thumbnail

Wednesday, August 31, 2016

Harum Malam Khas Untuk Wanita & Gadis.

Harum Malam


Harum Malam merupakan supplemen dalaman mewangikan tubuh sepanjang masa disamping berkesan semulajadi sebagai perapat. Membantu menyihatkan dan mencegah bau badan. Ia juga dapat mencegah masalah dalaman wanita, memberi  tenaga dan menambah stamina untuk aktiviti harian.

Ramuan yang ada didalam Harum Malam

Ramuan Harum Malam, di adun dengan ekstrak ros dan kaya dengan ekstrak herba lain seperti sireh, buah tin, kismis, madu, goji, limau purut, strawberi, kayu serapat, buah delima, manjakani, pueraria lobata, pueraria mirifica dan senna yang dapat mengatasi bau kurang enak dari tubuh badan.

Harum Malam

Kelebihan Harum Malam

> mengatasi masalah keputihan
> menghilangkan kegatalan dan masalah bau di Miss V
> mengetatkan, menegangkan dan merapatkan otot rahim
> memberi tenaga dan kecergasan
> membuang toksin dalam badan
> melawaskan sistem penghadaman
> melancarkan perjalanan dan kitaran haid
> membuang angin dalam badan
> mengurangkan masalah bau badan
> menguatkan keinginan hubungan seksual
> anti penuaan dan mencantikkan bentuk badan
> membesarkan dan menegangkan payudara
> membentukkan punggung agar lebih montok
> membakar lemak yang berlebihan
>mengawal berat badan
> mengempiskan perut buncit
> menyuburkan dan merapatkan pintu rahim
> menghalang jangkitan kulat dan virus
> memberi perlindungan antioksidan yang tinggi
> meningkatkan pengaliran darah yang membantu rangsangan seksual.

1 sudu pagi sebelum sarapan, 1 sudu malam sebelum tidur.

Aku consume Harum Malam ni memang dah lama tapi terberhenti sejak kes ade keluaran yang palsu! Memang elok Harum malam ni untuk hilangkan bau badan yang busuk dan bagi badan bau jadi wangi balik. Aku bab bau badan ni memang jaga sungguh! Almaklum tengahari buta kan aku keluar amik anak balik sekolah, dengan penat nyer dengan peluh nyer pastu masuk office nak kene jumpa peminjam pulak. Seram okehhhh muka comel badan busuk. Tak nak tak nak tak nak..Harum Malam ni secara tak langsung dapat bantu aku dari segi dalaman untuk hilangkan bau tak enak tuh.

Kalau dulu-dulu (lama dah) aku makan Harum Malam ni untuk tenaga dan masalah keputihan tapi ye la sejak kes palsu malsu ni memang stop terus.. Okey la jugak sebab seperasan aku keputihan tu memang hilang. Orang perempuan ni semua nak kene jaga, luar dan dalaman! Lagi-lagi yang dah beranak pinak ni.

Macam aku bersalin 3 orang tu semuanya c-zer, so urut mengurut tu memang tak lah lagi pun pantang sorang-sorang kan so pandai-pandai la kene jaga diri nak bagi jadi elok. Dengan adanya Harum Malam ni senang sikit sebab ada bantuan secara "dalaman" dengan hanya makan sesudu pagi & sesudu malam. Banyak sangat kelebihan Harum Malam ni yang dapat bantu aku secara perlahan-lahan. Korang boleh baca balik senarai kelebihan Harum Malam kat atas sana. 

cara pengunaan

Simpan dalam peti ais lepas dah buka, makan guna sudu plastik sebab ade madu kan. Elok untuk wanita yang dah kawin dan juga gegadis yang belum kawin jugak! Haaa..tak caya?? Percayalah..Harum Malam ni sesuai untuk semua wanita dan gadis yang bergelar wanita dan gadis lah..ha..ha..ha..gadis dan wanita jadian tak sesuai la kot~ Sapa-sapa yang ade masalah period tak teratur tu elok la start makan Harum Malam. Masalah berat badan pun boleh dikontrol kalau makan Harum Malam nie.

Pastikan yang original tau!!

Kan aku dah bagitau kat atas tu aku dulu makan Harum Malam tapi terstop sejak kes keluaran palsu. Takut okey kang termakan ntah hape-hape ntah kat "dalam" tu, tapi sejak Harum Malam dah ada hologram dan sejak berteknologi tinggi ni kita sendiri boleh check mana yang ori mana yang palsu sebelum beli. Macam-macam cara boleh check so dah boleh beli dan makan tanpa was-was.

Dengan harga RM33 (sm) / RM39 (ss) sahaja kita dah boleh jadi wanita idaman suami / jejaka..meooww...ehh?? Ha..ha..ha..takdelah kita perempuan-perempuan ni kene jaga banyak benda! Jangan kata orang disekeliling kita pun kita kene jaga tapi kita kene mulakan dengan diri sendiri dulu baru boleh jaga orang lain ;)


Monday, August 29, 2016

Sembang Isnin Bukan Sembang Produk Review


Ha..ha..ha..tu dia tajuk! Padahal blur nak citer ape sebenar nyer sebab ni nak cerita random. Ehh macam biasa la isnin kan nak cari mood senyum-senyum ;) cakap pasal senyum dari malam tadi dah tersenyum sebab aku menang contest kasut kesihatan bernilai RM199 tau! Tak sangka pulak menang sebab tengok yang share kat FB dekat seribu lebih orang share. Kat IG je tak ramai, masuk memang penuh harapan nak menang. Lama dah teringin nak beli kasut kesihatan ni sejak-sejak banyak berjalan amik hantar anak balik sekolah tapi dari hari ke hari nak beli tapi "ongkos" nyer banyak perlu digunakan kat tempat lain.

Ini la contest nyer tapi bukan ini kasut nyer.

Malam tadi aku DM owner tu cakap aku nak kasut lain boleh tak..he..he..he..alhamdulillah dapat tukar kasut lain! Aaaaaa..kasut cantik tapi warna anak-anak yang pilih..huhuu..aku nak biru tapi anak-anak pilih warna lain. Nanti hadiah dah sampai aku tunjuk okey ;)

Aku rase ni mungkin sebab "rezeki" aku hari jumaat haritu kot. Meh nak citer..hari jumaat tengahari aku kan busy..amik Sufiya pukul 12 tengahari, pastu masuk office balik, keluar amik Syami pulak pukul 1 hantar ke taska pastu aku ke Nagoya Jalan TAR sebab nak beli kain untuk buat baju sekolah Sufiya (ye ye..aku memang jenis beli awal-awal..lagipun kali ni aku nak tempah.) nak jadi cerita..aku bawak duit ngam-ngam konon dah kira dari awal..pastu masa on the way jumpe pulak ade sorang opah tua jual kerepek-kerepek..huhuhu..sedihhhh pastu laju-laju la beli kepek RM10 . 

Terus ke Nagoya beli la kain, sekali masa nak bayar kat kaunter total semua RM136 hengget..sekali buka beg duit ALLAH! kurang seploh hinggit..huwaaa..terlupa tadi dah guna mase beli kepek so tinggalkanlah kain tu dengan deposit RM120 terus la patah balik ke office balik semata sebab nak amik atm kad..huwaaa..penat nyerrrr..berpeluhhhh..rase nak nangis sebab dah la lapar..panas pulak tu tapi takde lah cara lain. Balik office amik atm kad cucuk duit kat atm dalam Sogo pegi balik ke Nagoya, bayar pastu masuk balik office..huwaaa..penat nyerrr...

Sabtu, pagi Syahmi ade kelas muzik ukelele dia sebab hari ni ade persembahan ade VVIP datang sekolah. Sabtu ahad berlatih..mama abah dia pun letih nak kejar masa. Sabtu pagi tu dah hantar dia ke sekolah sampai pukul 1 pastu bersiap terus ke kenduri kawin kezen kat Shah Alam, tau je lah kan menghala ke Shah Alam kalau tak jem tak sah! Oh bukan nak cerita pasal kenduri..hehehe..nak cerita pasal iolls dah kurus sikit walaupun Eady cakap "macam tak jek" kata-kata orang jeles lettueeww..hahaha..

ehem hakak dah kurus hokey!

Sebenar nyer dari bulan puasa tu aku dah niat nak turunkan berat badan dan nak maintain kan jek. Aku nak kekal dengan 50kg je, penat tau badan tak fit nie. Takde niat pun nak kurus untuk cantik tapi nak kurus untuk diri sendiri je. Tak larat tau jalan setiap tengahari setiap kali tu jugak mengah macam orang semput tu. Tak suka laaaa..masuk office macam orang tak cukup oksigen. Benci arrr..tapi sekarang tinggal maintainkan jer..

Makan banyak macam biase tapi kene jugak banyak bergerak & bersenam (?) bila pulak aku bersenam..ha..ha..ha..memang tak la! Harapkan berjalan setiap hari je la senaman aku tuh.

so mini me!

Hah saje letak gambar tu sebab budak tuuuuuu kan tiru aku bergambar!! Aku nak amik gambar sorang tau pastu laju-laju dia datang lari tiru apa aku buat..eeeee..geram sangat! Asyik tiru apa aku buat last-last sampai ke sudah takde gambar aku sorang..huwaa..menciik laaa budak manje niiii..chiummmm kanggggg!

tengok la budak tu!

Budak tu kalau ade "ibu maktok" dia memang aku dengan Eady dah tak laku! Sibuk je mengekor maktok dia tuh..makan pun duduk atas paha maktok dia. Aku tak suka bukan tak suka apa aku tak nak ibu aku tu penat. Dik Mok kan dah berat pastu sibuk la suruh maktok dukung memang aku tak bagi laaaa! Tak larat kot dukung budak 13 kilo.

3 beradik ni ;)

Baju je gegurl tapi perangaiiiii Boboiboy sangat! Ha..ha..ha..yang no.3 ni memang lasak kemain kalah yang 2 orang tuu. Picit kepala selalu dengan budak bijak nie.

Sweet moment

Pelamin cantik sangat .. ehh sori tak letak gambar pengantin..hehehe..kami je lah jadi pengantin lama. Tema pink tapi tengok kami je bertema yang bersungguh.ha..ha..ha..takpe lah kan hari orang kita raikan je bersungguh-sungguh ;)

Pengantin lama..ehemm~

Warna dah soft pink terus buat hati berbunga-bunga..hahahaha..kemain gatal ! Ehh kemain gedix arrr..petang tu balik rumah dah pukul 6 rehat sekejap keluar balik sebab nak hantar Syahmi ke tusyen kat Gombak pulak! Penattt oiii..tapi apakan daya kene jugak bertahan.

Lepas hantar hantar Syahmi kami ke Laypark Corner kedai Mama Aus aka Niezzareena terjerit-jerit kawan tu bila tengok aku datang kedai dia! Ha..ha..ha..saje je buat suprise. Makan pun sedappp wehhhhh kat kedai dia. Ala belakang Gaint Batu Caves jek. Cer pegi ke FB search je Laypark Corner confirm ade makanan lazat.

Ahad, lepak umah mendobi pulak! Huwarghh..duduk berdua dengan Syakirah sebab Syahmi ade kelas ukelele lagi, Sufiya tusyen, Eady ke office. Petang masak, oh ye sekarang anak-anak nak makan yang umah punyer jek..bak kata Syahmi "mama tau tak..dalam buku akhlak sekolah agama ade cakap makan kat rumah lebih baik dan lebih afdhal tau dari makan kat luar" pastu mama bawak ko pegi food review terus ko lupa kan buku akhlak tu kan?? Ha..ha..ha...

Friday, August 26, 2016

RSMY The Best Cheese Nan In Town!


Rabu lepas aku ada dapat jemputan food review kat RSMY Houce Of Real Beriani actually RSMY The Best Cheese Nan in town tagline dia! Perggghhhh..kalau cerita pasal cheese nan dia ramai kot mengigauuuuuu pasal lelehan cheese dia tu! Ehhh jap jap jap.. nak bagitau ni la food review paling dekat sekali, dekat tahap jalan kaki je aku pegi..kekekeke...dekat dengan office jerr.

Pnak-anak siap tukar baju mandi kat taska dulu la. Lagipun taska dik mok hujung jalan je dari RSMY Cheese Nan nie. Sapa-sapa yang kerja area sini tau la kefemesan RSMY Cheese Nan nie. Kat mana? Kat Jalan Medan Tuanku tu je..tak tau lagi?? Alaaa dekat-dekat Sogo jerrr..hah cakap Sogo semua senyum kannnnn ;)

RSMY House Of Real Beriani

Nama je House of Real Beriani tapi memang sedap pun beriani dia..kekekeke..

Mesti kenal kan? Ini menu ye anak-anak.

Persembahan petang tu & ramai lagi makanan yang tak masuk dalam ni sebab terlalu ramai makanan dan minuman yang terhidang! Meja pun cantum sampai 8 rase nyer.

Air di keramaian. 

Air yang tengah tu korang mesti tahu untuk sapa. Budak tu panggil biskut jilat (iklan Oreo)

Beriyani Kambing RM 19.10

Nasi beriani dia jenis berempah dan "berat". Harga nampak mahal kan? Portion besar okey! Kami 3 beranak makan pun ade lagi lebih sikitttt tak terhabis. Kambing tak sempat baham dah dibaham oleh Eady & Syahmi. Sedap latewww kalau tak takkan aku tak dapat rase.

Lamb Shank RM 16.95

Beriani Udang Masak Merah RM 12.70

Artis petang tu!

Yummy Cheese Nan (with chicken slice inside) RM 10.60. 

Kita tarikkkk cheese dia! Nyums~

Ayam Tandoori RM 10.60

Ayam tandoori yang penuh rempah dan sedikit pedas! Sangattttt menepati tekak aku bab pedas-pedas ni tapi ayam ni agak kering. Ntah aku suka ayam lembut-lembut gebu nak kunyah pun takde la penuh tekanan perasaan sangat. Ini kene kunyah penuh perasaan untuk mendapatkan kehancuran yang betul. Kering tapi rasa dia memang sedap. Kalau ayam ni lembut sikit lagi confirm aku bagi 9/10 bintang.

Keema Daging RM 10.60

Keema daging ni antara makanan yang kerap diorder oleh orang ramai. Cicah cheese nan dengan keema ni mengancam okeyy..lain dari lain! Ade sesetengah tempat tu cicah dengan kari biase atau dhal tapi kat RSMY Cheese Nan ni keema la gu nyer! Kalau dah cakap antara makanan yang kerap diorder bersama cheese nan dah tentu la sedap kan ;) cuma kurang masin. Hehehe..ye ye aku kuat masin sikit. *tutupmuka*


Hek eleh orang tuuu..mama nak amik gambar betapa tinggi nyer cheese boleh ditarik semata nak tunjuk tak tipu okey limpahan cheese nyer! Dia pulak sengih kemain.

Ada sekali tu kat tempat lain la kita orang order cheese nan dalam tu cheese pun takde ! Rupa nyer dia cuma letak cheese serbuk tu jek..cettt pastu ko charge mahal?? Dah kenapa kauuuu..tempat lain pulak pakai cheese keping tu lagi tak bleh blah! Hadoiiii..kalau tak pakai cheese leleh macam ni jangan kau berani la letak Nan Cheese oiii..mentipu jek. Kecewa tauuuu kemain lapar order cheese nan yang datang nan cheese takde cheese T__T sedih~

Tapi kat RSMY Cheese Nan cheese dia..perghhhhhh...koyak sikit je ade cheese makan sikit je penuh cheese..aaaaa sedap nyerrrrr! Gebu-gebu lembut-lembut..aaa...tolonglah sedapppp sangat tau. Berbaloi dengan harga.

Saje letak gambar ni sekali lagi..kekekeke~

Close up sikit la

Nampak tak betapa tebal nyer cheese tu?? Roti nan tu pun kemain tebal tapi lembut nyerrrr gebu pulak tu. Makan ni sorang 1 pun licin..ha..ha..ha..kata seorang yang kuat makan! Tapi memang ye habis okey.

Banyak jugak pilihan Nan kat sini : Garlic Cheese Nan, Butter Cheese Nan, Garlic Nan, Butter Nan atau korang nak nan biase pun ade cuma tumpuan orang datang ke RMSY Cheese Nan ni adalah sebab kelempahan dan kelelehan cheese di dalam nan ni. Boleh cakap la kalau datang makan Cheese Nan kat sin takkan menyesal arrr..macam kami setaip kali datang makan confirm Yummy Cheese Nan dan Cheese Nan je yang diorder.

Apa beza Yummy Cheese Nan dengan Cheese Nan?? Yummy tu yang ade cheese bersama chicken slice, Cheese Nan dah tentu lah ade cheese kan ;)

Klik untuk tumbesaran mata.

Untuk pengetahuan korang, RSMY Best Cheese Nan In Town ni ada 3 cawangan. Macam aku terdekat di Jalan Medan Tuanku tu lah. Ramai orang tak nak masuk KL tu boleh je ke cawangan RSMY Setapak atau pun bila tersesat kat Jakel Mall tu boleh singgah di cawangan RSMY Masjid India tu.

Sebelum terlupa, RSMY Cheese Nan the best in town ade buat promosi  sepanjang tahun ini. Pada birthday girl/boy yang makan sambut birthday kat RSMY Cheese Nan ni atau saje je datang makan kat situ masa harijadi korang, korang akan dapat DISKAUN 50% harga dalam 1 bil tuh. Maksudnya kalau korang datang makan-makan dengan kawan-kawan ke family ke masa harijadi korang tu dapatlah diskaun ni okehhhh..giler tak best? 

Diskaun 50% untuk 1 bil yang korang makan semua tu laaa...haaaaa...best! So birthday nanti sila makan RSMY Cheese Nan ni tau. Lebih lanjut boleh je terjah FB/Twitter/IG : officialrsmy

Waktu operasi kedai dari 11 pagi - 11 malam tapi untuk Cheese Nan & Ayam Tandoori ni bermula pukul 12 tengahari tauu..apa lagi? Lunch ni sila pegi makan okey~

Thursday, August 25, 2016

WePrint : Print Gambar Secara Pantas & Berkualiti Adalah Trend Terbaru Zaman Ini!


Alah korang mesti sama macam aku! Nampak je photobooth ke mesti laju-laju nak pegi amik gambarkan kan kan? Sejak-sejak dah jadi trend ni kebanyakkan majlis, kenduri kendara atau mana-aman even mesti ada photbooth. 

Memperkenalkan WePrint, yang mana menyediakan merupakan high quality machine instant photo printing machine yang mencetak photo secara pantas dan yang paling penting BERKUALITI! Serius paper photo yang digunakan oleh WePrint ni lain dari yang lain. Tebal, licin, cantik..ehh canne nak cakap eh..berkualiti lah pendek citer. Sejak 2015 WePrint telah terkenal dikalangan syarikat -syarikat besar membuat roadshow, event-event. Pendek kata ada je even mesti dia orang akan guna perkhidmatan WePrint ni! Kenapa? 

Instant Photo Printing Machine WePrint

Sebab dengan WePrint ni kita boleh letak logo syarikat ke, nama, atau iklan yang terplih di dalam tamplete yang disediakan! Hah best kan? Ada la kenangan kat mana & bila event berkenaan.

Semudah 1,2,3,4,5

Simple giler nak guna machine mencetak WePrint ni, dengan hanya perlu ikut step seperti yang gambar diatas dan dalam masa 60 saat je gambar korang dah siap...paling best lagiiiiii..kita boleh gunakan je gambar yang kida dah ada dalam hp tuuuu...just scan QR code dari apps WeChat korang tuuuuu pastu ikut je step yang ade..pilih. adjust skit.. tadaaaaaa...dah siappp~

Serius cakap aku kalau ada event besar ade photbooth ni mesti laju-laju je terjah! Ha..ha..ha..best okeyyyyy~

Ohye, selain dari machine WePrint, sebenarnya ada banyak lagi servis yang dijalankan oleh Liberty Printing ni. Liberty Printing is a heat transfer printing machine and material supplier in Malaysia. Macam-macam servis la Liberty Printing ni sediakan! Macam aku duk gatal try pilih mug magic! WAHHHH..teruja okey dengan mug magic..ha..ha..ha..padahal mug je pun.

Takde..

Adeee..

Tadaaaa...ha..ha..ha..kalau korang perasan laaaa...tuh semua antara servis yang disediakan oleh Liberty Printing tapi main cerita kat sini adalah WePrint kat atas sana ;) kehkehkeh~

Nah korang, ada diskaun ;)

Atau korang boleh singgah ke :

Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T)
6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3,
Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang, 
Selangor

Contact :
019-985 8151 (Elaine)
Email : 
order@libertyprinting.com.my
Web : 
Facebook :


Wednesday, August 24, 2016

"FABULOUS FOUR" Set Istimewa Terbaru Dari Domino's Pizza!


Jumaat lepas aku dapat jemputan dari Domino's Pizza di Subang Jaya.. nah kauuu gigih balik keje dari KL ke Subang Jaya yang maha jem giles..jumaat kan? Tau je laaaa..tapi atas dasar semangat blogger..kahkahkah..kemain! dan atas sebab jemputan kawan blogger haruslah membesarkan hati untuk join ;)

Lagipun berkobar nak sangat ke Domino's Pizza ni adalah kerana set hidangan "FABULOUS FOUR" yang baru diperkenalkan! "FABULOUS FOUR" ini ialah 1 box yang didatangkan dengan dengan 4 hidangan istimewa. Set hidangan yang mempunyai gabungan makanan manis dan tidak manis yang boleh dimakan seisi keluarga. Istimewa kan? ;)

"FABULOUS FOUR"

Dengan harga pengenalan RM19.90 sahaja.

"Fabulous Four" : ada Mini Cinnadots yang dicicah dengan sos krim manis, ada Cheezy Mozzarella Stick (kegemaran Eady & Syahmi nie!), ada Garlic Onion Cheese Rings (hoh ini kesukaan Syakirah toooo much! Duk cicah-cicah dengan sos krim manis) & last sekali dah tentulah ayam pilihan ramai ni Roasted Chicken Drummets (yang mana aku pun tak dapat rase langsung sebab anak-anak dah habiskan dulu..kekekeke..). 

Tapi tak risau pun kerana dimajlis berkenaan kami dihidangkan dengan pelbagai pilihan pizza yang super duper sedap! Almaklum Domino's Pizza kan memang terkenal dengan pelbagai pilihan pizza yang terdiri dari ayam, daging, sayuran dan makanan laut! Oh ye kalau korang nak tahu (sedikit info kat sini ye) kalua korang nak tahu Domino's Pizza yang pertama diperkenalkan di Malaysia adalah terletak di USJ9 Subang Jaya pada tahun 1997 dan sehingga kini telah ada 12,600 cawangan Domino's Pizza dari lebih 80 buah negara. 

Antara pizza Domino's yang dihidangkan..omnomnomnom~ sehingga menjilat kotak..kehkehkeh~

1.

Chicken Confidential

Extravaganza

Pizza Banana Kaya - satu pizza istimewa yang berasa manis.

Shrimp Pizza

Pizza Spicy Sambal - My Favourite all the time..omnomnom~

Ada lagi beberapa pizza dihidangkan tapi aku tak sempat dah nak amik gambar sebab terlalu banyak pizza dihidangkan! Tapi yang mendapat perhatian aku adalah Pizza Spicy Sambal yang ade cili pedas! Ahhh..sedap nyer makan pizza dengan rase pedas..hehehe..almaklum tekak orang pedas ni letak la kat mana pun pedas semua pun nak sedap! 

NOTE : sebelum terlupa nak bagitau nih..Domino's Pizza ada sediakan delivery pantas (free delivery tauuu tiada charges) dengan jaminan penghantaran 30 minit sahaja dan pihak Domino's akan berikan voucer regular pizza secara percuma, selain dari tu ada jaminan 15 minit take away dan pihak Domino's akan memberikan percuma voucher personal pizza.

Kurus sebelum makan pizza!

Tetiba jadi gemuk lepas makan pizza! Ha..ha..ha..salahkan view kamera~

Geng blogger yang awesome! Makan gelak makan gelak sebab tu tetibe jadi gemuk ehhh....ha..ha..ha.. (gambar pecah..soriii..)

Untuk lebih lanjut :

FB : DominosMY
Delivery : 1-300-888-333

Monday, August 22, 2016

KBye!




Later kita chit chat, today busy tapi takpe kan aku tinggalkan korang dengan 3 budak sihat! Lagi-lagi yang sengih terlebih tu..sihat kemain selagi tak tido selagi tu makan & nyanyi je. Senang hati jadi baby ni kan, takde masalah langsung ;) Ada masa nanti aku BW korang.

Friday, August 19, 2016

Apa Itu Rawatan SONOTRON ?


Okey aku mungkin tak pernah cerita kot selama ni yang Eady ada sakit kaki. Bengkak kaki ala-ala gout. Pegi hospital pegi macam-macam klinik semua treat macam gout tanpa tengok atau pegang tangan pun. So frustrated. Walaupun sakitnya dah diberitahu bukan macam gout tapi tetap diberi ubat gout. Arghhhh..stress. 

Aku yang stress tahap nak pegang kepala doktor dan cakap "doktor sakit nyer macam ni macam niiiii bukan sebab gout!" sebab nyer kita orang dah try & error makan Just Seafood haritu Eady okey je takde sakit takde dengkut pun keesokannya. Grrr..

Last-last abis geram pegi la tanye Doktor Khairul a.k.a Daddy ZZZ glemer tu laaa..sekali doktor cakap saya rase ini sakit "Plantar Fascitis" sebab cara awak terangkan sama serupa dengan sakit nie. Doktor Khairul cakap cuba awak google "Plantar Fascitis" dan ade kaedah rawatan dia. Sakit ni takde ubat kecuali steroid, fisio, dan kasut yang betul! Yang ade kaedah kurangkan sakit jer.

Lately ni makin teruk sakit kaki Eady tu tahap solat pun duduk atas kerusi sebab kaki bengkak macam terseliuh masuk angin tu punyer gemuk nyer..


Planta Fascitis plus Flat foot! So double problem disitu.

Setakat yang aku google nie Planta Fascitis ni ialah keradangan pada ligamen. 

Kebiasaannya akan sakit gila-gila pada waktu pagi lepas bangun tido dan paling sakit gila bila nak mula pijak lantai ! Lama lepas bergerak lepas berjalan sakit tu akan beransur kurang, dan bertambah okey pada waktu malam. Esok akan mula semula. Dulu jarang kene sekarang boleh dikatakan sebulan 4-5 kali akan sakit dan setiap kali sakit akan makan 4-5 hari jugak untuk hilangkan sakit tu. Bermakna bila start sakit sebulan baru akan hilang! Giler hape..

Setiap kali sakit giler tu, pegi klinik dia orang akan treat like gout again! Grrr..so sad so mad so angry all the time, bila kita explain sakit tu macam ni macam ni tak percaya. Duk cakap lelaki usia Eady biase gout je takde sakit lain. Ya Allahhhh...sakit sangat hati nih. Last-last takde pilihan lain terpaksa cari alternatif lain untuk bantu kurangkan sakit Eady. Dia sakit aku pun sama susah oi..patah kaki aku patah hati aku patah jiwa aku...wahh gitu drama kau Izwa!

Bila search sana sini, tanya sana sini termasuk tanye blogger glamour kita Wahida ramai yang suruh try rawatan Sonotron. Apa itu Rawatan Sonotron?

Rawatan terapi Sonotron adalah sejenis rawatan alternatif / komplimentari moden kepada pesakit-pesakit yang mengalami kesakitan yang kronik pada otot, sendi dan tisu lembut . Terapi Sonotron ini memberikan kesan rawatan yang paling selamat, cepat, berkesan, tiada kesan sampingan serta tiada kebergantungan kepada ubat-ubatan moden. 

Rawatan ini amat sesuai untuk mereka yang mempunyai sakit seperti:

* Sakit otot atau sendi di bahagian seperti tengkuk /leher, lutut,siku , bahu, belakang badan, dan pinggang.
* Rasa kebas pada sendi-sendi di tangan, kaki dan buku lali.
* Kecederaan otot akibat kemalangan atau sukan
* Osteo-Arthiritis
* Rhumetoid Arthiritis
* Luka akibat kencing manis
* Asthma yang kronik
* Membantu mempercepatkan pemulihan pesakit strok
* Lelah/ asma / resdung 

So semalam lepas habis kursus (masa kursus 4 hari, 4 hari tu la Eady sakit cuma tak pegi klinik sebab kursus tu santai dan tak stress..) aku pegi Pusat Terapi Sonotron Shafa di Taman Sri Gombak.

Harap nampak no telefon tu.

Sebelum nak datang kene call dulu untuk book slot. Kebiasaannya rawatan ni selalu penuh, dan nasib aku baik aku call malam sebelum tu ade slot kosong petang. Mungkin hari orang kerja kot ade kosong pukul 3 petang. Abis kursus terus lari pegi Taman Sri Gombak tuh. 

Landmark dia : dari tepi MRR2 ke arah Wangsa Maju (kalau korang dari selayang atau gombak) ade satu selekoh (selekoh ni selepas kedai buku Pustaka) nak masuk ke Taman Sri Gombak kat tepi susur kiri ade keris besar masuk je kiri tu ade roundabout comel memang area situ je Pusat Terapi Sonotron nie. Susah-susah korang call je nanti staff dia akan bagi direction atau pun Google Map je confirm jumpa!


Terapi Sonotron adalah teknik yang agak baru dalam rawatan kecederaan tisu lembut.


Alat Sonotron ini menghasilkan tenaga dari Pancaran Sinaran Corona (Corona Discharge Beam) yand dihasilkan oleh frekuensi rendah radio 430kHz,dan frekuensi bunyi 1kHz yang dihasilkan oleh alat "Sonotron Applicator".

Cahaya Pancaran Corona yang dihasilkan oleh Sonotron Applicator tersebut akan dihalakan kepada bahagian badan pesakit yang sakit tanpa alat tersebut menyentuh tubuh pesakit. Oleh itu secara tidak lansung pesakit TIDAK merasa apa-apa kesakitan di sepanjang tempoh rawatan. (copy dari http://sonotron-rawatansakitbelakang.blogspot.my/) 

Pusat Rawatan Sonotron ni kata atleast kene buat treatment sebanyak 3 kali untuk kurangkan sakit tu, sekali rawatan untuk dewasa RM50 selama 30 minit. Malam tadi dan pagi ni nampak elok sikit dah cara Eady jalan, dan yang best nyer Eady dah solat macam biasa.

Biasa kaedah Sonotron ni glamour untuk budak-budak yang selalu selsema, lelah, asma rawatan untuk kanak-kanak pun murah je RM30. Cuma yang agak mebingitkan setiap kali pancaran laser itu berjalan ia ada satu bunyi dengungan yang nyaring untuk beberapa saat. Macam tiap kali dia menembak ade bunyi"eeeeeeee..." pastu padam..tunggu lagi bunyi lagi selama 30 minit. Kalau nak treatment sejam bayar RM60 lah. Gitu.

Aku takde dapat kredit ape pun untuk Pusat Terapi Sonotorn Shafa ni cuma aku share untuk bantu korang cari alternatif lain untuk merawat sakit. Mana tahu cara ini kita boleh baik, lain orang lain rawatan yang sesuai ye dak? Atleast kiter try & error (usaha) dan berdoa.

Now aku tengah pujuk cik abang tu untuk buat kasut (tempah) ikut kaki dia yang ade flat foot tu dan bagi aku memang kasut tempah mahal (giler!) tapi penggunaannya mencecah 10 tahun kenapa tidak ? Tapi ingat nak pujuk orang lelaki ni senang ke? Macam-macam alasan..nanti duit tak cukup la nanti dulu la tengok la..aaaa..kalau anak senang je aku nak marah tapi ni suami..eeee...geram sangat tauuu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang