thumbnail

Thursday, July 28, 2016

Kehidupan.


Lama tak sembangkan? Asyik update review la produk la, boring khennn..sian korang. He..he..he..jom borak.

Life biase-biase je, bangun pagi siap hantar budak-budak kerja amik budak-budak balik masak tido esok nyer sama je. Nak balik Cheras umah ibu pun tak dan lagi nie. Sobs~ baru kau tahu Izwa kenapa orang lain tak pegi umah ibu..kekekeke..busy dengan aktiviti hidup uolls. Anak-anak alhamdulillah sihat-sihat macam biase je. Syahmi busy dengan band sekolah dia, ada jemputan main muzik kat Majlis Hari Raya TM korang weh!

Like serius?? Ha..ha..ha..

Macam tak caya je anak bujang yang sorang tu..dulu pendiam pemalu sangat-sangat. Maksud aku tu memang sangat-sangat pemalu tau...tapi sekarang? Like..anak aku ke tuuu? Serius?? Gambar tu masa dia praktis dengan cikgu-cikgu dia semalam. Esok persembahan nyer.

Sufiya Irdina

Tengok gigi dia..ha..ha..ha..dah takdeeee gigi depan! Malu dia tau sekarang takde gigi tu tapi nak buat macam mana kannn dah tertanggal! Ha..ha..ha..dia cakap kakak dah jadi nenekkkk..huhuuu..lawak okeyyy..

Melawan kuat nihhhhh..keras sikit dia ni dari abangn yerrr..grr...nak buat canne anak no.2 khennnnnn. Mak dia pun no.2 so kene la paham lebih sikit.

Gemok ni.

Dah 3 tahun, alhamdulillah sihat je dia ni. Meragam buat perangai pun macam biaselahhh anak last khennn...melalak pun kuat makan pun kuat ehhh macam-macam la kuat! Overall biase-biase jek.

Sekarang aku busy dengan life je. Rumah, kerja banyak, event lagi, review lagi. Alhamdulillah sikit-sikit banyak jugak senang dan paling pening bab rumah selagi tak setel selagi tu tak boleh nak tarik nafas lega! Tunggu sign S&P, nak cari lawyer..bla bla bla..sapa penah beli rumah paham la..aku ni baru nak bertatih. Kejap tanya orang sana kejap tanye orang sini. Macam-macam hal nak kene handle.

Tu belum kira nak "bergaduh"dengan ASTRO pulak nie. Kau tunggu ASTRO. Pepandai kau charge aku sampai RM610 hengget khennnn kau siapppp..tunggu aku setelkan semua keje. Dah bertenang baru aku akan cari kau ASTRO. Kauuu sabar kejappppp ASTRO..salah charges pun dah kenapa kau tak betulkan dulu dah kenapa kau potong channel HD aku..kau sabar ehh..nanti-nanti aku setelkan bab tu. Banyak hal lain nak fikir. Mana makanan nak order untuk jamuan raya anak, jamuan taska jamuan sekolah. AAAAAA...peningggg~

Wednesday, July 27, 2016

LAZADA Big Baby Fair : MamyPoko Pampers Terbaik & No.1 Di Japan!

LAZADA Big Baby Fair !

Ewahh orang tu tersenyum manis! :)

Sebut je jenama MamyPoko confirm korang akan tau harga nyer kan? Tapi harga yang mahal mesti datang dengan kualiti yang terbaik. Haruslah kita mak-mak nak yang terbaik untuk anak. Walaupun ada budak tu dah 3 tahun tapi belum free pampers lagi..he..he..he..almaklum anak last maka manja lebih dan mak pun malas terlebih jugak nak praktis anak free pampers! Jadi nak selamat pakaikan je pampers yang mahal sikit tapi kualiti elok sekaligus jarang bertukar pampers sehari! Malam pun mak dia jimat masa bangun untuk tukar pampers anak..nampka bijak tak mak walaupun tugas tukar pampers bukan kerja mak. Ha..ha..ha..

Pampers No.1 pilihan ibu-ibu di Japan

Pelindung Yang Nyaman

Pelindung yang nyaman juga lembut untuk punggung anak. Keliling getah (macam kat dalam gambar) dibuat khas dalam keadaan lembut untuk elakkan anak dari gatal-gatal atau melecet semasa bergerak! Ye la dah namanya anak mane penah diam kecuali tido, betul tak? Ini bab paling penting dalam kategori nak pilih pampers. Mesti cari yang paling lembut semata tak nak bagi anak melecet lagi-lagi kat celah paha bentuk V tuh! Haish kalau melecet jadi satu masalah besar kauuuuu..pedih lagi luka lagi..anak meragam lagi. Macam-macam hal.

MamyPoko Pants dihasilkan dengan getah paling lembutlah! Jadi tiap kali anak bergerak atau berlari takkan terjadilah luka atau melecet. Takdelah gatal-gatal berlaku. Jadi mak terselamat lagi disitu ;)

Elastik memeri.

Getah pinggang yang elastik dapat beri keselesaan buat pinggang anak. Getah elastik dapat bagi keselesaan pinggang anak yang gemuk dan buncit..macam adik mok! He..he..hee..muka kecik tapi perut buncit dak nie.

Kalau pampers pelekat tu pun ramai dah tahu kan, sekali dah terbuka nak lekatkan balik memang tak berapa nak lekat balik! Tu belum kira anak pandai sangat buka sendiri..pening pikir nak bergaduh-gaduh lepas mandi semata nak lekatkan pampers! Hah dengan MamyPoko Pants nah kau sarung kan jek macam seluar siap terus. Pakai dalam kereta pun tak payah nak baring-baring bagai.

Kebagusan pampers MamyPoko setanding harganya!

> Penyerap yang super slim - takde lagi masalah bonjolan kalau anak dah kencing banyak dan tahan sehingga 12 jam! Hah nampak? Jimat masa tido mak korang..kekeke...

> Lapisan berliang udara - bagus untuk sistem pengudaraan punggung anak! Kalau takde laluan udara tu confirm bontot anak "panas" takde udara dah tu mula la nak melekat melekit bagai tu yang jadi buat kencing jadi tajam. Eh mak mak bapak bapak je paham ni! Yang tak paham sila kaji lagi okey.

> Petanda Kebasahan - ni bagus! Mak mak dah boleh agak terus bila pampers anak tu dah penuh ! Iniiiii takdelah kene selak kat celah kangkang atau kat tepi pampers semata nak tengok pampers tu dah penuh ke tak! Kadang tengok pampers tu dah terbonjol, ingat dah penuh dah berat bila buka laaaa tak penuh pun dah tu nak lekatkan balik terus pelekat tak berapa nak lekat dah! Huhuhuuuu...

> Pita Pelekat Menggulung - hah ni salah satu kebaikan yang ramai sangat tak tahu! Yang orang tahu pakai je pants susah nak balut dan buang lepas dikoyakkan. Orang akan ingat lepas koyakkan pampers pastu tak boleh nak gulung dan buang kat tong sampah, sebab tu ramai tak nak pakai pants walaupun sebenarnya ia lagi memudahkan kerja kita sebagai mak bapak.

> Design & Corak yang cantik - haaa ni salah satu tarikan baru ! Kalau dulu pampers plain je kan? Tapi dengan MamyPoko Pants ni didatangkan dengan pampers yang bercorak dan berkartun-kartun ;) mata mak pun "sedap" je pandang bontot anak tu. Mak-mak sangat nih sampai bontot anak pun nak kene lawa-lawa..kekekeke...

Gegurl punya didatangkan dengan design "Winnie The Pooh"

Oh ye, MamyPoko Pants ada 2 keluaran 1 untuk dipakai waktu siang, 1 untuk waktu malam dan yang specialnya dikhaskan pants untuk anak lelaki dan anak perempuan dalam keluaran yang berlainan! Almaklum bontot pinggang anak lelaki dan anak perempuan kan lain bentuk nya! So dengan pampers MamyPoko Pants ni lagi senang kita nak "siap"kan anak. Lagipun design dan corak pun berlainan, mesti kita nak anak kita "pakai" kartun ikut jantina betul tak? Sedapppp mata mak pandang bontot anak..ha..ha..ha..mak mak sangat nihhh~

Jangan lupa dapatkan MamyPoko Pants di Lazada !

Ehh..yang benarnya nak bagitau mulai "27hb sampai 31hb July ni Lazada ada buat Big Baby Fair!" Confirm harga murah letup-letup sebab Lazada offer diskaun sehingga 80% ! Korang, kalau baru 1st time nak shopping kat Lazada boleh guna code : 20LAP20 untuk dapatkan tambahan 20% diskaun. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Lazada Fair mesti harga murah-murah punyerrr.. Jimat dan confirm berbaloi-baloi. Cepat terjah~

Tuesday, July 26, 2016

Bila Orang Rasa Kau Kaki Shopping Online.


Jumaat

Isnin

Boleh dikatakan seminggu sekali atau dua mesti ada parcel sampai kat office aku. He..he..he..sampai ade kawan pun dah tau ni kalau parcel sampai ni mesti Izwa punyer ! Bos aku pun sampai tanya "kau ni suka shopping online ke??" Jawapannya tak. Buat masa sekarang mana nak dapat shopping online, shopping luar pun tak. Lagipun aku bukan kaki membeli. Raya pun tak beli baju dah canne nak kata kaki shopping? Hu..hu..hu..

Ini antara barang-barang yang perlu direview sebenarnya. Ada juga barang Ephyra yang aku order dengan blogger femes amos tu, Julia Johari (korang kalau nak beli Ephyra bleh calling-calling dik Juju ok!) Almaklum snow dah habis kene la top up ;) Ada tu blouse untuk #ootd , barang Zalora tu hasil pembelian baucer RM100 dari Zalora.

Alhamdulilah setakat ni, kalau untuk diri aku dari atas (maskara, celak, lipstik, produk pembersihan muka) ke bawah (baju, blouse, tudung) & bawah lagi (kasut) semua aku tak keluar duit sendiri. Kebanyakannya dari wang hasil berblog nie. Review berbayar atau review dibayar dengan baucer membeli belah. Jimat kat situ, lagipun aku memang tengah berjimat giler-giler. Menyimpan untuk hal rumah tu la. Mana deposit, mana duit duty stam, stamping, lawyer..bla bla bla..kalau kira-kira dekat 10k tau aku kene cari. Sikit je lagi nak 10k, so tengah gigih kumpul sikit lagi. 

Setiap kali dapat parcel ni gembira dia macam orang bagi hadiah harijadi kau..ha..ha..ha..sengih macam orang giler padahal barang orang ko tauuuuu.. ;)

Wednesday, July 20, 2016

Allah SWT Selamatkan Kamu, Syakirah Irneena Suhaidi~!

Allah selamatkan kamu !

Allah selamatkan kamu !

Allah selamatkan Syakirah Irneena, Allah selamatkan kamu~!

Selamat Hari Lahir yang ke-3 buat kamu Syakirah Irneena Suhaidi

Selama ni asyik letak gambar dia sengih je kan..nah kauuu amik gambar orang moncong sebab kene marah dengan mama haritu. Marah la sapa suruh celup tangan dalam air milo ! Dia tak tau ke mak dia garang?

Biler dia lepas rambut (dengan kita orang memang dia tak nak ikat rambut ! Suka betul biar serabai Y_Y) nampak sangat matured dia kan? Cuba biler ikat rambut still lagi nampak baby baby..ehh memang baby kami lagi nie..sobs~! Kenapa cepat sangat besar dik?? T_______T

Sekarang dah pandai, nak geng abang Syahmi je tak suka geng kakak sebab dia cakap dia lelaki ! *urutdadamakkau* Baju tak nak gaun, nak suar (seluar jeans) sama macam abam. Letih kenen baju ni cantik macam kakak..cantik..takde nyer dia peduli oi ! Nak jugak jeans & kemeja.

Kuat makan macam sapa ntah ! Kofkofkof..terbatuk pulak.

Mulut macam mak nenek ni tapi kat luar pendiam ya hamat! Dengan orang jangan harap nak. Takut orang ni dan susah mesra dengan orang lain. Jangan kat dalam rumah..potetpotpet tak berenti-renti. Cakap macam orang tua takde pelat pelat derrr..seketul-seketul dia bercakap. Kuat menyanyi kuat makan. Asal nangis je meraung panggil ibu..ibu.. (ibu ni maktok dia laaaaaaa..)

Sentiasa jadi baby kami, sebab awak yang akhir ~!

Selamat Hari Lahir yang ke-3 Syakirah Irneena Suhaidi, manja mama abah abang kakak. Manja semua orang lah dia nie. Mengada pun ye. Tau je kalau aku marah laju je "sowi mama..sowi mama..mama sowiiii" sambil buat muka comel. Grrrr...

Cuma perangai pelik je tak hilang lagi. Suka sangat pegang, sentuh siku aku tak kira masa atau tempat. Pelik giler nie.

Dah besar dah awak!

Tuesday, July 19, 2016

The Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong


Ahad lepas, cousin aku nikah kat The Roof Garden Hotel Bukit Jelutong nun kat Shah Alam sana. So sabtu tu aku check-in sana, bapa pengantin aka pak njang aku belanje kita orang tido sana. Ramai la makck-makcik pakcik-pakcik aku datang dari utara nun tido sana (ni semua adik beradik belah ibu aku)

Nak jadi cerita, kita orang (aku dengan Eady lah!) dapat salah bilik ! Itu pun dah dapat tahu mase hari ahad so nak tukar bilik pun dah bersepah bilik..sori pengantin ~! Kita orang dapat bilik pengantin kauuuuuuuuuu~ Pengantin dapat bilik biase plak..huhu..

Kalau ikutkan The Roof Garden Hotel ni dikategorikan sebagai 3 bintang tapi bagi aku macam kurang dari 3 jek. Hmm..hmm..setakat nak tido sana semalam boleh la. Bilik okey sangat cuma kaunter pendaftaran, tempat makan, lif dan keadaan sekeliling luar macam kureng sikit. Overall menghala ke bilik & bilik sangat nice, dan yang penting bersih ! Yup bersih tu penting. Hotel biase ye, takde pool bagai..kekeke..hotel untuk orang buat function je nie.

Dah dah jom kita cuci mata tengok bilik pengantin yang kita orang salah dapat ! Salah orang kat kaunter keeyyy..

Bilik Pengantin.

Satu-satunya bilik ade shilling, ade deco, ade carpet ade lampu cantik tu. Bilik air luas dari bilik air bilik lain. Bilik air biase-biase je so aku tak nak share gambar bilik air. Lantai bilik lain pakai yang kayu licin tu. Meja bawah tv pun tak sepanjang meja bilik nie. Aku duk tanye pengantin nak tukar bilik tak, dia tak nak sebab dia cakap pakai bilik untuk bersiap dan make-up jek ! So kita orang layan je laaaa..hihii..

Part paling tak bleh belahhh ialah waktu malam...jeng jeng jengggg..

Nah kauuuuuuuuuuuu !

Biru mata muka ku semua pun biruuu ! Ha..ha..ha..aku saje buka lampu ni mase Eady kat dalam bilik air, sekali dia keluar terspontan keluar "huiiiiiiiii biru giler!" Ha..ha..ha..Syakirah pun gelak-gelak sebab muka kita orang semua biru. Tak boleh buka weh lampu biru ni sebab berpinar mata.

Tu nampak yang terdampar tu? Dia je ade sorang, lagi 2 ketul sibuk tido dengan maktok kat bilik sebelah. Nak pegi hotel ni mencabar jugak tau..kita orang pakai Google Map sekali dia bagi kat tapak lama yang tengah ade construction ! So korang kalau nak ke The Roof Garden Hotel ni sila pakai waze (lalu Jalan Duta- NKVE lagi senang dan dekat !). Waze jek Plaza Bukit Jelutong confirm sampai !! Jangan waze atau google map The Roof Garden Hotel memang menanar kau cari tempat tak jumpa. 

Pengantin

Bakal-bakal pengantin satu hari nanti ;)

Tudung kakak dah terbang dan adik mok tak nak pakai baju sama kakak sebab nak pakai suar macam abang. Dia cakap dia lelaki..ohhemmgee sangat budak nie. Setakat gaun tu semua memang dia tak nakk..alaaa awak tu comel tau pakai gaun !

Kesayangan ;)

Bulan ni sehingga hujung bulan 11 penuh kami dengan kenduri kendara cousin tunang, kenduri kawin, nikah, kenduri lagi, kenduri bertandang lagi. Belah-belah ibu ni setiap kali kenduri mesti bertema warna so sweetkan? Suka sangat ! 

Monday, July 18, 2016

Movie Day Out : Zack Kapcai .. Gerak Luuu.. Pape Roger !


Jumaat lepas aku dapat invitation untuk Movie Day Out cerita Zack Kapcai yang sedang ditayangkan di wayang sekaligus majlis sambutan hari raya, sebelum tu kami dijamu di Pak John Steamboat di E-Curve Damansara dan ade sesi suai kenal antara pelakon-pelakon dan blogger-blogger.

#zackkapcai

Zack Kapcai filem komedi terbaru keluaran MIG Picture Sdn Bhd yang telah ditayangkan di wayang sejak 14 Julai lepas. Filem MIG Picture yang ke-133 arahan Azaromi Ghozali dan Rosli Mohd Tain yang menggabungkan pelakon meletop kebabom yang kelakar nak matik ! 

Pelakon-pelakon yang terdiri Fad Bocey, Syuk SYJ, Rahim R2, Serina Redzuawan, Epy Kodiang, Shahfiez yang kelakar diaorang tahap rase nak tampar je sorang-sorang..ha..ha..ha..penat mulut woiiii gelak ! Tak lupa juga pelakon baru yang tengah up Julia Farhana Marin yang bleh tahan jugak buat perangai kelakar dia..ha..ha..ha..korang memang giler !

Zack Kapcai

Sinopsis :

Mengisahkan Zak (Fad Bocey) seorang anak muda yang suka berlumba motor tapi minatnya ditentang oleh ibunya Minah (Serina Redzuawan) kerana bapa kandung Zack, Rudy (Rahim R2) merupakan raja kapcai, dan kerana gelaran Raja Kapcai itu yang menyebabkan rumahtangga Minah & Ruby berkecai.

Zack bagaimanapun telah mengetahui rahsia yang disimpan ibunya, lalu dia ke Kuala Lumpur untuk mencari bapa dan adik perempuannya. Dalam misi pencarian itu Zack dibantu oleh rakan baiknya Roy (Syuk SYJ) walaupun persahabatan mereka pernah goyah gara-gara Qistina, motor kesayangan Roy !

Pelbagai aksi dan pelbagai peristiwa terjadi semasa pencarian itu dan nak tahu lebih lanjut cepat-cepat la pegi tengok ! Confirmmmmmmmmm keluar wayang muka korang senget ! Ha..ha..ha..starting je terus lawak nak mati sampai abis la korang akan gelak ! Bergegar-gegar perut tergelak padahal sebelum tu perut dah penuh dengan steambot Pak John sebab Mejar (K) David Teo belanje kitaorang makan..wotwotwot..bukan tu je dia belanje ade benda lain yang dia bagi ! Besttt~

Filem ini menyelitkan unsur kekeluargaan, persahabatan, kasih sayang dan percintaan tapi dalam bentuk komedi yang sesuai untuk seisi keluarga ! Kesimpulannya JANGAN TAK TENGOK CITER NIE sebab best dan kelakar separuh nanar dibuat nyer. ;)

Welcoming di Pak John Steambot

Abang Syahmi sibuk nak tangkap gambar dengan udang umur 100 tahun tu. Nak tgk harga dan usia udang dan ketam tu sila klik gambar bagi tumbesaran mata.

Masa ni tak penuh lagi. Dan nampak tak baju kuning tuuuu?

Tu la Mejar (K) David Teo & blogger femes emes yang invite aku Bro Framestone bapa mithali ! Orang makan dia sibuk dukung anak..mithali sungguh ni ;)

Mejar (K) David Teo

Mase aku up gambar ni kat ig & fb ade plak pm sound aku pasal David Teo dan kontroversinya. Alah alah alah..macam la korang baik sangat ! David Teo tu tersalah cakap dan korang tersalah sangka lalu tersalah faham. Tak ke sama je korang tu macam baik benor.. Okey fine tak masuk campur lah pasal tu.  Korang lupakan je la dan maafkanlah dia sebab kita pun bukan malaikat ;)

Kalau korang nak tau David Teo ni humble giler, kejap-kejap datang tengok kita orang makan cukup ke tak ! Giler tak cukup? Lebih dari cukup macam nak pecah perut la makan ! Risau betul dia kita orang tak cukup atau tak dapat makan..he..he..he..relax la Mejar ;)

Berucap sikit dengan text Mejar (K) David Teo cakap tak nak salah cakap lagi. He..he..he..

Bersama pelakon-pelakon yang sumpah tak sombong tak kekwat ! Macam kawan-kawan je walaupun 1st time jumpe ;) Serina tu sumpah tak sombong ! Julia Farhana yang sedikit malu-malu. Mejar (K) David Teo adalah orang yang kelakar.

Eh ade duit raya untuk semua yang hadir !

Tanjat kita orang tetibe Mejar (K) David Teo cakap nak bagi duit raya kat semua yang hadir ! Semua tauuuu  termasuk yang tua bangka..hahahaha..sapa yang tua ntah ! Kekeke...dah tua la masing-masing sebab ade anak dah ;) Aku Eady datang pakai baju keje jek, budak-budak sempat mandi tukar baju kat taska sebab event start lepas maghrib.

Bersama blogger-blogger hebat ! Ohye gambar ihsan blogger-blogger lain . 
Aku amik, save & share pulak kat sini. Harap korang halalkan ye ;)

Kredit to : Tuan Khir Khalid yang nampak muda giler walaupun ade anak remaja! Ayue Jean yang peramah dan cantik ! Wot wot ;) last sekali terima kasih pada kak Hanny Abdullah.

Terima kasih MIG Picture Sdn Bhd, Terima kasih Mejar (K) David Teo & Terima kasih Bro Framestone atas undangan. Korang kalau tak hagak-hagak nak gegarkan usus sendiri yang nak sengetkan rahang tuuu sila la tengok ! Tahap kelakar sampai ade hantu pocong keluar pun kau boleh gelak berair mata tauuu..best best best ;)

Thursday, July 14, 2016

Denda Terbaik ! Terbaik Sangat !


Semalam aku amik Syahmi balik sekolah (macam biasa la hari-hari amik dia) naik ke taska tengok Sufiya takde lagi so terpaksa patah balik ke sekolah perempuan pulak tunggu Sufiya. Selalunya sekolah perempuan keluar awal tapi ni dia pulak lambat sedangkan kawna-kawan dia ade dah kat taska. (setiap hari Sufiya balik dengan ibu taska)

Rutin hari-hari

Bila tanya kenapa kakak lambat..rupanya kene denda! Kene mengaji kat dalam bilik guru sebab bising dan banyak cakap dalam kelas. Ini je lah penyakit nyer setiap kali amik report kad pun cikgu komplen benda yang sama. Sekolah agama pun ustazah cakap benda yang sama ! Haishh..

Lagi banyak dia bising bercakap lagi lama dia kene mengaji ! Padan la lancar je mengaji nyer rupa nyer banyak sangat bercakap...hihuhihuhi..

Patutlah setiap hari dia cakap dengan aku "kakak kannn sehari 3 kali mengaji mama ! 1 kat sekolah kebangsaan, 1 dengan ustaz Amin kat sekolah agama pastu kat rumah dengan abah..kakak dah pandai mengaji dah !" Rupe nyer tak citer pun yang sekolah kebangsaan tu sebenarnya kene denda hari-hari..ha..ha..ha..

Ini masa dia kene marah dengan aku.

Ade 1 malam tu aku dah naik hangin aku membebel macam-macam kat dia dan sampai 1 peringkat aku diam sediam-diam nyer tak nak cakap dengan sapa-sapa. Pastu aku tengok rumah senyap sunyi jek ! Okey la Syahmi Syakirah kat depan tengok tv, cari Sufiya ingatkan tido rupanya diam-diam dia pegi mengaji..time ni dah pukul 9.40 malam tau..terus sobsobsob hati nie..huhuuu..mak kau naik angin tak pegi mengaji pun ! Apa punyer mak ehhhh...

Bagi aku bagus jugak sekolah buat denda macam nie atleast dapat turunkan sikit perangai nakal anak-anak berbanding kalau kita pukul mungkin ade budak dia memberontak. Ntah aku okey je dengan bab rotan tapi zaman sekarang dah tak boleh praktikkan kot ! Zaman sekarangkan zaman membunuh, so lagi elok tanamkan iman didada anak lebih jadi orang aku rasa. 

Kene pulak zaman sekarang zaman mencabar, kalau tak didik bab agama dari awal-awal dah besar liat lagi payah. Tengok je lah video viral macam-macam sekarang semua nyer perangai yang ntah hape-hape..takut okey ! Minta Allah jauhkan dari anak-anak kita perangai tak semenggah nie.

Nah video 3 ketul budak makan aiskrim




Wednesday, July 13, 2016

WW : Semua Kerana Throwback !





2005 - 2016

3 Anak Pak Kamaruddin - kakak & adik lelaki tapi aku tetap maintain dipanggil adik dalam family ! Ha..ha..ha..


4 Benefits of Online Shopping Malaysia

4 Benefits of Online Shopping Malaysia



The latest Malaysia online shopping trend has become a very popular shopping method for shoppers recently. Even for me, I have always been looking for other alternatives when it comes to shopping and online shopping is the best fix for that. There are many benefits of online shopping and the very reason why online stores and online boutiques are a booming business today. Let me list you the benefits of online shopping Malaysia

Fuhh..kalau bercakap bab shopping online ni ramai yang senyum lebar kan? ;) Almaklum sekarang kan dah jadi trend shopping dalam talian ni, aku pun salah sorang penggemar shopping secara online. Terkelip-kelip mata kalau shopping kat online nie..ha..ha..ha..tau tau sampai je parcel pos laju kat office. Eheks..


Jimat masa - hoh bab jimat masa ni terpaling aku suka ! Senang okey kalau dalam 1 laman web tu ada semua benda ! Tak payah aku nak pusing 1 mall untuk cari barang-barang yang aku nak shopping. Lagi ade anak-anak mana dan nak pusing 1 mall dengan kerenah dia orang ! Lagi banyak hentian kat tempat berkenaan berbanding membeli dalam online nie. Boleh pilih dalam keadaan tenang uolls ;) Dengan masa yang jimat ni macam-macam urusan lain kita boleh buat tau.

Jimat minyak kereta/motor - kata zaman sekarang zaman mahal kan? So bab menjimatkan minyak kereta/motor ni selagi boleh dijimatkan mari kita berjimat ! Maka pilihan bershopping secara online sangat menjimatkan miyak kereta sekaligus menjimatkan duit kita. Dah la tak penat berjalan, tak keluarkan duit minyak tau-tau barang sampai je depan umah haruslah suka kannnnnnnn ;) Jangan kata jimat minyak, duit tol dengan duit parking pun super jimat kalau shopping online Malaysia ni.


Selain dari senarai kat atas tu yang mesti ramai dah tahu, ada lagi kebaikan shopping online Malaysia nie.

Jimatkan tenaga - kalau takat pilih dan klik-klik kat depan pc atau kat hp mana penat kan? So compare la dengan kita terpaksa pusing 1 mall ! Lenguh kaki belum tentu dapat barang yang kita nak cari tu. Betul tak? Jimat tenaga pusing 1 mall dan jimat tenaga kejar anak dalam 1 mall ! Ha..ha..ha..

24/7 barang tersedia - Ini fakta ! Bila-bila masa je boleh shopping online ! Agak-agak tengah malam tetibe terjaga dek kerana teringat kasut idaman terus buka online dan klik ! Wallahhh..kalau pegi shopping kompleks dah la kene tunggu mall buka pukul 10 pagi dah tu belum tentu ade saiz atau warna yang kita nak. Dalam online dah siap tersedia semua detail ada stok ke tak, warna apa, bila akan diposkan. Tinggal nak tunggu sampai kat tangan je.

So korang suka tak shopping online macam aku? Minggu ni pun aku tengah tunggu 2 parcel tauuuuuuu..he..he..he..tapi kene ingat jugak nak shopping online kene ade had ! Jangan main taram beli je kang poket pun rabak. Kene ade limit duit, limit poket dan limit diri sendiri ;)

Tuesday, July 12, 2016

Lebih Jimat Elektrik, Lebih Jimat Masa Hanya Dengan INNERGIE Yang Berkuasa Super-Speed Charging !

INNERGIE - Three port mobile Super-Speed Charging Hub

INNERGIE LifeHub - 3 USB Power Hub with Extended Reach product

 > Amazing Teardrop Aesthetics
 > 6.3A Output for Faster Charging
 > Three USB ports for Simultaneous Charging
 > InnerShield™ Power Protection
 > Integrated GreenSense™ Technology


Kalau orang lain kemain happy dapat handbeg atau kasut tapi aku kemain happy sangat biler dapat INNERGIE nie ! Benda-benda yang melibatkan gajet ni aku suka sangat ;) lagi-lagi dapat tau INNERGIE ni menjimatkan masa aku. 

Hoh ape benda nie?? Meh sini duduk rapat-rapat nak citer.

INNERGIE

INNERGIE - adalah 1 adapter yang membolehkan kita charge gajet kita dengan kuasa super speed seperti charger original ! 

Dengan hanya 3 barang ni je tak penuh pun handbeg.

Raya raya ni kan semua nyer sibuk amik gambar dengan hp bagai kannn..so ramai pulak nak kene charge powerbank atau hp masing-masing ! Tak payah dah nak bawak balik extansion plug yang macam korang viralkan dalam FB tu. Bawak merata je INNERGIE ni korang charge kat mana-mana plug.

Tak payah nak risau tak sempat full ke ape. Power tak power INNERGIE ni sama macam power original tau. Kata dengan kuasa Super-Speed Charging haruslah super power. Siap dengan waranty & gurantee 3 tahun tau.


Nampak?

Yang best nyer kita boleh charge serentak tak kira gajet kita jenama apa . Korang kawan-kawan atau sedara mara boleh share charge serentak. Tengok gambar aku tu ade Ipad mini, ade hp Samsung, ade hp HTC tak kira jenama boleh je guna untuk charge. Semua dicharge dengan kuasa super speed like original gitu~ Best best.

Menarik kan? Dah la jimat elektrik sebab pakai 1 plug pastu jimat pulak masa sebab boleh charge sekali tiga gajet serentak dah tu cepat pulak masa charge nyer ! Benda-benda jimat ni haruslah kene ade sorang 1. Ha..ha..ha..INNERGIE ni bagus oiii. Kata zaman mahal khennnn so benda yang super jimat ni haruslah korang kene ade jugak ;) 

Tunggu ketibaan INNERGIE dipasaran Malaysia pada 20hb ni.

Lebih lanjut boleh terjah : www.myinnergie.com/us/product/11
#Innergie #power #travel #charger #adapter #lifestyle #travelcharger #traveladapter 

Monday, July 11, 2016

Cari Mood Nak Warm Up !


Selamat Hari Raya korangggg sekali lagi ! Fuh fuh fuh..tiup habuk skit..punyer lama tinggalkan blog sampai dah tak rindu. Eh?

Macam mana raya korang? Raya aku macam biase je takde beza pun, salam-salam raya pertama makan-makan pastu lepak jek. Raya ke-2 ke-3 mereput kat umah..ha..ha..ha..raya ke-4 berjalan ke rumah makcik & sepupu aku je. Ahad mendobi. So biase-biase je. Raya korang mesti heaven giler kan?






Kita orang bergambar lebih jek..kampung pun kat Kampung Cheras Baru KEY ELL je koranggggg ;) Yang terlebih sengih tu korang abaikan je sebab kalau nak tahu pagi tu amukan puaka taknak pakai baju raya tuh ! Mengamuk nak pakai baju boboiboy ! Grrr.. geram je tau.

Tapi biler dah pakai baju raya kemain "adik antik kan ma..abahhh adik antik !" Banyak la kau punyer cantik..he..he..he..baju Syahmi pun aku beli last minit, nasib baik ade rezeki jumpe jugak baju melayu murah berkualiti cantik. Jubah aku pun beli online mase murah bulan-bulan dulu, itu pun TERsenteng..grrr..orang yang potong terpotong pendek. Lepas ni nak kene cari kain nak tambah bawah.

Ni entry warm up sebab lepas ni banyak lagi blog job yang aku nak kene setelkan ! Paling penting tak zabar nak tunggu 28hb untuk food review ! Weeee..restoran idaman kot. Korang tunggu tau. Sementara minggu ni ade 2-3 produk kalau tak silap aku nak tunggu sampai kat tangan untuk di review.

Oh ye, nak bagi tau sebelum puasa berat aku 57kg okeh, bulan puasa memang totally out selera makan aku termasuk masa hari raya. Macam takde mood je nak makan beria..kenapa ntah. So sekarang berat aku 53kg. Tak sabar nak turunkan sampai 50kg. Tu je target aku walaupun ikutkan hati nak dapatkan 48kg. Berat korang macam mana? Mesti raya korang bestkan? Raya aku biase-biase je.

Friday, July 01, 2016

Selamat Hari Raya Korang Dari Orang Yang Takde Kampung !


Selamat Hari Raya koranggg ! Kiter recycle dulu gambar tahun lepas ;)

Tahun ni tema pun takde lagi ! He..he..he..aku anak-anak baju hijau kot tapi bapak anak dengan Syahmi takde keputusan lagi warna apa. Jadi baju pun nan hado dia orang nie. Biler ntah nak pegi cari kalau MALAS tu kemain lagi..hiuhiuhiu~

Oh ye, minggu ni aku busy dengan kursus, dengan audit 5s pastu sibuk dengan report kad anak. Cakap pasal report kad ni, alhamdulillah Syahmi Sufiya cemerlang dalam dua-dua sekolah ;) paling terperanjat Sufiya la..dalam pada MALAS dia nak buat semua alih-alih periksa no.2 di dua-dua sekolah. Dianggap cemerlang sebab markah overall dikira dengan markah keseluruhan murid pagi & petang. Tanjat iolls u know ! Syahmi macam biase tak mengecewakan dengan keputusan semua A so periksa no.1 dikedua-dua sekolah. Alhamdulillah.

Nak kene reward nie..uhuks~ Nanti kita buat kira-kiralah ye. Setelkan dulu bab raya pastu baru boleh cerita bab reward. Syahmi pandai, minta pegi hotel yang ade kolam sebab nak bagi adik Syakirah dia mandi kolam. Macam biase lah dia, mane fikirkan diri dia asyik fikir apa nak bagi kat adik mok dia tu ;) kalau boleh dia nak hadiah yang boleh share dengan adik-adik dia.

So korang, raya balik mana? Aku macam biase takde kampung so aku bakal jadi RAJA kat KL ni..ha..ha..ha..korang berhati-hati okeh balik kampung tu. Check condition kereta, mengantuk berenti tido dulu, dalam perjalanan banyakkan baca doa semoga dipermudahkan perjalanan pergi dan balik.

SELAMAT HARI RAYA KORANGGGGGG dari orang yang takde kampung nie..ha..ha..ha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang