenis gurau-gurau kasar sepak sepak ke..jenis yang lembut slow steady jek. Jadi benda macam ni adalah SANGAT BESAR bagi aku untuk lepaskan. Huh...

Semalam berbakul-bakul aku membebel dalam kete dengan dia tapi dia tetap lah....boleh kan mama? Syahmi boleh pegi kan mama? Takpe, esok Syahmi amik dulu borang kebenaran tu mama baca la dulu..kawan Syahmi ade yang pegi. Daniel pegi..bla bla bla pegi.."

"Ya Allah abangggg...kawan-kawan abang tu semua jenis berdikari bang! Boleh buat semua sendiri tanpa arahan, abang ni jenis kene bagi arahan satu persatu baru jalan baru jadi"  Dia tetap lah nak pegi jugak. Huh..

Sampai tahap aku cakap "kalau abang atau cikgu abang penah rase perut kene potong 7 lapis, penah rase tumpah darah sampai tak sedar diri, penah rase kene cucuk sana sini isi darah berbeg-beg sebab tumpah darah boleh boleh sangat minta kebenaran untuk mama lepaskan abang..kalau tak pernah rase semua tu jangan minta izin mama lepaskan abang jauh-jauh macam tu!" 

Kemain mak kau drama teruk-teruk sampai tahap macam tu punyer tak bagi anak pegi! Ha..ha..ha..sekolah, cikgu tak salah pun yang salah anak tuuuuu tergedik-gedik sangat nak pegi kekonon seronok nak pegi dengan kawan-kawan! Dia tak tau mak dia semput nyawa nak pikirkan dia, adik-adik dia lagi! Haishh..ni dalam fasa memujuk dia untuk tak pegi. Biarlah kawan pegi.

Eady senang jek "nantilah abg cakap kat dia, kalau tak kiter je bawak dia pegi Penang tu.."
Ehhh..tetibe mak dia orang senyum sampai belakang kepala ni dah kenapa? Ha..ha..ha...terus terbayang nasi kandar ayam kapitan..aaaa sedap nyer!~ 

Thursday, March 24, 2016

Tarik Rambut Keluar Tudung!




Kalau ade icon tarik rambut tu dah lama aku buat sampai terkeluar dari tudung!!
Okey sekarang aku terus WW dari semalam sebab dah speechless sangat. T_________________T

Urut dada la aku nanti lepas tengok markah kertas ujian anak yang bakal dapat mingu depan.


Wednesday, March 23, 2016

Tutup Mulut Sekarang!!


Aku rase la kan, hari RABU memang hari aku membebel lah..ha..ha..ha..isnin cari momentom, selasa masih blur..nah kau Rabu baru mencanak-canak idea dan diri pun kemain segar lagik..

Kemain lama nak panas kan diri kau kan Izwa! 2 hari baru hilang penat sabtu ahad punyer hal. Nak buat macam mana sekarang setiap sabtu ahad ade je hal. Sabtu ni pun ade event lagi kat Shah Alam, lepas event ade kenduri kawin plak kat Shah Alam jugak la. Nasib baik sealur kalau tak mungkin tak pegi la kot. Shah Alam pun jauh nun kat Puncak Alam sana..huhuuu..pukul berapa pulak nak balik?? Nikah petang kenduri malam..so sila banyangkan kepenatan nak balik ke Cheras balik. Ahad kiddos tusyen lagi. Mau tak penat aku hari isnin?

Okey, panjang giler mukhadimah!

Nak cerita pasal semalam sebenar nyer. Dari dalam kereta duk dengar la 2 beradik tu bersembang. Si abang cakap nak jadi (contohi) Nabi Muhammad SAW la konon..nak sabar lebih tak nak marah orang..nak buat semua benda-benda yang sunat di buat..dia cakap kat si kakak tu cita-cita dia. Dia tak nak dah jadi angkasawan. Aku dengan Eady pasang telinga jek sambil pandang sesama sendiri sambil sengih menahan gelak. Lantak la anak asalkan tak gaduh dalam kete sudah. Malas nak dengar dia orang bergaduh dengan penat dengan jalan jem. Kira tak gaduh tu okey lah.

Selesai semua, dari mandi..makan..kerja rumah..solat dah masuk ke waktu berehat lah kira nyer nie. Baru cadang-cadang nak lelap..

Tibe-tibe..

"Abg kata abang nak jadi Nabi Muhammad! Tapi nape abang buat kakak?! Nabi Muhammad mane ade marah org!!"

"Mana ade org nak jadi nabi! Mana boleh jadi nabi! (mengejek sebab kakak salah cakap)
Abg cakap nak contohi nabi! Kakak tu jahat tak dengar cakap orang..abang marah sebab nak bagi pengajaran..!"

Gaduh gaduh gaduh 

"Adik nak tokin (stokin) boboiboy!!" 
"Adik nak haifive uu a uu a!"

Pening pening pening

Lama-lama tak bleh tahan..

"Lagi sekali mama dengar 1 suara jek semua kene dgn mama! Baca doa, tido sekarang jugak!"
Terus SUNYI takde suara!

Aman dunia dengan kuasa harimau jadian yang mengantuk giler.

Anak-anak yang dibela oleh harimau jadian!

Ha..ha..ha..sebenar nyer aku tak marah pun dia orang. Takde tinggi suara pun. Aku cuma tekankan suara bagi keras sikit jek sebab aku dengar makin lama makin kuat suara masing-masing. Makin lama makin menjerit-jerit pulak.

Dia orang memang tahu sekali aku bersuara memang semua kene tutup mulut terus! Ha..ha..ha..kejam kannn..kalau dengan Eady memang tak jalan sebab abah pun sekadar cakap "dah la takyah gaduh" tapi bergaduh mulut tu takkan berenti punyer lah! Terpaksa aku keluarkan kuasa veto untuk bersuara. Ha..ha..ha..

Anak-anak memang dah tahu, sekali aku cakap memang aku akan buat. Buat tu makne dia kene denda la masing-masing nanti ;) 

Tuesday, March 22, 2016

Balasan RM20


Lambat aku bersiaran hari ni. Ade benda menggangu fikiran, tapi yang tu kita biar dulu..bila sampai masa nyer aku hadap je.

Nak cerita.

Semalam dalam tangan aku ade RM40 je..duk fikir dari sabtu lagi cukup ke tak ni nak sampai gaji. Nak minta Eady memang tak la, lagipun dia memang bagi duit belanja setiap hari RM10 kat aku (benda lain tu tak kira la..ni duit makan sehari). Dalam pada berkira-kira..Ibu pesan suruh pegi pasar borong selayang belikan cili merah, bawang besar, bunga kantan, daun kesum..yang aku nie..diam je la dan cakap ok sambil tu telan air liur. 

Sampai sana, aku beli la barang yang tersenarai siap tambah beli pisang sesisir, nenas 3 biji sebab Eady nak buah pulak. Dalam pada beli diam lagi..lagipun mood tak berapa nak ade sebab fikiran terawang-awang sangat. Semua barang tu total ngam RM20.

Petang tu ade pulak birthday party anak kawan office. Duit ada balance RM20 je lagi nie. Tawakal pada ALLAH SWT je la beli hadiah niat nak gembirakan anak yang sambut birthday tu. Dalam pada ondway nak pegi birthday party tu cakap la kat Eady "duit b dah habis langsung dah nie, esok-esok takde duit dah" buat muka sedih..he..he..he..bulan ni kire sakit sikit sebab ade perbelanjaan tak disangka. Eady cuma cakap "takpe esok abang bagi.." dia biase la mane penah tak cool kan ;)

Masa party pun aku banyak diam jek, susah hati duit takde dalam tangan sambil perhati anak-anak main-main dalam party. Perhati je dia orang makan, gelak.

Sekali..

SMS masuk "......... dah bank in RM200 tadi ye.." 

Speechless.

Friday, March 18, 2016

Wet Toilet Tissue Kleenex Menyelamatkan "Hal-Hal" Kecemasan Aku!


Cakap bab public toilet ni apa yang terlintas kat kepala korang?? Kalau aku laju-laju je terlintas rasa loya! Serius loya terhamat. 

Aku adalah antara manusia kat Malaysia ni yang lebih sanggup tahan kencing dari pegi ke public toilet! Tak caya boleh tanya Eady tuh. Dia tahu aku adalah manusia paling cerewet bab nak pegi tandas awam nie. Aku sanggup suruh Eady stop dekat setiap petrol pam sampai aku puas hati baru la aku masuk ke toilet berkenaan. Buka je pintu depan kalau tengok lantai tandas lecak atau kotor je pun aku dah patah balik cakap tak nak! Punyer terukkkkk.. Serius, public toilet ni adalah satu masalah besar sangat bagi aku tau biler berada kat luar.

Aku lagi sanggup tahan berjam-jam dari masuk tandas kotor weh! Disebabkan tandas awam kotor la aku jaranggggggg sangat minum kalau berada kat luar rumah! Ha..ha..ha..sampaikan Syahmi selalu tanya, "Mama tak nak minum ke?? Mama memang tak minum ke?" Dia pun pelik setiap kali makan kat luar atau berjalan kat luar aku memang takkan order / minum air melainkan aku kehausan giler! Aku memang sampai tahap macam tu okeeeeeeyyyyyyy.

Kleenex sendiri telah membuat kajian, sebanyak 3 dari 5 rakyat Malaysia sangat tidak yakin untuk gunakan tandas awam (aku la antara manusia tuh!) Kenapa?? Mestilah sebab tandas tu sendiri yang sangat kotor, (60%) paip getah yang eeuwww nak pegang pun geli oiiii..dah la tu tambah pulak  takde tisu (37%) kalau ade tisu berbayar pun ya ampun kesat dan kasar nyerrrrr! Kadang air pun takde dah kenapaaaaa!? Haishhh...baca kajian pun kembang tekak... T______T 

Public Toilet Survival Kid

Sekarang ada nyer "Public Toilet Survival Kid" ni aku dah tak perlu risau sangat bab masuk ke toilet awam walaupun sebelum masuk toilet tu aku selalu doa banyakkk-banyakk jangan la mata aku ni terpandang pencemaran...aaaaaaa..tak suka nyer! Menaip ni pun dah TERbayang...terus kembanggggggg tekak!

Dengan slogan "Carry Your Home Clean Feeling Everywhere" dah mampu buat aku rasa selesa untuk menggunakan Wet Toilet Tissue dari Kleenex ni.

Wet Toilet Tissue yang sumpahhh lembut dan wangii giler!

Diformulasikan dengan air yang ditapis sebanyak 9 peringkat untuk memastikan 99.9% kebersihan. Wet tissue ni jugak lembut giler dan rasa halus je bila di lap pada kulit buat aku rasa lebih bersih dan segar bila guna! Ehhh aku suka sangat~ Dah la tu wangiiiiii je tangan bila pegang wet tissue tu. 

Selain dari tu, Wet Toilet Tissue ni adalah sangat selamat untuk di pam sebab ia nyer adalah hipoalergenik tau! Memang di buat khas selamat dipam dalam saluran tandas. Jadi takde masalah tandas tersumbat okey~

Jihan Muse sendiri ade masalah bab nak masuk public toilet ni tau!

Jadi jommmm korang sertai Kleenex dan Jihan Muse hari ini untuk menangani kesulitan mengguna tandas awam. Korang boleh apatkan pek sampel percuma dan sertai pertandingan kuiz mudah untuk memenangi bekalan tisu tandas basah Kleenex dengan mendaftar di www.kleenexcleans.com.my

Korang juga digalakkan untuk berkongsi pengalaman mereka dalam menggunakan produk terbaharu ini di media sosial dengan menggunakan hashtag #KleenexSurvivalGuide

Jom..kita bersih-bersihkan public toilet kat Malaysia nie..serammm sangat macam nak masuk rumah hantu bila melangkah masuk ke public toilet kat Malaysia nie. Paling malu kalau orang luar datang melawat Malaysia tengok tandas awam kiter tahap negara lebih mundur dari mundur!

Anak-anak pun aku memang dah ajar untuk bawak Wet Tissue ni biler nak pegi public toilet. Lap dulu baru pakai toilet, tapi kalau toiet tu bersih tak perlu la guna. Aku pun nak didik dia orang bersihkan toilet setiap kali lepas guna sebab itu adalah toilet guna sama. 

Wet toilet tissue yang wajib ade dalam handbeg sekarang nie.

Wet Toilet Tissue Kleenex boleh didapati dalam 2 size - pek dengan 10 helai yang boleh diletakkan di dalam beg (RM2.10), bungkusan nilai jimat 3 pek (RM5.80) dan pek dengan 40 helai (RM7.40). Boleh beli di pasaraya di seluruh negara. Murah, wangi dan bersih okey *2 tumbsup!*

Lebih lanjut boleh ke FB Kleenex.

Blogger, Rezeki, Anak-Anak Dan Idola


Blogger

Dah jumaat dah..rasa nak sembang-sembang je la. Almaklum tengah free ade waktu senggang. Hmm..nak menaip ni nak kene idea. Masalah nyer biler waktu buat benda lain contoh macam tengah mandi ke tengah masak ke ewahh kemain mencurah-curah idea nak menulis kekonon nak mencurah dalam entry tapi buka je blog terus blur...brrrr..ape pun tak boleh! Nak start dari tajuk pun dah masalah besar. Huhuu..ingat senang ke nak jadi blogger walaupun sekadar blogger picisan? Pandai la cakap..ala blogger taip je publish dah siap. Susah weh..macam cikgu suruh buat karangan 3 muka surat. Ntah ape nak di gorengkan pun tak tau.

Lately ni yang aku perasan, aku banyak dapat invitation yang melibatkan anak-anak. Start dari event Familyday Out With Abg BrianDisney Junior, Play-Doh, Nicklodeon seterus nyer event di Kidzania ade lagi tapi aku dah lupa dah..pagi tadi dapat e-mail dari Disney Channel pulak invitation untuk screening filem terbaru dia orang. Tau kan kalau Disney Channel memang khas untuk kiddos la ;) dan yang paling best dengan event Disney or Nicklodeon ialah goodie pack dia biase paling awesome.

Anak Syurga

Rezeki, Niat & Restu

Alhamdulillah..rezeki untuk anak-anak. Aku selalu niat buat semua untuk anak-anak happy jek. Walaupun setakat pegi tengok movie, pegi review makan-makan then balik kene buat review kat entry dalam blog pulak tapi dipenghujung hari kiddos yang paling happy sebab dapat macam-macam goodie pack, dapat tengok movie, dapat makan sedap-sedap. Budak bukan faham ape dapat stiker 2 hengget pun dah happy semacam..ha..ha..ha..atleast ade la dari takde kan? Kalau dulu Eady cukup tak suka aku terlibat dengan event atau mana-mana invitation tau, ye lah dia la yang kene bawak aku ke tempat-tempat event tu tapi lepas aku cakap aku buat semua tu semata nak anak-anak happy je baru lah dia okey pastu kene pulak tahun lepas asyik dapat review makan-makan lagi la dia suka walaupun dia komplen abang dah gemuk sebab b! Ha..ha..ha..

Yang penting nak buat satu benda kene dapat restu dari suami dan pasang niat buat semua tu hanya untuk menggembirakan anak-anak. Insya ALLAH akan datang satu persatu rezeki tu walaupun sikit walaupun tak sehebat tak selebat blogger lain. Ye aku blogger biase tapi jiwa aku besar.

Anak-anak

Syahmi Sufiya pun dah besar, banyak benda dia orang dah boleh ingat. Kalau waktu sembang-sembang dia orang biase akan "mama ingat tak masa kiter pegi tengok citer tu..mama ingat tak masa kita pegi makan kat sini.." Nampak tak? Bagi aku dia orang ingat tu pun dah besar rahmat sebab aku nak create satu memori untuk dia orang yang walaupun mama abah tak mampu mewahkan atau tak mampu belikan macam-macam benda, sekurang-kurang nyer aku nak dia orang nampak aku dan abah dia orang cuba untuk membahagiakan dia orang.

Aku nak dia orang tahu yang hidup dia orang ni gembira bahagia walaupun aku dan Eady terpaksa harung macam-macam benda. Disebalik cuba gembirakan dia orang aku juga tak lupa untuk libatkan dia orang dalam event charity macam program Back2School untuk anak-anak fakir miskin dulu. Aku tak nak dia orang lupa bahawa ada lagi orang yang masih susah dari kita dan mereka perlukan pertolongan kita yang mampu.

Idola

Idola aku buat masa ni ialah Pinky Momma, serius bagi aku dia hebat! PJJ dengan suami tapi mampu handle 4 hulubalang mase event? Perghhhh..memang hebat giler! Kagum..kalau korang jumpe Pinky Momma ni macam orang takde masalah. Keje dia asyik la gelak jek, sampai sakit rahang la kalau jumpa dia! Tak sombong tu lagi hebat. Aku nak jadi macam dia. Aku nak bawak anak-anak pegi Legoland macam dia. He..he..he.. 

Ye aku nak jadi macam dia, aku nak jadi macam dia yang mampu gembirakan hati anak-anak sentiasa.

Sembang Jumaat

Entah ke mana arah tujuan aku nak sembang ni pun aku sendiri dah lost. Ha..ha..ha..

Sebenar nyer aku tengah tunggu Eady balas whatsapp pasal e-mail Disney Channel tu, aku tanye dia boleh ke tak pegi Sabtu lagi 2 minggu. Yang aku ni bengong macam la tak tau laki tu busy, macam tak biase pulak whatsapp pagi akan di jawab dalam kete waktu petang nanti! He..he..he..lagi mengada nak tunggu! 

Sambil-sambil tu belek pulak Serum dari Ephyra untuk direview nanti. Teruja kot nak try sebab kulit muka aku memang macam kertas pasir. Laser tu sekejap je hilang segala head lepas 2 minggu naik balik. 

Yo lah nak continue laser memang matilapoketmak, kene pulak memang aku tengah gigih mencari serum untuk repair kulit muka aku nie. Muka aku nampak okey je kan? Sebenar nyer tak..penuh whitehead & blackhead dan lubang-lubang pori tu. Cuma tak nampak sangat sebab aku biase pakai foundation okehhhhh!

Ade tengok jenama Hada Labo tapi macam mahal dah tu tulisan nyer dalam bahasa Jepun macam was-was je nak beli, mana tau ade vavi ke dalam tu kang licin licau pink-pink muka aku macam kulit vavi dah canne? Ha..ha..ha..terus tak jadi beli lagi walaupun doktor yang suggestkan.

Kira Serum Ephyra ni sampai tepat pada waktu nyer untuk aku cuba maka malam tadi terus on serum tu, so kene tunggu lagi 2 minggu untuk tengok berkesan ke tak. Kalau okey aku memang nak on terus sebab yang ni diyakini halal. Tengok lah macam mana nanti. Kemudian aku review okey.

Masalah

Satu je masalah aku, biler nak pikir tajuk ape nak letak kat permulaan entry dan macam mana cara nak tamatkan entry. Ha..ha..ha..maka bertabahlah korang baca sampai habis! Kalau habis sila tepuk bahu sendiri kalau skip sila ....... tambah la sendiri..kekekeke...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang