thumbnail

Friday, September 30, 2016

Saya Tak Nak Anak Tau! Saya Tak Suka Budak!


Dulu sebelum kawan dengan Eady, aku kawan dengan budak lelaki ni. Okey ngam dengan dia sebab sama-sama tak suka budak..ha..ha..ha..kira habis sejati arrr alih-alih dia ade awek lain..buang masa aku 3 tahun je. Phuii~ Sedih la jugak sebab family dedua belah dah kenal. Okey kita lupakan bab dia. Selepas sebulan putus cinta 3 tahun tu..ha..ha..ha..sebulan je kecewa! Kenal Eady, okey la mamat ni dah tua sikit dari aku boleh laaaa..lagipun dia yang beria-ia nak aku kan.Kah..kah..kah..masa tu la weyyy aku cerita sebab zaman darah muda membuak-buak kan. Berlagak sangat sebab banyak pilihan la konon nyer time tuh.. Awak tengah hot kan. Phuiii~

Dalam pada kawan dengan Eady ada kawan lain juga. Huhuhu..jahat kot aku masa nie. Pastu masa berkawan dengan Eady aku awal-awal lagi dah cakap "saya kalau kawin dengan awak saya tak nak anak tau! Saya tak suka budak!" Tertanjat la muka dia tengok muka aku yang selambe yang penuh harapan biar lah dia angkat kaki. Ye la, jumpe sehari dah ajak couple pastu dan dan cakap nak suruh mak datang jumpa abah. Kau dah kenapaaaaa baru kenal kot! Ha..ha..ha..jahat giler wehhh aku time nie, aku tak nak dia tapi aku tak reti nak clash dengan dia. Apa pun tak bleh la aku ni~

Okey la bawak jugak la kenal dengan makcik-makcik aku yang maha ramai tu. Kalau korang nak tahu makcik-makcik aku ni la tukang bagi kelulusan jadi ke tidak sebelum nak jual market kat abah aku! Ha..ha..ha..kalau tak suka dia orang awal-awal reject. Kalau dia orang suka, dia orang la akan kempen kat (arwah) opah aku & abah aku. Masa bawak datang kat kenduri aku biar-biar je Eady terkontang-kanting dengan harapan dia putus harapanlah kat aku..ha..ha..ha..jahat nyer weyyy aku!! Sekaliiiiiiiiiiiiiiii...opah pulak suka. Huwaaa...acanne nak putus niii..kalau opah dah suka memang tak boleh buat ape arrrr. 

Lagi suka bila dia tau abah Eady orang Johor. Kata dia ade waris atuk kau. Huwaa..acanne plan tak menjadi niii..stress nyer. Masa majlis tunang tu pun (arwah) opah la paling happy, banyak kali cakap "kalau arwah atuk ade mesti atuk gembira sebab belah-belah Eady ni ade bau-bau bacang dengan atuk" Yeeee..majlis tunang aku dah macam majlis reunion orang Johor. Ko kenal dia dia kenal pak sedara kau..gitu lah. Tunang la juga walaupun dalam tempoh setahun bertunang tu macam-macam perangai aku buat nak bagi Eady give-up. Sampai tahap aku buat perangai kawan dengan orang lain..hu..hu..hu..jahat nyer aku. Grrr..last-last kawin la jugak. Ha..ha..ha..

Memula kawin pun dah cakap jugak "Tak nak mengandung, sebab tak nak anak! Tak suka budak laaaaaaa..!" Kezen aku tau la aku memang bengkeng dengan budak-budak nie. Ntah macam mana termengandung jugak..ha..ha..ha..masa tau tu tak tau nak happy ke nak stress ke. Okey lah amik masa jugak la nak terima sebab serius aku cakap aku bukan baby person, bukan tahap jumpe budak "ala comel comel nyer..meh aunty dukung.." errr..memang tak. 

Aku jenis kalau suka pun tengok jauh-jauh jerrr..pastu sejak dah terbersalinkan Syahmi..ha..ha..ha..bongok nyer ayat terbersalin. Eady la yang jaga, Eady la bela, Eady la mandikan, siapkan, malam-malam jaga teman aku masa susukan Syahmi. Tunggu je sampai aku dah habis menyusu Syahmi dia datang amik tepuk-tepuk Syahmi bagi sendawa baru dia tido balik. Sabar je dia dengan aku weh..lama juga aku ambil masa nak buka hati kat Eady tu. Kalau korang ingat kita orang ni bercinta ala-ala romantik tu korang silap. Takde nyer..aku biar-biar je Eady tu. Hu..hu..hu..jahatkan aku ni? :(

Ini aku ke sekarang ni??

Ni gambar candid semalam Eady ambil masa aku turun dari taska. Eady dengan Syakirah dari taska seberang, aku pulak naik amik beg-beg, baju-baju sekolah kat taska transit Syahmi Sufiya. Korang tengok?? Macam mana aku boleh jadi macam ni?? Ha..ha..ha..macam mana aku tetibe ade 3 orang anak ni weyyyy? Macam tak percaya okey tengok diri aku sendiri sekarang nie.

Kalau dulu nak kemas katil sendiri pun ibu aku give-up nak marah. Aku punyer perangai lagi orang suruh lagi orang arah lagi aku tak buat. Huwaaa..sekarang perangai ni menurun kat Sufiya!! Padan muka aku, Allah bayar cash T__T. Masak? Masak tu ape?? Ha..ha..ha..korang percaya tak, lagi sebulan nak kawin abah aku ade offer nak bayar masuk kelas masak?? Serius ni tak tipu! Sebab seumur hidup aku masa bujang aku tak pernah masak. Serius citer nie. Abah aku pujuk-pujuk aku minta pegi kelas memasak tapi aku tak nak. Biase la orang degilkan. 

Dalam masa kawin tu ade jugak la aku masak walaupun banyak campak ke lubang jamban sebab masak tak menjadi. Pastu dapat pulak suami yang pandai masak memang lagi besar la M aku nak belajar masak. Ya Allah aku rasa la kan kalau lelaki lain 2 tahun kawin dah lama ceraikan kot! Eady ni sabar je la dengan aku. Didik je perlahan-lahan lama-lama dah jadi orang aku nie. Ha..ha..ha..

Entah la, lama jugak la Eady ambil masa nak bersabar dengan sikap memberontak aku (mungkin sebab hidup aku yang buat aku jadi memberontak dalam semua perkara~). Lama juga aku nak buka hati ni terima dia. Sekarang aku rasa aku ni dah jadi macam Eady pulak. Lebih maha penyabar walaupun dengan anak-anak aku selalu tak sabar. Hal luar la aku banyak bersabar, kalau dulu aku adalah orang yang berani lawan dengan sesiapa, tapi sekarang dah banyak ambil sikap berdiam dan senyum je. Mungkin berkat Eady didik aku perlahan-lahan walaupun tahap perlahan tu adalah 10 tahun berkahwin. Hu..hu..hu..lama nyerrrrr Eady sabar dengan aku :(

Sekarang, aku dah pandai jadi mak dah pandai jadi isteri dah pandai jadi anak dah pandai jadi menantu. Semua kerana berkat kesabaran Eady. Masak tak payah cakap lah, bukan nak berlagak tapi sekarang tahap asal petang je tanya "harini b nak masak ape?" "harini mama masak ape?" tahap baru habis makan malam dah tanya "esok b nak masak apa?" Boleh la orang kata, hidup pun dah makin lama makin aman bahagia. Kalau dulu bahagianya boleh dikira dengan jari. 

Alhamdulillah manisnya dah boleh terasa. Betullah apa orang kata 10 tahun kawin baru boleh dapat ketenangan tu. Doakan kami terus kekal bersama sehingga ke jannahNYA ya. Doakan kami sekeluarga terus hidup aman harmoni. Lama..lama nak dapatkan "rasa" ni. Pada yang baru-baru berkahwin sabar, sabar dan terus sabar je kuncinya (lagi-lagi kalau korang dapat manusia macam aku masa muda!). Sulamkan dengan usaha dan doa. Jangan mudah putus asa.

Thursday, September 29, 2016

Safi Shayla Pek Fleksi | Syampoo Bagi Wanita Bertudung


Safi Shayla Shampoo | Rasa nyer ramai dah kot kenal shampoo Safi Shayla ni. Macam aku memang dah lama giler guna sejak-sejak shampoo ni keluar. Almaklum tertarik sungguh sebab Safi Shayla ni adalah shampoo untuk orang bertudung. Giler tak suka? Tapi aku jarang pakai yang warna biru ni, aku biasa pakai tukar-tukar pilihan cuma kerap guna yang warna pink tuh iaitu yang Licin Terurus.

Pek Fleksi Safi Shayla

Safi Shayla Shampoo | Pada yang tahu atau pada yang tak tahu, Safi Shayla shampoo ni memang dibuat khas untuk wanita bertudung supaya rambut still wangi walaupun seharian rambut terkepam dalam tudung tu. Serius setakat ni rambut aku takde lagi bau bau hapak walaupun 2 hari tak shampoo. Yeeee..aku shampoo 2 hari sekali sebab aku malas nak keringkan rambut satu hal lah, satu lagi sebab aku stress rambut aku banyak gugur masa shampoo. Satu hal lagi nak jimat duit dari beli shampoo weh.

Korang pun tau kan kalau rambut panjang mesti guna shampoo banyak-banyak nak bagi puas masa bershampoo, tapi sejak-sejak ada Safi Shayla Pek Fleksi ni kerajinan aku bershampoo bertambah kepada selang sehari. Murah dan jimat pek fleksi ni. Lagipun rambut aku dah pendek hasil potong sendiri..ha..ha..ha...

Suka nyer ia tuuuuu..kekekeke~


Safi Shayla Shampoo | Pek fleksi ni yang bagusnya boleh diguna terus atau boleh dijadikan refill kat botol lama tuh. So jimat la kan? Harga pun murah RM14.65 je, plastik dia pun jenis tak mudah koyak jadi lebih mudah nak bawak kemana-mana. Tak risau shampoo tumpah dalam beg.


Ada 8 pilihan


> Safi Shayla Hitam Menawan
> Safi Shayla Segar Bermaya
> Safi Shayla Anti Kelemumur
> Safi Shayla Kawalan Minyak
> Safi Shayla Itch Kontrol
> Safi Shayla Kawalan Rambut Gugur
> Safi Shayla Kawalan Rambut Rosak
> Safi Shayla Licin Terurus

Macam aku suka tukar-tukar pakai. Kalau dulu aku pakai Licin Terurus, pastu bila dah abis aku akan beli Kawalan Minyak pulak. Ntah kenapa ntah aku tak suka pakai 1 jenis je. Jenama tu tak tukar la cuma pilihan tu je aku suka tukar-tukar :) Dah lama dah pakai Safi Shayla ni so memang cinta still tak berubah lagi ke jenama lain. Rambut wangi je sentiasa, satu lagi aku suka sebab walaupun tak pakai conditioner rambut aku takkan kusut kalau rambut dah kering! Yeeee rambut aku panjang kalau tak pakai conditioner memang keras lah rambut, dah tu kalau dah keras confirm la kusut.

Dengan Safi Shayla shampoo, rambut dah tak kusut dah tak keras kejung..ha..ha..ha..dan kalau pakai tudung lama rambut dah tak berminyak! Korang mesti tau kan..kalau dah ikat rambut lama-lama buka je tudung mesti tergaru-garu sikit pastu rambut ala-ala berminyak sikit.

Instagram : @safimalaysia


Regain Coffee | Minuman Dari Rumusan Alam Semulajadi.


Regain Coffee

REGAIN COFFEE | Regain merupakan minuman herba dari rumusan alam semulajadi yang baik untuk kesihatan badan terutamanya untuk hati dan buah pinggang. Regain juga mengandungi ramuan herba yang boleh membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Disamping itu Regain juga terbukti berkesan untuk merawat rambut gugur, botak dan beruban jika diambil secara konsisten (sekurang-kurangnya 14 hari straight boleh nampak keberkesanannya)



REGAIN COFFEE | Kebaikan Regain Coffee : 

+ Menyihatkan tubuh badan
+ Menyegarkan hati dan buah pinggang
+ Melancarkan peredaran darah
+ Menguatkan akar rambut dari dalaman
+ Menghentikan dan merawat rambut gugur
+ Mempercepatkan pertumbuhan anak rambut
+ Menggalakkan pertumbuhan rambut baru
+ Melebatkan rambut
+ Menghitamkan uban dari akar rambut

Ha..kalau bab-bab menyihatkan atau menghentikan keguguran rambut yang buat aku suka sangat nie. Haduyaiii kalau cakap bab rambut gugur ni sedih woiiihhh. Sekali syampoo rambut rasa macam lepas kimo korang tahu. Gugur banyak sangat! Tu belum kira kalau buka getah rambut. T__________T banyak nyerrr rambut tertanggal :( sedih~

Apa yang aku tak pakai, minyak zaitun la syampoo untuk kurangkan keguguran rambut la semua macam tak bagi kurang pun. Hmm..hmm..so now aku try Regain Coffee sebab tengok feedback macam best sangat lagi-lagi bab rambut tuh. Baru 3-4 hari aku try setakat ni belum lagi nampak feedback cuma aku nak share jugak sebab benda baik benda best harus dikongsi bersama. Mungkin rasi dengan aku mungkin juga rasi dengan koranggggg ;) 

Effect memang akan nampak lambat sikit sebab ni kopi herba yang sedap so keperluan Regain Coffee adalah repair perjalanan darah terlebih dahulu kemudian semua akan jadi baiklah gitu konsep nyer.

Cara penyediaan

REGAIN COFFEE Cara penyediaan & penggunaan Regain Coffee :

Kacau 1 paket Regain Coffee bersama 150ml - 200ml air panas ke dalam cawan (boleh juga ditambah ais untuk menjadikan ia kopi ais) Minum satu paket sehari sekali sahaja. Untuk kesan maksimum, minum diawal pagi semasa perut kosong dan jarakkan pengambilan sarapan selepas 1 jam) 

Kalau korang perasan gambar aku semua kat meja office, haaa sebab aku minum pagi-pagi kat office! Buat air dulu pastu baru turun beli sarapan. Jarakkan 1 jam baru makan sarapan pagi tu. Tak lapar pun sebab dah minum segelas kopi kan ;)

Kandungan Regain Coffee

Regain Coffee | Kandungan Regain Coffee : 

Ginseng - boleh menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan keguguran rambut.
Bee Polen - debunga lebah dihasilkan dari madu lebah dan merupakan makanan kepada madu lebah. Ia terhasil apabila lebah-lebah ini hinggap dan menyedut nutrisi dari ribuan spesis bunga. Bee Polen dianggap sebagai salah satu makanan paling berkhasiat dari alam semulajadi.
Green Tea - sebagai agen pembuangan toxin dari dalam badan yang membantu mengurangkan berat badan.
Stevia - (disebutkan sebagai STEE-VEE-UH) adalah pokok renik Amerika Selatan yang berasal daripada Paraguay. Stevia adalah alternatif yang sihat menggantikan gula dan pemanis kimia
Coffee - Kopi macam biase ramai orang tahu ia dapat merangsang pertumbuhan rambut. Kafein juga mampu membantu memanjangkan rambut sebanyak 30-40% lebih cepat.

Regain Coffee | Beli di pengedar yang sah :

Kawasan Barat (Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka) 
Fazni : 016-3114220
Mas Adura / Ahmad Fauzan : 019-9768464

Kawasan Selatan (Johor dan Singapura)
Farisan Abdul Hamid : 019-2303003

Kawasan Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang)
Azli Adburrahman : 010-9105987


Lebih lanjut : www.regain.my

Monday, September 26, 2016

1st Time Syakirah Join Sukan Taska!


Sebagai seorang mak-mak yang havoc macam aku haruslah share benda-benda macam ni kat blog..ha..ha..ha..apa orang kata buat modal nak hidupkan roh blog. Kalau ikutkan nak buka blog pun takde masa woih..aku is busy sampai tahap salah mark tarikh kenduri kezen kat kalender! Dan tarikh berkenaan aku pegi Mersing. Huwaa..mak is so stress sambil picit kepala yang migrain.

Ingatkan kenduri tu ahad nie, so dah bagi RSVP sesiap untuk kenduri dan untuk program kat Mersing sabtu ahad depan. Sekali tadi omak den ni haaa wasap kata "bila nak cari baju budak-budak ni sebab minggu depan dah kenduri, sabtu ahad ni budak-budak takde kan.." aku like ehhh blur kejap..cecepat selak kalender. Ohhemmmmgeeee..dah dekat 2 bulan rupa nyer yang kau tanda tu salah tarikh T_________T *picitkepala* Hotel kat mersing, transport semua dah bayar woih..abis omak den ni canne?? Pegi belah kita orang okey je kot..kekeke..

Eh eh..kejap kejap..macam lari tajuk je entry nie..ha..ha..ha..mak is so pening kepala u know..so much things to do with so little time..what what..?? Mak is so stress and pening.. *hantukkepala*

Gambar ni abang Syahmi amik, mama tak boleh tunjuk muka ade budak nangis nak ikut!

1st time Syakirah join sukan taska dia..he..he...he..shomel je tengok..Setiap hari rupanya dia berlatih kat sekolah. Yang aku hari-hari tanye adik buat ape kat sekolah? Selambe je dia jawab "adik tak buat apaaa..adek makan..tengok zootapa (zootopia) dengan makan..adek makan banyakkkk!" Ha ye la kauu..kuat makan ikut sapa ntah..

Game nyer satu jerrr tapi semangat mama abah dah tentu kalahkan anak..ha..ha..ha..excited la walaupun anak ke-3 wey. Kenangan kata kau.



Tengok la kedek-kedek je shomel..mata tengok ke mama..nasib baik dia tak lari terus je kat mama dia..ha..ha..ha..kalau tak haru! Dari jauh tergedik-gedik lambai-lambai kat aku. ;)
Besar dah Syakirah nie, cakap pun kemain becok. Bijak banyak dari abang kakak, almaklum anak ke-3 ni mentor dia dah besar lagi cepat matang.

duduk je la berdua

Aku Eady duduk je la jauh-jauh tengok. Syahmi Sufiya korang jangan tanya la. Dah nama nyer sukan taska, adik beradik yang lain pun sama je 1 sekolah so dah jumpa geng ntah mana hala anak-anak hilang dalam sekolah tu. Bila datang habis melenjun peluh masing-masing T___T

Suka sangat la tunjuk gigi kapak dia tuh!

Tetiba bermuka ayu..padahal..

Sukan sekejap jer, balik dari sukan terus pegi umah ibu aku mandi tido kejap dan bersiap pegi kenduri kawin umah kawan lama kat lorong umah ibu aku je. Dari kenduri terus ke Quill Mall bawak budak-budak ni pegi tengok wayang. Dah gaji dah janji haruslah bawa, gaji yang dapat pun sebab dia orang so kene zakat pada diaorang ;)

Tengok la muka masing-masing!

Bawak diaorang tengok cerita Stork, okey la best cerita tu. Syakirah la suka sebab cerita pasal baby so dia rase cerita tu pasal dia..ha..ha..ha..perasan! Tengok la muka tu, baru lepas keluar wayang. Tak reti penat masing-masing padahal dari pukul 6 pagi semua dah bangun. Lepas subuh takde sapa tido balik. Teru bersiap. 

Alhamdulillah walaupun tak mewah tapi aku bersyukur sebab budak-budak ni sihat-sihat je. Aku selalu doa biarlah dia orang ni sihat selalu, bijak dan soleh solehah. Yang lain aku tak berani nak minta sebab aku pun bukan baik giler pun nak minta macam-macam. So masalah aku still tak selesai lagi..! Huwargh...stress balik..ha..ha..ha..

Thursday, September 22, 2016

Volkswagen Kuning : Kisah Benar Yang Mampu Buat Nafas Korang Jadi Pendek!


Volkswagen Kuning - 22 September 2016

Antara pelakon yang terlibat

Mr. David Teo bersama Atikah Suhaime & Pekin yang juga pelakon utama

VOLKSWAGEN KUNING 

Selasa lepas aku diberi peluang untuk join pra-tonton filem yang ke-115 dari MiG Production Sdn. Bhd bertempat di E-Curve Damansara. Filem Volkswagen Kuning bergenre seram yang diarahkan oleh Shadan Hashim, di olah dari kisah benar dan diadun dengan elemen lain yang lengkap dengan beberapa pengajaran terutama sekali tentang cinta dan ikatan keluarga. Pra-tonton yang dihadiri oleh pelakon, penerbit, blogger dan juga media.

Korang tau kan pasal Volkswagen Kuning kat Karak tu?? Cerita dari mulut ke mulut yang glemer kat highway Karak tuh. Ke ada yang pernah kene kacau kat Karak? Err..korang nak tahu tak, sebenar nyer aku baru tau rupanya Volkswagen Kuning ni adalah kisah benar. Selama ni aku ingat Volkswagen Kuning ni cerita orang reka jer yang dibawa dari mulut ke mulut je..rupa nyaaaaa...hu..hu..hu...


Filem ini menampilkan Pekin Ibrahim (Fuad) dan Atikah Suhaime (Sarah) sebagai peneraju utama yang memegang watak pasangan kekasih. Turut dibintangi pelakon hebat seperti Shahronizam (Halim), Azman Hasan (Pak Ayob), Mak Jah (Nek Jah), Amai Kamarudin (Saleh waktu muda), Fatin Afeefa (Nek Jah waktu muda), Aida Othman (Raudhah), Hanif Safuan (Suami) dan Dayang Areeda (Isteri).


SERAM KE?

Starting movie je dah mendebarkan, dalam keadaan suram malam hanya ada lampu kereta sahaja dah mampu buat jantung berdebar-debar menunggu aksi seterusnya. Berdengup jantung bila tiba-tiba Volkswagen Kuning ni menjelma! Huhhh bayangkan awal-awal movie je dah keluar Volkswagen Kuning so fikir-fikirkan lah nak tunggu penghabisan nyer..

Sepanjang movie penuh debaran dan kejutan yang tak dijangka sambil diselangi dengan tok bomoh kampung yang tidak dijangka rupanya adalah orang penting dalam penceritaan sepanjang movie nie. Sapa tok bomoh tu?? Korang kene ingat watak penting ni.. Pak Ayob. Kenapa dengan dia?? Korang kene tengok okey, tayangan bermula pada hari ini 22 September 2016.

Pendapat dari hati aku.

Story line cerita dah sangat cantik, mood seram memang seram giler sebab ada part sampai kene tutup muka dan tutup telinga sebab sound yang diadun dalam movie ni memang buat jantung berdebar lahhhhhh..cuma mood tak berapa nak ngam dengan dialog pelakon yang aku rasa sepanjang movie dekat berpuluh kali perkataan sayang disebut sampai rasa mual. 

Tapi aksi dan lakonan Shahronizam (Halim) saya bagi 5 bintang! Dengan muka dengan body language dengan cara dia mampu buat aku dan rakan blogger lain tutup muka dengan tudung! Serius terbaekkkk Shahronizam! Sapa Shahronizam? Watak apa dia bawa korang kene pegi tengok sendiri tau. Serius bagi aku memang terbaekk..air muka dia masya Allah memang benar-benar menghayati sungguh. Tak nampak macam sedang berlakon.

Hari ni tau start 22 September 2016

Volkswagen Kuning bermula hari ini 22 September 2016 di pawagam.

Penceritaan yang berkisahkan ketamakan harta dan curangnya seorang isteri yang menjadikan seorang suami berdendam kesumat sehingga ................. fuhhhh .. kalau korang nak tahu lebih lanjut korang kene pegi tengok sendiri baru feel. Volkswagen Kuning ni bukan kisah seram yang biasa-biasa, yang korang boleh buat conclusion terus..tak tak..ini kisah seram yang korang tak jangka ending dia rupanya lain dari yang korang sangka. 

Volkswagen Kuning, mampu buat nafas korang pendek-pendek masa dalam wayang, yang membuat korang akan hela nafas panjang apabila waktu tiada aksi mendebarkan. Phieww..tengok jangan tak tengok tau. Best~

Dengan skandal..ehhh..ha..ha..ha..

Dengan kawan-kawan blogger yang super sporting giler terutama Bro Framestone yang paksa aku datang dan cabar aku tengok cerita hantu. Ha..ha..ha..

Kalau korang nak tahu ini ialah cerita seram pertama aku tengok!! Iklan cerita seram pun aku tak tengok apatah lagi cerita seram macam nie. Aku ialah orang yang penakut giler-gilerrrr dan terima kasih pada Bro Framestone sebab "paksa" sebab kalau tak dipaksa tak jangka aku boleh handle jantung aku yang hampir nak meletup dalam wayang tu..phieww..terbaekkk la Volkswagen Kuning nie.

Wednesday, September 21, 2016

Ubat Duka Lara




Aku kan sebenar nyer, seminggu dua ni penat teramat sangat. Ntah aku rase macam penat mental. Macam-macam hal nak kene urus, macam-macam benda nak kene buat sampai tahap aku rasa tak nak buat apa-apa tapi apakan daya amanah & tanggungjawab kene jalan juga. Kadang sampai mengadu-ngadu dengan Eady pastu dia la take over semua benda. Dia suruh aku pegi tido je lepas balik keje, tapi dah nama nyer mak daya tak daya masak jugak la cincai-cincai.

Kain baju dah 3 hari kot tak berlipat. Hu..hu..hu..kat office pun dengan stress orang nyer stress kerja tak sangat tapi ntah la hai. Dengan job blog makin masuk, kadang aku rasa tak nak amik dah. Aku cuma amik mana yang aku mampu buat je, atleast lepas jugak la duit pampers Syakirah, susu budak-budak nie. Ade jugak aku tolak aku cakap je aku tak boleh komit waktu nie. Tak nak la aku, tamak tak kemana. Aku bagi je nama blogger lain. Aku minta PR cari kawan blogger lain.

Eh..macam ada masalah jiwa pulak aku ni haa..ha..ha..ha..tapi ni je la pengubat duka lara aku. Tengok je gambar budak-budak nie. Hilang sikit duka lara hati nieh. Tuuuuu..tuuuhhh yang gambar atas tu, abah dia tetibe wasap aku tanya "gambar ni bila ada dalam hp abang?" Ha..ha..ha..aku cakap tu mesti dia dengan Sufiya main-main tu. Almaklum anak blogger kan..pantang nampak kamera pandai je main amik-amik gambar!


RAISSA SECRET BEAUTY PRODUCT - Turunkan Berat Badan Dalam Tempoh 10 Hari?

Raissa Secret Beauty Product

Nak kurus? Sapa yang tak nak kurus dia giler...ehhh tak giler tak giler..ha..ha..ha..ikut suka korang la nak kurus ke dak tapi aku suka bab-bab kurus nie. Lagi-lagi yang mampu bagi hasil yang cepat tanpa perlu sakit-sakit nie.

Yeee kalau tengok kat pasaran luar tu macam-macam produk nak bagi kurus la nak bagi putih la sampaikan kadang-kadang kita tak tahu mana yang elok mana yang ala-ala je. Ni aku nak share Raissa Secret Beauty Product yang mampu turunkan berat badan dalam tempoh 10 hari

RAISSA SECRET BEATY PRODUCT


Fat2 Slim Slimming lotion adalah formulasi dari ekstrak herba -herba terpilih seperti ekstrak limau gedang,Halia dan Pudina yang membantu:-

-Membakar lemak tepu
-Mengembalikan bentuk badan yang ideal'
-Menghilangkan selulit
-mengempiskan perut
-mengatasi masalah peha dan lengan besar
-merawat senggugut 
-melembapkan kulit 
-membuang angin 
-mengawal -selera makan
-menyokong metabolisma dan juga saluran pembersihan kelenjar

Coffee mints soap dirumus khas dari ekstrak kopi dan pudina  yg membantu melansingkan badan ,  merawat rekahan dan   menganjalkan kembali tekstur abdomen.

*tiada bahan pengawet
*sesuai untuk wanita di dalam pantang
*Lotion amat sesuai unttk wanita  berpantang.. Lelaki pun boleh guna untuk Sakit kaki dan sakit lutut

Putih gebu

Vita C BLACKCURRANT  - kurus , putih gebu

Kelebihan Vita C Blackcurrant

-membakar kalori
-Membantu proses pelansingan badan
-mencantik kan kuku dan rambut
-mencerahkan kulit wajah dan badan
-wajah lebih bersinar
-membantu memudaratkan parut
-membantu mencegah jerawat dan jeragat
-membantu meratakan tina kulit
-meningkatkan imunisasi badan
-anti oksida
-Membantu menghasilkan kolagen
-merawat rekahan tumit

Testimoni.

#fat2slim

Kurus kan?

Lepas-lepas raya ni mesti ada rase sikit-sikit gemuk kan? Termasuklah aku. Kemain naik dengan bahagia nyer. Stress je bila tengok diri tu tak fit dan gemuk (sikit). Nak sapu-sapu ni atau nak makan-makan ni kene istiqomah malah senaman dan pemakanan pun kene jaga seiring dengan usaha korang sapu-sapu nie.

Janganlah duk gigih sapu tapi makan tak jaga sampai bila pun tak kurus. Hu..hu..hu..rajin kene seiring dengan istiqomah tau. So sapa nak cuba atau nak thau lebih lanjut boleh terjah link ini :


Whatsapp : Rose Ismail 011-39611158
Facebook page : https://www.facebook.com/


Shopping Lebih Mudah Dengan EZBUY.


Zaman canggih dah macam-macam laman web shopping boleh kita terjah, malah bukan saja dari dalam negara tapi kita dah boleh shopping barang dari luar negara dengan hanya semudah 123456 jer~ 

Tambah sekarang shipping barang pun murah oiii tak macam dulu-dulu, shipping mahal dari harga barang so tak berbaloi! Sekarang sejak ada ezbuy.com ni heh semua boleh beli dengan hujung jari je. Beli online pastu tunggu 4-6 hari jerrrr..

1.

Daftarkan diri di ezbuy.com sebagai ahli ezbuy dan akan dapat baucer RM15 sebagai ahli baru.

2.

Register web shopping rasa nyer semua orang boleh tau kot macam mana cara nyer..he..he..he..kata semua dah pakar kan ;)

3.

Boleh mula shopping barang idaman hati. Macam aku dah tentulah kasut, handbeg yang jadi pilihan hati nak membeli belah. Almaklum aku kan takde masa sangat nak shopping kat luar jadi web ezbuy nilah antara web yang selalu aku terjah untuk membeli barangan sndiri.


4.

Selepas select barang idaman hati, boleh la klik ke add to chart. Untuk makluman barang-barang di ezbuy takdelah semahal mana. Orang kata masih lagi mampu beli. Tengok takat handbeg cantik macam ni baru RM 42.48 sen je.

5.

Boleh pilih shipping pilihan hati. Lain shipping (pengeposan) lain harganya, tapi untuk pengetahuan korang sekarang ada promo prime ship RM8.80 unlimited bagi setiap parcel tak kita saiz dan berat. Murah okeyyyyyyyyy..

6.

7.

Terhad kepada 100 pendaftar pertama untuk mendapatkan Prime ini. Boleh login ke link ini : https://goo.gl/7eXgQs bagi masa terhad. Juga akan mendapat tambahan 15% diskaun dengan menggunakan code - ezfriend15. Selamat bershopping korangggg...iolls nak cuci mata kejap tengok handbeg lain!


Tuesday, September 20, 2016

Borak Takde Idea


Macam dah lama jeeeee tak update blog kan? Asal buka je citer hantu tu lagi, asal buka je tak hilang lagi entry hantu tuh..kekeke..maaffinkan saya..

Aku buka juga blog pastu rase nak muntah..ha..ha..ha..macam jemu pun ye jugak ehhh..nak BW pun takde masa okey sebab iolls busy sangat kat office last week. 2 staff cuti so kene cover lah. Minggu ni pun baru start mood staff pun nan hado lagi so kene cover lagi Y___Y

Korang cuti sakan kan? Aku cuti 3 hari 3 hari mereput kat umah, ade pun sabtu pegi kenduri sekejap pastu sambung mereput kat umah. Giler sangapppp..nak jalan bukan tak nak tapi kewangan tak mengizinkan nak jalan lagi buat masa nie. So kene tunggu next season baru boleh jalan ;)

Sabtu

Sabtu sempat bersarapan dengan abah aku, korang tengok lah budak tu..mana nak lari dari baju boboiboy dia! Jenuh laaaa suruh pakai baju cantik tapi hmmmm malas nak lawan budak 3 tahun, kang bad mood abis semua orang pun susah. Grrr~

Sabtu tengahari

Tuh tengok la walaupun pakai macam pincess tapi perangai tetap boboiboy. Korang tahu macam mana kita orang nak pujuk dia pakai jubah nie?? Kita orang cakap "eeee cantik nyer kakak macam pincess Elsa laaaa, cantik nyerrr anak mamak pakai jubah niii.." okey fine laju-laju dia jeles terus minta baju pincees dia jugak! Ha..ha..ha...kene psiko sikit baru la gigih nak pakai baju cantik pegi kenduri.

3 budak sihat.

Alhamdulillah setakat ni semua sihat-sihat je, lama jugak la masing-masing tak jatuh sakit. Mohon tak jatuh sakit okey anak-anak. Mama abah hari-hari doa biar anak-anak sihat bijak sentiasa ;)

Aku yang terlebih sihat!!

Kalau sapa kenal aku tau berat aku sentiasa macam yo-yo! Seminggu aku boleh kurus, seminggu kemudian aku boleh tembam bulat! Kalau korang nak tahu sejak duduk sendiri ni aku memang masak setiap hariii..kalau hari cuti aku masak hampir 3 kali sehari! Pagi lain tengahari lain malam lain..grrr..pastu makan pun sama banyak dengan masak. Ha..ha..ha..

Susah tau sebab anak-anak dah pandai minta pastu Eady pun sekarang niii kemain asal makan kat luar je ayat dia macam ni "sedap lagi mama masak kat umah kan kaka kan Syahmi??" pastu terus cakap "Esok B masak la lagi sambal daging tu..nanti B masak la.." amboiii sangat ni, mentang-mentang la dulu aku jarang masakkkk sebab asal balik je ibu dah masak. Sekali aku tunjuk skil masak apesal aku yang makin gemuk masalah nyer ni??? Huwaaa..i is so strees u know!! Penat diet jaga makan sekali 2 minggu je dah gemuk balik..huaargghh..i cannot terima tauuuu..

Wednesday, September 14, 2016

Kisah Seram : Radio Tiba-Tiba Berbunyi Sendiri!


Serius aku tak pernah cerita pasal seram-seram ke pasal hantu-hantu ke kat blog nie tapi ntah kenapa post Bro Framestone ni macam memanggil-manggil untuk aku share pengalaman yang tak seberapa ni. Kalau diingat-ingat tetap seram tu menjelma balik. Kalau boleh janganlah jadi lagi tak nakkk..serius TAK NAK!

Dulu masa mula-mula dapat tetap tahun 2004 aku posting kat bahagian sekarang ni la. Masa tu office tak secantik sekarang, dulu zaman kerja manual lagi so kami ni kerap lah buat overtime. Aku tak ingat dah tahun bila tapi yang aku ingat ade sekali petang, aku tinggal berdua dengan sorang pegawai perempuan, dah nak kemas nak balik dah pun. Kira-kira belum lagi pukul 5 sebab kami baru sudah asar waktu tu. 

TUM!

Sebelum terlupa, office aku ni ade bilik air sendiri. Bilik air kat belakang tak macam office lain bilik air kat luar tepi lif. Bilik air kami siap ade bilik mandi tapi ala-ala suram gitu. Nak jadi cerita tengah-tengah berkemas, tiba-tiba "tummmmm!!" bunyi hentakkan pintu bilik air yang memang kami tahu pintu tu takkan berdentum dengan sendiri sebab pintu tu jenis berat dan tertutup sendiri. Takkan takde angin takde orang tetibe berdentum?? Aku terus berpaling pada pegawai tu yang kebetulan meja dia belakang selang 2 meja dengan aku! Dan..sekali lagi "tummmmmmmmm!!" Allah!! memang kuat ya amat. Meremang-remang terus bulu roma!

Sunyi?

Okey fine..pelan-pelan kami tarik handbeg, tutup komputer tiba-tiba telefon office berbunyi dari satu meja ke satu meja! Hari sabtu telefon bunyi dan berbunyi dari 1 meja ke 1 meja bagai melompat-lompat?? Dan dalam masa yang sama radio aku berbunyi sedangkan dalam keadaan off. Allah..meremang nyerrr bulu roma sebab kami memang tahu office & bilik fail kami memang glemer dengan "orang" kat dalam tu!

Masa jalan laju nak ke pintu dan lif rase perjalanan sangat panjang dan rasa jalan tu jauhh giler! Waktu berjalan laju tu makin lama makin kuat bunyi radio dan telefon berbunyi serentak. Huwaaa...kalau ingat-ingat balik meremang bulu roma lah! Dah la sekarang aku posting balik kat bahagian yang sama setelah keluar pada 2008. Awal tahun 2015 aku lapor diri kat sini semula. Tempat dah renovate dah cantik tapi masih ada lagi "orang" tu kat dalam bilik fail. Kadang-kadang ada kadang-kadang takde. 

Haritu aku audit 5S, waktu masuk bilik paling hujung kat office tu siap cakap "aku datang buat kerja tau..jangan kacau aku..aku datang sekejap je nie.." Lantak lah orang nak gelakkan aku ke nak cakap aku giler ke yang penting aku tau "dia" ada.


Menangis mengongoi sayu tepat pukul 12 malam!

Then, awal tahun lepas Syahmi yang kene. Kalau ikutkan parent tak tahu cerita pasal gangguan ditaska kerana bangunan shopping kompleks sebelah renovate 1 bangunan. Bayangkan setelah tahu cerita baru diberitahu yang semasa renovate bangunan tu terpaksa panggil 3 orang ustaz dari darussyifa untuk "bersih"kan "dia orang" tu. Nak jadi cerita "dia orang" lari ke taska Syahmi Sufiya yang terletak kat sebelah. Semasa keadaan "mereka" mengganggu dan amukan di taska, orang HR & taska terpaksa buat bacaan yassin setiap minggu dan "cuci" keseluruhan taska sampai ke dalam bilik air. Guna ustaz darussyifa yang sama untuk bersihkan taska dan mall tuh..

Aku ingat lagi masa tu, setiap petang Syahmi ada cakap "mama..masa Syahmi mandi kat dalam bilik air..bilik air sebelah pun air dia keluar macam orang mandi jugak! Kawan Syahmi cakap hantu mandi dengan Syahmi.." yang aku ni mana lah tahu..duk anggap dia main-main je la..budak kan? 

Kemuncaknya ialah setiap malam tepat je pukul 12 malam Syahmi akan duduk atas tilam dan nangis mengongoi-ngongoi mendayu-dayu sayup-sayup suara macam perempuan putus cinta menangis. Sehari okey, 2 hari okey sebab ingat mengigau. Masuk hari ke-3 aku Eady siap kejutkan dia bangun..boleh pulak dia cakap "kenapa kejut Syahmi??" Ehhh..cukup seminggu menangis mengongoi aku bawak pegi jumpa ustaz darussyifa untuk berubat (aku jumpa ustaz yang sama bersihkan mall & taska tu..) bila aku cerita apa Syahmi cakap dia gelak-gelak je..masa ni lah baru tahu kes taska & mall berkenaan. Kira berjangkit-jangkit la nie.

Ustaz tu senyum je sambil cakap "hmm..ade ni haaa..."dia" menumpang kat badan sebab Syahmi ni "bersih" sangat..takpe kita buang "dia" laaa.." sambil gelak-gelak kecik. Hu..hu..hu..aku kalau tak nampak okey je tapi tolong lah jangan ada bunyi-bunyi atau penampakkan..haishhhh boleh pengsan tauuuu! Aku memang tak minta untuk jumpe. TAK NAK. 

Cik Ponti Rambut Bersinar!

Part ni abah aku je power kalau-kalau terjumpa. Siap high bim lampu kereta mana tau kalau "dia" nak tumpang ke..haishhh..abah aku nie. Siap boleh cerita jumpe cik ponti berdiri bawah pokok, bila terkene lampu kereta rambut cik ponti bersinar jee...haishhh..kalau naik kete dengan abah aku malam-malam buta memang serammmm sebab abah aku ni jenis senang nampak "dia orang" tuh. 


Volkswagen Kuning - keadaan macam ni pun dah cukup seram buat aku!

Macam sekarang kan tengah heboh pasal filem Volkswagen Kuning yang dilakonkan oleh Pekin Ibrahim & Atikah Suhaimie filem keluaran MIG Pictures Sdn Bhd yang bakal ditayangkan pada 22 September 2016 ni..haishh tertengok sedikit sedutan video dia pun dah buat aku tertelan air liur! Meremang pulak bulu roma aku nie. Disebabkan tertengok sedikit sedutan video Volkswagen Kuning ni yang buat aku asyik teringat-ingat kes aku dulu tu. 

Volkswagen Kuning

Sinopsis Volkswagen Kuning 

MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah  membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.


Korang mesti berani kan? Sila tonton sedikit sedutan video tu tauuu.. Oh ye, sebelum terlupa aku nak bagitau Bro Framestone dengan kerjasama pihak MIG Pictures Sdn Bhd selaku penerbit Filem Volkswagen Kuning ada anjurkan contest untuk cerita seram korang. Ada hadiah handphone (belum pasti jenama apa) dan dapat dijemput ke preview movie screening tau. Hebat. Korang join la..aku tak nak join sebab aku takut dijemput sebab aku ni penakut giler.

Boleh klik link ini : Blogger's Contest - Filem Volkswagen Kuning untuk join. Mana tau kisah korang seram giler sampai boleh dapat handphone. Kisah seram aku biase-biase je walaupun bagi aku yang tu pun dah seram giler.


#VolkswagenKuning #MiGOnline #VKBloggerReview #BlogRetis 
#Movie #MalayMovie #MalaysianMovie #OppoF1s #SelfieExpert

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang